Tomodachi Sama

Wednesday, April 18, 2012

Pujukan Hati..


Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!

KREDIT



"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang."

Tuesday, April 17, 2012

SEGMEN PKA RAHIM : SURPRISE..!!!



Zam dijemput untuk join segmen terbaru & menarik dari Miss Pka Rahim ni. Pada yang nak join, klik banner di atas k.

Syaratnya:


"Buat entry mengenai sebarang kejadian yang sangat mengejutkan yang pernah berlaku dalam hidup anda.. contoh : surprise party ke, jumpa hantu ke, dan macam-macam lagi.. janji anda pernah rasa terkejot bangat ibarat jantung berhenti berdegup seketika di saat itu"

Haa.. Buat surprise ni sebenarnya hobi Zam, nak2 lagi kat family & kawan2.. Tapi kalau disurprisekan oleh orang lain, macam2 jarang2 sgt.. Tapi bukan la tak ada langsung.. Pernah la gak..

Secara ringkasnya, adalah satu hari ni, time Nubhan FC buat pertandingan bowling dengan Tomokianz, Zam dikejutkan dengan kedatangan seorang kawan baik Zam yang katanya tak jadi nak join event tu.. Dia dari Kelantan masa tu.. Perghh.. Terkejut sampai hilang fokus nak dapatkan strike.. Gembira campur geram! Itu je la kot.. Hehe



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Ini Sangat Sweet!!


"Perkara paling sweet ialah
ketika dua orang saling rindu,
namun tidak berkomunikasi,
tetapi keduanya saling mendoakan
di dalam sujudnya masing-masing."

Perghh.. Terbaik la.. Huhu.. (Kredit kepada Geng Blogger)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

SEGMEN NASZ : B-L-O-G-W-A-L-K-I-N-G


Brader Naser yang sempoi ni memang rajin buat segmen. Yang terbaru ni, blogwalking lagi~ Haa.. jadi pada yang berminat, korang boleh la klik banner di atas k.. Segmen tamat pukul 11 malam ni!

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Proton Preve Dilancar Semalam + Review

Model Terbaru Proton, Preve telah dilancarkan semalam di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa The Mines, Seri Kembangan. Untuk berita lanjut, klik di SINI.

Berikut adalah riview Proton Preve dari LIVELIFE.COM.







Harga: RM62,000 sehingga RM75,000

CREDIT: LIVELIFEDRIVE

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

SAYA BANGGA MENJADI BLOGGER


Pagi2 ni sertai segmen dulu.. Entri permulaan.. Pada yang berminat, klik banner di atas :)

Untuk pengetahuan Dik Aisyah, Zam blogger dari Sarawak ('',)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Monday, April 16, 2012

Top 3 Pemenang Contest Zamani84: Jom Terjah Blog Mereka!!

INI ADALAH SATU STICKY POST SEHINGGA 16 HB APRIL. UNTUK ENTRI TERKINI, SILA SCROLL KE BAWAH ;)

Salam & Selamat Pagi Semua. Berakhirlah sudah contest Zam yang pertama baru2 ini, & inilah 3 Blogger yang telah berjaya mencuri perhatian Zam melalui banner2 mereka yang cun melecun! Jadi selama seminggu mulai hari ini, Zam akan promosikan blog mereka dalam entri sticky post ini. Jom semua~ kita terjah blog mereka bertiga!



Sharfynarz Sharfnie
Blog yang kemas, comel giler, & pink.. ;)



Muhammad Khadhari
Blog bakal Doktor yang kini menuntut di Rusia. Kalau nak jalan2 kat Rusia, jom singgah blog dia!



Cik Zetty
Satu lagi blog yang sweet & comel, macam tuan dia gak! Jom terjah!


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Lawak Ke, Der?? Jozan!!

Aku sebenarnya nak cari video yang Boboi tu.. Lawak giler.. Tapi tak jumpe.. Terjumpa yang ni pulak.. Layan je, best gak ;p



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Cinta Tak Kenal Siapa..Atau Lebih Tepat~ SPESIS!


Si Kakak Tua tu nak berkepit sokmo je dengan Terkukur tu.. & Terkukur tu tak kisah pun.. Kalau jadi kawin, dapat anak, sah sah dapat spesis baru~TERTUA! hehe


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Guling-guling la Cikgu kalau hari2 dapat jawapan macam ni..


Perkongsian dari FB rakanku di sekolah.. Hehe.. Kalau la korang jadi cikgu, apa perasaan korang bile tengok jawapan macam ni?


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Foto Majlis Pernikahan Natasha Hudson & Carleed Khaza

Sekitar Majlis Natasha & Carleed Khaza, 33, di Masjid Wilayah semalam~ Kredit pada Oh Bulan









segmen : ayu cari rakan blogger


Baru perasan dah tamat tempoh, tapi sebab dah di tag, Zam nak teruskan gak.. kot2 sempat lagi.. Sorry ae Dik AYu.. Leh terima lagi tak neh??

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Sunday, April 15, 2012

Bila Wawa Zainal Bertudung~

Terhibur setiap kali menonton telatahnya di dalam drama bersiri Klik. Dari wajahnya yang mirip Marsha, aku beranggapan mungkin dia berasal dari Sabah. Sekali betul lah.. Memang orang Sabah.. Kebetulan kot, lepas Stacy, aku minat dia ni..




Wawa mengenakan tudung untuk filem 99 Kali Rindu.. Comey je kalau dia pakai sokmo2~ ;)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Lynda Roslan Pilih Bidang Lakonan


LAHIR ke dalam dunia lakonan secara tidak sengaja, gadis yang berasal dari Shah Alam Selangor ini pada mulanya lebih berminat untuk bergelar seorang arkitek.

Bagaimanapun selepas merasai sendiri kerancakan bidang seni, dia optimis dengan keputusannya untuk melangkah sebagai ahli baru dalam kerjaya yang dianggapnya mampu memberi sinar gemerlapan.

Baru sahaja menamatkan pengajian di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam dalam jurusan Seni Bina Landskap, Siti Maslinda Roslan, 24, percaya keputusan itu adalah yang terbaik untuknya walaupun sudah jauh menyimpang daripada impian asal.

Ingin dikenali sebagai Lynda Roslan, gadis manis ini mengakui perlu berusaha keras memantapkan ilmu lakonan berikutan laluan untuk bergelar pelakon bukan sesuatu yang mudah.

“Memilih untuk terjun ke dalam dunia lakonan merupakan satu lagi impian terpendam dan kini apabila ada pihak yang membuka ruang untuk saya, rasanya tidak salah untuk mencuba.

“Saya masih muda dan berupaya untuk mencuba pelbagai perkara baru di dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui di Wisma MIG di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Bagi gadis kreatif ini, tiada istilah menyesal atas setiap tindak tanduk yang diambil meskipun ada pihak yang mempertikaikan keputusan untuk tidak terus mengemudi dunia hiasan dalaman yang dilihat mampu membawa pulangan lebih besar.

“Dalam membuat keputusan, keluarga sentiasa menjadi tempat rujukan pertama saya dan saya sangat bersyukur kerana mereka langsung tidak membantah keputusan saya untuk bergelar seorang pelakon.

“Lagipun peluang untuk menjadi seorang arkitek tetap terbuka cuma buat masa ini saya lebih senang untuk memberi fokus kepada bidang lakonan dahulu,” katanya tegas.

Bermula dengan dunia peragaan menurut Lynda, pengalaman selama hampir tiga tahun itu banyak membantunya menempuh cabaran baru dunia lakonan.

“Sebenarnya tugas sebagai model juga memerlukan kita berlakon memandangkan kita perlu sentiasa menghidupkan gambar yang dirakam jurugambar.

“Setelah melalui proses tersebut saya pasti ilmu yang sedikit ini mampu menjadi laluan kepada kerjaya saya sebagai pelakon kelak,” katanya yakin.

Malah Lynda percaya, dengan keterbukaan industri seni hari ini akan memudahkan laluannya sebagai anak seni yang tampil dengan fesyen muslimah.

“Saya pasti walaupun saya bertudung saya tidak akan mempunyai masalah untuk diterima di dalam industri ini.

“Buktinya kita lihat hari ini ramai pelakon baru dan lama yang memilih untuk memakai tudung.

“Pendapat saya, walaupun bertudung, tidak semestinya kita akan terikat sesebuah watak sahaja kerana seperti saya sendiri lebih suka untuk membawakan watak-watak yang lebih mencabar,” katanya.




ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"Lisa Buat Segmen Blog List"


Segmen kedua untuk disertai hari ni sebelum g kelas OUM~ Pada yang berminat macam biasa klik banner k



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"SEGMEN : BLOGJOGGING SAMBIL MAKAN CUPCAKES"


Segmen Pertama untuk hari ni, pada yang berminat boleh klik banner kat atas untuk maklumat .


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

'SEGMEN:BLOGWALKING & SAYA NAK MASUK BLOGLIST PROMOSI BLOG'


Pagi2 macam ni join segmen.. Apapun pada yang berminat, korang boleh klik banner di atas k ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Saturday, April 14, 2012

Siap Je Assignment Ni, Aku Nak Blogwalking Laju2~!!


Serius aku tak sempat nak blogwalking akhir-akhir ni~ Sibuk nak siapkan assignment! Banyak giler join segmen blogwalking blogger2 lain baru2 ni, tapi seorang pun tak ziarah lagi.. Huhu.. Pada mereka yang dah singgah ke blog ni & tinggalkan jejak menerusi segmen2 tu, aku akan balas kunjungan & terjah ke blog korang juga nanti, Insya Allah~ Apepun tunggu kedatangan aku k!


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Aidil Zafuan Nafi Tidak Jenguk Anak, Akan Beri Hak Penjagaan Pada Rita

Sambungan kisah mereka di media.. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk mereka.


Selama ini Aidil Zafuan tidak banyak memberikan kenyataan tentang perkahwinannya yang dikatakan bermasalah dengan dengan Rita Rudaini. Bagaimanapun, dia telah dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata:-

Memang saya ada failkan sesuatu (permohonan cerai) melalui peguam di Mahkamah Petaling Jaya. Saya pun sudah maklumkan dengan dia (Rita) mengenai perkara itu dan Rita meminta supaya dipercepatkan.

Saya serahkan kepada peguam menguruskan perkara itu.

Dia yang kini beraksi dengan pasukan Tentera dalam saingan Liga Malaysia turut memberitahu, sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Rita melalui SMS.

Namun, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan itu menafikan dakwaan Rita yang mengatakan dia mengabaikan tanggungjawab keluarga terutama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3 dan Airit Rafqa Arjuna, 11 bulan.

Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas.

Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja, saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka.

Dalam satu laporan berbeza oleh Media Hiburan, dalam nada suara yang bergetar, Aidil turut berkata akan menyerahkan hak penjagaan anak-anak pada Rita kerana anak lebih rapat dengan ibu mereka:-

Saya masih bapa kepada anak-anak saya dan saya akan jalan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa.

Pun begitu, jika hak penjagaan diserahkan kepada Rita, Aidil berharap agar dia turut diberi kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anaknya bila-bila masa tanpa syarat.

Teknik Manipulasi Gambar Yang Cun!!









ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Isu MyPR: Aaron Aziz Enggan Bergurau Dengan Wartawan Lagi

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz akan lebih berhati-hati dengan pihak wartawan untuk memperkatakan sesuatu kerana bimbang gurauan yang dikeluarkan daripada mulutnya disalah tafsir dan disiarkan menerusi media.

Aaron berkata dia enggan mengulangi kesilapannya seperti yang berlaku pada Isnin lalu dimana kenyataannya berhubung dengan isu permohonan taraf pemastautin tetap (MyPR) telah disalah tafsirkan.

"Saya kesal apabila kata-kata gurau bersama seorang teman wartawan disalah anggap dan terus menjadi satu berita yang besar di akhbar pada keesokan harinya.

"Oleh itu, pengajaran untuk saya di masa akan datang ialah, jangan bergurau dengan wartawan, kerana ia mungkin akan menjadi satu isu yang serius nanti," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Pada Rabu lalu, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan satu berita gembira buat para peminat Aaron apabila pelakon kelahiran Singapura itu membuat kenyataan permohonan MyPR telah diluluskan dan ia akan diambil pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Aaron tampil membuat penjelasan dia belum mendapat sebarang kelulusan berkaitan MyPR lagi, namun, mengakui dia ada bercakap gurau seperti yang diperkatakan dengan seorang teman wartawan yang dikenalinya itu.

Kata Aaron, pada kejadian tersebut, dia dan temannya itu sedang rancak berbual mengenai kemenangannya sebagai Bintang paling popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011) selain isu kritikan daripada aktor Zed Zaidi yang tidak puas hati dengan kemenangannya itu dan hal tersebut mungkin membuatkan dia teruja untuk berbicara mengenai isu permohonan MyPR itu.

"Tak sangka selepas kemenangan yang diperoleh, dua kontroversi tercetus sekaligus. Dan ia merupakan cabaran yang paling berat perlu dilalui sepanjang saya bergelar pelakon.

"Malah isteri saya turut terkena tempiasnya apabila ramai yang bertanyakan tentang hal itu," katanya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Adam dan Hawa.

SUMBER: My Star

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Kalau Dah Oren tu, Oren Je Lah.. Kenapa Perlu Jadi Epal?



Tak perlu jadi orang lain untuk jadi lebih cool.. Just Be Yourself.. Kerana Dirimu Begitu Berharga ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Friday, April 13, 2012

Zizan Razak Anggap Aznil Sebagai Hero

Rezeki kita, siapalah yang tahu, kan.. Contoh paling terdekat, Zizan yang memenangi anugerah Pengacara TV Popular baru2 ni.. Sebelum ni dah lamaPak Nil pegang title tu.. Tahun ni, ia menjadi milik Zizan.. & siapa tahu, mungkin tahun depan, Zizan berpeluang lagi memilikinya.. Yang penting, usaha tu ada, kan?


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak sangat mengagumi pengacara terkenal iaitu Aznil Nawawi dan menganggap beliau sebagai seorang hero.

Zizan berkata, dia sentiasa menjadikan pengacara terkenal itu sebagai rujukan dan bercita-cita untuk menjadi sepertinya suatu hari nanti.

"Nama Pak Nil sangat besar dalam industri hiburan dan sebagai pengacara. Saya sendiri sentiasa melihat dia seperti seorang hero yang telah memberi banyak panduan kepada pengacara baru seperti saya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Zizan berkata dia berasa terharu apabila Aznil sendiri naik ke pentas semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH 2011) baru-baru ini untuk menyampaikan trofi kemenangannya sebagai Pengacara Lelaki Paling Popular.

Zizan berkata, dia sangat terkejut dengan tindakan Aznil itu dan terharu dengan sikap beliau yang sanggup berbuat demikian.

"Situasi di mana Pak Nil naik ke pentas dan menyerahkan trofi kepada saya adalah pengalaman indah buat diri saya sepanjang bergelar artis kerana beliau adalah ikon dan saya sendiri memandangnya sebagai seorang hero," ujarnya.

Tambah Zizan, dia juga tidak menyangka akan memenangi kategori itu kerana merasakan tidak layak untuk menyandang gelaran tersebut.

"Sembilan tahun Pak Nil memegang takhta pengacara paling popular dan tiba-tiba nama saya disebut. Ia adalah sesuatu yang sungguh tak disangka-sangka," ujarnya.

Sementara itu, Zizan berkata, dirinya semakin selesa bergelar pengacara dan tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang itu dalam masa terdekat.

Zizan memberitahu, masih banyak perkara perlu dipelajarinya dalam menjadi seorang pengacara yang baik dan dihormati seperti Aznil.

"Saya mula-mula berjinak-jinak dengan bidang pengacaraan apabila diberi peluang menjadi pembantu pengacara dalam program AC Di Sini yang pernah popular satu ketika dahulu.

"Semenjak itu saya tidak pernah berpaling lagi dan menyedari saya ada bakat dalam sebagai pengacara," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, kerjayanya kini sangat padat dengan pelbagai jadual penggambaran selain dia perlu bijak membahagikan masa agar tiada percanggahan jadual.

Kata Zizan, dia bagaimanapun tidak merungut dengan situasi itu kerana apa yang dilakukannya hari ini adalah pekerjaan yang sangat dicintainya.

"Penat memang penat tetapi semuanya berbaloi kerana apa yang dilakukan adalah sesuatu yang sangat saya cintai," katanya.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Giler Cool! Bila Hello Kity Di "Crossover" Kan!

Sebelum ni aku pernah buat entri tentang Hello Kitty bila dikacukkan dengan Domo. Ramai yang respon tak suka sebab Hello Kitty jadi tak comel. Dalam entri kali ni, aku nak share kan apa jadi bila Hello Kitty di crossoverkan dengan watak2 Star Wars, Gundam, Wolverine, Buzz Lightyear, Fantastic Four, Iron man dan macam2 lagi! Check these out~!












Crossover ni lebih kurang bermaksud gabungan 2 watak yang berbeza menjadi satu, dengan ciri2 utama salah satu watak dikekalkan & ditambah dengah sentuhan watak2 lain dari segi luaran.. GILER COOL!

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!