Tomodachi Sama

Monday, June 4, 2012

CARA KUCING TUNJUKKAN KASIH SAYANGNYA

Sekadar gambar hiasan. Foto oleh Ustaz Azhar Idrus@ Facebook

Tiba saja di Kota Bharu (kampung aku) Jumaat lepas, dalam gelap malam, kucing aku yang mula2 datang menerpa. Dia tahu tuannya balik lepas 3 bulan tak jumpa. Macam biasa, bila aku duduk bersila, dia akan naik ke atas ribaan aku. Dan malam tu, kemanjaan yang ditunjukkannya agak berbeza~ SANGAT MANJA dari sebelum2 ni & agak 'kasar' gurauannya- mencakar2 seluar jeans yang aku pakai & cuba menggigit aku. Apapun aku xmarah, sebab aku dah hafal benar perangainya. Mungkin dia nak lepas geram sbb lama tak jumpa aku. Kucing aku ni lain sikit sikapnya~ manja dan agak kasar, kadang2 aku rasa tak ubah macam harimau bila bergurau.

Masa kepulangan aku kali ni, aku tengok dia ada anak baru. Aku baru teringat, kali terakhir waktu tinggalkan dia dulu, dia tengah sarat bunting. Menariknya, aku dapat perhatikan satu tingkah lakunya yang jarang2 aku dapat lihat sebelum ni. Pernah satu petang, dia datang mengiau pada aku, yang aku faham ngiauan itu ngiauan minta diberikan makan. Aku berikan seketul hati ayam goreng, & sebaik sahaja hati tersebut berada di mulutnya, dia mengiau lagi, tapi dalam nada deram yang lebih halus & putus2.

Tak lama, kemudian muncul anak2 kucing berlari ke arahnya. Rupanya ngiauan tadi memanggil anaknya datang untuk makan. Diberikan hati goreng yang digigitnya tadi pada anak2. Rasanya kali pertama aku tengok kelakuan kucing yang semacam itu. & sejak hari tu, aku perasan, setiap kali dia dapat makanan, pasti dia akan memanggil anaknya datang. Pernah juga, ketika anak2 nya bermain di luar rumah, dia berderam dari dapur, & anak2nya terus berhenti bermain dan berlari masuk ke dalam rumah. Rupanya si ibu nak berikan makanan yang dia dapat pada anaknya. Sweet!

Teringat kata2 Ustaz Azhar Idrus di FB, tanda kasih sayang seekor ibu kucing, pasti diberikan anaknya makan dulu, baru dia yang makan. Macam gambar kat atas tu ;)

10 Komik Jepun Paling Berpengaruh

CARTA 10: KOMIK JEPUN PALING BERPENGARUH DI DUNIA

Komik
/manga bermula di Jepun sekitar kurun ke 19 & mempunyai pertalian yang kompleks serta panjang dengan pra sejarah kesenian & kebudayaan mereka. Genre manga termasuklah aksi-pengembaraan, cinta, sukan & permainan, sejarah, komedi, sains fiksyen, fantasi,misteri, seram, & perniagaan- jadi pembaca mereka bukan sahaja terdiri daripada golongan kanak2, malah masyarakat di semua peringkat usia membacanya. Maka tidak hairanlah apabila pada tahun 1950 an, manga berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam industri penerbitan di Jepun.

Berikut disenaraikan CARTA 10/'Top 10' Komik Jepun Paling Berpengaruh & diminati di seluruh dunia~ (keputusan berdasarkan jumlah hit bagi setiap manga di laman web Manga Online- WOOTMANGA.COM pada 3 Jun 2012 + Untuk sinopsis, klik pada tajuk manga)







Ulasan: Nampaknya kesemua CARTA 10 Komik Paling Berpengaruh dimonopli manga bergenre aksi/pengembaraan/pertarungan. Mungkin inilah genre yang paling diminati dalam banyak2 genre yang ada- ditambah dengan jalan cerita yang menarik & kekuatan setiap watak yang ditonjolkan dalam setiap manga.

SUMBER: WIKIPEDIA & WOOTMANGA.
(Entri ini disediakan untuk TUGASAN IMUNITI SEGMEN NEXT TOP BLOGGER MUSIM KEDUA: EPISOD KE 7- "CARTA 10")

truly GREAT FRIENDS..



"truly GREAT FRIENDS are hard to find, difficult to leave, & impossible to forget.."

jadi, tak sebegitu mudah untuk membuang kamu begitu saja dari hidup saya

Sunday, June 3, 2012

Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz


Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Ada Yang Anda Nampak Dalam GAMBAR Ini?



Apa yang korang boleh nampak dalam gambar ini? Adakah ia gambar yang asli, atau hasil suntingan?

Andai Dirimu Dianggap BAJET BAGUS


Assalamualaikum...

Ubah paradigma!

Rasa menyampah bila sahabat kita ingin berubah. rasa dirinya bajet bagus, berlakon, dan hipokrit.

tahukah kau manusia bahawa Allah sndiri pernah bg statement dlm surah As Syams ''beruntung bagi siapa yang mensucikan hatinya, dan merugi bagi yang mengotorinya..?''

andai kau benci, jangan kau sinisi, kerana itulah fitrah manusia yg sebenar. kembali kepada Penciptanya. Jika benar bukan kita yg ingin berubah, jangan pula kita menghalang niat baik org lain.

Hipokrit..? bajet bagus..? apa kau kira bahawa kau adalah Tuhan untuk bg judgement siapa yg benar2 ikhlas mmbersihkan jiwa dan siapa yang tidak. itu bukan urusanmu. itu urusan antara dia dan Tuhanmu.

dan lupakah kau pada ikrar syaitan itu: ''Aku BENAR2 akan menghalang mereka dari jalanMu yang lurus!'' (7:16)

kepada yang sedang berada di dalam proses mengubah diri, percayalah, kau mungkin kehilangan mereka, tetapi kau masih ada segalanya kerana kau masih bersama Tuhanmu. Sumpah tak tipu mmg kita akan merasa asing, diasingkan dan disindir. percaya dengan kata Rasulmu “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim)

jd remaja yang luarbisa Ohsem dengan agama seperti yg dikatakan oleh saidina Ali. ''Allah suka kepada org tua yang bertaubat. tetapi Allah CINTA kepada org muda yang kembali pada Tuhannya.''

Tanya dirimu, tidakkah kau kepingin menjadi remaja yang Ohsem itu..? :') Sumpah kau beruntung!

kau punya redha Allah, kau punya segalanya ♥

Terima kasih atas perkongsian Fatin Adilah Jihad Umayrah ^_^

Friday, June 1, 2012

Pinjam Motor Kawan, Dengan SYARAT Isi MINYAK PENUH, Itu RIBA!!?


-BETUL ke istilah PERBANKKAN ISLAM tu??
-Pinjam Motor Kawan, Dengan SYARAT Isi Minyak Penuh, Itu RIBA??!
-Pahala MEMBERI PINJAM 18 KALI GANDA dari PAHALA SEDEKAH??

Jom IKUTI KUPASANNYA!

Ye.. Jom Menari Dalam Hujan Kawan-Kawan!

Menari dalam hujan? Ingat ni filem Hindustan ke??

SELAMAT PAGI KUALA TERENGGANU!!


Perjalanan yang tak dirancang! Itulah yang boleh aku katakan hari ni apabila sampai ke Kuala Terengganu pukul 6 pagi tadi dari Kuala Lumpur. Fuh! Macam2 benda nak diceritakan, tapi rasa baik di diamkan dulu.. Letihnya rasa.. Tapi apapun, dah lama tak jejakkan kaki ke bumi Darul Iman ni! Salah satu negeri kesukaan aku untuk jalan2 selain Kelantan & Sabah!

Lapar nasi dagang ni.. heh2 ;p

Thursday, May 31, 2012

Bawa Balik BUKU Masa CUTI.. Akan DIBACA Ke??


Kebiasaannya ramai di antara student yang akan bawa balik buku masa cuti. Tapi agak2nya buku2 tu akan diselak & dibaca tak masa cuti tu nanti? Mesti banyak perkara yang akan mengganggu tumpuan & kerajinan.. Hehe.. Aku pun bawa balik gak buku ni, sebab at least ada bahan untuk buat assignment.. Tapi aku tak boleh jamin akan dibuka atau tidak! Haha.. Korang lak, ada pengalaman macam ni tak?

INIKAH HAKIKAT? Vs INILAH HAKIKAT


Pertama sekali, apakah yang dapat terjemahkan dari kata2 kat atas ni- STAR CAN'T SHINE WITHOUT DARKNESS? Masing2 mesti ada presepsi & pendapat tersendiri/berbeza dalam mentafsirkannya.

Kedua, apakah perbezaan diantara 2 ayat ini~" INIKAH HAKIKAT?" dan "INILAH HAKIKAT.."

Jom kongsikan pendapat korang :)

Wednesday, May 30, 2012

Di Akhirat, Dari Setiap 1000 Orang, SEORANG Sahaja Yang Akan Masuk SYURGA..! ALAMAK! Ada Can Ke Kita Nih??

Tak ke cuak kita dengan kenyataan ni? Alamak.. Ada CAN ke kita nih nanti??



"Di akhirat nanti, setiap 1000 orang, seorang sahaja yg akan masuk syurga... Lepas tu, apabila diceritakan oleh Nabi s.a.w. kepada sahabat2, mereka semua berasa sangat bimbang dengan kedudukan mereka.
Nabi s.a.w. pun menenangkan hati mereka dengan menjelaskan, bahawa perumpamaan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah seperti corak pada seekor lembu yang hitam, kemudian ada setompok berwarna putih pada lembu tersebut, maka setompok putih itulah umat Nabi Muhammad s.a.w berbanding corak yang berwarna hitam untuk umat-umat terdahulu dan zaman sekarang yang ingkar kepada Allah. Sedikitnya umat Nabi Muhammad s.a.w. di akhir zaman ini...."

Ya Allah, golongkanlah kami di dalam golongan yang sedikit itu. Amin Allahumma amin...

Sumber: Facebook

Tuesday, May 29, 2012

MISHA OMAR Tunda Tarikh Perkahwinan Selepas Aidilfitri Ini Ke Tahun Depan



MISHA Omar antara penyanyi yang jarang berahsia tentang kerjayanya dan juga jejaka pilihan hatinya. Penyanyi berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu misalnya, telah mengumumkan pertunangannya dengan Firos Ezzwan Rossly pada 21 Februari lalu.

Sayangnya, tarikh perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini terpaksa ditunda pada tahun depan kerana sebab tertentu.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar sekali lagi tidak berahsia tentang masalah tersebut. Malah turut menjelaskan kepada media massa mengapa dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya itu.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya pada tahun depan bagi memberi peluang kepada bakal suaminya yang kini sedang menjalani latihan sebagai juruterbang di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

“Tarikh perkahwinan ini ditangguhkan sebab kerjaya bakal suami saya. Buat masa ini, saya tahu dia (Firos) sedang stress (tertekan) kerana sedang menjalani latihan di MAS. Sebab itu, saya tidak mahu dia terus stress. Biarlah dia habiskan latihannya terlebih dulu.

Untuk artikel penuh, klik SINI.