e

Saturday, April 7, 2012

Kawan Baik Mengenali Diri Anda Dengan Sebaiknya



Selain family, kawan baik lah yang faham akan kerenah kita. Hatta dari nada & cara percakapan kita pun, dia boleh bezakan & dapat tahu mood kita ketika itu. Haha.. Aku baru sedar!

Kawan baik tak semestinya mempunyai minat yang sama dengan kita, & tak semestinya ada dengan kita setiap masa. Apa yang penting, kita boleh 'ngam' & selesa dengan dia. Kawan baik juga tak semestinya perfect dari semua segi. Dapat bimbing kita ke arah kebaikan pun sudah memadai ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Segmen Blogwalking dan Review



Jom join segmen geng! Ni syarat2 dia~

Buat tajuk entri : Segmen Blogwalking dan Review
Nak follow blog ini,terpulang kat korang
Letak banner kat atas tu dan linkkan ke entri ini
Nak tag rakan blogger lain pun terpulang kat korang
Tugasan korang, kritik/komen/review blog mereka yang join segmen ne.Apa yang patut mereka buang/tambah baik/sebagainya
Dah siap..Hantar link korang kat sini
tarikh tutup : 14 April 2012,jam 2 petang


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Siapa Di Sebalik Suara OPTIMUS PRIME?


Pasti ramai peminat2 Transformer dah cam sangat dengan suara Optimus Prime sejak kecil. Suaranya yang komersil tu memang dapat menguatkan & menghidupkan lagi watak Optimus sebagai sebuah robot yang noble. Tapi korang tahu tak siapa pemilik sebenar suara Optimus?

Inilah beliau, Peter Cullen~ Pemilik suara di sebalik Optimus Prime.


Video ketika sesi dubbing dijalankan untuk filem pertama Transformers.



Rupanya sejak kita menonton kartun ni masa kecik, suara dia lah yang digunakan.. Kiranya Pakcik ni memang seorang legend la..


Kredit untuk beliau~ Tanpa dia, siapalah Optimus Prime ;)

KENAPA AKU DIHINA SEDEMIKIAN RUPA??




ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Namaku AARON Bukan HARON


Ramai yang dah tahu aktor terkenal Aaron Aziz tampil menjelaskan kedudukan sebenar mengenai isu namanya. Oh, salahkah mempunyai nama seperti orang kampung @ tak komersial? Apapaun, bagi aku, bukan itu isunya.. Nama Haron pun ok apa.. Kesian pada mereka yang bernama Haron. Korang janganlah ambil hati ek. Pendapat aku, isu ini sengaja ditumbulkan atas tujuan tertentu oleh sesetengah pihak. Korang mungkin boleh agak apa niat sebenar diorang. & tujuan Aaron tampil menjelaskan perkara sebenar pun hanyalah untuk menamatkan isu itu. Ya lah.. Macam2 presepsi masyarakat boleh timbul kalau isu tu tak diselesaikan. & itu memang hak dia. Kita pun, janganlah cepat percaya pada berita2 macam ni di masa akan datang, ok? ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

12 Selebriti Lelaki Buat Persiapan Akhir ABPBH2011

12 selebriti lelaki popular menggayakan sut rekaan Lord's Tailor. Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Menjelang acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) pada Ahad ini, seramai 12 selebriti lelaki membuat persiapan terakhir memilih dan mengubah sut masing-masing di butik Lord’s Tailor di Bangsar Shopping Complex (BSC).

Para selebriti yang antaranya seperti Fizo, Shaheizy Sam, Aeril Zafrel, Kamal Adli, Iqram Dinzley, Adam AF, Aaron Aziz dan Fizz Fairuz akan menggayakan sut tajaan butik tersebut pada acara ABPBH itu yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang.

Menurut jurucakapnya iaitu Bill Bora, sut yang menggunakan fabrik berkualiti itu akan digayakan pada acara permaidani merah ABPBH2011 oleh selebriti-selebriti berkenaan.

"Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menyemarakkan lagi penantian detik ABPBH2011.

"Dan memandangkan tinggal sehari lagi detik acara berpestij itu, kesemua artis yang ditaja oleh Lords Tailor membuat persiapan terakhir dengan melihat semula mana-mana bahagian sut mereka untuk diubah," katanya.

Sementara itu, Aeril mengakui dia begitu teruja untuk melalui permaidani merah ABPBH2011 kerana ia merupakan kali pertama dia menghadirkan diri ke acara berprestij itu.

"Ini merupakan pertama kali saya tercalon dalam ABPBH, mengenakan busana Lord's Tailor dan pertama kali juga saya menjejakkan kaki di acara tersebut.

"Satu pengalaman yang unik untuk saya lalui nanti. Berada di butik ini juga membuatkan saya berbesar hati kerana sudi menaja saya bersama rakan-rakan artis lain untuk mengenakan sut rekaan terkenal ini.

"Tak sabar rasanya untuk berada dalam suasana ABPBH2011. Apa-apa pun, saya tidak mengharapkan kemenangan, tetapi cukuplah kita dapat meraikan beramai-ramai," kata pencalon Top 5 Artis Baru Popular Lelaki itu.

SUMBER



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

REDHA Itu Baik


Sikap redha dengan ketentuan Allah didasari keyakinan teguh terhadap sifat – sifat Allah s.w.t seperti Maha Pengasih (al – Rahman), Maha Penyayang (al – Rahim), Maha Bijaksana (al – Hakim) dan Maha Mengatahui ( al – Amin).

Ia menyakini bahawa pengetahuan Allah jauh lebih tinggi dan lebih luas jika dibandingkan pengetahuan semua hamba-Nya. Justeru, Allah lebih mengetahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri.

Dan kerana sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya meskipun ketentuan itu kadang terasa pahit.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengatahui, sedang kamu tidak mengatahui.” (Surah al – Baqarah 2:216).

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan. Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang… Anda juga pernah merasa begitu?

Ya.. Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-Nya.

Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.


KREDIT: PAKAR DIARI HATI

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!