e

Saturday, April 28, 2012

KFC Diarah Bayar RM25j Kepada Gadis Lumpuh


SYDNEY, Australia - Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.3 juta (RM25.26 juta) kepada keluarga seorang gadis yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang tercemar.

Ketika kejadian itu berlaku pada tahun 2005, gadis tersebut, Monika Samaan berusia tujuh tahun.

Samaan, ibu bapa dan saudara lelakinya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana keracunan bakteria salmonella selepas mereka memakan hidangan Twister ayam di sebuah restoran KFC dekat sini.

KFC yang dimiliki oleh Yum! Brands dalam satu kenyataan menyifatkan kes itu sebagai tragis tetapi ia kecewa dan terkejut dengan keputusan itu.

Kenyataan yang sama menyatakan KFC akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.

Pada minggu lalu, seorang hakim Mahkamah Agung New South Wales memihak kepada keluarga Samaan dengan menyatakan, KFC telah melanggar tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan kepadanya.

Hakim itu kemudian mengumumkan RM25.26 juta sebagai bayaran ganti rugi dan kos perbicaraan tersebut.

Media Australia memetik peguam gadis tersebut, George Vlahakis sebagai berkata, kos rawatan Samaan yang tinggi menyebabkan keluarganya ditimpa masalah kewangan.

"Pampasan itu amat di perlukan oleh mereka," kata Vlahakis. - Reuters


SUMBER

Ps: Kalau nak makan kat luar pasni, hati2 lah k.. Mintak simpang dari kejadian mcm ni menimpa kita.

Kenapa Susah Untuk Menghargai Orang Di Sekeliling Kita?


Kenapa ya.. Kadang2 kita susah untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kita..

Kenapa Mereka Beria Sangat Sertai BERSIH Ni? Jom Tengok Apa Yang Mereka Mahukan


Aku mencari sebab~ kenapa & apa yang mereka tuntut sebenarnya dari Bersih ni.. Yelah aku tak faham secara menyeluruh, jadi aku nak tahu lah juga kan. Penting juga sebenarnya bagi kita untuk peka dengan perkara2 macam ni, selagi kita masih ber'ic' kan Malaysia. Tak kira lah apa sekalipun ideologi korang, selagi kita masih berwanegarakan Malaysia, kita kena lah mainkan peranan masing2 dengan sebaiknya, kan?

Kat bawah ni ada beberapa soalan lazim mengenai Bersih yang membantu aku memahami sedikit sebanyak apa yang mereka mahukan. Tinggal kita je menilai dengan pemikiran yang waras dan tenang.

SOALAN LAZIM mengenai BERSIH 3.0

1). Adakah Bersih 3 diperlukan?

Ya, ianya diperlukan memandangkan masih tiada komitmen untuk perubahan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung. Malah, kami masih menemui bukti-bukti penyelewengan yang masih belum ditangani.

2). Mengapakah bertindak terburu-buru untuk diadakan pada 28 April 2012 ?

Semua tanda-tanda menunjukkan parti pemerintah akan mengadakan pilihan raya dalam jangkamasa yang terdekat. Jika kerajaan tulus untuk melaksanakan perubahan, mereka boleh membuatnya kerana mereka masih mempunyai masa sehingga June 2013 untuk mengadakan PRU 13. Kita harus bertindak cepat jika kita mahukan perubahan dilaksanakan sebelum PRU 13.

3). Adakah Bersih dirampas oleh parti pembangkang?

Bersih dianjurkan oleh pertubuhan awam dengan sokongan dari 84 badan bukan kerajaan. Ia adalah perhimpunan badan bukan kerajaan dan tidak boleh dirampas atau diambil alih oleh mana-mana parti politik. Malah, ahli-ahli SEMUA parti politik dijemput menyertainya sebagai rakyat.

4). Adakah anda berpuas hati dengan sebarang kandungan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC)?

Ya. Kami telah mengenal pasti beberapa perkara baik seperti yang disebutkan dalam maklum balas kami yang terperinci terhadap 22 cadangan dalam laporan tersebut . Namun begitu, tiada cadangan yang akan dilaksanakan sebelum berlangsungnya PRU 13. Ini menunjukkan yang tuntutan untuk membersihkan daftar pemilih dan mengubah baik undian pos belum lagi ditepati seperti yang diharapkan. Tuntutan untuk menghapuskan rasuah dan politik kotor berkaitan dengan kesalahan pilihan raya dan piawaian tatalaku tidak disentuh langsung oleh PSC.

5). Adakah ianya wajar bagi cadangan untuk akses media yang bebas dan adil?

Ya. Walaubagaimanapun, ianya terhad kepada akses media sepanjang tempoh berkempen sahaja. Sekiranya kerajaan tekad untuk membuat perubahan seperti yang dikatakan, mereka tiada halangan untuk memastikan akses media yang bebas dan adil dengan serta-merta.

6). Apakah sebab-sebab munasabah mengapa pengundi di luar negara dinafikan hak pengundi sebagai (absentee voters)?

TIADA. Juga, cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk meneliti lebih lanjut perkara ini tidak boleh diterima. Pertubuhan awam telah mengemukakan cadangan terperinci bagi membantu pengundi di luar negara untuk mengundi. Tanpa undian pengundi di luar negara, dianggarakan 1 hingga 2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan hak mengundi. Cadangan ini PATUT DILAKSANAKAN.

7). Mengapakah BERSIH 3.0 diadakan di seluruh negara ?

Inilah masanya untuk semua rakyat Malaysia, baik di dalam dan luar negara, bersuara bagi hak mereka menjalani pilihan raya yang bebas dan adil serta proses yang berdemokrasi. Malaysia adalah negara kita semua. Kita hanya mahu yang terbaik untuk negara kita.

8). Mengapakah Himpunan Hijau menyertai Bersih 3.0 ?

Bersih 3.0 adalah peluang untuk rakyat Malaysia menuntut pilihanraya yang bebas dan bersih. Himpunan Hijau percaya tanpa pilihanraya yang bersih tidak akan ada alam yang bersih. Kami menerima sokongan mereka.

9). Mengapakah ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituntut meletak jawatan ?

Selama ini, SPR telah menggugat integriti proses pilihan raya. Mereka telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Malaysia kepada rakyat. Perletakan jawatan ahli-ahli SPR ini adalah langkah pertama ke arah reformasi yang tulus.

10). Mengapakah pemerhati antarabangsa diperlukan semasa pilihan raya umum akan datang ?

Dengan adanya pemerhati antarabangsa, ia akan menggalakkan keyakinan orang ramai di samping mengelakkan penyelewengan dan penipuan. Kehadiran pemerhati antarabangsa adalah amalan yang diterima di seluruh dunia dan memainkan peranan yang penting dalam memberikan penilaian yang tepat dan saksama terhadap integriti proses pilihan raya dalam tatanegara demokratik.



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Sila Bawa Kucing Anda Bersiar2 Di Pesta Hanami

Korang mesti kenal dengan bunga sakura atau cherry blossom yang sinonim dengan Jepun tu kan. Hanami ni sebenarnya pesta menikmati keindahan musim bunga sakura yang hanya tiba sekali di seluruh Jepun dalam setahun, dari penghujung Mac hingga awal Mei (oh, sempat lagi ni kot kalau nak g Jepun!). Orang Jepun memang terkenal dengan budaya mereka yang suka menikmati keindahan alam, & pada masa tu diorang akan bersiar2 & berkelah di bawah pokok2 sakura dengan family & kawan2. Tapi apa yang menariknya, bila tengok kucing2 ni dibawa bersama semasa pesta ni. Kucing2 tu pulak, macam tahu je menikmati keindahan sakura~ Cer tengok~







ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Watak2 Besar Yang Mungkin Dilibatkan Dengan Bersih


Ramai betul blogger yang publish entri sal Bersih hari ni.. Perghh hangat betul fenomena Bersih ni. Masing2 dengan pendapat yang pro & kontra.. Memang bikin panas lah.. Apepun, Zam pun tak nak ketinggalan publish entri sal Bersih ni, tapi dalam mode yg santai la.. Ok?

Dari gambar di atas tu, berkemungkinan besar watak2 besar berikut akan dilibatkan dalam perhimpunan bersih kali ni.. Hehe





Ok~ Thats All Folks, wa chow dulu

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Ulama Difitnah? Biasalah Tu Bro..


Sumber: Lukisan Dakwah Islam

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Segmen : PENCARIAN BLOGGER SELURUH DUNIA!!


Nama Blog: Zamani84
URL Blog: http://zamani84.blogspot.com/

Jom join kawan2!

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Pada Mereka Yang Bernama Ahmad, Sila PERASAN Ya!

Korang mesti pernah dengar lagu dari Arrora Salwa ni. Pada sesiapa yang bernama Ahmad tu, pasti tersenyum & tersengih sendiri bila dengar lagu ni.. Pada yang belum pernah mendengarnya, jom layan~




ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!