Tomodachi Sama

Wednesday, April 4, 2012

"Segmen Interview Review By Hana"


  1. Siapakan Nama anda~ ZAMANI
  2. Berapakah umur anda~ 28
  3. Apakah konsep blog anda~ DIARI/HOBI/FOTOGRAFI/INFORMASI
  4. Apakah perasaan anda apabila menjadi seorang Blogger?~ Macam2!

Zam tag Luqman & Hanif Idrus untu join segmen nih ;)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Kalau Bukan Sekarang, BILA?

Perkongsian bersama untuk pagi Rabu ni. Insya Allah bermanfaat buat semua ;)




ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Kau Hujankan Penghinaan, Aku Renjis Kesabaran



Salam & Morning (^^,) Pagi Rabu ni nak buat entri tentang lagu pula. Dulu lagu ni pernah jadi lagu tema 1 drama kan? Tiba2 lirik lagu ni terpacul dari ingatan aku lepas mandi pagi tadi. "Kau Hujankan Penghinaan, Aku Renjis Kesabaran.." Perghh.. Tabah giler bunyi nya kan.. Lagu ni sarat dengan motivasi sebenarnya. Cuba korang hayati liriknya betul2~

Merawat Luka

Merawat Luka Yang Terpendam
Kesannya Masih Berdarah
Hendak Ku Tangiskan Tiada Pedih
Yang Telah Terjadi Padaku
Pasrah Aku Terima

Kau Hujankan Penghinaan
Aku Renjis Kesabaran
Aku Curah Pertanyaan
Adakah Bahagia Nanti Akan Menyingkir Hiba

Dalam Ribut Ada Hina
Dalam Tenang Ada Sabar
Dalam Tangis Sendirian
Berkemungkinankan Bahagia Nanti Akan Menyusur Tiba

Bukan Ku Mengundang Bencana
Juga Tak Ku Menabur Dosa
Tak Dapat Dinafi Kebetulan
Dugaan Menimpa Diriku
Rela Aku Terima


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Tuesday, April 3, 2012

Bila Ada Yang Mahu Bunuh Diri, Apabila Cinta Ditolak..


Nak tergelak pun ada.. Bila seorang murid lelaki darjah 6 aku kata nak bunuh diri sebab cintanya ditolak oleh pelajar perempuan Tingkatan 2! Baru sekolah rendah, suka2 hati dia buat ayat macam tu.. Pengaruh luar lah ni.. Walaupun aku anggap itu kata2 yang keluar dari seorang yang belum matang, tapi kena hati2 gak sebab takut dia terbawa2 sangat 'drama' & mainan perasaan dia tu. Harap tak serius.. Apepun esok kena kasi cuci otak dia sikit!


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Eh, Ko Ada Lagi Kat Sini?

Hari ke dua aku di taklimat Perkongsian Pintar Matapelajaran Sains, aku terjumpa dengan seorang lagi guru Sains yang dah lama tak bersua.. Terkejut dia lihat aku ada kat situ, atau lebih tepat lagi, dia terkejut kerana aku masih ada di Sarawak.. Mungkin dia sangka aku dah pulang ke Semenanjung.. Yelah.. 6 tahun lebih beb.. Kalau orang lain, dah lama angkut barang pindah balik.. Hehe.. Apepun soalan cepu emas memang tak boleh lari dari aku~
"Dah ada orang sebelah ke? Manalah tahu dengan orang Sarawak ke"

Korang faham tak? Kalau tak faham, buat2 faham k.. Haha



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Eh, Berapa Lama Dah Ko Duk Sarawak? Tak Nak Mintak Tukar Ke?


Semalam, waktu menghadiri taklimat Perkongsian Pintar Sains UPSR Zon Kuching, aku terjumpa semula dengan rakan2 guru Sains yang aku kenali sejak mula2 sampai ke Sarawak dulu. Lama giler tak jumpa diorang. Ada diantaranya yang aku dah ingat2 lupa wajahnya.. Terjumpa jugak, dengan Jurulatih Utama yang pernah ajak aku menari masa kursus eTEMS 2007dulu. Lawak giler ah.. (pst.. aku tak menari pun masa tu.. 1st time perempuan ajak aku menari~ mana aku nak.. Malu giler ah plus aku sejujurnya mmg tak tahu menari)

Apepun, soalan yang paling banyak di ajukan oleh mereka kat aku semalam~ a) ini tahun ke berapa kat Sarawak? b) dah berapa lama kat Sarawak? c) masih kat sekolah yang sama? d) seronok duk Sarawak? e) entah2 dah ada orang Sarawak (awek/kekasih).. Haa.. 2 soalan terakhir tu aku jawab dengan senyuman.. Hehe.. Apepun, bila di kenang balik, memang dah lama aku kat sini.. Sejak pertama kali posting ke Kuching awal 2006.. Dah masuk tahun ke 7.. Bukanlah aku tak ingat tempat asal aku.. Bukan aku tak nak balik.. Tapi aku target biarlah aku duk lama sikit kat sini.. mungkin 3 tahun lagi.. Genapkan 10 tahun.. Tak habis berjalan lagi kat Sarawak ni. .Insya Allah, lepas tu, aku akan pulang juga ke Semenanjung :)

Masa tu, mesti aku rindu nak makan Kek lapis..

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

SEGMEN ERAZ FADLI : Masa Untuk BLOGWALKING


Segmen kedua dari Mr. Eraz Fadli yang Zam join! E'raz nak terjah blog2 korang, jadi pada yang berminat boleh lah join segmen ni. Just click on the banner, k ;) Syarat simple jek, cuma perlu dingat segmen ni berakhir jam 11.30 malam ni. Jadi, jom cepat2 sertai!


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Kenapa Perlu Tunggu Esok Untuk Berubah?


Salam & Selamat Pagi Geng! Entri kali ni ringkas jep.. Aku pernah terfikir, mungkin perkara ni pernah terlintas dalam hati & fikiran korang juga sebelum ni.. Siapa diantara kita yang tak mahu berubah ke arah yg lebih baik, kan.. Dalam apa saja perkara.. Semuanya untuk menjadikan diri kita lebih positif & lebih baik berbanding sebelum2 ini. Tapi, ada satu perkara yang mengusik minda aku.. Dari menunggu & menangguh untuk berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang, kenapa aku tidak mulakannya pada saat ini juga, kan?


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Monday, April 2, 2012

Te Amo? Mahal Kita?


Te Amo? Mahal Kita? Apa tu? Hehe.. Sebenarnya itulah 2 bahasa yang berbeza dalam menyatakan ''Saya Cintakan Awak" . Apepun jom kita tengok beberapa lagi cara mengungkapkan rasa cinta dalam bahasa2 lain~!

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumem
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Chinese
Cantonese - Ngo oiy ney a
Mandarin - Wo ai ni
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
French - Je t'aime, Je t'adore
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Hawaiian - Aloha Au Ia`oe
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hungarian - Szeretlek
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru or Anata ga daisuki desu
Korean - Sarang Heyo or Nanun tangshinul sarang hamnida
Latin - Te amo
Lithuanian - Tave myliu
Macedonian - Te Sakam
Malay - Aku cinta padamu
Moroccan - Ana moajaba bik
Pandacan - Syota na kita!!
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te iubesc
Russian - Ya tebya liubliu
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai
To female - Phom rak khun
To male - Chan rak khun
Informal - Rak te
Tunisian - Ha eh bak
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Zuni - Tom ho' ichema


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"THANKS" Sebab Kejutkan Aku



Dari tajuk entri kali ni, seolah2 penulis nak mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang mengejutkannya dari tidur pagi tadi. Apepun, itu cuma bayangan pada maksud sebenar yang aku ingin luahkan.

Ada masanya, kita terlupa akan beberapa perkara yang penting, & kepentingan beberapa perkara (lain tu..) yang sebenarnya sentiasa berlegar2 sekitar kehidupan kita. Biasalah kan, dalam keadaan lemah, tiada motivasi, & kadang2 dalam rasa putus harap, kita terlupa yang kita masih ada daya usaha & ikhtiar yang boleh dicuba. Kita ada Allah SWT sebagai tempat mengadu & memohon pertolongan. Inilah perkara penting & kepentingan yang aku maksudkan tadi. Bukannya kita tak tahu & tak sedar akan itu semua, tapi adakalnya kita terleka, lena dalam perasaan2 negatif tadi. Dan, aku sebenarnya sangat2 beruntung, kerana mempunyai seorang Sahabat yang selalu mengejutkan aku dari 'lena' tersebut. Yang faham akan situasi aku. Memang kalau diikutkan, aku banyak terhutang budi dengan dia.

Apapun, doa aku yang terbaik selalu ada untuk dia. Insya Allah

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"SEGMEN NASZ : JOM BLOGWALKING"


1st segmen for today~ dari Mr. Mohd Naser.. Thanks pada Mr. E'raz Fadli yang rajin join segmen2 mcm ni. Disebabkan aku selalu singgah blog best Mr. E'raz tu, jadi aku alert dengan setiap entri terbaru dari dia. Kebanyakan segmen yang aku join selama ni pun bersumberkan dari blog Mr. E'raz Fadli. Jadi tak rugi kalau korang follow blog dia sebab selain dari segmen2, entri2 yang ditulisnya- tentang hiburan & informasi pun best2~ serius!! ;)

Ok~ Sekarang nak promo blog sendiri lak ;) Pada yang selalu singgah atau pertama kali ke blog Zam ni, Zam ucapkan Selamat Datang! Semoga korang semua terhibur dengan entri2 yang Zam sediakan di sini~ Insya Allah korang akan temukan banyak yang menarik dalam blog Zam ni ;))


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

7 Tips Tingkatkan Motivasi Untuk Bersenam Secara Konsisten


Salam Isnin semua ('',)
Sekarang ni, aku dapati agak sukar untuk aku kekal istiqamah dalam bersenam. Mungkin ramai juga di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Jadi, dalam entri kali ni, aku nak kongsikan artikel dari Saudara Hidayat Syarif yang insya Allah, boleh membantu kita.

7 Tips Tingkatkan Motivasi Untuk Bersenam Secara Konsisten


Untuk sentiasa bermotivasi untuk melakukan senaman bukanlah satu perkara yang mudah. Anda memerlukan force dalaman dan juga luaran supaya anda terus konsisten untuk melakukannya. Motivasi datang dan pergi dan ia adalah satu faktor yang mempengaruhi sama ada kita boleh melakukannya dengan berterusan mahupun tidak.

1. Sentiasa Membayangkan Diri Anda.

Cuba letakkan diri anda di situasi anda sudah berjaya mencapai matlamat yang anda inginkan. Iaitu mengurangkan berat badan. Bayangkan setiap hari anda mempunyai bentuk badan yang ramping dan menarik. Untuk lelaki, anda mula membayangkan bentuk badan yang berotot dan sasa.

Bukan sekadar itu sahaja, lakukan imaginasi secara lebih detail, bayangkan dengan bentuk badan yang berotot dan sasa, anda menjadi tarikan ramai wanita. Bayangkan seluar anda sudah menjadi longgar, tidak seperti dulu. Anda sudah tidak mampu lagi memegang lemak-lemak terkumpul di sekeliling pinggang anda. Ughh! Sangat menggelikan (sekadar bayangan).

Apabila anda melakukan imaginasi secara dengan lebih terperinci, ia akan tersimpan di dalam pemikiran separuh sedar anda (subconscious mind). Apabila ia sentiasa diulang-ulang setiap hari, anda secara automatik akan mendapat keinginan yang kuat untuk melakukan senaman.

2. Jadikan Gambar sebagai pencetus.

Teknik ini adalah antara teknik kegemaran saya. Apa yang saya lakukan adalah dengan meletakkan gambar lelaki yang berotot sebagai wallpaper di laptop saya. Lelaki tersebut adalah antara pemain terbaik bola sepak dunia, Christiano Ronaldo. Sekiranya anda melihat susuk tubuh badannya, anda pasti kagum.

Anda juga boleh melakukan perkara yang serupa. Tidak semestinya di laptop, anda boleh meletakkan poster di dinding bilik. Apa yang penting adalah menggunakan gambar sebagai motivasi dan meletakkannya di tempat yang mudah untuk kita lihat. Saya menjadikannya sebagai wallpaper kerana saya menggunakan laptop hampir setiap hari dan setiap hari juga saya pasti akan melihat gambar tersebut.

Ia antara cara yang praktikal dilakukan sekiranya anda tidak ingin membazir duit meletakkan poster dan merosakkan dinding bilik anda.

3. Start Small

Terutama sekali apabila anda baru sahaja ingin melakukan senaman. Apabila anda merasa sedikit sakit, mungkin anda tidak bersemangat untuk melakukannya keesokan hari. Mula secara perlahan-lahan.

Sebagai contoh, sekiranya anda berjoging, tidak perlu melakukan 10km sekaligus. Mulakan joging 1km hingga 2 km. Apabila anda merasakan ia terlalu mudah, tambah kilometer keesokan harinya. Dan kemudian sekiranya anda ingin melakukan lebih lagi, anda boleh menambah kilometer atau anda juga boleh merekodkan masa anda supaya anda boleh memperbaikinya setiap kali anda berjoging.

Lakukan mengikut kemampuan anda. Sekiranya anda sudah biasa melakukannya, cuba breaktrough the limit. Jika anda melakukan workout di gym, lakukan senaman sehingga anda tidak boleh melakukannya. Set to failure. Ia mungkin akan memberikan anda kepuasan dan memberi lebih motivasi untuk anda pergi ke gym dengan lebih kerap.

4. Fokus satu perkara dalam satu masa

Telah banyak kajian telah dijalankan, manusia sememangnya tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa. Ia sebenarnya membuatkan anda menjadi tidak produktif dan tidak bermotivasi untuk melakukan perubahan untuk kesihatan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan, melakukan diet dan juga bersenam mungkin terlalu berat untuk anda sebagai permulaan.

Terutama sekali diet, kerana saya juga pernah melaluinya. Mulakan satu perkara satu masa, anda mungkin memikirkan diet lebih mudah untuk anda. Maka lakukan diet dahulu, sekiranya anda sudah konsisten melakukannya, barulah anda beralih kepada senaman.

Melakukan dua atau lebih perkara bukanlah suatu perkara yang baik. Ia hanya menyebabkan fikiran anda semakin terbeban. Buangkan perkara-perkara yang tidak penting dan lakukan apa yang penting dalam hidup anda. Saya yakin banyak perkara lain yang perlu anda fikirkan, pilih yang betul-betul penting dan efektif untuk mencapai matlamat yang anda inginkan.

5. Dapatkan teman workout atau jurulatih.

Antara faktor luaran yang boleh push anda untuk melakukan workout semestinya ialah rakan/jurulatih anda. Apabila anda mempunyai rakan, anda akan menjadi lebih berdisiplin untuk bersenam. Di waktu anda tidak bersemangat dan malas untuk bersenam, mereka akan push anda.

Teman workout/jurulatih juga membantu anda workout secara maksimum dan optimum. Ia sangat membantu apabila anda melakukan workout di gym. Rakan mahupun jurulatih anda akan memastikan anda melakukan workout sehingga anda tidak boleh melakukannya. Mereka akan memastikan workout anda betul-betul berhasil dan efektif.

Pada masa yang sama sekiranya anda mempunyai rakan yang berpengalaman, anda boleh belajar daripada mereka teknik-teknik yang berkesan melakukan workout.

6. Lakukan apa yang anda suka.

Saya lebih suka melakukan workout di gym berbanding berjoging. Apabila saya melakukan workout di gym, saya dapat merasakan perubahan pada otot-otot selepas melakukannya. Fast results. Dan saya akan menjadi lebih bermotivasi untuk melakukan workout.

Begitu juga dengan anda, lakukan senaman yang anda suka untuk terus kekal bermotivasi untuk bersukan. Melakukan senaman yang tidak digemari hanya membina rintangan untuk terus mencapai matlamat yang anda inginkan. Mungkin senaman tersebut tidak cukup efektif, tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukannya langsung.

Pilih senaman atau sukan yang anda suka dan mahir. Kemudian lakukannya dengan lebih efektif dan efisyen untuk mendapat keputusan yang memuaskan.

7. Jadikan ia sebagai satu rutin hidupan anda.

Tidak guna sekiranya anda menjadikan senaman hanya untuk menguruskan badan dan bukannya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Senaman harus dilakukan selagi anda bernafas. Apabila senaman menjadi rutin harian dalam kehidupan anda. Perkara akan menjadi lebih mudah. Anda akan merasakan bersenam seperti sebahagian dalam hidup anda. Apabila ia dijadikan tabiat, impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang optimum tidak lagi menjadi masalah.

P/s: Workout = Senaman otot. Perkataan ini selalu digunakan oleh rakan-rakan di gym apabila mendefinisikan satu-satu jenis senaman.


Kredit: Hidayat Syarif


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Sunday, April 1, 2012

Trailer Filem Mesti Tonton Tahun Ni! Wrath Of The Titans!!



Kelas OUM hari ni habis kul 4.30. Jadi aku plan nak keluar tengok wayang lak lepas kelas(padahal baru jek tengok John Carter Ahad lepas). Kali ni filem Wrath Of The Titans lak. Aku memang minat filem fiksyen yang banyak aksi & raksaksa macam ni. Pada sesiapa yang plan tengok filem ni gak, jom layan trailler ni dulu ;)




ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"SEGMEN : BLOGLIST April - Mei by Sharfynarz


Dapat tahu ttg segmen ni masa merayau kat blog Mr E'raz Fadli tadi. Pada yang berminat, jom join! ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Jurukamera Terlampau



Memperkenalkan kawan sekamera aku (ada ke istilah tu?), merangkap juruteknik di sekolah yang memang gigih setiap kali mengambil gambar.. Contohnya macam yang anda dapat lihat di atas. Sanggup panjang bumbung semata2 nak ambil view yang lain dari lain. Apapun, aku memang suka bertanyakan tentang bab2 fotografi ni dengan dia. Kiranya macam pakar rujuk aku lah. Alhamdulillah, aku ada rakan sekerja yang mempunyai minat yang sama. Senang kalau nak buat aktiviti bersama, & terasa semangat sikit bila nak ambil gambar ;)

Masa sama2 join kursus hari tu.. Aku ni pemalu sikit nak suruh model2 tu possing.. Jadi kawan aku tu la yg tolong suruh ;p


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Sejujurnya Diriku Terlalu Sayang Padamu..


Cintamu,
Yang kurasa walau tak terucap,
S'makin dalam
Cintamu,tlah terukir di batas cintaku,
Selamanya

Tak pernah ku mencoba,
Lepaskan cintamu walau sesaat,
Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu
Kuingin s'lalu dalam,
Cintamu

Dan tiada yang kan memisahkan,
Selamanya
Cintamu,
Yang terlintas, terbias matamu
S'lama ini

Adakah di hatimu,
Terbesit'satu harapan untukku
Tuk berjanji selamanya kau selalu milikku

Satu cinta,
Tak pernah ku mencoba,
Lepaskan cintamu walau sesaat,
Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu
Kuingin s'lalu dalam,
Cintamu...


Masa pertama kali aku dengar lagu Cintamu ni 7 tahun dulu, aku betul2 terkesan dengan liriknya. Memang puitis habis.. Seolah2 orang yang menulis lirik lagu ni betul2 meluahkan perasaannya yang benar2 ikhlas dalam percintaan. Aku cukup suka lagu ni, & sejak aku berblog 3 tahun dulu, inilah antara lagu tema blog aku yang paling lama aku gunakan. Selain dari blog aku ni, kalau nak dengar lagu ni, korang boleh cari di Youtube- Cintamu (Dygta).

Indahnya bercinta.. & Indahnya perasaan saling memiliki dengan rasa ikhlas & sayang sepenuh hati..


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Tips Kesihatan Cara Nabi SAW :)


Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

SUMBER

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Saturday, March 31, 2012

Ape Nak Dibuat Masa Bergelap Nanti?


Tadi, budak2 kat asrama tanya aku apa aktiviti nak dibuat kul 8.30 nanti.. Serius aku tak de idea nak buat apa.. Kalau tahun 2010 & 2011 dulu, aku prepare awal2 & buat treasure hunt serta beberapa lagi permainan dengan dak2 asrama dalam gelap.. Serius tahun ni aku tak ready apa2.. Busy.. Lagipun aku tak bertugas kat asrama hari ni.. Saja lepak2 kat sekolah buat assignment.. Kalau sempat, nak je aku join kawan aku amik gambar bintang2 mlm ni. Dia nak buat gambar startrail macam kat bawah ni, dgn gunakan beberapa teknik fotografi.. Best kalau dpt belajar dgn dia, tapi aku kepenatan sikit malam ni. Mungkin lain kali..


Apa pula rancangan korang sempena Earth Hour jap lg?

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Doa Rasulullah SAW Ketika Hujan


Waktu ni, hujan turun dengan lebat kat Kuching. Tiba2 terlintas di fikiran nak tulis entri tentang hujan. Jom baca~

Dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
“Jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat hujan, maka beliau berdoa, “ALLAHUMMA SHAYYIBAN NAAFI’AN (Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang deras lagi bermanfaat).” (HR. Al-Bukhari no. 1032)

Hujan Dalam Syariat Islam

صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ عَلَى إِثْرِ سَمَاءٍ كَانَتْ مِنْ اللَّيْلَةِ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي وَمُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memimpin kami shalat subuh di Hudaibiah di atas bekas-bekas hujan yang turun pada malam harinya. Setelah selesai shalat, beliau menghadapkan wajahnya kepada orang banyak lalu bersabda, “Tahukah kalian apa yang sudah difirmankan oleh Rabb kalian?” mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Beliau bersabda: “(Allah berfirman), “Subuh hari ini ada hamba-hambaKu yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Siapa yang berkata, “Hujan turun kepada kita karena karunia Allah dan rahmat-Nya,” maka dia adalah yang beriman kepada-Ku dan kafir kepada bintang-bintang. Adapun yang berkata, “(Hujan turun disebabkan) bintang ini atau itu,” maka dia telah kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang-bintang.” (HR. Al-Bukhari no. 1038)


Penjelasan ringkas:

Hujan adalah nikmat dan anugerah dari Allah yang dengannya Dia memberikan keutamaan kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Allah Ta’ala berfirman:

وأنزل من السماء ماءً فأخرج به من الثمرات رزقاً لكم
“Dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menumbuhkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untuk kalian.”
(QS. Al-Baqarah: 22)

وهو الذي ينزل الغيث من بعد ما قنطوا وينشر رحمته
“Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan Dia menyebarkan rahmat-Nya.” (QS. Asy-Syuraa: 28)


Sebab- sebab umum turunnya hujan:

1. Ketakwaan kepada Allah. Allah Ta’ala berfirman:

ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (QS. Al-A’raf: 96)

2. Istighfar dan taubat dari dosa-dosa. Allah Ta’ala berfirman tentang Nabi Nuh bahwa beliau berkata:

فقلت استغفروا ربكم إنه كان غفاراً. يرسل السماء عليكم مدراراً
“Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepada kalian dengan lebat.” (QS. Nuh: 10-11)

3. Istiqamah di atas syariat Allah. Allah Ta’ala mengabarkan:

وألّوِ استقاموا على الطريقة لأسقيناهم ماءًً غدقاً
“Dan bahwasanya: Jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar.” (QS. Al-Jin: 16)

4. Istisqa`, baik sekedar berdoa maupun diiringi dengan shalat.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Luangkan 1 Jam Anda Untuk BUMI Hari Ini





ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Kenapa Perlu Solat Di Awal Waktu?


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Kredit: Mohamad Zaki Halim


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Lirik Lagu Paling Popular Dalam Carian Pada Malam Ini Ialah..


Lagu Bawaku Pergi ciptaan Malique ni dah jadi isu hangat sekarang.. Jadi aku ke ruang carian Google untuk baca sendiri lirik tu tadi.. Tengok pada bilangan yang online , mmg ramai malam ni. Aku pun sebenarnya tak pasti adakah mmg seramai tu pengungjung blog tu pada waktu2 mcm ni. Atau mungkin mereka pun mencari2 lirik lagu tu. Komen? Tentu ada yang pro dan kontra kan.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Friday, March 30, 2012

Ajamoppical's 1st Giveaway: The Last Song


Thanks pada Mr. Azam yang ajak aku join segmen ni. Pada yang berminat nak dapatkan buku The Last Song, korang leh klik banner di atas tu k ;)

Untuk segmen ni, Zam tag mereka bertiga~~
Angah Mia
Icuum
Arep


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Nak Habiskan Baucer 100 Ringgit Pun Susah!

Serius aku tak ada idea nak beli ape!


Dah dua hari berturut2 aku ke kedai buku. Hari pertama ke MPH, & hari berikutnya ke Popular & Times. Tapi tak ada satu buku pun yang aku betul2 berkenan. Tercari-cari hampir sejam di MPH untuk cukupkan barangan sejumlah seratus ringgit pun dirasakan sukar!

Bukan aku tak tahu baucer tu boleh digunakan untuk alat tulis. Bagi aku, biarlah aku gunakan baucer tu untuk membeli buku2 yang betul2 aku minat. Ruginya kalau tak digunakan untuk membeli buku. Aku tak mahu tangkap muat, beli mana2 buku yang belum tentu aku akan membacanya.

Hairan, beberapa bulan sudah di ketiga2 kedai tu, aku jadi rambang mata melihatkan banyak buku2 yang menarik. Kemana perginya buku2 tu sekarang? Sold out kah?

Apepun nasib baik tempoh tamat tempoh penggunaanya dilanjutkan sehingga penghujung April ni. Harap2 masa tu, banyak buku2 menarik akan keluar.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

segmen : review blog by Dilla Delaila #part 2


Cik Dilla Delaila nak famouskan blog korang! So apa lagi, jom join!
(klik banner kat atas untuk ke sana k


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Bestnye Bertunang!!

Sekitar Majlis Pertunangan Liana Jasmay beberapa hari lalu. Pada mereka yang pernah melaluinya, pasti tak kan dapat melupakan detik manis seperti ini kan.. Bila dah melangsungkan majlis perkahwinan nanti, lagilah terasa bahagianya ;)







Kredit: Oh Bulan!


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Siapakah 3 Pasangan Paling Bahagia Minggu Ini?


Irma Hasmie selamat mengikatkan tali petunangan bersama ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31 dalam majlis yang penuh keserdahanaan di kediamannya yang terletak di Desa Coafield, Sungai Buloh, 24 Mac lalu.

Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat menerima kunjungan pihak lelaki seramai 30 orang dengan 7 dulang hantaran berupa sebentuk cincin, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah dan telekung, set persalinan wanita dan set wangian.

9 dulang hantaran dibalas kepada pihak lelaki berupa persalinan lelaki, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah, set mandian, shaver, sirih junjung, buku motivasi dan coklat.

Daripada hasil perbincangan antara kedua-dua keluarga, Irma Hasmie dijadualkan akan bernikah pada 1 Julai 2012 & majlis resepsinya akan diadakan pada 7 Julai 2012.



Seperti yang diketahui ramai, hari ini (27 Mac) adalah hari sidang media buat pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mengenai tarikh perkahwinan mereka di Flora Cafe, Jalan Ampang Kuala Lumpur… Pasangan romantis Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah pun bersepakat dan mengumumkan kepada media yang mereka berdua bakal dinikahkan pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside… Manakala majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada 6 Mei 2012..



Pelakon popular, Liyana Jasmay, 24 mengikat tali pertunangan bersama Fathuddin Mazlan, 28 di kediamannya bertempat di Kemensah Height, KL, malam tadi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa saudara yang mewakili bapa pihak lelaki, Datuk Abdul Rauf.

Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat.

Manakala, pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin dimana Liyana Jasmay tampil anggun dalam persalinan Rizman Ruzaini yang bernilai RM 10000.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju menetapkan tarikh pernikahan berlangsung pada 24 Januari 2013.

SUMBER: OH BULAN & MY GOSIP

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Indahnya Islam: Adab Dalam Berdoa


Adab-adab Dalam Berdoa

  1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kekotoran, hadas dan najis.

  2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasulullah (s.a.w).

  3. Menghadap ke arah kiblat.

  4. Memohon ampun dengan merendahkan siri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang dilakukan sebelum berdoa.

  5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.

  6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan suara.

  7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.

  8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.

  9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, apakaian ataupun pekerjaan.

  10. Berdoa untuk kaum Muslimin dan Muslimat secara keseluruhannya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


Panduan Agar Doa Diterima Allah

  • Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita boleh menggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita memahami dan mengerti akan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik bahasa yang harus digunakan adalah bahasa Arab kerana ia adalah bahasa Al-Quran yang diturunkan oleh malaikat melalui wahyu yang datang dari Allah. Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah juga adalah dalam bahasa Arab.
  • Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata kerana Allah.
  • Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersunguh-sungguh.
  • Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.
  • Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang dihajatkan itu akan diperkenankan oleh Allah.
  • Berdoa, bertakwa dan bertawakkal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.
  • Tidak pernah berputus asa di dalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqamah, sabar dan menyerah diri kepada Allah.
KREDIT: Pure Words

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Thursday, March 29, 2012

Segmen : "Farah Nak Review Belog Korang"



Segmen yang ke... berapa ntah aku join dengan Cik Farah Alias ni.. Pada korang yang berminat untuk di riview blognya, sila klik banner di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut :)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

kerana DIA MAHA PEMURAH..



Teringat kata2 Ustazah aku waktu sekolah menengah dulu, "Allah tu Maha Pemurah, jadi kamu minta je apa2 dari Dia.."

Kata2 yang ringkas, tapi cukup untuk mengetuk fikiran luar sedarku..

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(QS. Al-Baqarah: 186)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Lagu Lagu Yang Sinonim Dengan Perpisahan Di Alam Persekolahan

Bila dikenang semula, zaman persekolahan kita lah yang terbaik, kan.. Banyak kenangan- kegembiraan & pengalaman yang mendewasakan kita berlaku pada masa tu. Paling tak boleh lupa, semuanya berlaku ketika kita membesar dalam linkungan yang sama dengan kawan2 kita- & sebab tu lah perasaan pada waktu tu begitu istimewa.

Saat paling sedih ialah ketika berpisah dengan mereka, nak2 lagi masa Darjah 6 & Tingkatan 5.. & Masa tu, semakin dekat hari perpisahan kita dengan kawan2, lagu2 macam ni lah yang semakin kerap berkumandang.. Siap buat persembahan dekat sekolah lagi.. Hehe.. Apepun, jom layan lagu2 ni sambil refresh kembali memori terindah tu ;)







ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

SEGMEN NASZ : JOM KENAL BLOGGER


Salam semua~ Aku terjumpa segmen ni kat blog Mr. E'raz Fadli tadi. Pada yang nak join, klik banner diatas k.

A. Nama Penuh Saya?
AHMAD MUHIBBUDDIN ZAMANI B MOHAMMAD

B. Nama Panggilan Saya?
ZAMANI

C. Sejak Bila Saya Berblogging?
DISEMBER 2008

D. Url Blog Saya?
http://zamani84.blogspot.com