e

Sunday, May 13, 2012

Tamat Sudah Peperiksaan!


Fuhh! 3 hari peperiksaan dah berlalu! Lega sangat2! Kuat betul aku 'menggoreng' sepanjang peperiksaan ni. Biar jawapan jadi sesedap rasa. Apapun harap keputusan yang keluar nanti pun best~ hehe ;p Btw, thanks kepada semua yang mendoakan dalam entri sebelum ni~ Korang memang terbaik la!

Hangat! Anang Menikah Dengan Ashanty -12 Mei 2012

Terkini dari seberang mengenai bekas suami Kris Dayanti- Anang yang menikah dengan Ashanty semalam. (Kredit kepada Budiey)


Anang, Ashanty Sah Bergelar Suami Isteri


JAKARTA: Selepas melalui proses persiapan yang panjang, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah dan Ashanty akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri.

Dengan sekali lafaz, bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti itu bernikah dengan Ashanty di Masjid Albina, Senayan di sini pada petang Sabtu. Majlis akad nikah itu disaksikan keluarga kedua belah pihak.




Bapa kepada Aurel dan Azriel itu menyunting Ashanty dengan mas kawin berupa sepersalinan pakaian solat, dua set perhiasan dan wang hantaran yang hanya sebanyak RM4.187 (Rp12.512), melambangkan hari jadi mereka.

“Dia (Ashanty) sekarang sah menjadi isteriku,” ujar Anang dalam nada bahagia sebelum memeluk dan mencium Ashanty di hadapan media. – KAPAN LAGI

Ashanty dan Anang Hermansyah akhirnya resmi menjadi pasangan suami istri, hari ini setelah mengucapkan ijab kabul di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta Pusat.
Ashanty yang tiba lebih dulu di Masjid Al Bina Senayan, saat turun dari Jaguar bewarna hitam, ia terlihat cantik dengan kebaya krem dipadu dengan kain berwarna coklat.

Anang diarak dengan iringan shalawat dan rebana. Dia mengenakan jas, celana dan peci berwarna krem. Aurel dan Azriel juga demikian, serasi dengan warna krem dan berjalan lebih dulu di hadapan Anang membawa hantaran.

Aurel membawa cincin yang masih dibalut dengan kotaknya, sementara Azriel membawa uang Rp10 ribu, Rp2 ribu, dan beberapa koin yang digunakan sebagai mas kawin.

Selama proses akad nikah, pasangan ini terlihat tegang. Tapi, Anang berhasil mengucapkan ijab kabul dengan lancar dan satu nafas. Raut ketegangan itu seketika berubah menjadi senyuman. Begitupun dengan Ashanty yang terlihat senyum setelah Anang lancar mengucapkan ijab kabul.

Mas kawin pasangan ini berupa seperangkat alat salat dan perhiasan dan simbol tanggal hari ini berupa Rp 12.512. Rencananya, pasangan ini akan menggelar resepsi pernikahan pada tanggal 20 Mei 2012 di Hotel Shangri-La.

Tragedi 12 Mei: 2 Toyota Hilux Bertembung, 5 Terbunuh


BINTULU: Empat sekeluarga antara lima terbunuh apabila pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki bertembung dengan sebuah lagi kenderaan sama dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Tatau-Bintulu, petang kelmarin.

Mereka yang terbunuh ialah pasangan suami isteri, Gelau anak Demang, 60, dan Bunsi anak Nyeng, 52; serta dua lagi saudaranya, Embuang anak Adang, 64, dan Aziz Abdullah, 60, manakala anak lelaki pasangan berkenaan berusia lapan tahun cedera parah.

Seorang lagi yang terbunuh dalam kejadian jam 3.45 petang adalah pemandu sebuah lagi Hilux, Ling Tuong Kong, 38, sementara rakannya yang belum diketahui identiti berusia 30-an cedera parah.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Wan Zaizudin Wan Jaafar berkata, kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux dipandu Ling gagal memotong ketika menghampiri satu selekoh sebelum merempuh Hilux dinaiki lima bersaudara terbabit.

Katanya, akibat rempuhan itu, tiga daripada mereka terbunuh di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Tatau dan Bintulu.

“Siasatan awal mendapati Gelau yang memandu Hilux dikatakan dalam perjalanan dari Tatau ke Bintulu, manakala Ling dari Bintulu ke Sibu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba pacuan empat roda dipandu Ling memasuki laluan bertentangan selepas gagal memotong kenderaan di depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wan Zaizudin berkata, akibat itu, kenderaan dipandu Ling bertembung dengan Hilux dinaiki lima keluarga sekeluarga berkenaan.

“Bagaimanapun, seorang kanak-kanak lelaki yang turut berada dalam kenderaan dipandu Gelau parah di beberapa anggota dan masih dirawat di Hospital Bintulu.

“Polis masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kejadian, termasuk mendapatkan kenyataan daripada rakan Ling yang terselamat dan kini dirawat di hospital sama.

“Justeru, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

Susulan Tragedi Bas Rombongan: Saya menjerit berulang kali supaya pintu dibuka kerana tidak dapat bernafas


LENGGONG: “Saya menjerit berulang kali supaya pintu dibuka segera kerana tidak dapat bernafas akibat asap yang mula memasuki ruang dalam bas,” kata Jamaliah Kassim, 54, penumpang bas yang menceritakan detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan sebuah bas yang bertembung dengan lori di Kilometer 45.2, Jalan Kuala Kangsar - Gerik di sini.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, bas dinaiki 38 penumpang Wanita Umno Bahagian Gerik bertembung dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang daripada perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Ulang Tahun Umno ke-66, malam kelmarin.

Menurut Jamaliah, dia yang berada di tempat duduk penumpang bas terkandas hampir sejam akibat kemalangan itu. Namun, dia bersyukur kerana terselamat.

“Saya dan penumpang lain tidak boleh keluar kerana pintu bas tertutup tetapi dalam keadaan kelam kabut itu, beberapa wanita nekad terjun melalui bahagian cermin depan bas yang pecah.

“Tidak lama kemudian, beberapa penduduk kampung datang dan cuba memecahkan cermin tingkap bas dengan batu, tetapi gagal,” katanya.