e

Tuesday, May 8, 2012

Tolong Jangan Bagi Cinta Awak Untuk Saya


Sekadar perkongsian dari Facebook. Pernah tak korang mengalami situasi diatas? Mungkin sebagai pilihan kedua atau si dia sebenarnya tidak mencintai korang sepenuh hati. Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri, tapi adakah anda sanggup berada dalam situasi tersebut? Apapun dalam hal begini, janganlah kita main 'tangkap muat' je kan. Cinta ni satu hubungan jangka panjang. Bukan untuk seronok2 masa awal2 ni je, sebab banyak yang perlu dipertanggung jawab kan di masa hadapan yang memerlukan komitmen bersama. Hmm..

Apapun, selamat malam semua~ tidur nyenyak2 malam ni ;)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Nampak Mudah Tapi Tidak!


Kalau korang biasa tengok hiasan keychain dari manik ni di mana2 sebelum ni, berapakah anggaran harganya yang korang boleh bagitahu? Mungkin ia barang murah, tapi bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkannya. Sebenarnya ini lah yang aku & murid aku cuba siapkan dalam tugasan pagi tadi di Pogram Pendidikan Kraf Mega di Pustaka Negeri Sarawak. Bukan senang nak menyudahkan seperti contoh yang ditunjukkan di atas. Sesiapa yang terlepas entri sebelum ini mengenainya, boleh klik di SINI. Selain seni dari manik ni, apa yang diajarkan tadi ialah seni pembuatan batik, tembikar & anyaman.

Bayangkanlah, kesusahan mereka yang menghasilkan barangan cenderahati seperti ini untuk mendapatkan rezeki setiap hari..

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Fizz Fairuz Akui Bakal Kahwini Almy Nadia Tahun Ini, Tunggu Ibu Pulang Umrah


Alhamdulillah~ Ini perkhabaran terkini yang menggembirakan dari pemenang Anugerah Pelakon TV Paling Popular ABPBH~ Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin ini.Apapun, kita doakan yang terbaik untuk beliau & pasangan ;)

Berikut adalah petikan dari blog Roti Kaya:

"Tidak ramai sebenarnya pasangan selebriti yang sekian lama bercinta namun sehingga kini belum tiba seru untuk berkahwin dan antara mereka adalah pasangan Fizz Fairuz & Almy Nadia.

Pemegang gelaran Pelakon TV Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 25 ini mengakui beliau ada memasang hasrat untuk berkahwin jika menang pada majlis yang berlangsung pada 8 April yang lalu.

Mengulas sedikit tentang keadaan beliau selepas meraih gelaran tersebut, Fizz Fairuz menolak sebarang dakwaan yang mengatakan beliau kini sudah pandai meletakkan harga lebih tinggi untuk berlakon dalam sesuatu produksi.

“Industri hiburan kita ini kecil, tiada guna saya letak harga. Saya sekarang lebih pentingkan watak untuk saya bawa dalam pembabitan saya selepas ini. Saya mahu penonton puas lihat saya berlakon,” ujar Fizz Fairuz ketika di’temui semalam.

Berkaitan hasrat beliau untuk berkahwin, Fizz Fairuz berkata jika di’izinkan Tuhan dan segalanya berjalan seperti apa yang beliau harapkan, perkahwinan dengan kekasih lima tahun Almy Nadia bakal berlangsung sekitar tahun ini juga.

“Memang itu niat saya & dengan izin Tuhan segala gala’nya akan menjadi kenyataan selepas ibu saya kembali mengerjakan umrah. Ibu saya bakal ke Tanah Suci awal Jun ini. Sekembali’nya ibu, kami sekeluarga akan berbincang memilih tarikh sesuai,” tambah Fizz Fairuz."

Kenapa entah aku rasa senang hati bila dengar berita orang nak kahwin. Aku sendiri? Insya Allah tak lama lagi.. Doakan ye ;)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Apa Aku Buat Hari Ni Sampai Tak Sempat Nak Blogging


Dari pagi tadi, aku habiskan masa dengan anak murid & rakan2 guru dari sekolah lain kat Pustaka Negeri Sarawak. Buat apa? Haa.. Meh teka apa yang aku dok buat dengan anak murid dalam gambar diatas~ Dari pagi sampai ke tengahari tak siap.. Bukan aku seorang je, cikgu lain pun hadapi kesukaran yang sama.. heh2 ;p

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!