Tomodachi Sama

Monday, May 21, 2012

VIDEO: Stacy @ Konsert Minggu Akhir Mania (Solo & Duet)


Persembahan dari Naib Juara Mania~ Super Stacy dengan lagu Takkan Melupakanmu & Cinta! Jom layan~





Kalau ikutkan, teringin nak tengok live hari tu sebab Stacy dapat masuk final. Apapun terpaksa lupakan niat tu sebab aku duk jauh sangat kat Kuching.. Kalau lah konsert final dibuat hujung minggu ni, boleh lah pergi tengok sebab aku memang balik bercuti 2minggu.. Teringat masa konsert final AF dulu, cun2 konsert terakhir masa aku baru sampai ke semenanjung, jadi boleh pergi support Stacy secara langsung ;)

Sebiji 'burian'? Ayam menggoreng ikan??

Agak2 apa lah respon cikgu Bahasa Malaysia bila tengok jawapan budak2 ni.. Hehe




Apa sebenarnya masalah murid ni ya.. Ada pendapat? Jom kongsikan di sini :)

TERKINI HARI INI! Dia Penyamun Yang Tercedera, Dia Menyamar Jadi Mangsa Samun di Hospital, Kemudian Dia TERJUMPA DENGAN MANGSA SAMUN YANG SEBENAR!

KORANG RASA APA KESUDAHANNYA??

Mangsa yang cedera disamun dan penyamun yang turut cedera semasa bergelut dengan mangsa pergi mendapatkan rawatan di hospital yang sama.. Apa lagi, bertempiaran larilah kesemua rakan2 penyamun meninggalkan rakan mereka yang cedera bila si mangsa dedahkan identiti mereka yang sebenar. Ikuti berita di bawah ni:


SERDANG: Lima perompak yang menghantar rakan mereka ke Hospital Serdang, di sini, yang parah selepas bergelut dengan mangsa ketika cuba menyamun sebuah kafe siber pagi kelmarin, kelam-kabut melarikan diri apabila terserempak mangsa jenayah mereka yang pergi ke hospital sama untuk mendapat rawatan.

Sebaik mangsa, Saifullah Mishaldulmun, 21, yang cedera di kepala menjerit memaklumkan kepada petugas hospital bahawa individu yang dirawat di unit kecemasan itu penjenayah yang mencederakannya, kelima-lima perompak terbabit bergegas melarikan diri meninggalkan rakan mereka.

Dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, enam lelaki datang ke hospital itu merayu supaya seorang daripada mereka diberi rawatan kecemasan kerana cedera serius selain kehilangan banyak darah.

Petugas yang mahu dikenali sebagai Mohd Akmal, 30, berkata, kumpulan lelaki itu memaklumkan rakan mereka cedera akibat diserang penjenayah ketika berada dalam sebuah kafe siber di Seri Kembangan, di sini.

Menurutnya, doktor memberi rawatan kecemasan kepada lelaki terbabit dalam bilik rawatan manakala lima rakannya menunggu di luar bilik berkenaan.

Jika Anda Tidak Gembira?


Apabila anda terfikir yang anda tidak gembira dengan KEHIDUPAN anda, sentiasalah fikirkan tentang seseorang yang gembira kerana KEWUJUDAN ANDA untuknya..

Sunday, May 20, 2012

ADA YANG PERTIKAIKAN KEMENANGAN HAFIZ KE??

Pendapat peribadi aku sendiri, memang aku tak sangka Hafiz yang merangkul juara di Mania semalam sebab sangkaan aku Jaclyn Victor yang akan menjadi juara. Tapi tak bermakna aku tak akui kehebatan Hafiz, sebab pasti ramai yang setuju kalau aku katakan Hafiz memang mempunyai kekuatan & kelebihan tersendiri, tak kalah kepada Jaclyn Victor. Ada sesiapa yang tak puas hati dengan kemenangan beliau? Apapun jom baca artikel ini dulu. (kredit kepada Murai.Com)

"kejayaan saya kali ini kerana usaha kuat saya sendiri seterusnya anugerah dan rezeki daripada Tuhan"



KUALA LUMPUR, 20 MEI 2012: Jangkaan ramai pihak terhadap gelaran juara Mania agak meleset kerana bukan Jaclyn Victor, sebaliknya ia disandang oleh penyanyi Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Suip.

Malah juara AF7 itu akui agak terkejut dengan keputusan tersebut dan berharap kemenangannya tidak dipertikaikan kerana semua berserah kepada pengundi sepenuhnya.

"Daripada awal lagi, terus-terang saya sangat gementar serta tidak mahu memikir langsung mengenai kemenangan. Sebaliknya hanya fokus kepada persembahan.

"Apabila diumumkan sebagai pemenang saya terkejut dan tidak menyangka sama sekali tetapi saya terima sebagai rezeki daripadaNya.

"Secara jujurnya saya telah menjangkakan Jaclyn Victor menang kerana sebelum ini kedudukkannya boleh dikatakan sentiasa berada di atas sepanjang minggu," katanya.

Hafiz ditemui selepas berakhirnya konsert Mania peringkat akhir yang berlangsung dengan gemilangnya di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam semalam.

Dengan kemenangan itu, Hafiz telah berjaya merangkul wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania manakala produser yang bertanggungjawab mendidiknya, Ahmad Dhani pula telah menerima wang tunai RM300,000.

Tempat kedua menjadi milik Stacy yang merupakan anak didik kepada Datuk M.Nasir.

Bekas juara AF6 itu membawa pulang wang tunai RM200,000 beserta trofi Mania.

Manakala Jaclyn Victor yang merupakan anak didik kepada produser Aubrey Suwito jatuh di tempat ketiga, membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi Mania.

Untuk artikel penuh, layari Murai.Com

Misha Omar Kantoi Salah Lirik Isabella

Misha Omar Kantoi Salah Lirik Isabella

Gambar sekitar Konsert Fiesta KOSMO baru2 ini. Di sesi penutupan konsert, Amy Search menyanyikan lagu Isabella bersama artis2 lain di atas pentas. Di bawah ni, saat Amy menyuakan mikrofon kepada Misha Omar..


Steady Misha.. Jangan salah lirik.. (sebelum tu Akim dah tersalah lirik..)


Alamak! Salah jugak! Kantoiiii


hehe.. ikutkan, aku pun kantoi gak salah lirik malam tu masa nyanyikan lagu Isabella ramai2.. Maklumlah lagu lama, ingat2 lupa ;p

TERKINI 20 MEI 2012! MARK ZUCKERBERG DAH BERKAHWIN??


Ini gambar terbaru yang aku perolehi tentang Pengasas Facebook ini. Telah tercacat di Timeline FB beliau sendiri~ "Married Priscilla Chan yesterday." (19 May 2012)

Saturday, May 19, 2012

SUPERSTAR GALAKSI MANIA~ TAHNIAH KEPADA HAFIZ!


Tahniah & syabas kepada Hafiz kerana menjuarai Mania Musim Pertama! Dan Tahniah juga kepada Stacy! Tumpang gembira biarpun Stacy no. 2! Go Go Super Stacy!Ada juga berura2 nak turun KL awal minggu baru2 ni sebab nak support Stacy! Apepun tahniah!



KEPUTUSAN PIALA FA 2012: KELANTAN JUARA, TEWASKAN SIME DARBY 1-0


Itu keputusan rasmi yang diperolehi tadi. Gol tunggal kemenangan Kelantan berjaya disempurnakan di minit ke 57 menerusi sepakan penalti oleh M. Ghaadar.

GOL PERTAMA KELANTAN!!


Gol Pertama kelantan berjaya disempurnakan di minit ke 57 menerusi sepakan penalti oleh M. Ghaadar. Adakah Piala FA malam ini milik Kelantan??

SIAPA BAKAL JUARA PIALA FA 2012?! KELANTAN ATAU SIME DARBY??


Siapa yang bakal menjuarai Piala FA tahun ini?? Korang rasa??


Sime Darby atau Kelantan??



"SEMANGAT...Wau bulan gergasi The Red Warriors dipasang oleh penyokong pasukan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, menjelang pertemuan menentang Sime Darby pada aksi final Piala FA, malam Sabtu. Rata-rata stadium dibanjiri penyokong Kelantan seawal pukul 3 petang tadi."

Pakcik aku sekeluarga tiba di Serdang dari Kelantan petang semalam. Dan seawal pukul 2 petang tadi, mereka dah berangkat ke stadium. Susah juga kalau tersekat dalam kesesakan lalu lintas kalau lewat ke sana. Lagipun katanya, macam2 acara disediakan sebelum perlawanan bermula. Dengar kata ada persembahan dikir barat dan kenduri- jamuan makan2 untuk musafir/penyokong2 kuat dari Kelantan yang baru tiba.. Perghhh.. Bab sokongan, Kelantan memang tak kalah!

Kenapa BERDIAM Itu Lebih Baik



Boleh dikatakan dalam sehari, hampir sepanjang masa kita gunakan untuk bercakap. Itu perkara normal, kerana kita dikelilingi individu lain & kehidupan bermasyarakat menuntut kita untuk berkomunikasi, melainkan anda tinggal di dalam gua seorang diri (macam keadaan aku lah.. balik kerja, lepak kat rumah sewa seorang diri).

Pada zaman sekarang, konteks bercakap itu jadi lebih luas.. atau maksud aku, komunikasi.. Berbanding zaman dahulu, zaman sekarang komunikasi boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk & menerusi pelbagai media- seperti sms, chatting secara online, dsb.. Dan dalam entri aku kali ini, istilah 'bercakap' yang aku gunakan merujuk kepada perkataan 'komunikasi' di atas..

Diam? Kenapa MEMILIH untuk DIAM?

Dua perkara yang boleh dilakukan dengan mulut kita- bercakap (perkara) yang baik2 & bercakap (perkara2) yang sebaliknya.. Ada masanya tanpa sedar, mulut kita terarah untuk berkata perkara yang bukan hak (batil) kerana dorongan hati & emosi yang tidak bersih (mungkin disebabkan dengki, marah, dsb). Maka, DIAM merupakan satu langkah terbaik untuk menghalang kita dari tersasar menuturkan perkara yang sia sia. Boleh jadi juga, ada insan yang akan terluka & terasa dengan tindakan kita itu. Jadi adalah lebih baik bagi kita untuk berdiam diri..

Hikmah DIAM.. (kredit kepada Giler Kentang)

•Ibadah tanpa bersusah payah
•Perhiasan tanpa berhias
•Kehebatan tanpa kerajaan
•Benteng tanpa pagar
•Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
•Istirehat bagi kedua MALAIKAT pencatat amal
•Menutup segala aib.

Rasulullah berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud :

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat ABU NAIM )

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.( Riwayat AT-TARMIZI)

Tasha Manshahar- "Love You Like A Love Song" + BIODATA TASHA MANSHAHAR

Pasti ramai yang dah mengenali Tasha Manshahar menerusi video nyanyian cover versionnya di Youtube. Pada yang belum pernah mendengarkan nyanyiannya, jom layan video kat bawah ni~ Memang layan (sebab best!), & ramai yang memuji suaranya bersama Syed Syamim.



Berikut adalah biodata Tasha Manshahar. Aku tumpang bangga juga sebenarnya sebab Tasha ni merupakan penuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras- tempat sama aku belajar nak jadi cikgu dulu. Kiranya aku super senior dia lah.. (Tumpang bangga je, bukan tumpang glamour.. Hehe) Kredit kepada Prof Hariz yang bersusah payah untuk mendapatkan biodata ni.

Biodata Tasha Manshahar

Nama : Nur Nadia Natasha Bt Mohd Manshahar
Umur : 20 Tahun
Tarikh Lahir : 22 November 1992
Asal : Sandakan Sabah tapi tinggal di Kajang.
Adik Beradik : Anak pertama daripada 3 adik beradik
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG ILMU KHAS Kuala Lumpur
Facebook : Tasha Manshahar (Clora Studio)
Youtube : Tasha Manshahar Youtube
Blog : Little Letters To Myself

TERKINI: SEORANG IBU MAUT TERPELANTING SETELAH DIRAGUT!



KUALA LUMPUR: “Lelaki itu tiada hati perut dan dia pembunuh,” kata Kum Kook Soon, 39, yang kehilangan ibu tersayang selepas wanita itu maut akibat cedera parah di kepala selepas terjatuh motosikal angkara kerakusan seorang peragut di Jalan Chow Sow Lin, di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika Kum yang menunggang motosikal manakala ibunya, Chiew Kan Seng, 66, membonceng dalam perjalanan dari rumah mereka di Alam Damai, Cheras ke Pasar Imbi untuk berniaga yong tau fu.

Kum berkata, bukan setiap hari ibunya mengikutnya berniaga, tetapi semalam wanita itu menyatakan hasrat ingin menemaninya sebelum mereka berdua keluar rumah jam 6 pagi.

Menurutnya, ketika mereka menghampiri bulatan di Jalan Chan Sow Lin, muncul sebuah motosikal Honda EX5 ditunggangi seorang lelaki yang kemudian cuba merampas beg tangan ibunya yang diletakkan di tengah tempat duduk.

“Peragut itu nekad untuk mengambil beg tangan ibu, namun ibu cuba menghalang dengan menarik dengan kuat tali begnya.

“Tindakan ibu menyebabkan lelaki terbabit melepaskan semula beg secara kasar menyebabkan motosikal kami hilang kawalan dan terjatuh,” katanya

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

TERBARU: KHAIRUL FAHMI DI MAKE UP MACAM ROCKER JEPUN!


Gambar terbaru Khairul Fahmi (Apex) dari majalah online ENF. Kredit kepada Oh Bulan

"Sebuah lagi keluaran terbaru majalah online ENF benar-benar mengujakan kami di OHBULAN HQ apabila penjaga gol terkenal, Khairul Fahmi Che Mat, atau lebih dikenali sebagai Apek telah ditatarias mirip dengan lagenda rock Jepun, X-Japan.

Ganas & garang, kami pasti ramai gadis yang mengilai Apek akan jatuh pengsan tatkala menatap foto-foto mengiurkan ini. Apa salahnya, Apek pun dah single kan?

Selain itu, antara kandungan menarik majalah ini ialah temubual eksklusif bersama Mizz Nina yang mendedahkan persediaannya untuk menimang anak. Sama ada beliau sudah bersedia atau tidak, bacalah kandungan majalah ini ya!"

COOL FLASH DRIVE

Himpunan flash drive yang cool bagi aku~ jom tengok!






Friday, May 18, 2012

(VIDEO) ANGIN SYURGA- Lagu Terbaru Dari Misha Omar Hasil Ciptaan M. Nasir


Semasa membuat persembahan Konsert Fiesta KOSMO! baru2 ini, penyanyi Misha Omar sempat memaklumkan lagu terbarunya ~ ANGIN SYURGA telah pun dikeluarkan dan peminat boleh me'request' lagu tersebut di stesen2 radio. Aku pun baru saja mendengarnya di Youtube. Pada anda yang ingin mendengarkannya, boleh layari Youtube di bawah. jom layan~ ;)




Angin Syurga - Misha Omar

M.Nasir/Buddhi Hekayat

Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri ..

c/o
sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku... tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibir mu .. bibir mu

tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

GAMBAR & VIDEO SEMASA KEMALANGAN FERRARI DI SINGAPURA!


Tergamam tengok video yang dirakam 'secara langsung' dengan tak sengaja ni. Malang tu memang tak berbau, & macam yang ramai katakan, 'kelajuan tu boleh membunuh'. Pada mereka yang memandu tu, berhati2 lah k.



Kredit: Blog Encik Nakal

Sampai Bila Lah Nak Duduk Kat Sarawak Ni..

Don't Make Money As Priority


Zaman sekarang, tiada siapa yang dapat menafikan kepentingan duit. Dengan sogokan kemewahan dunia & kecanggihan teknologi yang dikejar oleh semua orang, semua memerlukan duit untuk mendapatkannya. Itu contoh selain perkara2 asas yang memang tidak dapat lari dari kehidupan kita. Tapi, apakah yang akan terjadi pada diri jika duit dijadikan target utama dalam kehidupan?

Semalam, itu topik yang aku bualkan dengan seorang rakan. Aku di Sarawak, dia di Jepun.. Jarak kami memang berbeza, dia lebih jauh, tapi persamaan kami, masing2 ingin pulang ke semenanjung. Aku tak nafikan, kerja di tempat orang (Sarawak) memang menguntungkan dari segi kewangan.. Begitu juga dengan kawan aku tu. Tapi masing2 dapat rasa, kekosongan sebab banyak perkara yang terlepas bila berjauhan dengan keluarga.. Aku sendiri, bila nampak airport Kuching, mesti perasaan meronta2 nak balik semenanjung..

Aku sendiri dah masuk tahun ke tujuh kat sini.. Dia dah 10 tahun kat sana.. Memang kena fikirkan dengan serius untuk pulang ke tempat asal..

Shah Rukh Khan Cetus Kekecohan?? Pengadu Buat Laporan Polis??

Cetus Pergaduhan : Shah Rukh Khan Berhadapan Siasatan Polis


MUMBAI: Bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan berhadapan dengan siasatan polis ekoran kekecohan yang berlaku antaranya dengan para pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhede Mumbai, Rabu lalu.

Bintang itu juga turut diharamkan daripada menjejakkan kaki ke stadium berkenaan seumur hidup akibat kekecohan tersebut.

Shah Rukh, 46, yang merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, didapati membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang stadium berkenaan selepas berlangsungnya satu perlawanan pada malam Rabu.

Pengawal-pengawal keselamatan cuba menghalang mereka daripada memasuki padang berkenaan menyebabkan berlakunya pertengkaran selama 10 hingga 15 minit sebelum beliau meninggalkan stadium berkenaan.

Kejadian itu turut dirakamkan oleh jurugambar agensi berita AFP.

Artikel Penuh Di MyStar Online

Thursday, May 17, 2012

Tugasan Imuniti: Next Top Blogger Musim Ke Dua

Entri kali ini adalah tugasan imuniti untuk Segmen Next Top Blogger. Peserta kena ceritakan pengalaman mereka masuk hutan.


Masuk hutan? Itu memang kegemaran aku sejak kecil. Kalau kat kampung, suka masuk hutan kecil kat belakang rumah. Hari2. Macam satu keseronokan kalau masuk ke sana. & masa kecil dulu, aku teringat kat satu novel & filem yang ada kaitan dengan suasana hutan di kampung ni~ Seorang Tua Di Kaki Gunung. Apa yang digambarkan dalam filem tu sama je dengan suasana di kampung aku.

Sekarang ni pun, kalau ada peluang, mesti nak sertai. Terbaru, pengalaman aku mendaki Gunung Santubong. Yang paling best masuk dalam hutan ni, persekitaran yang segar dalam suasana yang baru. (yelah hari2 duk dalam hutan batu, bosan gak). Cuma satulah, kalau natures call tu datang, susah nak mencari tempat.. Huhu..

Apapun kalau nak beraktiviti dalam hutan, kita kena pastikan semua persediaan dalam keadaan tip top. Ini penting untuk mengelakan dari perkara yang tidak di ingini berlaku. & bila dah masuk hutan tu, jangan lak buat perkara yang bukan2. Bukan tempat kita, kan.. & jangan lak sesuka hati kita ambil barang2 yang ada dalam hutan tu. Paling penting, jangan buang sampah dalam hutan!

Sepanjang masa aktiviti pendakian tu, adalah terjumpa haiwan macam monyet & tupai. Nasihat aku, jangan berikan makanan pada haiwan2 ini. Tak boleh dibiasakan. Kalau haiwan2 tu dah jadi rapat dengan manusia, susah nanti. Risiko untuk diserang haiwan2 macam monyet tu tinggi.. Jadi jaga2..

Pentingnya hutan pada aku, nak2 lagi sebagai seorang guru, adalah sebagai salah satu sumber pembelajaran maujud kepada murid. Kita boleh bercerita tentang hutan kepada mereka di dalam kelas, & suasana persekitaran yang sebenar tu dapat membantu memperkayakan lagi pembelajaran mereka ;) Dapat bawa mereka masuk ke dalam hutan, memang best!


Wednesday, May 16, 2012

Terkini: Rakyat Malaysia Yang Di Culik Abu Sayyaf Ketika Urus Niaga CICAK TOKEK Pulang Setelah 1 Tahun



Setahun hidup dalam kebimbangan, ketakutan- tak terbayang penderitaan yang dialami oleh beliau. Apapun syukur kerana Saudara Mohd. Nazaruddin selamat pulang ke pangkuan keluarga. Berikut adalah petikan artikel dari akbar hari ini.

"KUALA LUMPUR 15 Mei - Mangsa culik pengganas Abu Sayyaf, Mohd. Nazaruddin Saidin mendakwa dia pernah cuba untuk melarikan diri ketika dalam tahanan kumpulan itu namun gagal setelah lebih sebulan bersembunyi di dalam hutan paya bakau di salah sebuah pulau kecil berdekatan Kepulauan Jolo, Filipina.

Mohd. Nazaruddin, 39, yang merupakan bapa kepada enam anak itu memberitahu, cubaannya yang dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lalu itu adalah pertama kali dilakukannya iaitu selepas tiga bulan diculik."

Untuk Artikel Penuh, dapatkan akhbar UM di pasaran

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

ENTRI KHAS HARI GURU: Korang Masih Ingat Guru Kelas Korang Masa Darjah 1?


Fuh.. Baru selesai meraikan majlis sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Tak sempat menulis entri mengenai Hari Guru pun hari ni biarpun diri sendiri bergelar guru.. Hehe.. Apepun pada yang wish aku sejak pagi tadi, menerusi sms, terima kasih ye.. Serius dari awal tadi dah rasa macam 'Hari Raya'.. Cikgu2 pakai smart2, cantik2, macam nak pergi beraya.. Jamuan makan2 lagi.. Kenyang sangat dah ni ;p

Dalam entri kali ni, aku nak ajak korang menyorot kembali kenangan masa sekolah rendah dulu.. Korang masih ingat tak nama Guru Kelas korang masa Darjah 1? Istimewanya guru2 ni, mereka biasanya terdiri dari kaum2 ibu.. Perasan tak? Kenapa ya? Pada aku, cabaran membiasakan anak2 kecil yang baru memasuki alam persekolahan bukan mudah, sampai ada yang menangis2 dan tidak mahu ke sekolah.. Di sinilah, peranan guru kelas bermula.. Sikap lemah lembut & keibuan guru kelas lah yang membantu memujuk & mengambil hati anak2 kecil ini. Dan aku benar2 beruntung, sebab Guru Kelas semasa Darjah 1, Puan Azimah, merupakan seorang guru yang lemah lembut.. Di saat entri ini ditulis, aku masih terbayang2 wajahnya biarpun agak samar2 kerana memori ku itu telah lama dimamah masa. Apapun aku tak kan lupa, dia buatkan aku tersenyum & tersipu2 malu campur bangga bila baju bergambar jagung ku ditegur olehnya.

"Korang pula bagaimana? Masih ingat pada Guru Kelas Darjah 1 korang?"

Dalam kesempatan ini juga, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada warga guru di seluruh negara, terutamnya mereka yang pernah mengajar, mendidik dan membimbing aku sejak kecil hingga dewasa, bermula dari TADIKA ABIM SAIYIDATINA FATIMAH, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERDANG, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SRI SERDANG & SMK SRI SERDANG! Terima Kasih Cikgu! Allah jua sebaik2 pembalas untuk jasa2 yang kalian curahkan! Semoga hidup ini terus diberkati & dilimpahi rahmatnya sampai bila2!!

Terkini: SYILING BARU Menyusahkan? Reka Bentuk Menarik Tapi Tidak Praktikal

Mungkin perkara ini terlepas dari pandangan pihak berwajib sebelum mereka melancarkan syiling ini sejak awal tahun lalu. Apapun, kita tunggu dulu, mungkin penyelesaiannya akan di usul kemudian.


KUALA LUMPUR 15 Mei - Syiling baru yang diperkenalkan sejak 16 Januari lalu tidak menggembirakan orang ramai kerana tidak praktikal dan ia masih belum dapat digunakan secara menyeluruh.

Walaupun mereka memuji reka bentuknya lebih menarik berbanding edisi lama, namun orang ramai yang ditemui berasa kecewa kerana ia tidak boleh digunakan untuk urusan di mesin-mesin yang memerlukan syiling.

Mereka berkata, walaupun sudah empat bulan ia berada di pasaran namun syiling baru tidak diterima oleh mesin tiket tren transit aliran ringan (LRT), telefon awam, meter letak kereta dan mesin air serta mesin layan diri.

Wartawan Utusan Malaysia yang mencuba syiling baru itu dengan mesin tiket di Stesen LRT Masjid Jamek dan beberapa mesin air di kawasan perumahan mendapati apa yang menjadi rungutan orang ramai itu memang ada kebenarannya.
...

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

VIDEO: Polis Malaysia Maut Kejar Pencuri



MELAKA: Polis kontinjen negeri masih meneruskan operasi mengesan suspek yang mencuri lori hingga mengakibatkan seorang anggota polis trafik Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah maut dilanggar lori berkenaan kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, maklumat diperoleh sehingga semalam suspek dikesan masih berada berhampiran lokasi kejadian.

“Semalam (kelmarin) pihak kami menerima maklumat daripada penduduk memaklumkan melihat seorang dipercayai penjenayah menyorok di belakang pokok berhampiran lokasi.

“Usaha masih dijalankan bagi mengesan suspek dan operasi dimulakan sejurus selepas kejadian masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut secara terperinci mengenai suspek dilihat penduduk kampung itu.

Menurutnya, hasil siasatan awal Unit Forensik turut menemui kesan cap jari pada lori berkenaan.

“Kesan cap jari itu dihantar ke Bukit Aman dan kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Tuesday, May 15, 2012

EH EH.. KENAPA RAMAI GUNA AVATAR NI HARI NI EK?


Dari awal pagi tadi aku perasan ramai rakan2 di Facebook termasuklah rakan2 blogger yang gunakan avatar yang sama macam ni.. Ikon bertutup mata dan berlatarkan warna coklat.. Kenapakah? Nak tahu sebab di sebalik semua ni? Jom baca~

Sekarang ni di facebook tengah rancak dengan penukaran default picture menggunakan avatar "Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike" adalah sebagai tanda sokongan kita terhadap tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara Israel.

Dan ada orang yang mempersoalkan apa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar tersebut. Tidak kurang ada jugak yang memperlekehkannya.

Sebelum ini, adakah anda ambil kisah mengenai Hari Nakbah dan mogok lapar di Palestin? Apabila melihat ramai rakan-rakan facebook anda menukar avatar tersebut, pasti anda akan tertanya-tanya apakebenda tu? apakehal yang terjadi sekarang ni? Yaa.. Sekurang-kurangnya sekarang anda dah tahu. It's called awareness!

Simbolik Penukaran Default Picture (DP) ialah :


1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.

2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.

3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Kalau korang nak tau ini adalah Mogok lapar terbesar dalam sejarah. #Fakta

5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.

6. Anda tak tahukan pasal ni sebelum ni? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran DP kami telah berjaya mencapai matlamatnya.

Apa hukum mogok lapar?

Pilihan yang ada bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar. Mogok lapar adalah salah disisi syara' bagi ummat Islam. Akan tetapi, dalam hal mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel, Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!"

Jadi, mogok lapar dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang kekejaman Israel laknatullah.

Kredit: Blog Tau Tau Aje

(8 Gambar) AMY SEARCH Gegarkan Kuching Sempena Konsert Fiesta KOSMO! 13 Mei 2012


Karisma & aura Amy Search tak pernah pudar biarpun dah 31 tahun berada di persada seni.. 31 tahun tu! Lama gila.. Seingat dari zaman aku tadika aku dah layan Isabella, sampai kantoi dengan ustazah nyanyi lagu ni.. Haha.. Apapun Amy Search memang antara otai industri muzik yang sukar digugat sampai sekarang! Buktinya, adik lelaki aku yang lahir pada zaman generasi baru pun minat giler dengan Search ni. Jadi, dalam hujan ribut 13 Mei (Ahad) baru2 ni, aku gagahkan juga ke konsert semata2 untuk ambil gambar artis2 yang terlibat, termasuklah Amy Search ni khas untuk adik aku. Layan~

Diiringi bodyguard sebelum naik ke pentas







ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.

Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,:

‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:

‘Apakah kunci surga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’
Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata:

‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

Wallahu’alam…


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!