e

Sunday, April 29, 2012

Jom Tengok The Avengers!


Masa entri ni di publish, mungkin aku tengah kekaguman layan movie ni dalam 3D.. Hehe.. Tiket kul 9 malam kat the Spring~ Jom semua layan movie nih!

Pluto Bukan Lagi Planet Dalam Sistem Suria Kita

Ahir tahun lepas, aku ada war-war kan maklumat terbaru ni kat Facebook. Jadi kali ni, aku nak kongsikan dengan korang lak. Kot2 ada yang terlepas pandang. Mulai sekarang, dalam sistem suria kita cuma ada 8, bukan 9 macam dulu.


Pindaan Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Terjemahan Tahun 4 Tentang Status Planet Pluto Dalam Sistem Suria

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah mendapat pengesahan daripada pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui surat ANN, EDU.006002(13) yang bertarikh 15 Ogos 2011 tentang status Planet Pluto dalam Sistem Suria, adalah diputuskan oleh International Astronomical Union (IAU) bahawa ada 3 kategori dalam Sistem Suria iaitu 'Planet', 'Dwarf Planet' & 'Small Solar System Bodies'. Planet Pluto dikategorikan sebagai dwarf planet dan DIGUGURKAN daripada kategori planet. Kini terdapat 8 planet dalam Sistem Suria kita.

Sehubungan itu, kami berbesar hati sekiranya pihak tuandapat memaklumkan maklumat ini kepada guru-guru Sains di sekolah tuan tentang pindaan ini. Ia melibatkan HSP Sains Terjemahan Tahun 4 kerana ia berkait rapat dengan Peperiksaan & Buku Teks.

Rujukan:

http://www.iau.org/public/pluto


Untuk bacaan lanjut, kenapa Pluto digugurkan status planetnya, korang boleh klik SINI.

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Bila Semua SUPER HERO Tewas

Anda peminat hero2 dari Justice League seperti Superman, Batman, Wonder Woman & sebagainya? Apa perasaan korang bila semua adi wira ni tewas di tangan orang jahat macam Luthor & Joker? Hero akan menang last2? Haa.. Kali ni memang tak ada ampun punyer.. Apa yang korang akan saksikan dalam video ini mmg tak sama dengan apa yang korang pernah tengok sebelum ni. Memang tak ada happy ending. Pada kanak2 bawah umur, sila tonton dgn pengawasan orang dewasa k (sbb adegannya ganas sedikit). Pada yang dah cukup umur tu, jom tengok~



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Siapa Jahat? Siapa Salah??


Dalam situsi diatas, kalau korang tuan/peminat kepada si kucing oren, korang akan kata kucing belang hitam yang jahat sebab belasah kucing oren. Kalau korang peminat @ tuan kepada kucing belang hitam, korang mesti akan kata kucing oren yang jahat. Tapi, hanya dari sekeping gambar seperti di atas,boleh tak kita nampak situasi sebenar secara keseluruhan? Siapa yang mula dulu, siapa yang cari pasal, & sebagainya?

Memang betul, sekeping gambar boleh memberitahu kita 1001 cerita.. Kita semua pernah dengar kan.. Tapi antara sedar atau tidak, 1001 cerita yang dimaksudkan tu termasuklah cerita2 yang tak benar & cerita2 yang direka bagi menyalahkan & memfitnah individu lain. Setuju?

Apakah tindakan kita selepas melihat gambar seperti itu? Terus menulis & mensensasikan cerita itu di blog atau duduk diam2 saja sebab tak tahu hujung pangkal? Jom renung2kan~ Cau cin cau ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Cun Lah Konsep Majlis Perkahwinan Ni!

Dah lama dengar lagi ni radio sebelum ni, tapi baru2 ni je aku layan video kat Youtube. Aku tertarik betul dengan konsep majlis perkahwinan dalam video ni. Cun jek.. Leh dijadikan sumber idea bila aku kahwin nanti.. Hehe.. Apappun jom layan lagu ni~ Memang Best!




ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Roti Canai Rosak?


Sebab kelas OUM di hujung minggu ni bermula awal (pukul 8 pagi), aku tak sempat nak bersarapan di sekolah (semalam aku duty warden di asrama sekolah). Macam biasa, aku akan sarapan dulu di sebuah gerai berhampiran OUM. Rasa nak makan roti canai telur, jadi aku pesan sekeping dengan pakcik di gerai tu.. Yang hairannya, kata pakcik tu, roti canai telur tak dpt dibuat kerana roti rosak. ROSAK? Rosak yang macam manalah tu agaknya.. Tapi roti canai kosong boleh dibuat.. Last2, aku makan roti canai kosong je lah..

Ape maksud rosak tu ae?


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK


(( 4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK ))

Dah jadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing2. Tapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang menjadi pilihan utama.

Kenapa air masak???

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka topik ini).

Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Kan bagus begitu...

Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan?

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!