e

Thursday, May 3, 2012

Ada Sesiapa Boleh Pecahkan Kod Ni?


Tiba2 Zam rasa nak uji minda korang.. Boleh korang terangkan apa 'maksud' di sebalik ayat ini~

'LESS THAN THREE'

clue: satu perkataan

Dah dapat? Tinggalkan jawapan & penerangan di ruangan komen.. ;)



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Kek Lapis FAMOUS AMOS.. Pernah Cuba?


Balik dari sekolah tadi, singgah kejap di rumah jiran depan rumah, tempah kek untuk majlis perkahwinan kawan. Dah lama sebenarnya jiran aku ni buat bisnes kek lapis, & kiranya memudahkan aku juga lah, tak perlulah ke Water Front Kuching @ kawasan sekitarnya mencari kek lapis, lebih2 lagi nak dekat raya. Sambil2 tu, dah ternampak kek lapis Famous Amos ni dalam peti sejuk dia tadi, beli la sebiji, buat makan2 time lepak2 tengok tv. Kawan baik aku kat KB pun suka kek ni. Katanya sedap. Tu teringin nak rasa. Jom makan jom ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Trailer Game Star Wars Yang CAMBEST!!


Kalau korang peminat Star Wars & aksi pertarungan menggunakan light saber yang super cool & lincah, korang pasti akan sukakan 2 trailer game Star Wars: The Old Republic ni. Memang terbaik lah.. Terdapat dua trailer, yang pertama sebagai pembukaan/ pemulaan cerita bagi game ini & trailer kedua adalah ending (pengakhiran) nya. Memang dramatik & sadis! Kenapa Jedi Master mesti mati?






ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

New York Jadi Destinasi Bulan Madu Scha & Awal!


KUALA LUMPUR – Pasangan popular Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, atau Scha telah memilih New York, Amerika Syarikat sebagai destinasi percutian bulan madu mereka.

Awal Ashaari ketika mendedahkan perkara itu berkata, dia dan Scha sepakat untuk memilih New York kerana merasakan terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati di sana dan akan berbulan madu selama 10 hari.

“Pada mulanya kami mahu berbulan madu di Eropah dengan melawat beberapa buah negara di sana, namun disebabkan tempoh bulan madu kami agak singkat maka kami akhirnya sepakat untuk berbulan madu di New York sahaja.

“Perancangan untuk berbulan madu ke Eropah tidak dibatalkan dan mungkin kami hanya akan ke sana pada bulan Disember ini selama dua atau tiga minggu,” katanya ketika ditemui sewaktu melihat sebahagian kelengkapan perkahwinan mereka di Butik Atikah’s Songket di Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Setelah tiga bulan tertangguh, pasangan tersebut bakal bergelar suami isteri apabila diijabkabulkan dalam satu majlis yang akan berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada malam esok.

Anak Angkat Beri Kepuasan Luar Biasa Kepada Stacy

Tiba2 rasa rindu pulak kat Stacy.. Lama dah tak ikuti perkembangan dia.. Pogram Mania pun tak sempat nak tengok.. Apapun, jom baca tentang kisah anak angkat Stacy ni.. Kredit kepada Mystar.


PETALING JAYA: Penyanyi remaja Stracie Angie Anam (Stacy) berkata pengalaman bergelar ibu kepada anak angkat Bella Valentina selama hampir tiga bulan memberikan kepuasan yang luar biasa kepadanya.

Penyanyi yang bakal menginjak usia 22 tahun pada Ogos depan itu berkata, kehadiran anak kecil itu membuatkan dia berasa berat hati untuk meninggalkannya dan keluar bekerja.

“Pada waktu ini, saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja terutamanya program Mania sehingga membataskan waktu untuk bersama Bella. Mujurlah ibu banyak membantu menguruskan Bella sewaktu ketiadaan saya.

“Setiap kali keluar bekerja, pasti saya tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana mahu menghabiskan waktu dengannya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, petang Rabu.

Stacy mengambil bayi yang dilahirkan pada 15 Februari lalu itu daripada salah seorang ahli keluarganya yang kurang berkemampuan.

Melanjutkan perbualan, penyanyi lagu Kasanova itu berkata, perkara terhebat yang dialaminya apabila bayi itu mengenali dan memberikan reaksi tertentu kepadanya setiap kali dia pulang dari kerja.

READ MORE.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Akhirnya! Ada Juga Buku Untuk Dibeli Dengan Baucer!

Minggu terakhir sah laku baucer buku, baru aku terjumpa dengan buku2 yang aku berkenan di MPH.. Sejak dapat baucer tu 18 Mac lalu- lepas bergelar student OUM sejak Februari, aku tak jumpa buku yang aku nak. Padahal sebelum dapat baucer tu, mcm2 buku yang menarik aku jumpa kat MPH. Sebab tak mahu tangkap muat beli mana2 buku yang aku tak minat, aku tangguhkan dulu niat tu, nak2 lagi tempoh penggunaan pun dilanjutkan sampai penghujung April. Maka dalam tempoh masa tu, keraplah aku berulang alik ke kedai2 buku di Kuching, sampailah aku terjumpa dengan buku2 nih..


Buku pertama yang aku jumpa, ensiklopedia kapal terbang.. Sesuai sangatlah dengan minat aku kat benda2 bersayap nih..


Buku kedua, tentang kucing.. Belek beberapa muka surat pertama pun dah buat aku tersenyum tengok gelagat kucing2 nih


Sebab aku minat Ustaz Azhar Idrus ni, jadi aku beli buku soal jawab agama dia. Menarik sbb kandungannya terdapat soalan2 yang mungkin jarang kita dengar, tapi dijawab dengan bersahaja oleh Ustaz.

Habis seratus pertama aku dengan buku2 di atas.. Kemudian, seratus ringgit yang terakhir memang azab nak dihabiskan.. Lama aku berpusing2 kat dalam MPH tu.. Dah jumpa buku yang aku rasa sesuai, tiba2 aku boleh pergi letak balik kat rak.. Ada la jugak, aku koyakkan bungkusan plastik yang dibalut pada 1 buku ni sbb nak tahu buku tu best ke tak.. Last2, aku letak balik jugak.. Penat, akhirnya aku buat keputusan- dr aku beli buku2 yang aku tak kan baca, baik aku beli buku yang jarang2 aku akan baca.. Nak tahu buku apa? Ni haa...


Kamus Bahasa Jepun & Kamus Oxford.. Kenapa Bahasa Jepun jadi pilihan? Saja, sbb dari kecil aku minat belajar bahasa ni, biarpun bertatih sikit2 ;)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

SEGMEN NASZ : NASZ DAN SAYA ADALAH BLOGGER


Jom join segmen! Raja Segmen dah kembali dengan segmenn terbaru beliau~ hehe (suka2 hati aku je panggil Broo Nasser ni Raja Segmen ;p )

Di Mana Lokasi Anda Pagi Ini?


Selamat pagi semua~ sedar2 minggu ni dah masuk hari Khamis, cepat betul kan. Apepun, macam biasa kita teruskan kehidupan ni sama seperti hari sebelum2nya. Semua menuju ke destinasi yang sama pagi ni-ke sekolah, ke pejabat, etc.. Ada yang bercuti hari ni? Selamat bercuti di ucapkan.. Atau ada yang menuju ke tempat lain? Mungkin melakukan tugasan luar ke.. Aku pagi ni ada pogram dengan anak murid & rakan2 guru. Pemilihan atlit sekolah rendah untuk mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan. Penat betul minggu ni~ baru je Selasa lepas sehari suntuk di sekolah untuk pogram motivasi.. Ngantuknye rasa sekarang ni.. Ada sesiapa boleh buatkan kopi?

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Eh! Tak Baik Sebarkan Aib Orang~


Larangan Membuka Aib Saudara Seagama

1. “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

2. “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)

3. “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

4. “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud)

5. “Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (HR. al-Bukhari)

6. “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”

7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: “Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan)”. (HR. al-Bukhari)

8. “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)

9. “Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

10. “Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

KREDIT