e

Friday, May 11, 2012

Jangan Kacau Aku, Setan!!

Kalau korang rasa nak marah, susah hati, kesedihan yang tak semena-semena, semuanya berpunca dari dia! Pandai dia cari helah untuk membuatkan kita jauh & tak percaya pada rahmat Allah SWT. Shooh shooh!! Pergi main jauh2, jangan kacau aku!


-Doa Menghindari Syaitan-


Terjemahan:

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.


KREDIT

TERKINI: Pihak Berkuasa Tidak Tolak Kemungkinan Cubaan Merampas Pesawat Antara Punca Nahas

Pilot Sukhoi Superjet-100, Alexandr Yablontsev (kiri), berpose bersama dua pramugari dan kopilot sebelum terbang . (sergeydolya.livejournal.com)


Cubaan Rampas Pesawat Antara Teori Punca Nahas

CIDAHU: Lima puluh penumpang kapal terbang penumpang baru buatan Russia disahkan maut selepas anggota pasukan penyelamat menemui mayat berhampiran bangkai pesawat berkenaan yang terhempas dekat kawasan gunung berapi di Indonesia ketika melakukan penerbangan ujian bagi menarik pembeli.
Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan cubaan merampas pesawat itu antara punca nahas.

“Kami belum temui sesiapa yang terselamat tetapi masih meneruskan operasi mencari. Saya tidak dapat cakap apa-apa mengenai keadaan mayat,” kata Prakoso sambil menambah pesawat berkelajuan tinggi itu dipercayai melanggar cerun, meletup dan berkecai.

Pihak berkuasa terputus hubungan dengan Sukhoi Superjet-100 sebaik berlepas dari lapangan terbang di Jakarta membawa wakil syarikat penerbangan Indonesia.

Kebanyakan mangsa adalah eksekutif syarikat penerbangan Batavia Airlines; Pelita Air; Air Aviastar dan Sriwijaya Air selain lima wartawan dan seorang wakil firma pengeluar pesawat Perancis. Tiada warga Malaysia terbabit dalam nahas itu.

Oleh kerana tempat kejadian terpencil, mayat perlu dimasukkan dalam jaring dan dibawa keluar dengan helikopter, kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat kebangsaan, Gagah Prakoso.
Mayat mangsa nahas kelmarin itu diterbangkan ke Jakarta untuk dikenal pasti oleh ahli keluarga.

Ahli keluarga kebanyakan menunggu semalamam di lapangan terbang menangis sebaik mendengar berita mengenai penemuan bangkai pesawat itu.

Pesawat itu berlepas awal tengahari kelmarin untuk melakukan demonstrasi penerbangan.

Kira-kira 21 minit selepas itu, juruterbang dan pembantunya dari Russia meminta kebenaran turun dari ketinggian 3,000 meter ke 1,800 meter.

Pesawat itu kemudian hilang dari radar. Tidak diketahui mengapa krew meminta menukar laluan, katanya terutama apabila mereka terlalu hampir dengan gunung berapi setinggi 2,200 meter itu.

Komunikasi antara juruterbang dan kawalan lalu lintas udara juga disiasat, kata ketua Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan, Tatang Kurniadi.

Lebih 1,000 orang termasuk askar dan polis terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat terbabit. Helikopter yang melakukan pemantauan dari udara berhampiran gunung berapi itu menemui bangkai pesawat berkenaan.

Pesawat penumpang pertama buatan Russia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet dua dekad lalu, melanggar rabung di Gunung Salak, gunung berapi yang tidak lagi aktif. – Agensi


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Mai Pekena Laksa Penang!


Masa aku bergelut kat dewan peperiksaan pagi tadi, geng2 cikgu kat sekolah aku lak duk sibuk buat projek Laksa Penang. Projek ni memang tak kan jadi kalau tak ada orang Kedah kat sekolah ni. Apapun thanks sangat sebab tolong simpankan untuk aku sikit, biarpun awal2 aku dah bagitau kalau tak dapat simpan pun tak apa, sebab aku tak dapat join makan2 laksa pagi tadi kat sekolah ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Info: Amy Search, Misha Omar Gegarkan Kuching Ahad Ini!

Dah lama aku simpan impian nak jumpa Misha lagi. Kali pertama & terakhir aku jumpa dia pun semasa di Kuching tahun 2009 dulu. Kalau teringin nak baca entri tentang tu, boleh klik SINI. Harap2 dapatlah bertemu dengan Misha lagi Ahad ini. Fuh!


6 Artis Popular Bakal Beraksi Di Sarawak

KUCHING - Enam penyanyi terkenal tanah air iaitu Amy Search, Misha Omar, Bob, Akim, Nera dan Iwan Dasri akan menghiburkan peminat pada konsert Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo! yang akan diadakan di sini pada Ahad ini.

Konsert yang bakal berlangsung di The Square Tower, Tebingan Kuching di sini dari pukul 8 hingga 11 malam itu diadakan sempena pelancaran akhbar kompak Kosmo! di Sarawak. Kosmo! mula masuk pasaran Sarawak pada 7 Mei lalu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman ketika dihubungi mengakui teruja untuk membuat persembahan pada konsert tersebut.

"Saya memang tidak sabar untuk kembali mengadakan konsert di Sarawak setelah setahun tidak membuat persembahan di negeri itu," ujarnya semalam.

CHOP: BUKAN AKHIR TAHUN LEPAS DIA DAH DATANG SARAWAK KER??

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Saya Sendiri Dikasari & Rambut Saya Ditarik Dan Diseret Keluar Dari Bilik : Pengakuan Perakam Video Bayi Di DeraWanita Kesal Niat Bongkar Kejadian B


Wanita Kesal Niat Bongkar Kejadian Bayi Didera Ibu Kandung Disalah Erti

PETALING JAYA: Niat untuk membongkar kejadian bayi didera oleh ibu kandung sendiri selama hampir tiga bulan menjadi episod malang apabila ia disalah erti oleh sesetengah pihak yang menganggap perakam video itu tidak berhati perut.

Perakam video itu dan merupakan saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, berkata beliau menerima pelbagai tohmahan selepas video itu tersebar di media sosial.

"Bukan sengaja saya ingin merakamkan kejadian itu tetapi kerana inginkan bukti untuk diberikan kepada pihak polis bagi memastikan ibu kandung bayi yang berusia 10 bulan (ketika video dirakam) itu menerima hukuman selepas berbulan-bulan dia mendera bayinya, jadi saya terpaksa.

"Untuk mereka yang tidak tahu perkara sebenar, janganlah menuduh membutatuli dan mengatakan saya bersekongkol, siasat dahulu supaya tahu apa yangberlaku tetapi bila ini yang saya terima saya kesal dan sedih," katanya kepadaBernama sambil mengesat linangan air matanya.

Beliau berkata, pada malam kejadian video itu direkodkan sekitar Mei tahun lepas, ibu bayi berkenaan yang berusia 20 tahun bertindak agresif dengan memukul anaknya selepas dia dinasihat agar menghentikan penderaan terhadap anaknya serta menghalang wanita itu daripada berjumpa teman lelakinya.

"Mungkin marahkan saya kerana membebel, wanita itu terus mencapai anaknya yang berada di ruang tamu ketika itu dan meluru masuk ke dalam bilik.

"Wanita itu kemudiannya bertindak untuk mengunci pintu tetapi saya halang sehingga saya sendiri dikasari dan rambut saya ditarik dan diseret keluar dari bilik," katanya.

Beliau berkata, selepas bergelut dengan wanita itu, dia akhirnya berjaya untuk berada di dalam bilik berkenaan dan kesempatan itu digunakannya untuk merakamkan tindakan agresif ibu bayi berkenaan.

Shima berkata, wanita itu merupakan anak kepada jirannya ketika dia menetap di Damansara Damai.

"Saya kenal dia sebab saya berkawan baik dengan ibu angkatnya ketika saya menetap di Damansara Damai dan apabila ibu angkatnya meninggal, wanita ini membuat keputusan untuk tinggal bersama saya pada Mac tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, sepanjang wanita itu tinggal bersamanya, emosi wanita itu kerap kali berubah-ubah dan boleh dikatakan agak sosial.

"Saya tidak kisah dia tinggal dengan saya, tetapi dia sosial dan bila keluar rumah keesokan harinya baru balik, bila bergaduh dengan teman lelakinya, anak yang akan dijadikan sasaran.

"Saya pernah bertanya kepada wanita itu bahawa dia menganggap anaknya sebagai apa dan katanya anaknya itu hanyalah tempat untuknya melepaskan geram," katanya.

Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis, wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatannya itu.

Kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.

Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu. - BERNAMA

Bermulanya Peperiksaan Akhir Semester!


Bermula hari ini sampai Ahad, aku akan menduduki peperiksaan di OUM. Doakan aku k kawan2! Semoga hati ini tenang & urusan ini dipermudahkan selalu sampai ke hari terakhir berjuang ;)