e

Sunday, April 8, 2012

Nasib Aaron Menang Pelakon Filem Lelaki Popular~ Kalau Tak Ada Yang Nangis!


Siapa nak nangis kalau Aaron tak menang? Aku ke? Haha tak ada makna! Tapi kawan2 & student perempuan yang tengah tengok tv sekali dengan aku sekarang ni.. Hehe.. Sakit telinga aku bila diorang menjerit frust Aaron kalah kat Fiz tadi! Adoiiii


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

PERGHHH....!!! Terbaik la Ziana & Lan!!

Gabungan mantap! Sat lagi nak cari video!!

PC Fair 2012@ Kuching- Berbaloikah?


Baru2 ni aku sempat ke sana bersama kawan aku di BCCK Kuching, survey ultra book, lensa kamera & beberapa gadget lain. Memang rambang mata la~ tapi berbaloikah untuk membeli semua tu semasa PC Fair? Aku dah lama tak berkesempatan ke PC Fair di KL, & aku pun tak pasti macam mana harga2 gadget yang dijual waktu itu. Tapi kalau di sini, tiada less pun ditawarkan untuk gadget seperti laptop & netbook.. Tunggu je 2, 3 bulan akan datang, pasti harganya akan turun. Itu pengalaman aku. Korang di semenanjung, macam tu juga ke?


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Apa Jadi Bila Hello Kitty Dikacukkan Dengan Domo

Kepada para Peminat Domo-kun & Peminat Hello Kitty, pernah tak terlintas di fikiran korang bagaimanakah rupanya bila kedua-dua ikon popular ini digabungkan? Jom kita saksikan hasilnya!






Hah! Amacam?? Korang suka tak gabungan nih?? Haha~ Apepun bagi aku, memang kreatif!

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Bunohan Kutip RM720,000, Dain Said Puas Hati


Dah lama aku usha berita & promosi sal filem Bunohan ni, tapi tak berpeluang nak tengok. Ada sesiapa yang dah tonton? Best tak?

Walaupun angka 720k itu bukanlah sesuatu yang tinggi, namun pengarahnya Dain Said berpuas hati dengan sasaran tu.. Ok lah kan.. Bukan senang nak buat filem, tapi dengan budaya masyarakat kita sekarang yang dah mula sokong industri filem sendiri, memang usaha diorang ni berbaloi jugak lah. Apapun jom baca berita selanjutnya~

KUALA LUMPUR: Walaupun hasil kutipan filem Bunohan hanya mendapat RM720,000, pengarahnya, Dain Said gembira dan berpuas hati kerana ia mencapai sasaran seperti yang diinginkan.

Dain berkata, walaupun angkanya dilihat kecil berbanding dengan filem-filem tempatan lain, ia sudah memadai kerana mengikut bilangan pawagam yang ditayangkan, hanya 40 salinan sahaja yang dibuat.

"Sebenarnya sasaran kami untuk kutipan filem di Malaysia hanyalah RM800,000 dan Alhamdulillah Bunohan hampir dengan sasaran tersebut.

"Dengan hanya 40 salinan filem untuk ditayangkan di pawagam, saya rasa ia satu pencapaian yang bagus berbanding filem-filem lain yang kebanyakannya membuat 70 salinan," katanya yang ditemui pada sesi dialog bersama Dain Said di Rumah Pena, di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, tambah Dain, filem itu sebenarnya masih lagi belum mempunyai angka kutipan secara menyeluruh lagi memandangkan Bunohan masih lagi ditayangkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand di bawah edaran Universal Pictures.

Dalam pada itu, Dain juga berharap agar Bunohan tidak dipandang rendah mengenai kutipannya tanpa mengkaji dahulu berapa jumlah pawagam yang ditayangkan, termasuklah di Astro First serta tayangannya di beberapa negara luar.

"Saya tahu, konsep filem artistik adalah satu perkara yang agak janggal buat masyarakat kita dan sebab itu pihak penerbit, Apparat Sdn Bhd, hanya membuat 40 buah salinan.

"Dan apabila ia mendapat respons yang positif, malah hampir mencapai sasaran jumlah penontonnya, ini bermaksud, Bunohan diterima masyarakat dan sedikit demi sedikit, filem berkonsep sebegini akan sebati dengan mereka di masa hadapan," ujarnya.

Bunohan telah ditayangkan pada 8 Mac lalu dan ia dibintangi oleh Faizal Hussein (Ilham), Zaharil Adzim (Adil), Pekin (Bakar), Bront Palare Deng), Wan Hanafi Su (Pok Eng), Namron (Pok Wah), Shoffi Jikan (Awang Sonar) dan Tengku Azura (Mek Yah.

Kos produksinya menelan belanja RM1.81 juta.

Sementara itu, pada sesi dialog tersebut, Dain berdiskusi mengenali cara penghasilan filemnya itu bersama dengan penggiat-penggiat filem serta golongan remaja yang meminati filem-filem tempatan.

"Diakui, saya rasa teruja dan terkejut melihat golongan muda ini ingin mengetahui tentang penyampaian cerita saya dalam Bunohan.

"Saya gembira mereka menghargai karya-karya saya," katanya.

ENTRI2 BEST!

CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Ketika Membahagiakan Orang Lain, Jangan Lupa Kebahagian Diri Sendiri


Tafsir bahagia selalunya berbeza mengikut setiap individu, berdasarkan pengalaman & citarasa masing2.. Tak kurang juga, ada diantara yang akan berasa bahagia apabila membuat & melihat orang di sekelilingnya bahagia, walaupun diri sendiri tidak gembira. Ada juga yang terpaksa mengorbankan kebahagian sendiri untuk kebahagian orang lain. Bukanlah sesuatu yang pelik jika ada yang bersikap demikian, kerana setiap individu berbeza pendapat & mempunyai penilaian sendiri. Tapi alangkah bagusnya jika kita juga mengecapi kebahagiaan seperti orang lain, kan. Hidup hanya sekali, jadi gunakan ia sebaik mungkin ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

SEGMEN NASZ : PROMOSI BLOG


Rajin sungguh Saudara Naser ni buat segmen~ apapun, pada yang berminat sila join kan diri anda!

Pada yang singgah sini, Zam sangat2 hargai atas promosi yang bakal dijalankan. Jom sama2 promosi blog masing k!


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"Segmen: Blogwalking Lagi by Arra Ahmad"



Arra buat segmen lagi! Antara blogger yang rajin buat segmen. Pada yang nak sertai, klik banner di atas ok


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Jom Follow & Terjah!: SEGMEN CIK VIOLET


Segmen kedua untuk pagi ni~ Dari Cik Violet. Jom terjah!

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

" Segmen : Review Blog by Misz Wenn "

Link
Selamat Pagi Ahad Semua! Pagi2 ni sebelum ke kelas OUM, Zam nak join 1 segmen ni dulu~ Jom tengok syarat2 nya:

> Tulis entry korang yang bertajuk " Segmen : Review Blog by Misz Wenn "

> Letak banner yang comot itew kat entry korang ( Linkkan ke sini )

>Suka hati korang lar nak follow atau like fan page aku ( takde unsur paksaan )


> Siap ? Tinggalkan Link Entry korang kat komen entry ini .

Objektif kali nhe simple jer . Supaya aku senang nak blogwalking korang and confirm lar kan nak tambah followers . Siapa yang tak nak followers and trafik naik kan . Selain tue aku nak promot blog korang yang gempak itew .

Tarikh tutup segmen ini : 10 April 2012 tepat jam 11.59 malam


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

DRAGON WARS: Mimpi Seram La Aku Malam Ni


Cerita tahun 2007 ni, aku baru nak layan malam ni.. Best gak layan movie malam2.. Apepun, jom baca sinopsis ringkas filem ni

Based on the Korean legend, unknown creatures will return and devastate the planet. Reporter Ethan Kendrick is called in to investigate the matter, and he arrives at the conclusion that a girl, stricken with a mysterious illness, named Sarah is suppose to help him. The Imoogi makes its way to Los Angeles, wreaking havoc and destruction. With the entire city under arms, will Ethan and Sarah make it in time to save the people of Los Angeles?

Trailer yang cambest!



Baru2 ni aku baru je tengok filem Wrath Of The Titan & John Cater.. Kenapa entah macam tak puas layan cerita2 macam ni.. Jangan aku mimpi seram sudahlah :p


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!