Tomodachi Sama

Thursday, May 24, 2012

2 Blog Cute Pilihan Aku Untuk Segmen Pka Rahim


Aku baru je join segmen dari Pka Rahim ni tadi, & inilah blog cute yang diminta oleh penganjur.. Aku pilih bukan saja sebab 2 blogger ni komen kat ruangan entri segmen tu tadi, tapi sebab aku tertarik dengan header mereka yang cun! Nak tahu siapa 2 blogger yang ada blog cute tu? Jom terjahh~!!

SEINDAH NOSTALGIA SEMALAM


BUNGA HATI MAMA


Jom blogwalking ziarah mereka ;)

VIDEO Lee Chong Wei Cedera Ketika Beraksi Di Piala Thomas





'SAYA AKAN KUATKAN SEMANGAT'

SEPANG - "Apa jua situasi sekalipun saya perlu kuatkan semangat." Itulah kata-kata Datuk Lee Chong Wei menjawab pertanyaan media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, dalam menahan sebak.

"Saya perlu kuatkan diri saya baik dari aspek mental mahupun fizikal untuk menghadapi segala cabaran apatah lagi Sukan Olimpik 2012 hanya tinggal kurang tiga bulan lagi untuk bermula," tambah beliau.

Pemain badminton No. 1 itu mahu kekal positif mengenai peluang meraih pingat emas pada temasya Olimpik 2012 biarpun dihantui masalah kecederaan serius di buku lali kanannya.

Menurut Chong Wei, kecederaan tersebut secara tidak langsung telah memberikan kekuatan kepada dirinya untuk lebih bersedia bagi menghadapi temasya sukan terbesar dunia.

"Sekarang ini, saya tidak boleh melakukan pergerakan, namun itu tidak bermakna saya tidak boleh menjalani latihan. Saya akan cuba mendapatkan kaedah terbaik untuk menjalani latihan dengan menggunakan tubuh badan saya.

"Saya akan mendapatkan rawatan lanjut bersama ISN (Institut Sukan Negara) untuk memulihkan kecederaan ini. Apa yang saya boleh katakan saya akan tetap berjuang demi negara," kata Chong Wei yang terpaksa pulang awal dari saingan Piala Thomas 2012.

Chong Wei cedera ketika menentang Peter Hoeg Gade dari Denmark pada aksi terakhir Kumpulan C kempen Piala Thomas 2012 di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, kelmarin.

Hasil ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang dibuat di salah sebuah hospital tempatan di Wuhan, kelmarin mendapati otot di bahagian buku lali kanan Chong Wei koyak.

Mac lalu, Chong Wei mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan ketika menentang seteru utamanya, Lin Dan dari China pada aksi final Seluruh England di Birmingham.

Dalam pada itu, Chong Wei turut menyuarakan kekecewaannya kerana tidak dapat membantu skuad negara bagi menghadapi China pada aksi suku akhir Piala Thomas, semalam yang mana skuad negara menamatkan cabaran di suku akhir selepas tewas kepada China 0-3.

SEGMEN PKA RAHIM : BLOG CUTE


Peserta Segmen kena nyatakan 1 blog cute yang diorang tahu.. Hmm blog cute? Nampaknya Zam kena bw dulu baru dapat bagitahu.. hehe.. Tunggu k.. Mmm.. Ade tak blogger yang nak Zam terjah blog dia malam ni? Zam nak cari blog cute pilihan hati Zam ni.. Cepat2.. Segmen ni tamat esok, jadi Zam nak senarai blogger yg ingin diterjah dlm mencari blog cute pilihan Zam ;)'

--------TERKINI!-------

TOPUP GIVEAWAY BY NOOR FATIN


Segmen kedua untuk hari ini.Sesiapa nak topup free?? Jom join sekaki! Klik banner di atas untuk info lanjut ;)

SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012


Jom join! Raja Segmen buat segmen lagi nih.. Klik banner untuk info lanjut k. Sah laku sampai kul 11 malam ni je ;)

Buku Kontroversi Irshad Manji Dirampas- SIAPA IRSHAD MANJI NI??

Perkara yang dah ditetapkan salah dalam agama sejak azali lagi tetap salah, walau bagaimana zaman berubah sekalipun. Perkara yang salah tetap salah, walaupun ia cuba dikaburi dengan kata-kata indah dan ideologi yang kononnya hebat dan gah. Islam dah menetapkan, nak buat apa2 kenalah berpandukan Al Quran & As Sunnah.. Bukan ikut hati & perasaan sendiri yang nyata dah tersimpang jauh dari landasan yang benar. Jom baca petikan artikel di bawah:

BUKU KONTROVERSI IRSHAD MANJI DIRAMPAS- SIAPA IRSHAD MANJI NI??


Jawi rampas buku Irshad Manji

KUALA LUMPUR 23 Mei - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merampas tujuh naskhah buku tulisan pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Irshad Manji dalam satu serbuan di sebuah kedai buku terkenal di kompleks beli-belah The Gardens di sini malam ini.


Dalam operasi yang bermula pada pukul 8.30 malam itu, Jawi merampas tiga buku bertajuk Allah, Liberty and Love manakala empat lagi merupakan terjemahannya bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta.

Buku tulisan asal Irshad yang berbahasa Inggeris itu ditemui di bahagian agama dan dijual dengan harga RM57.60 manakala terjemahannya didapati di bahagian Bahasa Melayu berharga RM60.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Kanan Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad memberitahu, buku terbabit dirampas kerana kandungannya boleh merosakkan akidah pembaca serta bercanggah dengan syariat Islam.

Siapa Irshad?

Irshad Manji dilahirkan di Uganda pada 1968. Dia seorang berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dia merupakan rakyat Kanada. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah intelektual dari Universiti of British Columbia.

Irshad secara terbuka mengakui dirinya seorang lesbian. Dia juga mendakwa, agama Islam menerima perbuatan seks songsang serta meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai.

Projek Ijtihad, sebuah pertubuhan yang diasaskannya juga bertujuan mempromosikan pemikiran kritis, perbezaan pendapat serta perdebatan tentang ajaran Islam.

Pertubuhan itu turut didokong golongan reformis Islam dan penganut-penganut agama lain.

Ayat Simple TAPI POWER! Nak Tahu? JOM BACA!




Terkesima kejap membacanya.. Hehe.. Kreatif betul lah orang ni terjemahkan 'cinta' dia.. Setuju?

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Wednesday, May 23, 2012

Mereka Yang Menderita, Biasanya Ketawa Dengan Kuat.. BETUL KE?


Aku terjumpa kata2 tu di status Facebook seorang kawan aku tak lama dulu.. Bila aku cuba fahami maksudnya, aku rasa mungkin ada betulnya juga kata2 tu.. Mungkin disebabkan terlalu menanggung perasaan yang tidak menyenangkan & menyedihkan sekian lama, bila ada peluang untuk melepaskannya dengan ketawa, seseorang itu akan ketawa dengan kuat, seakan2 melepaskan geram pada kesedihan yang membelenggu selama ni.. Itu pendapat aku.. Pendapat korang lak macam mana?

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

TERKINI: Nazmi Faiz SAH Akan Bermain Untuk S.C BEIRA MAR- Ikat Kontrak 3 Tahun

IMPIAN JADI KENYATAAN...Mohd Nazmi Faiz menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan kelab Liga Divisyen Satu Portugal, Beira Mar pada Selasa. Beliau akan menyarung jersi pasukan Gold and Blacks itu sehingga Jun 2015 selepas menjalani pemilihan selama seminggu mulai 13 hingga 20 Mei lalu.


PETALING JAYA: Pemain muda sensasi negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar.

Kontrak tiga tahun yang ditandatangai pada awal pagi Selasa itu berakhir Jun 2015.

Pemain berusia 17 tahun itu bakal memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pemain bola sepak dalam masa beberapa bulan lagi.

Namanya mula meniti di bibir peminat tempatan dan juga luar negara selepas berjaya melakukan jaringan cantik dari luar kawasan penalti ketika bertemu Bahrain, November tahun lalu yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu tewas 2-3.

Nazmi kini menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di Portugal dan berpeluang untuk mencipta nama di Eropah.

RABU: Tak Perlu Kata Apa Apa



------------ END OF WORDLESS WEDNESDAY ENTRY------------


Ok. Aku nak bercakap menulis juga dalam entri Rabu tanpa kata2 ni.. Macam janggal letak gambar je sbb tak dapat meluah apa yang mengganggu fikiran aku akhir2 ni.. (DAH TU KENAPA TAK BUAT ENTRI BIASA JE??- Saja, aku gatal nak buat entri WW gak hari ni..)

Apa benda yang mengganggu
tu? Ha.. Entri aku kali ni merujuk kepada gambar di atas.. Teringin sangat nak dapatkan satu.. Walaupun 550D aku masih elok.. Tapi itulah, IMPIAN MANUSIA ni TAK PERNAH TERPADAM, malah SENTIASA BERKEMBANG TANPA BATAS.. Setuju?

Membazir atau tidak, terpulang pada individu berkenaan untuk menguruskan presepsi itu, asalkan dia berpuas hati dengan apa yang diimpikan, jangan sampai jatuh ke hukum HARAM sebab membazir... :)

Tuesday, May 22, 2012

Ayat Power Dari Ustaz Azhar Idrus. NAK TAHU? Jom Baca!

Kata2 Ustaz ni selalu berjaya mengetuk & membuka minda kita. Nak tahu apa pula ayat POWER dari Ustaz Azhar Idrus kali ini? Jom baca~!


BerTUDUNGlah walau
TERPAKSA.
SOLATlah walau
TERPAKSA.
PUASAlah walau
TERPAKSA.

Kerana KEWAJIPAN
itu memang
KADANGKALA sifatnya
TERPAKSA..

Dari KETERPAKSAAN
itu,,
Perlahan2 kita akan
menemukan HIKMAH
dan,,
AKHIRNYA HATI kita
menjadi IKHLAS
keranaNya..

Kalau nak TUNGGU
IKHLAS,,
SAMPAI BILA nak
tunggu baru nak
berIBADAH???..

HIDAYAH perlu DICARI,,
BUKAN DITUNGGU..
Macam MAKANAN,
kalau tak suap,,
Ia takkan masuk ke
dalam mulut..

(Ustaz Azhar Idrus)

(Info) CHRIS EVANS: Dari FANTASTIC FOUR Ke CAPTAIN AMERICA


Pada mereka yang dah menonton filem The Avengers baru2 ini & Captain America pada tahun lepas pasti mengenali aktor Chris Evans ni. Dan kalau korang masih ingat, dia lah juga yang memegang watak Johnny Storm- 'lelaki api' dalam filem Fantastic Four (2005).


Seingat aku, aku tengok filem Fantastic Four ni di semester terakhir masa kat maktab dulu. Masa tu aku rasa, watak mamat ni memang tak boleh blah lah.. Nakal, tak terkawal, & tak matang. Walaupun dia yang paling muda & bergaya di antara Fantastica yang lain, aku tak rasa watak dia ni meyakinkan & boleh dijadikan adi wira idola.


Tapi bila tengok lakonan dia dalam The Avengers sebagai Steve Roger a.k.a Captain America, presepsi aku tu berubah. Mulanya aku hampir tak kenal dia sebab penampilan dia berbeza giler, sebab nampak lebih matured & smart. Tiba2 aku minat dengan watak Captain America tu, kiranya boleh jadi adiwira idola lah.. Haha.. Dalam The Avengers, watak dia lebih berkarisma, serius, & berkepimpinan, maklumlah nama pun kapten. Harus lah mampu memimpin orang lain, kan? ;)

Berikut adalah sedikit info mengenai Chris Evans ni:


Christopher Robert "Chris" Evans
yang dilahirkan pada 13 Jun 1981 di Sudbury, Massachusetts merupakan seorang aktor Amerika. Bapanya G. Robert "Bob" Evans III seorang doktor gigi & ibunya Lisa Marie (née Capuano) pula adalah seorang pengarah seni di Concord Youth Theater. Berketurunan Ireland dan Itali dan dibesarkan di Boston.

Antara lakonannya yang menjadi hit adalah dalam Not Another Teen Movie (2001) dan Fierce People (2005). Selain dua filem yang aku nyatakan di awal tadi, aku suka tengok lakonan dia dalam filem Cellular (2004). Memang terbaik lah!

LAWAK SHIN CHAN.. Jom Baca!


Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan,
"Sekolah di hadapan, jalan
pelahan."


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

INFO: Peristiwa Penting Di Bulan REJAB



Tak sangka cepat betul dah masuk bulan Rejab. Itupun tersedar bila rakan2 di FB yang war2 kan di status. Maknanya, tak lama lagi Ramadhan akan menyusul! Pasti ramai di luar sana yang tak sabar menantikan Ramadhan. Apapun, di dalam kesempatan yang telah diberikan kepada kita sekarang ini, macam2 keistimewaan & pahala yang boleh diraih- kerana di bulan Rejab ini juga terdapat keistimewaanya yang tersendiri. Selain memperbanyakkan amalan2 sunat di bulan ini, bulan Rejab juga mempunyai sejarah2nya yang mungkin ramai diantara kita yang terlepas pandang mengenainya. Mari kita sorot kembali peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab ini:

1.Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2.Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

3.Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah diisrakkan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta dimikrajkan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah Al Israa ayat 1)

Monday, May 21, 2012

VIDEO: Stacy @ Konsert Minggu Akhir Mania (Solo & Duet)


Persembahan dari Naib Juara Mania~ Super Stacy dengan lagu Takkan Melupakanmu & Cinta! Jom layan~





Kalau ikutkan, teringin nak tengok live hari tu sebab Stacy dapat masuk final. Apapun terpaksa lupakan niat tu sebab aku duk jauh sangat kat Kuching.. Kalau lah konsert final dibuat hujung minggu ni, boleh lah pergi tengok sebab aku memang balik bercuti 2minggu.. Teringat masa konsert final AF dulu, cun2 konsert terakhir masa aku baru sampai ke semenanjung, jadi boleh pergi support Stacy secara langsung ;)

Sebiji 'burian'? Ayam menggoreng ikan??

Agak2 apa lah respon cikgu Bahasa Malaysia bila tengok jawapan budak2 ni.. Hehe




Apa sebenarnya masalah murid ni ya.. Ada pendapat? Jom kongsikan di sini :)

TERKINI HARI INI! Dia Penyamun Yang Tercedera, Dia Menyamar Jadi Mangsa Samun di Hospital, Kemudian Dia TERJUMPA DENGAN MANGSA SAMUN YANG SEBENAR!

KORANG RASA APA KESUDAHANNYA??

Mangsa yang cedera disamun dan penyamun yang turut cedera semasa bergelut dengan mangsa pergi mendapatkan rawatan di hospital yang sama.. Apa lagi, bertempiaran larilah kesemua rakan2 penyamun meninggalkan rakan mereka yang cedera bila si mangsa dedahkan identiti mereka yang sebenar. Ikuti berita di bawah ni:


SERDANG: Lima perompak yang menghantar rakan mereka ke Hospital Serdang, di sini, yang parah selepas bergelut dengan mangsa ketika cuba menyamun sebuah kafe siber pagi kelmarin, kelam-kabut melarikan diri apabila terserempak mangsa jenayah mereka yang pergi ke hospital sama untuk mendapat rawatan.

Sebaik mangsa, Saifullah Mishaldulmun, 21, yang cedera di kepala menjerit memaklumkan kepada petugas hospital bahawa individu yang dirawat di unit kecemasan itu penjenayah yang mencederakannya, kelima-lima perompak terbabit bergegas melarikan diri meninggalkan rakan mereka.

Dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, enam lelaki datang ke hospital itu merayu supaya seorang daripada mereka diberi rawatan kecemasan kerana cedera serius selain kehilangan banyak darah.

Petugas yang mahu dikenali sebagai Mohd Akmal, 30, berkata, kumpulan lelaki itu memaklumkan rakan mereka cedera akibat diserang penjenayah ketika berada dalam sebuah kafe siber di Seri Kembangan, di sini.

Menurutnya, doktor memberi rawatan kecemasan kepada lelaki terbabit dalam bilik rawatan manakala lima rakannya menunggu di luar bilik berkenaan.

Jika Anda Tidak Gembira?


Apabila anda terfikir yang anda tidak gembira dengan KEHIDUPAN anda, sentiasalah fikirkan tentang seseorang yang gembira kerana KEWUJUDAN ANDA untuknya..

Sunday, May 20, 2012

ADA YANG PERTIKAIKAN KEMENANGAN HAFIZ KE??

Pendapat peribadi aku sendiri, memang aku tak sangka Hafiz yang merangkul juara di Mania semalam sebab sangkaan aku Jaclyn Victor yang akan menjadi juara. Tapi tak bermakna aku tak akui kehebatan Hafiz, sebab pasti ramai yang setuju kalau aku katakan Hafiz memang mempunyai kekuatan & kelebihan tersendiri, tak kalah kepada Jaclyn Victor. Ada sesiapa yang tak puas hati dengan kemenangan beliau? Apapun jom baca artikel ini dulu. (kredit kepada Murai.Com)

"kejayaan saya kali ini kerana usaha kuat saya sendiri seterusnya anugerah dan rezeki daripada Tuhan"



KUALA LUMPUR, 20 MEI 2012: Jangkaan ramai pihak terhadap gelaran juara Mania agak meleset kerana bukan Jaclyn Victor, sebaliknya ia disandang oleh penyanyi Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Suip.

Malah juara AF7 itu akui agak terkejut dengan keputusan tersebut dan berharap kemenangannya tidak dipertikaikan kerana semua berserah kepada pengundi sepenuhnya.

"Daripada awal lagi, terus-terang saya sangat gementar serta tidak mahu memikir langsung mengenai kemenangan. Sebaliknya hanya fokus kepada persembahan.

"Apabila diumumkan sebagai pemenang saya terkejut dan tidak menyangka sama sekali tetapi saya terima sebagai rezeki daripadaNya.

"Secara jujurnya saya telah menjangkakan Jaclyn Victor menang kerana sebelum ini kedudukkannya boleh dikatakan sentiasa berada di atas sepanjang minggu," katanya.

Hafiz ditemui selepas berakhirnya konsert Mania peringkat akhir yang berlangsung dengan gemilangnya di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam semalam.

Dengan kemenangan itu, Hafiz telah berjaya merangkul wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania manakala produser yang bertanggungjawab mendidiknya, Ahmad Dhani pula telah menerima wang tunai RM300,000.

Tempat kedua menjadi milik Stacy yang merupakan anak didik kepada Datuk M.Nasir.

Bekas juara AF6 itu membawa pulang wang tunai RM200,000 beserta trofi Mania.

Manakala Jaclyn Victor yang merupakan anak didik kepada produser Aubrey Suwito jatuh di tempat ketiga, membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi Mania.

Untuk artikel penuh, layari Murai.Com

Misha Omar Kantoi Salah Lirik Isabella

Misha Omar Kantoi Salah Lirik Isabella

Gambar sekitar Konsert Fiesta KOSMO baru2 ini. Di sesi penutupan konsert, Amy Search menyanyikan lagu Isabella bersama artis2 lain di atas pentas. Di bawah ni, saat Amy menyuakan mikrofon kepada Misha Omar..


Steady Misha.. Jangan salah lirik.. (sebelum tu Akim dah tersalah lirik..)


Alamak! Salah jugak! Kantoiiii


hehe.. ikutkan, aku pun kantoi gak salah lirik malam tu masa nyanyikan lagu Isabella ramai2.. Maklumlah lagu lama, ingat2 lupa ;p

TERKINI 20 MEI 2012! MARK ZUCKERBERG DAH BERKAHWIN??


Ini gambar terbaru yang aku perolehi tentang Pengasas Facebook ini. Telah tercacat di Timeline FB beliau sendiri~ "Married Priscilla Chan yesterday." (19 May 2012)

Saturday, May 19, 2012

SUPERSTAR GALAKSI MANIA~ TAHNIAH KEPADA HAFIZ!


Tahniah & syabas kepada Hafiz kerana menjuarai Mania Musim Pertama! Dan Tahniah juga kepada Stacy! Tumpang gembira biarpun Stacy no. 2! Go Go Super Stacy!Ada juga berura2 nak turun KL awal minggu baru2 ni sebab nak support Stacy! Apepun tahniah!



KEPUTUSAN PIALA FA 2012: KELANTAN JUARA, TEWASKAN SIME DARBY 1-0


Itu keputusan rasmi yang diperolehi tadi. Gol tunggal kemenangan Kelantan berjaya disempurnakan di minit ke 57 menerusi sepakan penalti oleh M. Ghaadar.

GOL PERTAMA KELANTAN!!


Gol Pertama kelantan berjaya disempurnakan di minit ke 57 menerusi sepakan penalti oleh M. Ghaadar. Adakah Piala FA malam ini milik Kelantan??

SIAPA BAKAL JUARA PIALA FA 2012?! KELANTAN ATAU SIME DARBY??


Siapa yang bakal menjuarai Piala FA tahun ini?? Korang rasa??


Sime Darby atau Kelantan??



"SEMANGAT...Wau bulan gergasi The Red Warriors dipasang oleh penyokong pasukan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, menjelang pertemuan menentang Sime Darby pada aksi final Piala FA, malam Sabtu. Rata-rata stadium dibanjiri penyokong Kelantan seawal pukul 3 petang tadi."

Pakcik aku sekeluarga tiba di Serdang dari Kelantan petang semalam. Dan seawal pukul 2 petang tadi, mereka dah berangkat ke stadium. Susah juga kalau tersekat dalam kesesakan lalu lintas kalau lewat ke sana. Lagipun katanya, macam2 acara disediakan sebelum perlawanan bermula. Dengar kata ada persembahan dikir barat dan kenduri- jamuan makan2 untuk musafir/penyokong2 kuat dari Kelantan yang baru tiba.. Perghhh.. Bab sokongan, Kelantan memang tak kalah!

Kenapa BERDIAM Itu Lebih Baik



Boleh dikatakan dalam sehari, hampir sepanjang masa kita gunakan untuk bercakap. Itu perkara normal, kerana kita dikelilingi individu lain & kehidupan bermasyarakat menuntut kita untuk berkomunikasi, melainkan anda tinggal di dalam gua seorang diri (macam keadaan aku lah.. balik kerja, lepak kat rumah sewa seorang diri).

Pada zaman sekarang, konteks bercakap itu jadi lebih luas.. atau maksud aku, komunikasi.. Berbanding zaman dahulu, zaman sekarang komunikasi boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk & menerusi pelbagai media- seperti sms, chatting secara online, dsb.. Dan dalam entri aku kali ini, istilah 'bercakap' yang aku gunakan merujuk kepada perkataan 'komunikasi' di atas..

Diam? Kenapa MEMILIH untuk DIAM?

Dua perkara yang boleh dilakukan dengan mulut kita- bercakap (perkara) yang baik2 & bercakap (perkara2) yang sebaliknya.. Ada masanya tanpa sedar, mulut kita terarah untuk berkata perkara yang bukan hak (batil) kerana dorongan hati & emosi yang tidak bersih (mungkin disebabkan dengki, marah, dsb). Maka, DIAM merupakan satu langkah terbaik untuk menghalang kita dari tersasar menuturkan perkara yang sia sia. Boleh jadi juga, ada insan yang akan terluka & terasa dengan tindakan kita itu. Jadi adalah lebih baik bagi kita untuk berdiam diri..

Hikmah DIAM.. (kredit kepada Giler Kentang)

•Ibadah tanpa bersusah payah
•Perhiasan tanpa berhias
•Kehebatan tanpa kerajaan
•Benteng tanpa pagar
•Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
•Istirehat bagi kedua MALAIKAT pencatat amal
•Menutup segala aib.

Rasulullah berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud :

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat ABU NAIM )

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.( Riwayat AT-TARMIZI)

Tasha Manshahar- "Love You Like A Love Song" + BIODATA TASHA MANSHAHAR

Pasti ramai yang dah mengenali Tasha Manshahar menerusi video nyanyian cover versionnya di Youtube. Pada yang belum pernah mendengarkan nyanyiannya, jom layan video kat bawah ni~ Memang layan (sebab best!), & ramai yang memuji suaranya bersama Syed Syamim.



Berikut adalah biodata Tasha Manshahar. Aku tumpang bangga juga sebenarnya sebab Tasha ni merupakan penuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras- tempat sama aku belajar nak jadi cikgu dulu. Kiranya aku super senior dia lah.. (Tumpang bangga je, bukan tumpang glamour.. Hehe) Kredit kepada Prof Hariz yang bersusah payah untuk mendapatkan biodata ni.

Biodata Tasha Manshahar

Nama : Nur Nadia Natasha Bt Mohd Manshahar
Umur : 20 Tahun
Tarikh Lahir : 22 November 1992
Asal : Sandakan Sabah tapi tinggal di Kajang.
Adik Beradik : Anak pertama daripada 3 adik beradik
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG ILMU KHAS Kuala Lumpur
Facebook : Tasha Manshahar (Clora Studio)
Youtube : Tasha Manshahar Youtube
Blog : Little Letters To Myself

TERKINI: SEORANG IBU MAUT TERPELANTING SETELAH DIRAGUT!



KUALA LUMPUR: “Lelaki itu tiada hati perut dan dia pembunuh,” kata Kum Kook Soon, 39, yang kehilangan ibu tersayang selepas wanita itu maut akibat cedera parah di kepala selepas terjatuh motosikal angkara kerakusan seorang peragut di Jalan Chow Sow Lin, di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika Kum yang menunggang motosikal manakala ibunya, Chiew Kan Seng, 66, membonceng dalam perjalanan dari rumah mereka di Alam Damai, Cheras ke Pasar Imbi untuk berniaga yong tau fu.

Kum berkata, bukan setiap hari ibunya mengikutnya berniaga, tetapi semalam wanita itu menyatakan hasrat ingin menemaninya sebelum mereka berdua keluar rumah jam 6 pagi.

Menurutnya, ketika mereka menghampiri bulatan di Jalan Chan Sow Lin, muncul sebuah motosikal Honda EX5 ditunggangi seorang lelaki yang kemudian cuba merampas beg tangan ibunya yang diletakkan di tengah tempat duduk.

“Peragut itu nekad untuk mengambil beg tangan ibu, namun ibu cuba menghalang dengan menarik dengan kuat tali begnya.

“Tindakan ibu menyebabkan lelaki terbabit melepaskan semula beg secara kasar menyebabkan motosikal kami hilang kawalan dan terjatuh,” katanya

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

TERBARU: KHAIRUL FAHMI DI MAKE UP MACAM ROCKER JEPUN!


Gambar terbaru Khairul Fahmi (Apex) dari majalah online ENF. Kredit kepada Oh Bulan

"Sebuah lagi keluaran terbaru majalah online ENF benar-benar mengujakan kami di OHBULAN HQ apabila penjaga gol terkenal, Khairul Fahmi Che Mat, atau lebih dikenali sebagai Apek telah ditatarias mirip dengan lagenda rock Jepun, X-Japan.

Ganas & garang, kami pasti ramai gadis yang mengilai Apek akan jatuh pengsan tatkala menatap foto-foto mengiurkan ini. Apa salahnya, Apek pun dah single kan?

Selain itu, antara kandungan menarik majalah ini ialah temubual eksklusif bersama Mizz Nina yang mendedahkan persediaannya untuk menimang anak. Sama ada beliau sudah bersedia atau tidak, bacalah kandungan majalah ini ya!"

COOL FLASH DRIVE

Himpunan flash drive yang cool bagi aku~ jom tengok!