e

Thursday, April 19, 2012

Senja Ungu Di Kuching


Suatu petang di Kuching, sebelum menonton John Carter..

Buat Keputusan Untuk Balik Ke Serdang

mendung di Kuching smlm..

Tiket ke KL esok aku tukar & awalkan ke semalam. Tiba di Serdang pukul 7petang, aku tengok tetamu tak ramai, & rumah dipenuhi dengan saudara mara dari Kelantan. Dari petang ke malam, kami sibuk uruskan majlis tahlil untuk arwah abang ipar. Kata keluargaku, ramai betul yang datang menziarah di sebelah pagi. Waktu tu, aku masih di Kuching. Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan lepas Zohor. Cuma aku & adik dari Pahang yang tak sempat melihat wajah arwah untuk kali terakhir. Apapun, aku rasa berbaloi untuk pulang pada waktu itu. Tenang sedikit hati ni..

Pada peserta segmen Blog Pilihan Zam, Zam minta maaf sebab lewat update senarai peserta & terjah ke blog anda satu, satu sejak semalam. Insya Allah, Zam akan sambung semula dalam masa yang terdekat ni. Thanks for your support for the segmen~

Video: Khairul Fahmi (Apex) Dalam Iklan Terbaru Simplysiti

Pasti ramai yang mengetahui Apex (Khairul Fahmi Che Mat) muncul dalam iklan terbaru pewangi dari Simplysiti. Apepun, kepada peminat Apex, kat bawah ni Zam kongsikan video iklan tu untuk korang~

Memuliakan Anak Yatim


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

Huraian
Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain. Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih. Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: ”Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk." Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman.