e

Monday, April 2, 2012

Te Amo? Mahal Kita?


Te Amo? Mahal Kita? Apa tu? Hehe.. Sebenarnya itulah 2 bahasa yang berbeza dalam menyatakan ''Saya Cintakan Awak" . Apepun jom kita tengok beberapa lagi cara mengungkapkan rasa cinta dalam bahasa2 lain~!

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumem
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Chinese
Cantonese - Ngo oiy ney a
Mandarin - Wo ai ni
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
French - Je t'aime, Je t'adore
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Hawaiian - Aloha Au Ia`oe
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hungarian - Szeretlek
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru or Anata ga daisuki desu
Korean - Sarang Heyo or Nanun tangshinul sarang hamnida
Latin - Te amo
Lithuanian - Tave myliu
Macedonian - Te Sakam
Malay - Aku cinta padamu
Moroccan - Ana moajaba bik
Pandacan - Syota na kita!!
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te iubesc
Russian - Ya tebya liubliu
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai
To female - Phom rak khun
To male - Chan rak khun
Informal - Rak te
Tunisian - Ha eh bak
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Zuni - Tom ho' ichema


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"THANKS" Sebab Kejutkan Aku



Dari tajuk entri kali ni, seolah2 penulis nak mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang mengejutkannya dari tidur pagi tadi. Apepun, itu cuma bayangan pada maksud sebenar yang aku ingin luahkan.

Ada masanya, kita terlupa akan beberapa perkara yang penting, & kepentingan beberapa perkara (lain tu..) yang sebenarnya sentiasa berlegar2 sekitar kehidupan kita. Biasalah kan, dalam keadaan lemah, tiada motivasi, & kadang2 dalam rasa putus harap, kita terlupa yang kita masih ada daya usaha & ikhtiar yang boleh dicuba. Kita ada Allah SWT sebagai tempat mengadu & memohon pertolongan. Inilah perkara penting & kepentingan yang aku maksudkan tadi. Bukannya kita tak tahu & tak sedar akan itu semua, tapi adakalnya kita terleka, lena dalam perasaan2 negatif tadi. Dan, aku sebenarnya sangat2 beruntung, kerana mempunyai seorang Sahabat yang selalu mengejutkan aku dari 'lena' tersebut. Yang faham akan situasi aku. Memang kalau diikutkan, aku banyak terhutang budi dengan dia.

Apapun, doa aku yang terbaik selalu ada untuk dia. Insya Allah

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"SEGMEN NASZ : JOM BLOGWALKING"


1st segmen for today~ dari Mr. Mohd Naser.. Thanks pada Mr. E'raz Fadli yang rajin join segmen2 mcm ni. Disebabkan aku selalu singgah blog best Mr. E'raz tu, jadi aku alert dengan setiap entri terbaru dari dia. Kebanyakan segmen yang aku join selama ni pun bersumberkan dari blog Mr. E'raz Fadli. Jadi tak rugi kalau korang follow blog dia sebab selain dari segmen2, entri2 yang ditulisnya- tentang hiburan & informasi pun best2~ serius!! ;)

Ok~ Sekarang nak promo blog sendiri lak ;) Pada yang selalu singgah atau pertama kali ke blog Zam ni, Zam ucapkan Selamat Datang! Semoga korang semua terhibur dengan entri2 yang Zam sediakan di sini~ Insya Allah korang akan temukan banyak yang menarik dalam blog Zam ni ;))


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

7 Tips Tingkatkan Motivasi Untuk Bersenam Secara Konsisten


Salam Isnin semua ('',)
Sekarang ni, aku dapati agak sukar untuk aku kekal istiqamah dalam bersenam. Mungkin ramai juga di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Jadi, dalam entri kali ni, aku nak kongsikan artikel dari Saudara Hidayat Syarif yang insya Allah, boleh membantu kita.

7 Tips Tingkatkan Motivasi Untuk Bersenam Secara Konsisten


Untuk sentiasa bermotivasi untuk melakukan senaman bukanlah satu perkara yang mudah. Anda memerlukan force dalaman dan juga luaran supaya anda terus konsisten untuk melakukannya. Motivasi datang dan pergi dan ia adalah satu faktor yang mempengaruhi sama ada kita boleh melakukannya dengan berterusan mahupun tidak.

1. Sentiasa Membayangkan Diri Anda.

Cuba letakkan diri anda di situasi anda sudah berjaya mencapai matlamat yang anda inginkan. Iaitu mengurangkan berat badan. Bayangkan setiap hari anda mempunyai bentuk badan yang ramping dan menarik. Untuk lelaki, anda mula membayangkan bentuk badan yang berotot dan sasa.

Bukan sekadar itu sahaja, lakukan imaginasi secara lebih detail, bayangkan dengan bentuk badan yang berotot dan sasa, anda menjadi tarikan ramai wanita. Bayangkan seluar anda sudah menjadi longgar, tidak seperti dulu. Anda sudah tidak mampu lagi memegang lemak-lemak terkumpul di sekeliling pinggang anda. Ughh! Sangat menggelikan (sekadar bayangan).

Apabila anda melakukan imaginasi secara dengan lebih terperinci, ia akan tersimpan di dalam pemikiran separuh sedar anda (subconscious mind). Apabila ia sentiasa diulang-ulang setiap hari, anda secara automatik akan mendapat keinginan yang kuat untuk melakukan senaman.

2. Jadikan Gambar sebagai pencetus.

Teknik ini adalah antara teknik kegemaran saya. Apa yang saya lakukan adalah dengan meletakkan gambar lelaki yang berotot sebagai wallpaper di laptop saya. Lelaki tersebut adalah antara pemain terbaik bola sepak dunia, Christiano Ronaldo. Sekiranya anda melihat susuk tubuh badannya, anda pasti kagum.

Anda juga boleh melakukan perkara yang serupa. Tidak semestinya di laptop, anda boleh meletakkan poster di dinding bilik. Apa yang penting adalah menggunakan gambar sebagai motivasi dan meletakkannya di tempat yang mudah untuk kita lihat. Saya menjadikannya sebagai wallpaper kerana saya menggunakan laptop hampir setiap hari dan setiap hari juga saya pasti akan melihat gambar tersebut.

Ia antara cara yang praktikal dilakukan sekiranya anda tidak ingin membazir duit meletakkan poster dan merosakkan dinding bilik anda.

3. Start Small

Terutama sekali apabila anda baru sahaja ingin melakukan senaman. Apabila anda merasa sedikit sakit, mungkin anda tidak bersemangat untuk melakukannya keesokan hari. Mula secara perlahan-lahan.

Sebagai contoh, sekiranya anda berjoging, tidak perlu melakukan 10km sekaligus. Mulakan joging 1km hingga 2 km. Apabila anda merasakan ia terlalu mudah, tambah kilometer keesokan harinya. Dan kemudian sekiranya anda ingin melakukan lebih lagi, anda boleh menambah kilometer atau anda juga boleh merekodkan masa anda supaya anda boleh memperbaikinya setiap kali anda berjoging.

Lakukan mengikut kemampuan anda. Sekiranya anda sudah biasa melakukannya, cuba breaktrough the limit. Jika anda melakukan workout di gym, lakukan senaman sehingga anda tidak boleh melakukannya. Set to failure. Ia mungkin akan memberikan anda kepuasan dan memberi lebih motivasi untuk anda pergi ke gym dengan lebih kerap.

4. Fokus satu perkara dalam satu masa

Telah banyak kajian telah dijalankan, manusia sememangnya tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa. Ia sebenarnya membuatkan anda menjadi tidak produktif dan tidak bermotivasi untuk melakukan perubahan untuk kesihatan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan, melakukan diet dan juga bersenam mungkin terlalu berat untuk anda sebagai permulaan.

Terutama sekali diet, kerana saya juga pernah melaluinya. Mulakan satu perkara satu masa, anda mungkin memikirkan diet lebih mudah untuk anda. Maka lakukan diet dahulu, sekiranya anda sudah konsisten melakukannya, barulah anda beralih kepada senaman.

Melakukan dua atau lebih perkara bukanlah suatu perkara yang baik. Ia hanya menyebabkan fikiran anda semakin terbeban. Buangkan perkara-perkara yang tidak penting dan lakukan apa yang penting dalam hidup anda. Saya yakin banyak perkara lain yang perlu anda fikirkan, pilih yang betul-betul penting dan efektif untuk mencapai matlamat yang anda inginkan.

5. Dapatkan teman workout atau jurulatih.

Antara faktor luaran yang boleh push anda untuk melakukan workout semestinya ialah rakan/jurulatih anda. Apabila anda mempunyai rakan, anda akan menjadi lebih berdisiplin untuk bersenam. Di waktu anda tidak bersemangat dan malas untuk bersenam, mereka akan push anda.

Teman workout/jurulatih juga membantu anda workout secara maksimum dan optimum. Ia sangat membantu apabila anda melakukan workout di gym. Rakan mahupun jurulatih anda akan memastikan anda melakukan workout sehingga anda tidak boleh melakukannya. Mereka akan memastikan workout anda betul-betul berhasil dan efektif.

Pada masa yang sama sekiranya anda mempunyai rakan yang berpengalaman, anda boleh belajar daripada mereka teknik-teknik yang berkesan melakukan workout.

6. Lakukan apa yang anda suka.

Saya lebih suka melakukan workout di gym berbanding berjoging. Apabila saya melakukan workout di gym, saya dapat merasakan perubahan pada otot-otot selepas melakukannya. Fast results. Dan saya akan menjadi lebih bermotivasi untuk melakukan workout.

Begitu juga dengan anda, lakukan senaman yang anda suka untuk terus kekal bermotivasi untuk bersukan. Melakukan senaman yang tidak digemari hanya membina rintangan untuk terus mencapai matlamat yang anda inginkan. Mungkin senaman tersebut tidak cukup efektif, tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukannya langsung.

Pilih senaman atau sukan yang anda suka dan mahir. Kemudian lakukannya dengan lebih efektif dan efisyen untuk mendapat keputusan yang memuaskan.

7. Jadikan ia sebagai satu rutin hidupan anda.

Tidak guna sekiranya anda menjadikan senaman hanya untuk menguruskan badan dan bukannya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Senaman harus dilakukan selagi anda bernafas. Apabila senaman menjadi rutin harian dalam kehidupan anda. Perkara akan menjadi lebih mudah. Anda akan merasakan bersenam seperti sebahagian dalam hidup anda. Apabila ia dijadikan tabiat, impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang optimum tidak lagi menjadi masalah.

P/s: Workout = Senaman otot. Perkataan ini selalu digunakan oleh rakan-rakan di gym apabila mendefinisikan satu-satu jenis senaman.


Kredit: Hidayat Syarif


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!