Tomodachi Sama

Thursday, May 31, 2012

Bawa Balik BUKU Masa CUTI.. Akan DIBACA Ke??


Kebiasaannya ramai di antara student yang akan bawa balik buku masa cuti. Tapi agak2nya buku2 tu akan diselak & dibaca tak masa cuti tu nanti? Mesti banyak perkara yang akan mengganggu tumpuan & kerajinan.. Hehe.. Aku pun bawa balik gak buku ni, sebab at least ada bahan untuk buat assignment.. Tapi aku tak boleh jamin akan dibuka atau tidak! Haha.. Korang lak, ada pengalaman macam ni tak?

INIKAH HAKIKAT? Vs INILAH HAKIKAT


Pertama sekali, apakah yang dapat terjemahkan dari kata2 kat atas ni- STAR CAN'T SHINE WITHOUT DARKNESS? Masing2 mesti ada presepsi & pendapat tersendiri/berbeza dalam mentafsirkannya.

Kedua, apakah perbezaan diantara 2 ayat ini~" INIKAH HAKIKAT?" dan "INILAH HAKIKAT.."

Jom kongsikan pendapat korang :)

Wednesday, May 30, 2012

Di Akhirat, Dari Setiap 1000 Orang, SEORANG Sahaja Yang Akan Masuk SYURGA..! ALAMAK! Ada Can Ke Kita Nih??

Tak ke cuak kita dengan kenyataan ni? Alamak.. Ada CAN ke kita nih nanti??



"Di akhirat nanti, setiap 1000 orang, seorang sahaja yg akan masuk syurga... Lepas tu, apabila diceritakan oleh Nabi s.a.w. kepada sahabat2, mereka semua berasa sangat bimbang dengan kedudukan mereka.
Nabi s.a.w. pun menenangkan hati mereka dengan menjelaskan, bahawa perumpamaan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah seperti corak pada seekor lembu yang hitam, kemudian ada setompok berwarna putih pada lembu tersebut, maka setompok putih itulah umat Nabi Muhammad s.a.w berbanding corak yang berwarna hitam untuk umat-umat terdahulu dan zaman sekarang yang ingkar kepada Allah. Sedikitnya umat Nabi Muhammad s.a.w. di akhir zaman ini...."

Ya Allah, golongkanlah kami di dalam golongan yang sedikit itu. Amin Allahumma amin...

Sumber: Facebook

Tuesday, May 29, 2012

MISHA OMAR Tunda Tarikh Perkahwinan Selepas Aidilfitri Ini Ke Tahun Depan



MISHA Omar antara penyanyi yang jarang berahsia tentang kerjayanya dan juga jejaka pilihan hatinya. Penyanyi berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu misalnya, telah mengumumkan pertunangannya dengan Firos Ezzwan Rossly pada 21 Februari lalu.

Sayangnya, tarikh perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini terpaksa ditunda pada tahun depan kerana sebab tertentu.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar sekali lagi tidak berahsia tentang masalah tersebut. Malah turut menjelaskan kepada media massa mengapa dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya itu.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya pada tahun depan bagi memberi peluang kepada bakal suaminya yang kini sedang menjalani latihan sebagai juruterbang di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

“Tarikh perkahwinan ini ditangguhkan sebab kerjaya bakal suami saya. Buat masa ini, saya tahu dia (Firos) sedang stress (tertekan) kerana sedang menjalani latihan di MAS. Sebab itu, saya tidak mahu dia terus stress. Biarlah dia habiskan latihannya terlebih dulu.

Untuk artikel penuh, klik SINI.

Monday, May 28, 2012

TIPS Jadikan MASA Yang Ada Terasa LEBIH PANJANG? Jom Baca!


Hari ni aku macam dapat rasakan 1 perbezaan dari hari2 biasa yang aku lalui sebelum ini. Wah.. Apa tu? Haa.. Aku tiba2 dapat rasa- MASA macam berjalan dengan perlahan2: seolah aku sedang menikmati hari ku dengan perlahan2 & tenang macam sedang minum teh Jepun! Santai je.. Rasa masa yang berlalu hari ni panjang, sedangkan sebelum ni aku rasa hari2 berlalu dengan terlalu pantas.

Kenapakah aku rasa macam tu hari ni?

Inilah yang aku rasa nak kongsikan dengan korang semua.. Pertama, mungkin sebab aku bangun awal dari biasa- pukul 5 pagi tanpa rasa letih. Rasa segar je badan.. Dengan bangun di awal pagi secara tak langsung telah menambahkan masa yang ada dalam sehari kehidupan kita. Setuju?

Kedua, aku isi masa hari ni dengan perkara2 yang memberikan kepuasan dalam rutin harian aku. Contoh: jaga anak buah & bermain dengan dia. Tak perlu perkara hebat & rancangan aktiviti yang meriah untuk dimasukkan dalam senarai aktiviti harian kita, CUKUP sekadar dengan perkara2 yang tidak merugikan kita & kita rasa berpuas hati dengan apa yang kita lakukan pada hari itu. Rasa berbaloi2 je..

Cuba perhatikan & nilaikan terjemahan ayat AL Quran yang berikut~

"[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al 'Asr)

Dalam kekalutan & keresahan hati kita merasakan masa yang berlalu sekarang ni terlalu pantas, Al Quran dah memberitahu kita, cara untuk tidak merasa rugi adalah dengan melakukan sesuatu yang berfaedah.. MASA memang tak boleh DIPERLAHANKAN atau DIBERHENTIKAN untuk menjadikannya PANJANG, tapi Insya Allah, dari apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita, kita tidak akan merasa kerugian kerana merasakan hari kita telah dihabiskan dengan baik & kita berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan. Insya Allah, ada kebenarannya jika dikaji & diperhalusi ayat-ayat berkenaan dengan mendalam :)

Diriwayatkan bahawa Nabi Isa A.S pernah berkata:

" Dunia itu hanya 3 hari:-

1) Iaitu hari yang telah berlalu (kelmarin) maka tidak ada lagi ditanganmu kesempatan sedikitpun dari hari yang telah berlalu.

2) Dan hari esok yang mana kamu tidak dapat mengetahui sama ada kamu akan menemuinya atau pun tidak.

3) Dan hari waktu di mana kamu berada dalamnya, oleh itu pergunakanlah"

Wallahualam..


Dia Tunggu Aku Balik Sampai Tertidur..


Lewat malam semalam, dia masih berjaga sebab nak ikut Tok Bah nya ambil aku di stesen ERL Putra Jaya. Beberapa kali dia beria2 mengajak ayah aku, katanya "Jom lah Tok Bah, ayah Ngah dah sampai dari Sarawak tu.." Memang aku biasanya ambil bas & ERL dari LCCT untuk ke Putra Jaya, cuma malam tadi aku lewat sikit. Letih menunggu, akhirnya dia tertidur dulu sebab aku masih belum sampai di LCCT pun waktu tu. Nak dikejutkan tak sampai hati, jadi ayah aku pergi seorang waktu aku hampir sampai ke stesen ERL Putra Jaya. Sampai je aku di Serdang, aku tengok dia masih tidur. Tak apalah.. Hot Wheels yang aku belikan untuk dia di airport Kuching, aku letakkan di sebelahnya sebelum dia terjaga di waktu paginya...

Blogger IZZ IDRAQIE HUZNIE~ CIKGU Yang Stylo!

IZZ IDRAQIE HUZNIE~ BLOGGER & CIKGU Yang Stylo!


Salam & Selamat Petang ;) Entri kali ni special sikit, sebab aku nak perkenalkan seorang blogger hot kepada korang semua~ Saudara IZZ IDRAQIE HUZNIE @ Muhammad Husni Bin Abu Hassan. Dia ni merupakan seorang peserta segmen NEXT TOP BLOGGER 2 dari AWIE OMAR, & Izz Idraqie Huznie ni juga sebenarnya PARTNER aku dalam segmen tu.

Info tentang Blogger yang merupakan seorang Guru ni~ Jom tengok!

Berkerja Di: Sekolah Menengah Beladin, Betong SARAWAK
Tarikh Lahir: 2 April 1988
Lulusan: UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Sukan: Bowling & Volleyball
Personaliti: Open minded..Happy go lucky..Friendly..Suke berkawan..

Kalau tengok dari foto2 dia di blog, Izz ni memang seorang yang stylo & bergaya. Aku suka gak dengan sikap cikgu yang ada attitude macam ni~ sbb cikgu biasanya dilabel sebagai seorang yang skema (heh2)..


Jadi pada korang semua, jom terjah blog Cikgu IZZ ni time2 free~! Sambil2 tu boleh tambah kenalan dalam dunia blogger, betul tak? ;D

LIFE Is A Beautiful STRUGGLE


Nice words to start a new day :) (source:unknown)

---------------------------

Lepas touch down kat LCCT semalam, aku terus beli tiket bas & ERL ke Putra Jaya. Sambil2 tunggu bas gerak, aku sempat snap2 gambar 'bokeh' kat atas dari tingkap bas. Lama dah tak main dengan bokeh macam ni..

Bila Aku TERLUPA Arah KIBLAT


Masa nak hamparkan sejadah tadi, tiba2 aku boleh jadi 'unsure' kejap arah kiblat kat rumah di Serdang ni. Dush! Penyakit lama ni mesti datang kalau aku balik ke Serdang & Kota Bharu. Tapi simptom hari ni tak lama sebab aku terus dapat ingat balik. Memang tak boleh blah ar.. Pernah sekali, bila dah selesai solat, baru aku tersedar aku salah kiblat!

SEBAB AKU SELALU TAK SOLAT KE??

Bukan.. Sebab aku dah lama tinggalkan semenanjung, jadi dalam
mind set aku selalu teringatkan arah kiblat kat rumah sewa di Kuching. Itu automatik.. Kadang2 bila balik Kota Bharu pun aku terkeliru kejap dengan arah kiblat.. Ke kanan atau ke kiri? DUSH! Bila ada 3 arah kiblat yang berbeza sebab selalu habiskan masa di Sarawak, Selangor & Kelantan, perkara tu memang kadang2 tak dapat nak elak!

Sunday, May 27, 2012

Jasad Di Kelas, Hati & Minda Di Airport..


Seharian di kelas hari ni buatkan aku tak sempat nak update blog langsung.. Pengajian aku kat OUM dah masuk semester kedua hari ini. Cuti sekolah dah bermula semalam, & kalau tak disebabkan ada kelas hari ni, semalam lagi aku dah angkut barang balik KL.. Kalau boleh memang nak balik awal2 lagi.. Sabar je lah kan.. Hehe.. & sepanjang masa kat kelas tadi, aku rasa macam jasad aku je ada kat sana.. Hati & minda aku awal2 dah ada airport Kuching.. Tak sabar betul nak balik!

BLOG KEDUA PILIHAN ZAMANI 84~ Aku Suka Penulisan Blogger Nih!!


"Tidak kira anda blogger baru atau lama, popular atau tidak, blog comey atau biasa2, blog serius atau santai, Zam nak ajak korang semua untuk join segmen ni ('',) Setiap blog ada kelebihan tersendiri kan?"

Itu yang Zam katakan sewaktu anjurkan segmen ni dulu. Tak semestinya blog yang mempunyai follower ribu riban & yang terkenal jadi pilihan Zam. Jadi dalam entri sticky post yang Zam janjikan kali ini sebagai ganjaran, Zam memperkenalkan Blog Kedua yang menjadi pilihan Zam~ Beliau yang BERTUAH ialah.......




Tahniah diucapkan kepada blogger ini yang berjaya menarik perhatian Zam dari penulisannya yang santai & bersahaja NAMUN BERISI!

Berikut adalah info tentang blogger ini setelah Zam godek2 blog beliau ;)


yuyu ashari is senyum pelik.

' yuyu ' tu aku, ' ashari ' tu bapak aku. aku pesara sekolah yg tengah giat menanam lemak dalam badan n tak lupe juga pengusaha ladang anggur terbesar kat afrika * tipu. getting older on every 20th of august.

aku produk pertama dari 4 keluaran. i'm not a tan sri's daughter neither datuk's. i'm just me, a seed who succeeded to be a girl.

blog ni dibuat atas dasar suka-suka. this is one of the medium that i used to spread love, spread feelings n not to forget...spread the anger. ehh ? jangan persoalkan kenapa entri2 dalam ni lebih kpd entri sampah.

i wish i will be a lawyer, so that i can defend my family.
i wish i will be a doctor, so that i can always blessed them with my antidot.

p/s: 'aku' 'kau' tak bermakna kurang ajar.


SEMPOI- Itu kekuatan blogger bernama Yuyu Ashari ni. Namun dalam apa yang disampaikan ada makna yang tersirat.


Eh eh, apa tu? Haa.. Kalau nak tahu, klik ayat di atas untuk ke entri beliau.. Itu adalah salah satu entri kesukaaan Zam.

Seperti yang dijanjikan, Zam akan letakkan blog beliau ke dalam Bloglist Kegemaran Zam (disebelah kiri, bloglist paling atas) buat selama2nya! Selain entri sticky post ini sebagai promosi selama seminggu mulai hari ini hingga Ahad depan (27 Mei 2012)

Tahniah sekali lagi buat Yuyu Ashari! Teruskan berblog & semoga suksess selalu dalam semua bidang yang diterokai! Esok2 kalau jadi doktor, bolehlah Zam tumpang antidot sekaki.. Hehe:D

Kepada peserta lain, jangan putus asa k! Masih ada 3 tempat kekosongan untuk di isi! Teruskan berblogging k ;)

GAYA SANTAI KU.. By Mak Dara


Ternampak entri Mak Dara ni tadi, jadi rasa nak join juga.. Baru berpeluang online sebenarnya ni, lepas seharian kat kelas OUM. Mak Dara minta blogger letakkan imej dan gaya santai mereka, jadi ini yang aku nak kongsikan~


Aku selesa dengan hoodies kalau keluar berjalan2 dengan kawan @ seorang diri.. Senang, kalau nak masuk shopping mall & tengok wayang lepas tu, tak lah kesejukan.. Kebetulan sekarang ni kat airport Kuching pun aku pakai hoodies biru ni (antara hoodies kegemaran aku).. Aku tak leh tidur dalam flight kalau sejuk.. Kira praktikal penggunaan hoodies ni bagi aku :)

Itu je.. SOryy entri simple giler.. Hehe.. Btw Thanks Mak Dara :)

Saturday, May 26, 2012

KEK LAPIS: Buah Tangan Untuk Balik Esok


Esok nak balik KL, pukul 9 malam tadi baru aku keluar cari kek lapis untuk buah tangan.. Nasib tak perlu pergi jauh mencari, sebab jiran selang sebaris rumah ada buat bisnes jual kek lapis.. Sejak 2 tahun lepas, memang aku beli kek dengan dia, setiap kali nak balik bercuti & raya.. & adakalanya dia tak lokek bagi aku percuma sebiji kek, macam tadi.. Aku cuma nak beli 5, tahu2 dia murah hati nak bagi lagi sebiji percuma.. Hehe.. Sayang kek Famous Amous yang pertama aku cari masa mula2 sampai tadi dah tak ada stok.. Yang ada pun dah di tempah awal2 oleh orang lain.. Mujur ada kek Coklat Keju sebagai ganti.. Kira boleh lah tu ;)

HAPPY 1ST ANNIVERSARY


Entri & ucapan ni aku tujukan untuk kawan baik aku di Kota Bharu yang menyambut Ulangtahun Perkahwinan Yang PERTAMA hari ini- 26 Mei 2012. Semoga berkekalan ikatan ini & berbahagia selalu ~ WISHING BOTH OF YOU ALL THE BEST FOR THE REST OF YOUR LIFE :)

JOM TENGOK: 5 LANGKAH UNTUK HIDUP BAHAGIA!


5 Peraturan Mudah Untuk Gembira
1. Bebaskan Diri Dari KEBENCIAN
2. Bebaskan Minda Dari KEBIMBANGAN
3. Hidup BERSEDERHANA
4. Banyakkan MEMBERI
5. Kurangkan BERANGAN

LUFYA Tujukan Lagu KETUHANAN Untuk Zarina Anjoulie?


Isu ini masih tidak selesai sebelum ini, & mungkinkah ini langkah yang diambil Lufya untuk menamatkan perang dingin antara beliau dan Zarina? Ikuti kupasannya dari blog OhBulan

"Mengambil langkah yang betul OHBULAN! rasa, terbaru dari Lufya, penyanyi ini “menghadiahkan” sebuah lagu yang mempunyai unsur ketuhanan kepada Zarina Anjoulie.

Kontroversi antara mereka berdua tercetus apabila Lufya mengeluarkan kenyataan kepada sebuah blog hiburan tempatan dengan mengatakan peminat sering tersalah anggap bahawa dia adalah Zarina Anjoulie. Kenyataan tersebut menyebabkan Zarina berang dan terus melancarkan “perang” terhadap Lufya.

“Peperangan” itu berlanjutan sehingga kemuka depan akhbar-akhbar tempatan dan Lufya kali ini mengambil langkah ingin berdamai dengan Zarina Anjoulie.

“Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu. Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif, dan bagi tujuan berdamai, saya tujukan lagu ‘Doaku’ untuknya.” – Lufya dipetik dari mStar Online.

Baguslah kalau begitu, buat apa dibesarkan benda-benda yang tidak elok kan? Kepada Zarina, anda terimakah “salam” perdamaian dari Lufya?"

Mood Nak Balik Semenanjung


Cuti sekolah dah bermula hari ni, & aku akan pulang ke Semenanjung esok lepas habis kelas di OUM.. Rasa macam badan aku je kat sini, tapi hati aku dah ada kat sana.. Cover timeline Facebook pun dah ditukar gambar kat atas~ pemandangan awan di sepanjang jalan menuju ke airport Kuching.. Langit memang selalu buat aku rindu nak balik ke sana!

INFO & REVIEW: SAMSUNG GALAXY S III~ CUN!!!

Info & Review Samsung Galaxy S III yang dilancarkan baru-baru ini!

UNTUK INFO SELANJUTNYA, KLIK 'READ MORE' DI BAWAH



Didatangkan dalam dua warna: Marble White & Pebble Blue, SAMSUNG GALAXY S III ini juga mempunyai ciri ciri istimewa lain, antaranya skrin bersaiz 4.8” HD Super AMOLED, kamera 8 Megapixel, ketahanan bateri 2,100mAh, saiz yang nipis (ketebalan 8.6mm) dengan berat 133g & menggunakan Sistem Operasi Android versi 4.0 – Ice Cream Sandwich.

Harga: belum di umumkan oleh pihak Samsung.

SUMBER & KREDIT:MyVitr &SAMSUNG

NAJWA LATIF KENA BALING TEPUNG MASA SAMBUT HARI JADI.. HEHE.. HAPPY BELATED BIRTHDAY NAJWA LATIF ;P

Gambar sebelum & selepas dipedajal dengan tepung oleh kawan2nya di sekolah.. Apepun Hapy Belated Birthday Najwa Latif!




Kan dah jadi macam tepung gomak.. Hehe.. Teringat kena pedajal dengan tepung oleh Nubhan masa celebrate hari jadi dengan Nubies dulu .. ;p

Friday, May 25, 2012

GILER COOL! 5 GAMBAR GERHANA MATAHARI 20 MAY 2012 YANG AWESOME!!

Gambar-gambar Gerhana Matahari 20 Mei 2012 yang super awesome! Diambil di China, Filipina, Texas dan lain-lain ~ (SUMBER: National Geographic, Flickr & Google)

TEXAS


CHINA


FILIPINA


ARIZONA


CALIF

Antara tanda2 kebesaran Allah SWT.. Meremang tubuh aku bila tengok gambar2 ni tadi

Takkan Ada Cinta Yang Lain.. Pastikan Cintaku Hanya Untuk Mu (DEWA 19/TITI DJ)

"Takkan Ada Cinta Yang Lain.. Pastikan Cintaku Hanya Untuk Mu.."

Tiba2 ayat lagu tu muncul dalam kepala & terkeluar dari mulut aku tadi.. Tak tahu lah kenapa boleh teringat.. Sebab tak pasti tajuk lagu & siapa penyanyi asalnya, aku cari di Google. Akhirnya aku jumpa~ rupanya lagu tu memang bertajuk Takkan Ada Cinta Yang Lain.. Ada sesiapa yang pernah dengar lagu ni? Penyanyi asalnya kalau tak silap Dewa 19, & pernah juga dinyanyikan oleh Titi DJ. Versi yang bermain di kepala aku tadi rupanya nyanyian Titi DJ. Apapun dua2 versi memang best! Pada sesiapa yang belum pernah dengar lagu ni, jom layan~

DEWA 19




TITI DJ




LIRIK: TAKKAN ADA CINTA YANG LAIN


Haruskah kuulangi lagi

Kata cintaku padamu Yakinkan dirimu
Masihkah terlintas didada
Keraguanmu itu Susahkan hatimu

Tak akan ada cinta yang lain
Pastikan cintaku hanya untukmu
Pernahkah terbersit olehmu
Akupun takut kehilangan... Dirimu

Ingatkah satu bait kenangan
Cerita cinta kita Tak mungkin terlupa
Buang semua angan mulukmu itu
Percaya takdir kita Aku cinta padamu

Akankah nanti
Terulang lagi
Jalinan cinta semu
Dengar bisikku
Bukalah mata hatimu...

ADIK!! MACAM MANA ADIK BOLEH TERSEPIT KAT SITU??!!


Kepala Tersangkut Jeriji

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menempuh saat mencemaskan apabila kepalanya tersangkut pada jeriji pintu pagar rumah hingga menyebabkan mangsa hampir lemas akibat tercekik.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.

Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam.

Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas penduduk menggunakan jek kereta untuk merenggangkan besi jeriji itu.

Kakak mangsa Farah Syahida, 18, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan pertama kali dialami walaupun adik bongsunya itu kerap bermain di pintu pagar rumah berkenaan.

TERKINI: LELAKI BARU KELUAR PENJARA JADIKAN ANAK & IBUNYA TEBUSAN - ANCAM GUNA PISAU

Kes jenayah terbaru di Sibu.. Hari ni kalau tak silap ada 2 kes jenayah besar yang dilaporkan dalam Metro..


SIBU: Selepas hampir 14 jam bersabar dan cuba berunding dengan seorang lelaki bersenjata pisau menahan anaknya sendiri berusia tiga tahun serta ibunya sebagai tebusan di sebuah rumah di Jalan Sui Ting, Sungai Teku, di sini, polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol renjatan (taser) terhadap lelaki berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak serta wanita berkenaan, semalam.

Drama tebusan bermula jam 7 malam kelmarin dan berakhir 9 pagi semalam, bermula apabila suspek berusia 28 tahun dikatakan baru dua hari dibebaskan dari penjara, bertindak memegang anak lelakinya serta mengarahkan ibunya tidak keluar rumah selepas bertengkar dengan wanita berkenaan.

Difahamkan, suspek bersenjatakan pisau pemotong sayur, sebelum itu turut mengugut ibunya mematuhi arahannya sekiranya tidak mahu dia kehilangan nyawa. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafiee Ismail, berkata ibu suspek cuba mententeramkan keadaan namun gagal sehingga memaksa seorang ahli keluarga menghubungi polis.

Beliau berkata, usaha ahli keluarga memujuk suspek berlarutan sehingga jam 1 pagi namun tiada tanda positif krisis itu boleh diselesaikan dengan baik menyebabkan adik wanita berkenaan menghubungi polis.

“Sepasukan anggota tiba di rumah suspek, cuba memujuk lelaki itu tetapi gagal malah suspek bertindak lebih agresif dengan meletakkan pisau pada leher anaknya sambil menjerit supaya anggota kami meninggalkan rumahnya.

“Proses memujuk berlarutan sehingga jam 9 pagi tadi (semalam) sebelum polis mengambil keputusan melepaskan tembakan selepas suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun sudah beberapa kali diarah menyerah diri dan membebaskan tebusan.

“Suspek kelihatan sesekali menjenguk polis yang memenuhi perkarangan rumah melalui tingkap. Pada masa sama, ibunya hanya dibenar memberi sebotol susu kepada cucu lelakinya itu selepas kanak-kanak berkenaan menangis ketakutan,” katanya.

Menurut Shafiee, selepas rundingan menemui jalan buntu, polis tiada pilihan melainkan terpaksa menembak suspek menggunakan pistol taser yang mengenai tubuhnya membolehkan tebusan diselamatkan.

Beliau berkata, suspek serta anak dan ibunya kemudian diberi rawatan oleh pasukan paramedik yang berada di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan.

“Siasatan awal mendapati, suspek pernah ditahan Februari lalu kerana memiliki kenderaan curi. Dia ditahan selepas kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Kampung Jeriah selepas dikejar kereta peronda polis.

“Pemeriksaan ketika itu mendapati suspek turut memiliki rekod jenayah, termasuk kes pecah rumah, bergaduh, curi kereta dan rompakan. Polis turut menemui beberapa tiub dadah dipercayai syabu dalam rumah suspek ketika serbuan,” katanya.

Menurut Shafiee, pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Apa Perbezaan Antara 2 Keping Biskut Ni?


Serupa tapi TAK SAMA.. Apa yang berbeza tu? Boleh korang bagitahu? Jawapan korang mungkin berbeza2, tapi ada satu jawapan terbaik dari korang yang Zam cari.. Nak tahu? Cer bagitahu dulu ;)