Tomodachi Sama

Wednesday, May 2, 2012

Syoknya Kahwin! [Majlis Persandingan Watie/Joey & Azza/Azlan]


Pada yang bujang tu, apa perasaan korang eh bila tengok gambar orang kahwin ni? Ada terasa nak kahwin cepat2 tak? Jom share2 dengan Zam.. Jangan risau, Zam pun satu kelab dengan korang ;p Pada sesiapa yang nak tengok gambar majlis perkahwinan Watie & Joey serta Azza & Azlan, korang boleh klik SINI.

Aku Ni Handsome Tau.. Kau?


Hehe.. Entri main2 je ni.. Bukan serius @ nak berlagak pun.. Takde kaitan dengan aku pun, sekadar nak tulis entri santai petang2 ni.. Jangan terasa ae.. Aku suka karikatur katak lukisan kartunis Manggis ni. Comel giler..

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

6 Tanda Kekasih Curang


Aku terjumpa gambar kat atas masa selongkar balik gambar2 lama wall photo aku kat FB. Tiba2 dapat idea nak kongsikan tentang entri ni. Kredit kepada IdeaRiza.

6 Tanda Kekasih Curang

1. Sikap Yang Tiba-Tiba Berubah

Mungkin anda perasan sikapnya yang agak dingin atau ‘acuh tak acuh’ terhadap anda. Kalau dulu rajin sms, mungkin sekarang, sms pun dah jarang. Kalau sms pun, gaya bahasanya berlainan. Mungkin tak semesra dulu. Kini, anda pula yang sering sms si dia. Nak tunggu si dia reply, oh lambatnya.

2. Suaranya Berubah

Selalunya bicaranya lembut dan manja. Tapi mungkin anda perasan tutur katanya, ton suaranya, tak seperti dulu.

3. Tidak Berminat

Dia seolah-olah tidak berminat dengan anda. Tidak berminat dengan aktiviti yang anda lakukan, tidak berminat untuk berjumpa dan keluar dengan anda. Sebenarnya, dia sedang menjauhkan dirinya dari anda.

4. Menjadikan Isu Kecil Menjadi Masalah Yang Besar

Orang yang ingin beralih arah dalam percintaan biasanya menjadikan isu-isu kecil dalam perhubungan sebagai isu atau masalah yang besar. Kenapa? Mungkin kerana ia ingin menjadikan isu itu kononnya sebagai alasan mengapa dia mahu putuskan hubungan dengan anda, walhal bukanlah sebesar mana permasalahannya.

5. Sensitif dan sering marah-marah

Entah kenapa agaknya, apa saja yang anda buat, mengundang kemarahannya. Pendek kata, ada saja yang tak betul di matanya. Ye lah, orang dah tak sayang. Memanglah macam tu.

6. Alasan Yang Tak Munasabah

Dia mungkin berterus terang, bahawa dia tidak ingin meneruskan hubungan percintaan. Walau apa pun alasannya, biasanya dia tidak akan jujur dengan anda bahawa dia sedang mencintai orang lain. Jika antara alasan yang diberikan agak tidak munasabah seperti “mungkin bukan jodoh kita”, “awak terlalu baik untuk saya”, nasihat saya, berhati-hatilah, anda mungkin ditipu oleh dirinya yang curang!

Cinta itu makhluk. Jika cinta itu adalah jasad percintaan, setia itu adalah ruhnya. Tidak berguna jasad tanpa ruh. Walau seagung mana cinta anda terhadapnya, tetapi jika tiada setia darinya, maka musnahlah cinta. Nasihat saya buat pembaca sekalian, jika anda tidak bersedia untuk bercinta, jangan sesekali anda melafazkannya, takut nanti ada hati yang terluka. Buat anda yang pernah terluka dek kekasih hati yang curang, anda sepatutnya bersyukur kerana anda telah diperlihatkan oleh ‘wajah’nya yang sebenar. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Jangan terlalu ‘frust’ dan kecewa jika ditinggalkan, kerana orang yang hadir selepas dirinya, biasanya adalah orang yang lebih baik.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Photoshoot Rozita Che Wan @ New Delhi Untuk Majalah GLAM


Aku tertarik dengan photoshoot Rozita Che Wan yang cun dari jurufoto Bustamam Mokhtar ni. Klasik giler dengan mood yang tersendiri. Dengan efek bokeh lagi.. Memang style yang paling aku suka. Berikut adalah petikan dari Oh Bulan.

"Majalah GLAM membawa aktres Rozita Che Wan terbang lebih 5000 KM ke negara penuh budaya, India bagi mewarnai muka depan majalah tersebut untuk edisi terbaru. Istimewanya, 42 halaman eksklusif menerima sentuhan daripada jurufoto terkenal, Bustamam Mokhtar menonjolkan sisi indah Rozita Che Wan dalam pelbagai busana berjenama seperti Marc Jacobs.

Kami kagum dengan persalinan ala kolonial musim panas yang dikenakan oleh Rozita Che Wan, sekaligus mewujudkan mood vintaj dalam setiap helaian foto-foto ini.

Mahu tahu kisah lanjut mengenai Rozita Che Wan, dapatkan naskhah GLAM di pasaran sekarang!"





ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Apa Yang Kosong, Kosong Ni? [Lagu Najwa Latif]

Mula2 dengar lagu ni, ada seorang rakanku yang bertanya "lagu apa ni? kosong-kosong je dengar".. Memang ayat itu je yang kedengaran jelas di masa lagu ini dinyanyikan. Ayat yang lain tu sukar ditangkap kalau tak didengar betul2. Jadi di bawah ni aku sertakan lagu beserta liriknya~ memang best ;)



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

KENAPA KUBUR WANITA DIGALI SEDALAM 7 KAKI BERBANDING KUBUR LELAKI 5 KAKI ?


Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).
"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.. (Click Share if u like this..^_^..)

Anata No O Namae Wa? (What Is Your Name?)


Masa pogram motivasi semalam dengan persatuan Tokaido (salah satu seni bela diri dari Jepun ala2 karate), dia datang untuk ambil gambar kami. Lupa nak tanya namanya siapa.. Teringat masa kecik dulu, aku belajar bahasa Jepun.. Kalau nak tanya nama diorang, cakap " anata no o namae wa?"

Segan lak aku nak pergi tanya dia depan2.. Orang lain sibuk belajar karate, lensa aku lak kadang2 fokus kat dia..

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Tuesday, May 1, 2012

Justin Bieber- Semakin Besar, Semakin Kurang Ajar?


Itulah yang berlaku baru2 ini. Disebabkan kata2nya, ramai yang terasa. Hmm.. Artis baru nak membesar agaknya, macam tu lah. Untuk info lanjut, korang boleh baca di SINI.

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

" SEGMEN : Bloglist Bulan Mei "

Link
Jom join! Malam ni last kalau tak silap.. Korang klik banner di atas untuk maklumat lanjut k :)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Senyum Dalam Paksaan, Sekadar Lindung Kedukaan Ku

Pergh.. Ayat tak boleh blah dah kuar.. Hehe. Bukan apa, aku teringat kat lirik lagu Dendam Dalam Diam nyanyian Nora dulu. Masa tu, aku darjah enam (1996). Ada sesiapa yang pernah dengar lagu ni?



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Nora Danish Mengerjakan Umrah


Nora Danish telah berangkat ke Tanah Suci Jumaat lepas untuk mengerjakan umrah bersama Adi Putra .Mereka merupakan duta kepada syarikat pelancongan Triways Travel yang dilantik oleh kerajaan untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia. Untuk gambar2 lain, anda boleh klik di SINI.



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

BEN ASHAARI : MAY 2012


Tengah belajar karate di hari cuti, berhenti kejap sbb nak join segmen ni. Ben ada tanya knp nak join bloglist beliau~ haruslah untuk mengambil kesempatan mempromosikan blog ni kepada pembaca lain, sbb trafik kat blog Mr Ben ni mmg kencang.. Hehe

Ok, nak sambung balik kelas karate!

The Avengers: Kenapa Aku Rasa Nak Tengok Lagi Untuk Kali Kedua


Apa yang lebih hebat dari filem mengenai seorang Super Hero? Sudah tentu, filem mengenai 7 orang Super Hero!!

Seperti yang diharapkan setelah penantian sekian lama, filem ni memang tak menghampakan aku. Sebuah filem fiksyen yang aku tunggu2 selepas Transformers. Panggung utama di Kuching penuh dengan mereka yang beratur mendapatkan tiket, itupun jualannya terhad. Berbeza dengan filem2 yang aku tonton tahun ni- Ghost Rider, John Carter, Wrath of The Titan, & Battleship, The Avengers adalah satu2nya filem yang aku rasa nak tengok untuk kali kedua!




Seorang hero pun dah cukup mengkagumkan kita, apa lagi bila 7 orang hero beraksi. Setiap satunya mempunyai kelebihan serta peranan masing2 dan itulah yang berjaya ditunjukkan dalam filem ini. Korang tak akan kata satu hero tu lebih dominan dari hero yang lain disepanjang plotnya. Aksi pertarungan yang best & mantap, kesan khas yang memang cool yang korang bakal saksikan selama 2jam lebih akan buatkan korang betul2 puas hati. Biasanya kalau aku menonton sebuah filem sebelum ni, di akhirnya aku akan berkata: " Ala.. itu je ke aksi lawannya?".. Aku harapkan durasi aksi pertarungannya dipanjangkan sampai aku betul2 puas. & untuk The Avengers, aku tak rasakan macam tu.




Jadi kenapa aku kata aku nak tengok lagi filem ni? Sebab.. aku rasa aku tak kan bosan untuk menonton aksi2 pertarungannya sekali lagi, biarpun jalan ceritanya sudah diketahui. Unsur komedi yang bersahaja pun antara kekuatan filem ini. Tak percaya? Pergi tengok movie ni hari ni! Hehe



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Bahagian Dua: Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak



Semalam, aku ada kongsikan tentang artikel ini di SINI. Hari ini, aku nak kongsikan pula sambungannya. Semoga kita dapat memperolehi manfaat darinya bersama~

Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
  • dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang

  • Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
  • Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
  • Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video.
  • Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak

  • Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Azlan (The Typewriter) Mahu Jadi Eksklusif Seperti Anuar Zain

Link

KUALA LUMPUR: Penyanyi Azlan (The Typewriter) berkata dia memendam hasrat untuk menjadi penghibur berprofil tinggi seperti Anuar Zain.

Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle, 30, berkata sikap dan cara pengurusan kerjaya nyanyian Anuar Zain yang profesional menjadi panduan kepadanya untuk mengikut jejak penyanyi kacak itu.

“Saya mahu menjadi penyanyi seperti Anuar Zain. Dia seorang ikon yang lengkap dan profesional. Saya kagumi cara dia meletakkan dirinya di dalam industri.

“Dia bukan sombong atau berlagak tetapi bijak memelihara nilai eksklusifnya. Namun, perjalanan saya masih jauh untuk ke arah itu dan banyak aspek yang perlu saya pertingkatkan,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Katanya, selepas hampir lima tahun bergelar penyanyi profesional sudah tiba masanya dia mengubah haluan dan gaya muziknya agar dapat diterima oleh khalayak peminat yang lebih luas.


Untuk entri penuh, anda boleh klik di SINI.

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Selamat Hari Pekerja Semua~ Aku Tak Dapat Cuti Hari Ni


Selamat Pagi & Selamat Hari Pekerja Semua! Semoga cuti hari ni dapat diisi dengan baik oleh korang semua. Pada yang ada rancangan untuk keluar makan angin tu, enjoy your day & hati2 dalam perjalanan. Hari ni, aku kena masuk kerja. Ada pogram motivasi dengan murid2 kat sekolah ni. Tak apalah.. Harap2 hari ni ada benda best yang akan berlaku.. Hehe.. Amin!


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Mulakan Hari Dengan Senyuman & Hati Yang Tenang




ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Monday, April 30, 2012

12,000 "Like" Facebook cari mangsa culik, Nayati


KUALA LUMPUR 30 April - Seramai 12,000 pengguna laman sosial Facebook menanda "Like" atau memberi maklum balas mengenai makluman kehilangan Nayati Shamelin Moodliar, 12, di Mont Kiara tiga hari lepas.


Dalam laman tersebut, beribu mesej dikirimkan orang ramai untuk menawarkan bantuan mereka menjejaki kanak-kanak itu beserta kata-kata semangat kepada keluarga mangsa.

Salah seorang pengguna laman sosial itu, Lakhveer Kaur dari Petaling Jaya menulis "Saya berdoa kepada tuhan supaya melindungi kanak-kanak kecil ini yang begitu berharga kepada keluarganya. Semoga tuhan melindunginya dan lembutkan hati penculik itu untuk menghantar dia kembali kepada keluarganya."

Manakala di Twitter, masyarakat di seluruh dunia yang menggunakan hashtags #FindNayatiMoodliar, #prayfornayati dan #Nayati untuk menyebarkan mesej.

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S. Ramamurthy yang dihubungi Bernama pula tidak menolak kemungkinan kejadian yang menimpa kanak-kanak tersebut berpunca daripada aspek keselamatan yang tidak dititikberatkan.

"Pihak polis perlu lebih kerap mengadakan ceramah mengenai keselamatan diri kepada pelajar-pelajar sekolah supaya mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala ancaman membabitkan keselamatan.

"Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan pemantauan yang kerap dan kawalan daripada ibu bapa termasuk juga pihak lain agar perkara buruk seperti ini dapat dielakkan," katanya.

Pelajar lelaki warga Belanda itu dikatakan diculik ketika berjalan kaki seorang diri menuju ke sebuah sekolah antarabangsa di sini, kira-kira 300 meter dari rumahnya.

Saksi kejadian mendakwa dia melihat dua lelaki tempatan melarikan kanak-kanak itu dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Gen 2. - BERNAMA

Kerajaan umum gaji minimum sektor swatsa RM900

PUTRAJAYA 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.

Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Sambil menyifatkan persetujuan kerajaan itu sebagai hadiah istimewa kepada golongan pekerja di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja esok, kata Najib, pengumuman itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan. - UTUSAN

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI HAZWAN HAIRY


Jom join bloglist Hazwan Hairy! Pada yang berminat, klik banner di atas ~ Dia ada tanya kekerapan aku berblogging dalam sehari~ Agak kerap, paling minima dalam 4 entri sehari ;)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Terima Kasih Mr. Ben


Salam semua~ Entri kali ni bukanlah entri penyertaan segmen terbaru dari Mr. Ben, tapi ditulis sebagai tanda penghargaan aku kepada blogger tersohor ni sebab selama ni, dari beberapa segmen2 beliau yang terawal aku sertai, aku dapati sejak itulah blog aku makin dikenali dan dikunjungi oleh blogger2 lain. Bukti nya, dari jumlah komen2 yang ditinggalkan oleh mereka yang makin meningkat saban hari. Berkesannya segmen2 itu, apabila satu demi satu blogger yang baru aku kenali melawat ke blog aku- kerana menerusinya (segmen2 beliau) bloger2 ni berpeluang berkenalan di antara satu sama lain.

Bloglist Rakan Blogger BEN ASHAARI pun akan berakhir hari ni (kalau tak silap aku lah).. Thanks sangat sbb selama sebulan lebih tu, blogger2 berpeluang memperolehi trafik dari blog beliau. Kiranya memang membantu mempromosikan lagi lah blog kami, nak2 lagi blogger picisan macam aku.

Dan satu hakikat yang aku tak dapat nafikan, fikiran aku juga telah diracuni & dirosakkan oleh Mr. Ben nih!! Tentang apakah itu, insya Allah nanti aku ceritakan di dalam entri yg lain.. Hehe.. Tapi jangan risau, pikiran aku telah diracuni dengan benda yg positif, buka negatif ;)

Oh ya.. Mr Ben sebenarnya dah follow blog aku ni.. & aku belum sempat untuk mengucapkan terima kasih untuk itu.. Dekat dua bulan dah kot dia follow blog ni, tapi aku tak ingat nak tunjukkan penghargaan pun.. ( hampeh nye budak.. berlagak ko ye.. :p ) TERIMA KASIH MR BEN!!



Dalam entri ni juga, aku nak tolong promote beliau untuk DiGi WWOW Internet For All Award. Korang semua boleh mengundi beliau di SINI. Sekadar menunjukkan penghargaan kita kepada kesudian beliau dalam menjadi orang tengah mempromosikan blog2 kita selama ini~ Jadi jom semua, kita pakat2 adik kakak undi Mr. Ben!!


Korang leh klik banner di atas juga ;)

Frekuensi Trafik Udara Lapangan Terbang Kota Bharu Kedua Tertinggi Selepas KLIA

Lapangan terbang Sultan Ismail Petra dicadang dinaik taraf

KOTA BAHARU 26 April - Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) akan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, dinaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa bagi penerbangan tambang murah.

Pengerusi Matta, Datuk Mohd Khalid Harun berkata cadangan itu akan dikemukakan secepat mungkin berikutan pergerakan trafik udara di lapangan terbang tersebut adalah yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Lapangan terbang ini juga berada di kawasan yang strategik kerana berdekatan dengan Thailand, Myanmar dan beberapa negara Asean lain serta mampu menjadi hab penerbangan yang baru di Pantai Timur," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Matta Fair 2012 di sini, hari ini.

Mohd Khalid berkata pengusaha pelancongan di Kelantan dan negeri lain mahukan lapangan terbang ini dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa, yang melonjakkan industri pelancongan di negeri ini dan Malaysia.

"Ini penting untuk industri pelancongan, terutama kepada pengusaha pelancongan dan mereka juga boleh membantu dalam mempromosikan aktiviti ini ke peringkat antarabangsa.

"Jika perkara ini berlaku akan memberi satu kejutan kepada industri pelancongan di Kelantan dan akan membuka lebih banyak ruang kepada pelancong luar untuk mengenali negeri ini," katanya.

Lapangan terbang ini kini mengendalikan 46 penerbangan pada setiap hari, menjadikannya lapangan terbang paling sibuk di Pantai Timur, dengan laluan penerbangan Kota Baharu-Kuala Lumpur, Kota Baharu-Pulau Pinang dan Kota Baharu-Johor Baharu. - BERNAMA


balik Raya kat KB tahun lepas


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Kerjaya: Syarat Untuk Menjadi Pramugari & Pramugara


Mesti ada di kalangan anda yang yang berminat & bercita2 untuk menjadi seorang pramugari atau pramugara. Jadi khas untuk anda, Zam nak kongsikan informasi mengenai syarat2 asas yang diperlukan untuk menyertai kerjaya ini~ Jom tengok ;)

  1. Meminati profession ini
  2. Warganegara Malaysia, berumur antara 18 – 30 tahun semasa tarikh temuduga.
  3. Lulus SPM / setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
  4. Menguasai Bahasa melayu & Bahasa Inggeris
  5. Mempunyai pengetahuan am mengenai negara.
  6. Mampu berkomunikasi dengan baik
  7. Memiliki personaliti menarik
  8. Bersopan santun & mesra
  9. Memiliki ketinggian 157 cm (wanita) dan 165 cm (lelaki)
  10. Penglihatan yang baik
  11. Memiliki keberanian dalam penerbangan
  12. Cergas
Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin
Ketua Jabatan & Pensyarah Kanan Pengajian Media,Fakulti Sastera & Sains Sosial
Universiti Malaya


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Lawak Harith Iskandar Memang HIGH CLASS!!


Kalau korang biasa dengan comedy show dari Harith Iskandar, nak2 lagi macam yang dipersembahkan di Istana Budaya untuk rancangan Lawak Ke Der, mesti korang dapat rasakan kelainan yang ada pada bakat beliau. Harith Iskandar ni memang hebat biarpun melakukan persembahan lawaknya seorang diri. Serius, aku rasa lawak2nya berkualiti.. Pada yang belum berkesempatan menyaksikan Lawak Ke Der @ Istana Budaya, kat bawah ni aku kongsikan video dari Youtube untuk korang~ Jom layan sambil release tension! ;D



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Outdoor Photoshoot Dengan Blogger Dari Kuching


Lepas kelas di OUM tamat petang semalam, aku ikut kawan sekelas buat photoshoot dekat area Muzium Kuching. Aku bukanlah expert dalam fotografi, sekadar nak timba pengalaman baru dengan dia. Kebetulan, dia ni kenal dengan seorang blogger yang dah biasa jadi model photoshootnya. Aku selalu gak masuk blog dia sebelum aku dapat tahu yang mereka berdua ni kenal rapat. Siapa blogger yang dimaksudkan tu? Nanti Zam ceritakan dalam entri yang lain~ Tunguuuu

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
  • Saidul (penghulu) istighfar
  • Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
  • Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
  • Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
  • Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
  • Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
  • menakutkan anak-anak dengan sekolah
  • menakutkan dengan tempat gelap
  • menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
  • menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

  • Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
  • Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
  • Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
  • Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
  • Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
  • Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
  • Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
  • Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
  • Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Lawak Harry Potter


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Sunday, April 29, 2012

Jom Tengok The Avengers!


Masa entri ni di publish, mungkin aku tengah kekaguman layan movie ni dalam 3D.. Hehe.. Tiket kul 9 malam kat the Spring~ Jom semua layan movie nih!

Pluto Bukan Lagi Planet Dalam Sistem Suria Kita

Ahir tahun lepas, aku ada war-war kan maklumat terbaru ni kat Facebook. Jadi kali ni, aku nak kongsikan dengan korang lak. Kot2 ada yang terlepas pandang. Mulai sekarang, dalam sistem suria kita cuma ada 8, bukan 9 macam dulu.


Pindaan Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Terjemahan Tahun 4 Tentang Status Planet Pluto Dalam Sistem Suria

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah mendapat pengesahan daripada pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui surat ANN, EDU.006002(13) yang bertarikh 15 Ogos 2011 tentang status Planet Pluto dalam Sistem Suria, adalah diputuskan oleh International Astronomical Union (IAU) bahawa ada 3 kategori dalam Sistem Suria iaitu 'Planet', 'Dwarf Planet' & 'Small Solar System Bodies'. Planet Pluto dikategorikan sebagai dwarf planet dan DIGUGURKAN daripada kategori planet. Kini terdapat 8 planet dalam Sistem Suria kita.

Sehubungan itu, kami berbesar hati sekiranya pihak tuandapat memaklumkan maklumat ini kepada guru-guru Sains di sekolah tuan tentang pindaan ini. Ia melibatkan HSP Sains Terjemahan Tahun 4 kerana ia berkait rapat dengan Peperiksaan & Buku Teks.

Rujukan:

http://www.iau.org/public/pluto


Untuk bacaan lanjut, kenapa Pluto digugurkan status planetnya, korang boleh klik SINI.

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Bila Semua SUPER HERO Tewas

Anda peminat hero2 dari Justice League seperti Superman, Batman, Wonder Woman & sebagainya? Apa perasaan korang bila semua adi wira ni tewas di tangan orang jahat macam Luthor & Joker? Hero akan menang last2? Haa.. Kali ni memang tak ada ampun punyer.. Apa yang korang akan saksikan dalam video ini mmg tak sama dengan apa yang korang pernah tengok sebelum ni. Memang tak ada happy ending. Pada kanak2 bawah umur, sila tonton dgn pengawasan orang dewasa k (sbb adegannya ganas sedikit). Pada yang dah cukup umur tu, jom tengok~



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Siapa Jahat? Siapa Salah??


Dalam situsi diatas, kalau korang tuan/peminat kepada si kucing oren, korang akan kata kucing belang hitam yang jahat sebab belasah kucing oren. Kalau korang peminat @ tuan kepada kucing belang hitam, korang mesti akan kata kucing oren yang jahat. Tapi, hanya dari sekeping gambar seperti di atas,boleh tak kita nampak situasi sebenar secara keseluruhan? Siapa yang mula dulu, siapa yang cari pasal, & sebagainya?

Memang betul, sekeping gambar boleh memberitahu kita 1001 cerita.. Kita semua pernah dengar kan.. Tapi antara sedar atau tidak, 1001 cerita yang dimaksudkan tu termasuklah cerita2 yang tak benar & cerita2 yang direka bagi menyalahkan & memfitnah individu lain. Setuju?

Apakah tindakan kita selepas melihat gambar seperti itu? Terus menulis & mensensasikan cerita itu di blog atau duduk diam2 saja sebab tak tahu hujung pangkal? Jom renung2kan~ Cau cin cau ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Cun Lah Konsep Majlis Perkahwinan Ni!

Dah lama dengar lagi ni radio sebelum ni, tapi baru2 ni je aku layan video kat Youtube. Aku tertarik betul dengan konsep majlis perkahwinan dalam video ni. Cun jek.. Leh dijadikan sumber idea bila aku kahwin nanti.. Hehe.. Apappun jom layan lagu ni~ Memang Best!




ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Roti Canai Rosak?


Sebab kelas OUM di hujung minggu ni bermula awal (pukul 8 pagi), aku tak sempat nak bersarapan di sekolah (semalam aku duty warden di asrama sekolah). Macam biasa, aku akan sarapan dulu di sebuah gerai berhampiran OUM. Rasa nak makan roti canai telur, jadi aku pesan sekeping dengan pakcik di gerai tu.. Yang hairannya, kata pakcik tu, roti canai telur tak dpt dibuat kerana roti rosak. ROSAK? Rosak yang macam manalah tu agaknya.. Tapi roti canai kosong boleh dibuat.. Last2, aku makan roti canai kosong je lah..

Ape maksud rosak tu ae?


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK


(( 4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK ))

Dah jadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing2. Tapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang menjadi pilihan utama.

Kenapa air masak???

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka topik ini).

Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Kan bagus begitu...

Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan?

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!

Saturday, April 28, 2012

KFC Diarah Bayar RM25j Kepada Gadis Lumpuh


SYDNEY, Australia - Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.3 juta (RM25.26 juta) kepada keluarga seorang gadis yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang tercemar.

Ketika kejadian itu berlaku pada tahun 2005, gadis tersebut, Monika Samaan berusia tujuh tahun.

Samaan, ibu bapa dan saudara lelakinya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana keracunan bakteria salmonella selepas mereka memakan hidangan Twister ayam di sebuah restoran KFC dekat sini.

KFC yang dimiliki oleh Yum! Brands dalam satu kenyataan menyifatkan kes itu sebagai tragis tetapi ia kecewa dan terkejut dengan keputusan itu.

Kenyataan yang sama menyatakan KFC akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.

Pada minggu lalu, seorang hakim Mahkamah Agung New South Wales memihak kepada keluarga Samaan dengan menyatakan, KFC telah melanggar tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan kepadanya.

Hakim itu kemudian mengumumkan RM25.26 juta sebagai bayaran ganti rugi dan kos perbicaraan tersebut.

Media Australia memetik peguam gadis tersebut, George Vlahakis sebagai berkata, kos rawatan Samaan yang tinggi menyebabkan keluarganya ditimpa masalah kewangan.

"Pampasan itu amat di perlukan oleh mereka," kata Vlahakis. - Reuters


SUMBER

Ps: Kalau nak makan kat luar pasni, hati2 lah k.. Mintak simpang dari kejadian mcm ni menimpa kita.

Kenapa Susah Untuk Menghargai Orang Di Sekeliling Kita?


Kenapa ya.. Kadang2 kita susah untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kita..