e

Saturday, May 5, 2012

Seindah Sakura Menggantikan Cinta Buat Emelda Di Slot Akasia


Sebuah lagi siri drama terbaru, SEINDAH SAKURA bakal mengisi slot Akasia pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin sehingga Khamis pada jam 7.00 malam.

Drama terbitan Temenggong Pictures ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah.

SEINDAH SAKURA memaparkan kisah sedih kehidupan Shakira yang telah ditinggalkan oleh ibunya sejak kecil. Walaupun membesar dalam keadaan daif namun, Shakira tetap tabah menempuh segala onak duri kehidupan seorang diri sehinggalah kehadiran Cikgu Airil yang berjaya membawa sinar kebahagiaan setelah sekian lama.

Namun, panas tidak berpanjangan hingga ke petang. Kepulangan mengejut ibunya setelah bertahun-tahun meninggalkannya mengubah segala-galanya. Shakira sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan orang lain.

Adakah pengorbanan yang dilakukannya akan menjanjikan sebuah kebahagian untuknya?

Jangan lupa ikuti kisah selanjutnya dalam Seindah Sakura yang akan bermula 7 Mei ini.

KREDIT: Budiey. Com

Novel Seindah Sakura

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha

"Ternyata rasa mengantuk aku mengalahkan semangat ku"

Kenapa aku kata macam tu? Sebenarnya semalam, bukan main semangat aku nak tunggu siaran langsung majlis Schawal di Astro Ria. Sekali aku tertidur pukul 9 di depan tv.. Keletihan & mengantuk punya pasal.. Apapun berbaloi gak lah tertidur dulu sbb rupa2nya, siaran tu tergendala.. Nak tahu kenapa? Jom baca berita di bawah


Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha

PETALING JAYA: Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan secara langsung pernikahan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, pada Jumaat.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar gangguan kepada siaran langsung tersebut yang sepatutnya disiarkan selama setengah jam bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

“Saya mewakili pihak Astro Ria dan Astro amat kesal dan memohon maaf kepada semua penonton atas gangguan siaran langsung majlis pernikahan Scha dan Awal pada malam tadi (malam Jumaat).

“Ia adalah kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini kami masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar masalah itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Untuk berita penuh, layari mStar.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Perghhh Memang Cun..!! Rona Hijau Pilihan Awal & Scha!

Beberapa hari sebelum majlis, aku ada terjumpa gambar pasangan Scha & Awal mencuba persalinan hijau ni, tapi tak lengkap lah. Terbaru, aku terjumpa gambar ni pula di Murai.Com. Memang cun lah.. Kalau tak silap, Scha & Awal kenakan persalinan hijau ni semasa majlis merenjis diadakan.


Persalinan SchAwal Ilham 2 Pereka


KUALA LUMPUR, 5 MEI 2012: Sebagaimana semua sedia maklum, pasangan pengantin baru Scha Al Yahya dan Awal Ashaari atau SchAwal merupakan selebriti yang sering tampil menarik dengan pilihan gaya tersendiri.

Berpindah ke acara merenjis, suasana lebih meriah mula menjelma tatkala kedua-dua raja sehari tampil dengan persalinan gabungan tradisional dan moden dari pemilihan rona hijau diraja rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.

Pereka muda kegemaran ramai selebriti tempatan itu, sememangnya bijak melempiaskan kreativitinya dari hanya sehamparan kain songket (tajaan Atiqah's Songket) kepada sepasang persalinan yang berjaya memukau mata memandang.

Untuk pengetahuan semua, pihak Atiqah's Songket telah memperuntukan masa selama dua bulan untuk menenun songket berkenaan dan Rizman Ruzaini pula memerlukan masa dua hari untuk menyiapkan kedua-dua persalinan SchAwal.

Potongan duyung dan off shoulder yang ditampilkan buat Scha Al-Yahya menjadikan pelakon Awan Dania itu tampak cukup anggun. Ditambah lagi dengan cucuk sanggul dan kembang merah menyala yang tersemat di kepala.

Awal Ashaari pula tampil segak bak putera diRaja dengan persalinan songket lengkap, siap dengan tenggolok dan samping yang dihiasi dengan rantai dan aksesori bulan sabit serta bintang melempiaskan aura cukup gah.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Bila Kucing Dianggap Seperti Ahli Keluarga

Dalam entri CATurday kali ni, aku nak kongsikan beberapa gambar yang menunjukkan betapa sayangnya manusia terhadap kucing-kucing ni. Mereka yang ada membela kucing mesti tahu & faham perasaan tu, & pada yang suka buli kucing tu, hentikanlah.. Tak baik wei.. Kucing kan binatang kesayangan Nabi.. Pada yang takut, alah, tak suka atau geli dengan kucing tu (macam adik perempuan aku yang takut kat kucing), aku no komen.. Hehe.. Nak gelak pun ada bila tengok telatah dia lari dari kucing.. Haha

Okeh, terpanjang lak cerita.. Apapun meh tengok gambar2 yang aku maksudkan tadi~


Trella Curse (gambar) yang kembali ke rumahnya yang ranap dalam taufan Joplin terkejut apabila mendapati kucingnya yang berusia 13 tahun masih hidup di bawah timbunan puing2 selepas 16 hari. Punya lah happy sebab dia ingat kucing dia dah mati. Nak tahu cerita lanjut, klik SINI.


Judy Smith (makcik kat atas) dengan kucingnya Pawsh yang ditemui bawah timbunan puing2 rumah yang musnah.


Kat atas ni pun makcik Judy gak, tapi namanya Judy Pugh. Kisah makcik ni lagi dramatik. Masa dia ditemuramah oleh stesen tv, mencari2 kucingnya yang hilang selepas hampir sebulan kejadian taufan tu berlaku, tiba2 kucing tu muncul ntah dari mana2. Gembira kemain makcik yang pekat dengan loghat country nye nih. Kalau nak tengok video temuramah tu, klik SINI.


Pakcik ni lagi kesian. Dia kehilangan isteri & anaknya dalam bencana ni. Dua hari lepas taufan tu, dia jumpa kucing ni kat rumahnya yang dah ranap. Kucing memang bernasib baik eh?


Yang last ni bukan acara larian membawa kucing atau lari dari ribut yang mengejar. Kakak2 dalam gambar kat atas ni tengah menyelamatkan cik2 kucing tu dari kebakaran yang berlaku di sebuah apartment. Pergh.. Biar badan sendiri tak dilindungi, janji kucing2 tu di'cover' dengan baik.. Bertuah ler anda kucing!

Pengajarannya kawan2, haa.. faham2 sendiri lah ye.. Assalamualaikum ;)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Penjelasan Shahir 'Bersembunyi'.. Bersembunyi Dari...??


KUALA LUMPUR, 4 MEI 2012: Sebelum juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir Zawawi muncul dalam program Mania minggu lalu, penyanyi lagu Luar Biasa itu dikhabarkan merajuk diri dan bersembunyi sekali lagi.

Bagaimanapun, Shahir tetap muncul untuk menyanyi bersama Adira setelah dipujuk rayu oleh pelantun lagu Ku Ada Kamu itu sendiri yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta.

Shahir yang khabarnya telah mendatangkan masalah kepada ramai orang itu juga telah menjawab spekulasi berkenaan di dalam program Propaganza pada Ahad ini menerusi segmen Mulut Murai yang dikendalikan oleh Ejen Murai, Ajieb Rosdi.

Lebih menarik lagi, menerusi segmen panas itu, Shahir turut menjawab tuduhan yang mengatakan dirinya tidak tahu mengenai kemunculan album sulungnya yang telah berada di pasaran.

Malah, dalam segmen ini juga Shahir turut memberi keterangan mengenai peminatnya yang telah merajuk dan tidak mahu menyokongnya lagi.

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Polemik Pertukaran Saham Antara MAS & Air Asia Telah Selesai?


Kembalikan Firefly ke Kuching.. Itu hasrat aku selepas baca berita di bawah.. Bagi aku, Firefly lebih praktikal untuk aku setiap kali pulang ke Semenanjung.. Itu pendapat aku lah.. Apapun, jom baca~

Bakal Umum Pelan Komprehensif

KUALA LUMPUR 4 Mei - Malaysia Airline System Bhd. (MAS) yang kini dalam krisis kewangan bakal mengumumkan pelan komprehensif bagi menangani masalah itu selepas polemik pertukaran saham dengan AirAsia Bhd. (AirAsia) selesai.

Sumber berkata, pengumuman mengenai pelan itu akan dibuat dalam masa terdekat ini.

"Beberapa langkah akan diambil dalam usaha untuk mengukuhkan MAS supaya ia kekal berdaya saing dan paling penting tidak rugi lagi. Pelan komprehensif itu dihasilkan oleh Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan MAS.

"Pertimbangan yang dibuat ini adalah yang terbaik untuk mengembalikan MAS ke landasan betul," katanya.

Awal tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pernah membayangkan kedua-dua entiti penerbangan negara akan mengumumkan pelan itu secara bersama.

Bagaimanapun, pengumuman itu dibuat lebih awal selepas mengambil kira pertukaran saham MAS dan AirAsia yang menjadi polemik kini telah selesai.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pembatalan pertukaran saham itu membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dengan suara kakitangan MAS yang menentang transaksi tersebut.

"Nampaknya, transaksi itu tidak diterima oleh banyak pihak. PM telah mengambil pendekatan terbaik dan bijaksana dalam membatalkannya," kata beliau.

Rabu lalu, Khazanah mengesahkan transaksi pertukaran saham antara MAS dan AirAsia dibatalkan.

Berikutan keputusan itu, Khazanah akan memulangkan semula 277.65 juta saham atau 10 peratus kepentingan dalam AirAsia kepada Tune Air Sdn. Bhd. (Tune Air).

Tune Air pula akan menyerahkan semula 685.14 juta saham bersamaan 20.5 peratus kepentingan dalam MAS kepada Khazanah semula.

Khazanah berkata, pemindahan itu akan dilakukan pada harga dan nisbah asal semasa transaksi tersebut, yang mana saham MAS dinilaikan pada harga RM1.60 sesaham dan AirAsia RM3.95 sesaham. Pemindahan itu tidak akan membabitkan nilai tunai.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

TAHNIAH AWAL & SCHA! [Foto Majlis Pernikahan Schawal 4 Mei 2012]


Alhamdulillah, semalam pasangan Scha al Yahya & Awal Ashaari telah selamat di ijabkabulkan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya. Malam tadi, aku sebenarnya menunggu siaran langsung di Astro Ria, tapi kerana terlalu penat, aku tertidur sebelum pukul 9 lagi. Bila tersedar, aku dapat tahu yang siaran majlis tersebut tak dapat disiarkan atas masalah teknikal. Menurut pihak Astro lagi, siarannya akan keudara pada pukul 12.30 nanti. Sama2 lah kita nantikan. Apapun, berikut adalah gambar yang diperolehi dari blog Oh Bulan untuk tatapan peminat~









ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!