e

Monday, May 28, 2012

TIPS Jadikan MASA Yang Ada Terasa LEBIH PANJANG? Jom Baca!


Hari ni aku macam dapat rasakan 1 perbezaan dari hari2 biasa yang aku lalui sebelum ini. Wah.. Apa tu? Haa.. Aku tiba2 dapat rasa- MASA macam berjalan dengan perlahan2: seolah aku sedang menikmati hari ku dengan perlahan2 & tenang macam sedang minum teh Jepun! Santai je.. Rasa masa yang berlalu hari ni panjang, sedangkan sebelum ni aku rasa hari2 berlalu dengan terlalu pantas.

Kenapakah aku rasa macam tu hari ni?

Inilah yang aku rasa nak kongsikan dengan korang semua.. Pertama, mungkin sebab aku bangun awal dari biasa- pukul 5 pagi tanpa rasa letih. Rasa segar je badan.. Dengan bangun di awal pagi secara tak langsung telah menambahkan masa yang ada dalam sehari kehidupan kita. Setuju?

Kedua, aku isi masa hari ni dengan perkara2 yang memberikan kepuasan dalam rutin harian aku. Contoh: jaga anak buah & bermain dengan dia. Tak perlu perkara hebat & rancangan aktiviti yang meriah untuk dimasukkan dalam senarai aktiviti harian kita, CUKUP sekadar dengan perkara2 yang tidak merugikan kita & kita rasa berpuas hati dengan apa yang kita lakukan pada hari itu. Rasa berbaloi2 je..

Cuba perhatikan & nilaikan terjemahan ayat AL Quran yang berikut~

"[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al 'Asr)

Dalam kekalutan & keresahan hati kita merasakan masa yang berlalu sekarang ni terlalu pantas, Al Quran dah memberitahu kita, cara untuk tidak merasa rugi adalah dengan melakukan sesuatu yang berfaedah.. MASA memang tak boleh DIPERLAHANKAN atau DIBERHENTIKAN untuk menjadikannya PANJANG, tapi Insya Allah, dari apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita, kita tidak akan merasa kerugian kerana merasakan hari kita telah dihabiskan dengan baik & kita berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan. Insya Allah, ada kebenarannya jika dikaji & diperhalusi ayat-ayat berkenaan dengan mendalam :)

Diriwayatkan bahawa Nabi Isa A.S pernah berkata:

" Dunia itu hanya 3 hari:-

1) Iaitu hari yang telah berlalu (kelmarin) maka tidak ada lagi ditanganmu kesempatan sedikitpun dari hari yang telah berlalu.

2) Dan hari esok yang mana kamu tidak dapat mengetahui sama ada kamu akan menemuinya atau pun tidak.

3) Dan hari waktu di mana kamu berada dalamnya, oleh itu pergunakanlah"

Wallahualam..


Dia Tunggu Aku Balik Sampai Tertidur..


Lewat malam semalam, dia masih berjaga sebab nak ikut Tok Bah nya ambil aku di stesen ERL Putra Jaya. Beberapa kali dia beria2 mengajak ayah aku, katanya "Jom lah Tok Bah, ayah Ngah dah sampai dari Sarawak tu.." Memang aku biasanya ambil bas & ERL dari LCCT untuk ke Putra Jaya, cuma malam tadi aku lewat sikit. Letih menunggu, akhirnya dia tertidur dulu sebab aku masih belum sampai di LCCT pun waktu tu. Nak dikejutkan tak sampai hati, jadi ayah aku pergi seorang waktu aku hampir sampai ke stesen ERL Putra Jaya. Sampai je aku di Serdang, aku tengok dia masih tidur. Tak apalah.. Hot Wheels yang aku belikan untuk dia di airport Kuching, aku letakkan di sebelahnya sebelum dia terjaga di waktu paginya...

Blogger IZZ IDRAQIE HUZNIE~ CIKGU Yang Stylo!

IZZ IDRAQIE HUZNIE~ BLOGGER & CIKGU Yang Stylo!


Salam & Selamat Petang ;) Entri kali ni special sikit, sebab aku nak perkenalkan seorang blogger hot kepada korang semua~ Saudara IZZ IDRAQIE HUZNIE @ Muhammad Husni Bin Abu Hassan. Dia ni merupakan seorang peserta segmen NEXT TOP BLOGGER 2 dari AWIE OMAR, & Izz Idraqie Huznie ni juga sebenarnya PARTNER aku dalam segmen tu.

Info tentang Blogger yang merupakan seorang Guru ni~ Jom tengok!

Berkerja Di: Sekolah Menengah Beladin, Betong SARAWAK
Tarikh Lahir: 2 April 1988
Lulusan: UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Sukan: Bowling & Volleyball
Personaliti: Open minded..Happy go lucky..Friendly..Suke berkawan..

Kalau tengok dari foto2 dia di blog, Izz ni memang seorang yang stylo & bergaya. Aku suka gak dengan sikap cikgu yang ada attitude macam ni~ sbb cikgu biasanya dilabel sebagai seorang yang skema (heh2)..


Jadi pada korang semua, jom terjah blog Cikgu IZZ ni time2 free~! Sambil2 tu boleh tambah kenalan dalam dunia blogger, betul tak? ;D

LIFE Is A Beautiful STRUGGLE


Nice words to start a new day :) (source:unknown)

---------------------------

Lepas touch down kat LCCT semalam, aku terus beli tiket bas & ERL ke Putra Jaya. Sambil2 tunggu bas gerak, aku sempat snap2 gambar 'bokeh' kat atas dari tingkap bas. Lama dah tak main dengan bokeh macam ni..

Bila Aku TERLUPA Arah KIBLAT


Masa nak hamparkan sejadah tadi, tiba2 aku boleh jadi 'unsure' kejap arah kiblat kat rumah di Serdang ni. Dush! Penyakit lama ni mesti datang kalau aku balik ke Serdang & Kota Bharu. Tapi simptom hari ni tak lama sebab aku terus dapat ingat balik. Memang tak boleh blah ar.. Pernah sekali, bila dah selesai solat, baru aku tersedar aku salah kiblat!

SEBAB AKU SELALU TAK SOLAT KE??

Bukan.. Sebab aku dah lama tinggalkan semenanjung, jadi dalam
mind set aku selalu teringatkan arah kiblat kat rumah sewa di Kuching. Itu automatik.. Kadang2 bila balik Kota Bharu pun aku terkeliru kejap dengan arah kiblat.. Ke kanan atau ke kiri? DUSH! Bila ada 3 arah kiblat yang berbeza sebab selalu habiskan masa di Sarawak, Selangor & Kelantan, perkara tu memang kadang2 tak dapat nak elak!