e

Saturday, May 12, 2012

Reka Gaya Anda Di POLYVORE!





Dah lama aku tak main2 kat POLYVORE. Apa tu POLYVORE? Senang kata, dengan aplikasi POLYVORE ni, korang boleh mencipta gaya pemakaian & meluahkan idea kreatif sendiri mengikut apa yang korang suka. Tak perlu susah2 melukis & melakar, kerana pilihan2 produk tu semua dah disediakan. Taip je apa yang korang nak cari, pasti ada. Kemudian reka & padankanlah mengikut imiginasi korang. Kebetulan aku nak kuar jalan2 esok, rasa nak pakai macam ni lah..

REMY ISHAK Cedera Semasa Berlakon


Pelakon Remy Ishak telah mengalami kemalangan kecil semasa menjayakan scene tembak-menembak sebuah filem bersama Beto Kusyairi di Tapah lewat malam semalam. Tengok pada gambar ni, Remy Ishak akan ada parut sikit kat dahi. Tapi nasib baik je tak kena kata mata. Mengikut Remy, beliau telah menerima rawatan dan 5 jahitan telah dibuat untuk menutup luka.

SUMBER

PS: Anak Jantan.. Tak ape..

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Biarpun Bermandi Darah Ditikam Bertubi-Tubi Oleh Perompak, Saya Tetap Melawan Dalam Keadaan Pisau Masih Tertusuk Di Dada


TAIPING: “Biarpun bermandi darah akibat ditikam bertubi-tubi oleh perompak, saya tetap melawan dalam keadaan pisau masih tertusuk di dada,” kata Norziatul Akma Tajuddin, 22, yang menjadi mangsa serangan seorang perompak, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang menjaga kedai dobi milik kakaknya di Jalan Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini, ditikam empat kali oleh seorang lelaki yang menyamar pelanggan.

Norziatul Akma berkata, lelaki tempatan yang berusia awal 20-an itu masuk ke kedai dan berpura-pura bertanya harga upah bagi membasuh kain langsir seberat satu kilogram.

“Disebabkan tidak pasti berapa harganya, saya segera menghubungi kakak (Rosliana Tajuddin, 28) yang ketika itu berada di rumah untuk mendapatkan kepastian.


“Bagaimanapun, lelaki itu tiba-tiba meluru sebelum mengeluarkan pisau dan meletakkannya di leher saya. Dia kemudian mengarahkan saya supaya jangan melawan dan menyuruh saya berjalan ke arah belakang premis,” katanya yang masih dirawat di Wad 17, Hospital Taiping, di sini.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

VIDEO: 'Saya Tak Subahat' Pengakuan Wanita Rakam Ibu Belasah Bayi

Ramai yang salahkan kakak ni juga sebab tak tolong bayi tu. Apapun, kalau korang dah dengar luahan hati dia, mesti korang akan faham & setuju dengan tindakan dia. Bukan dia tak tolong bawa budak tu lari dari ibu dia. Yang penting, video itu berjaya dirakam sebagai bahan bukti.



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!