Tomodachi Sama

Monday, June 11, 2012

Adakah Wajah Anda SEIRAS RAKAN BAIK Anda?

Adakah satu kebetulan bila mendapati wajah rakan baik anda seiras wajah anda?


Korang ada rakan baik/sahabat/best friend? Atau mungkin suatu masa dahulu korang pernah mempunyai 'mereka' ini? Kalau ya, korang sememangnya bertuah. Sebab? Itu aku rasa korang mesti tahu sendiri. Dan pasti, korang ada alasan tersendiri. Bagi aku, beruntungnya mempunyai mereka sebab aku ada tempat untuk luangkan saat gembira bersama & luahkan kemaslahatan hidup aku dengan mereka. Korang mesti tak boleh hidup seorang diri tanpa kawan2 kan? Rasa macam ralat je bila pendam perasaan gembira atau serabut sorang2..

Ada sesuatu yang nak aku kongsikan bersama dalam entri kali ini. Sorrylah entri kali ni 'terpanjang' sikit dari biasa ;p Mungkin apa yang aku nak ceritakan kali ni pernah dialami oleh korang juga. Biasanya, kita tak akan sedar tentang hal ini, sehinggalah bila ada orang yang mengatakan & memberitahu kita, atau ..

"Eh, korang ni adik beradik ke..?"

.. ditanya soalan yang seperti itu. Korang pernah alami?

Ada sekali waktu keluar membeli barang di kedai runcit bersama kawan baik aku Mail, aku ditanya oleh jurujualnya semasa hendak membayar di kaunter- " Adik awak ke tu?". Itupun selepas kawan aku keluar dari kedai tu, baru si jurujual buka mulut bertanya. (Masa tu aku syak dia tertarik dengan kawan aku tu kot.. sebab tu dia tanya.. heh2)

Di Kelantan, masa aku keluar bawa Aril (kawan baik aku dari Sarawak) berjalan2, kami ditanya oleh abang yang berjual kat pasar Pasir Mas soalan yang hampir serupa. " Adik beradik ke?" Bila aku jawap kawan, dia kata muka kami hampir serupa- & sebab tu dia ingatkan kami ni adik beradik.

Aku juga ada seorang kawan baik yang aku dah anggap macam abang sendiri, yang aku panggil Along. Ramai yang tanya, terutamanya rakan2 guru aku yang mengenali dia- Along tu abang kandung aku ke. Mungkin mereka tanya macam tu sebab mereka kata wajah aku iras dia. Ada juga yang istilahkan kami ni 'kembar'. Dan yang paling aku tak lupa, bila seorang kawan aku bagitahu, "kalau kau kata Along tu abang kau pun aku percaya, sebab muka korang nak sama".

Itu yang selalu buat aku terfikir & tercari2 persamaan aku dengan kawan2 baik aku tu. Mungkin kita tak kan sedar, sampai lah orang lain yang bagitahu. Itu dari pengalaman aku lah.

Ini lak kisah tentang 2 kawan kamceng aku kat Kuching- Maz & Nong. Ramai orang luar yang sangka mereka adik beradik. Dan ada satu kisah yang berlaku waktu aku keluar dengan mereka membeli belah di pasaraya. Mulanya Maz yang membayar barang2 di kaunter, & bila dah selesai, tiba pula giliran Nong membuat bayaran di kaunter yang sama. Waktu harga barang2 Nong dikira & dimasukkan dalam beg plastik, si jurujual langsung tak pandang Nong, sampailah saat menerima bayaran & memandang Nong, tiba2 si jurujual jadi blur. Kemudian dia memandang ke arah Maz. Mulanya kami tak faham dengan situasi tu, sehinggalah mereka gelak bersama.

Rupanya si jurujual ingatkan Maz buat pembayaran dua kali, disebabkan wajah Maz & Nong yang seiras tu!

Teringin Yang Ini..

AKSESORI KAMERA: DSLR STRAP (cun nye..)



"Berbeza dengan STRAP yang tipikal bagi DSLR Canon (Merah Hitam), Nikon (Kuning Hitam), Sony (Oren Hitam), Olympus (Kelabu Hitam)~ STRAP2 ini tampil dalam variasi warna2 & corak2 yang lebih menarik~ dan apa yang lebih penting: kini anda dapat padankan & gayakan DSLR mengikut citarasa & ekspresi sendiri! Secara tak langsung juga, menambahkan nilai elegan & esklusif pada DSLR kesayangan anda"

- Entri kali ni macam Zam nak promosi @ jual DSLR STRAP ni, tapi bukan itu yang Zam maksudkan. Zam teringin sangat nak DSLR STRAP, kalau boleh warna biru- yang simple & tak banyak corak. Masih mencari ni, tapi tak jumpa lagi yang dijual secara online di Malaysia. Gambar2 strap di atas Zam ambil dari blog SHOP MIMI GREEN dari US (kalau tak silap).

Kalau sesiapa ada info tentang penjualan DSLR STRAP ni secara online (dalam Malaysia), beritahulah Zam k ;)

WOW.. Gambar MEMUKAU Di Malaysia!

Tahukah anda di negeri mana gambar ini diambil? ;)


Sumber: Facebook

Sunday, June 10, 2012

Single PICISAN Jadi Ujian Buat NUBHAN: Pertaruhan Pertama Dari Syarikat Miliknya- Nubhan Records & Productions.


PICISAN Ujian Buat Nubhan

SELEPAS muncul dengan lagu Ada Untukmu, Seadanya Aku, Oh Juwita, Aku Atau Dia dan Mata Hati, kini Nubhan kembali dengan single keenam berjudul Picisan ciptaan Taja dan lirik oleh Ad Samad.

Lebih bermakna bagi anak muda kelahiran Negeri Sembilan ini, karya yang menjadi pertaruhan kali ini adalah buah tangan sulung syarikatnya, Nubhan Records & Productions.

Ketika hadir ke Balai Berita baru-baru ini, Nubhan menjelaskan, Picisan menjadi pilihannya selepas mendengar kira-kira 30 lagu dan gembira apabila single ini mula dimainkan di Hot FM, Suria FM, KLFM dan Nasional FM, Sabtu lalu.

Katanya, sudah lama peminat menunggu kemunculan lagu barunya. Kalau ikut perancangan, single barunya sepatutnya keluar awal tahun ini tetapi memandangkan ini projek terbitan pertama syarikatnya, Nubhan ambil masa lama untuk mencari material berkualiti dan menepati selera pencinta muzik semasa.

“Lagipun, seboleh mungkin saya mahu minimumkan risiko. Jadi saya kena buat penyelidikan secara terperinci. Picisan memenuhi kriteria lagu yang saya cari. Daripada dulu saya suka lagu yang ada jiwa dan memberi makna.

“Saya mahu pendengar dapat merasai apa yang mahu disampaikan dalam lagu saya. Saya bertuah dapat bekerja dengan Taja dan Ad Samad yang memahami apa yang saya mahu.

“Diharap peminat suka dengan Picisan. Urusan promosi sudah bermula di mana selain bertemu media dan radio, saya akan mengadakan persembahan di beberapa tempat dalam waktu terdekat,” katanya yang turut memaklumkan single ini diedarkan Warner Music Malaysia.

Sebagai pelengkap, Picisan tampil dengan muzik video arahan Fakhrul Amin yang memaparkan realiti kisah cinta yang pernah dilalui orang ramai. Penggambaran dilakukan di Kuantan, Pahang selama dua hari, dua bulan lalu.

Nubhan menyifatkan penggambaran muzik video itu pengalaman menarik apabila berpeluang mempelajari kerja-kerja belakang tabir dan pembikinan jalan cerita yang sekali gus mencetus minat dalam dirinya untuk mengarah video muzik sendiri selepas ini.

Katanya, video muzik ini menceritakan percintaan sepasang kekasih daripada zaman sekolah namun apabila masing-masing bekerja, seorang daripada mereka mula beralih hati.



“Boleh dikatakan semua orang pernah melalui zaman cinta monyet dan berharap cinta itu kekal tetapi kecewa apabila tidak kesampaian.

“Mungkin jalan ceritanya klise tetapi itu realiti kehidupan yang berlaku kepada ramai orang. Saya mahu segarkan kembali memori itu dalam muzik video ini.

“Saya gembira bekerja dengan produksi ini kerana bebas memberi pandangan dan idea. Banyak yang saya belajar sepanjang pembikinannya, malah saya sangat berbesar hati kerana Robinson sudi menaja pakaian saya untuk muzik video ini,” katanya yang selesa bergerak sendiri.

Penyanyi yang dilahirkan daripada pentas program realiti Akademi Fantasia ini juga aktif menggilap bakat sebagai pelakon.

Selain membintangi filem Lagenda Budak Setan 3, dia muncul sebagai pelakon utama di samping Jehan Miskin dalam telefilem khas raya nanti berjudul Raya Yang Paling Raya.

SUMBER: MYMETRO
GAMBAR KREDIT SEPENUHNYA KEPADA: FAKHRUL AMIN

BOHSIA 2 Kutip RM1JUTA Dalam Masa 2 Hari? BEST SANGAT KE Filem Ni??

Bohsia 2: Jalan Kembali Mengutip RM1 Juta Dalam Masa Dua Hari Tayangan


Sedang dalam tutorial di OUM tadi, aku dapat 1 sms dari kawan ajak tengok filem Bohsia 2 pukul 3 nanti. BOHSIA 2? Ala.. Best ke citer ni? Aku ada dengar2 juga tentang filem tu sebelum ni, tapi sebab nak dapatkan info lanjut mengenainya supaya meyakinkan aku untuk menonton, aku buat carian di GOOGLE. Akhirnya aku terjumpa artikel dari blog RotiKaya ni.


"Kalau anda perasan, tahun 2012 sebenarnya tahun suram buat industri perfileman Malaysia. Bercakap kepada beberapa penerbit baru baru ini, mereka turut mengiyakan perkara ini.

Bohsia 2: Jalan Kembali merupakan filem Melayu terbaru yang menerjah ke pawagam bermula tengah malam Rabu lalu dan sambutan yang di’terima sangat menggalakkan.

Menurut laporan tidak rasmi mereka yang bekerja di’belakang tabir filem ini, untuk temph 48 jam yang lalu Bohsia 2: Jalan Kembali telah berjaya mengutip lebih RM1 juta jualan tiket.

Dibintangi nama nama besar seperti Syamsul Yusof, Salina Salbi, Nabila Huda, Zizan Razak & Sofi Jikan, filem ini ternyata berjaya menarik penonton ke panggung dalam kerancakan kemasukan filem Hollywood musim panas ini.

Sebagai fakta ringkas untuk anda, 12 daripada 27 filem yang di’terbitkan pada 2012 setakat tidak berjaya hasilkan kutipan melebihi RM1 juta & lagi 9 hanya mengutip bawah RM2 juta."




Hmm.. Masih belum cukup meyakinkan aku lagi ni.. Ada sesiapa yang dah tengok? Boleh komen?

I'm Home- @ Kuching


baru sampai di rumah @ Kuching sejam yang lepas. Terasa cepat je cuti sekolah 2 minggu ni berlalu. Esok nak mengadap kuliah pulak. & macam biasa, aku tak kan terus tidur bila sampai dari KL. Ada je benda yang nak dibuat, tengok tv & sebagainya. Pada korang semua, selamat malam & selamat beristirehat. Esok Ahad, mesti ada rancangan ke mana2 makan angin, & paling tidak pun berehat di rumah.. Best!

Saturday, June 9, 2012

GEMPAR: Allahyarham Mustaghni- Koperal Polis Meninggal Dunia BUKAN Disebabkan Libasan Helmet Mat Rempit!

Allahyarham Mustaghni- Koperal Polis Meninggal Dunia BUKAN Disebabkan Libasan Helmet Mat Rempit

Sejak beberapa hari lepas aku ikuti perkembangan berita ini, & sebentar tadi aku dikejutkan dengan berita pemergian Koperal Mustaghni. Allahyarham dilaporkan telah meninggal dunia semalam pada pukul 11.45pagi. Lebih mengejutkan, terdapat maklumat baru mengenai insiden tersebut yang ditemui apabila siasatan lanjut dijalankan. Ikuti beritanya dalam artikel dari Harian Metro dibawah.


5 Polis Ditahan Untuk Siasatan

KLANG: Berlaku kejutan dalam siasatan membabitkan seorang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang koma sejak awal pagi Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia semalam, apabila lima anggota polis ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam.

Lima anggota polis berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal Mustaghni Tabri, 48, sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi keledar Mat Rempit, sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

Mustaghni terbabit dalam kejadian itu ketika bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.45 pagi, semalam.

Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata punca sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana dipukul dengan topi keledar, tetapi akibat terkena lontaran objek keras.

(GAMBAR) MENAKJUBKAN! PERTEMBUNGAN DIANTARA 2 SUNGAI!

Gambar pertembungan di antara sebatang sungai yang jernih dengan sebatang sungai yang keruh di Geneva, Switzerland.



Geneva, Switzerland - Junction of two Rivers.

The 'Clear' one meets her 'Murky' sister. :)

this incredible photograph we see the junction of the Rhone and Arve rivers in Geneva, Switzerland. The river on the left is the Rhone, which is just exiting Lake Lehman. The river on the right is the Arve, which receives water from the many glaciers of the Chamonix valley before flowing north-west into the Rhone on the west side of Geneva, where its much higher level of silt brings forth a striking contrast between the two rivers.

UPGRADE?



Friday, June 8, 2012

'5 FOTOGRAFI CUN TERBARU' DARI USTAZ AZHAR IDRUS

Entri sebelum pergi Jumaat :) Foto dari Ustaz Azhar Idrus





Berpisah Buat Sementara Waktu

Kerana dah biasa bersama, bila ketiadaannya, kadang2 secara tak sengaja kita akan terasa seperti mahu melakukan sesuatu dengannya walaupun pada hakikatnya dia tiada bersama kita pada waktu itu, kan? Korang pernah melalui keadaan macam ni?

Itu yang berlaku pada aku pagi tadi. Terasa mahu melakukan satu aktiviti dengan nya, tapi aku terlupa yang dia tiada di sisi aku saat itu. Semalam, aku terpaksa berpisah dengannya buat sementara waktu..

'Dia' yang aku maksudkan ialah ..


.. kamera aku 550D (gambar atas, gambar pinjam sbb aku tak ada gambar kamera aku sendiri..hehe ).

Semalam aku tinggalkan 'dia' di di Pusat Servis Canon, Shah Alam untuk diservis. Ikutkan sebelum ni boleh je aku hantar kat Center Canon di Kuching, tapi mereka akan ke hantar ke Shah Alam juga nanti untuk diservis . Kebetulan aku dah ada kat semenanjung waktu ni, & kebetulan kawan aku Awang ajak teman dia ke Shah Alam semalam, jadi aku terus hantar ke sana.

Secara keseluruhan setakat ini, aku puas hati dengan layanan & servis staf Canon disana. Cepat, mesra, & mereka tak biarkan aku tertunggu lama untuk jawap setiap persoalan aku- lebih kurang 5 minit urusan aku selesai. Memandangkan warranty aku masih valid sehingga tahun depan, jadi segala kos ditanggung oleh mereka.

Hampir 2 tahun bersama, bila berpisah macam ni, terasa kekok sikit sebab tak dapat nak ambil gambar buat sementara waktu ;p

Thursday, June 7, 2012

8 Gambar Terbaru Dari OFFICIAL PHOTOGRAPHER Sempena Majlis Perkahwinan Nurul Wahab & Eric Daniel

8 Gambar Terbaru sempena MAJLIS PERKAHWINAN NURUL WAHAB & ERIC DANIEL dari kumpulan jurukamera rasmi- REDphotography. Turut dikongsikan detik Nurul menitiskan air mata di hadapan anak perempuannya Ayu. Kredit sepenuhnya kepada REDphotography.








(VIDEO) BIMBANG TERLUKA LAGI- PERSEMBAHAN HAFIZ & SITI NURHALIZA Di KONSERT KENANGAN SUDIRMAN

Antara persembahan terbaik di Malam KONSERT KENANGAN SUDIRMAN- disampaikan oleh barisan artis ternama & hebat seperti HAFIZ & SITI NURHALIZA. Selain video persembahan untuk lagu BIMBANG TERLUKA LAGI, Zam turut kongsikan di sini video persembahan solo SITI NURHALIZA untuk lagu JAUH DI SUDUT HATI & MISHA OMAR- HUJAN.


HAFIZ & SITI NURHALIZA-BIMBANG TERLUKA LAGI




SITI NURHALIZA- JAUH DI SUDUT HATI




MISHA OMAR- HUJAN

Peluang Menangi MINI DSLR NIKON PENDRIVE 8GB! Jom Terjah!


Anda pengguna/peminat DSLR? Pasti Mini DSLR Nikon Pen Drive 8GB ini paling sesuai dengan anda. Ataupun anda mungkin bukan peminat DSLR tapi menginginkan PENDRIVE ini sebagai koleksi untuk memudahkan urusan seharian anda di pejabat. Jadi apa tunggu lagi, jom sertai SEGMEN dari IEQAH ni! Tak ada syarat2 pelik untuk menyertainya, & mana tahu jika anda bertuah, anda bakal memenanginya.


KLIK BANNER DI ATAS UNTUK INFO LANJUT

Hanya perlu lengkapkan ayat dibawah:

"Saya join Nikon Giveaway by Ieqah Blog Gajah kerana.... "

Ini penyertaan dari aku~

"Saya join Nikon Giveaway by Ieqah Blog Gajah kerana saya dah lama minat pendrive DSLR tu, tapi nak beli macam mahal la pulak, jadi bila dah ada kesempatan untuk dapatkannya secara PERCUMA ni, saya tak mahu lah lepaskan peluang! Lagipun saya ni memang OBSES dengan DSLR ni ;D"

(ps: sorry kalau ayat tak boleh blah.. haha)

Wednesday, June 6, 2012

Misha Omar Tampil Ringkas Di Majlis Perkahwinan Nurul Wahab


Aku dapat gambar ni dari seorang rakan Facebook yang berada di Majlis Perkahwinan Nurul Wahab pagi tadi. Sopan & ayu je Misha bila mengenakan baju kurung di majlis tersebut. Bersesuaian & kena dengan majlis perkahwinan yang menggabungkan dua budaya seperti ini- Timur & Barat. Selain Misha Omar, Amy Mastura & Ning Baizura turut menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Duches Place @ Jalan Ampang.

Apapun, tahniah kepada pasangan mempelai :) Semoga berbahagia selalu sehingga ke akhirnya dengan pasangan yang baru ini ~

LANGGAR KONTRAK PENJUALAN SAHAM- RAS ADIBA DISAMAN RM3.2 JUTA

Berita terkini (6 Jun) yang melibatkan personaliti televisyen terkenal, Ras Adiba Radzi. Difahamkan dalam kes saman ini, defendan (Ras Adiba) gagal, enggan atau cuai untuk mengikuti perjanjian yang telah dipersetujui antara beliau dan Pengarah Syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd. Artikel lanjut disertakan di bawah:



KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengemukakan saman menuntut ganti rugi RM3.2 juta terhadap personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd Radzi kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian penjualan saham pada 2006.

Pengarah Syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd, Nik Fauzi Nik Hussein, 53, memfailkan writ saman itu melalui Tetuan K C Tang & Co di Mahkamah Tinggi di sini, pada 3 Mei lalu.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jun depan untuk pengurusan kes di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan. Ras Adiba diwakili peguam Datuk Mohd Haziq Pillay manakala Nik Fauzi diwakili peguam Mohammad Shafie Afendi.

Menerusi pernyataan tuntutan, Nik Fauzi sebagai plaintif mendakwa dia mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual semua saham itu kepada Ras Adiba (defendan).

Menurut plaintif, dia bersetuju untuk menjual saham miliknya berjumlah 650,000 unit dengan nilai setiap unit adalah RM1 dan defendan bersetuju membelinya lalu memeterai perjanjian penjualan saham pada 24 Julai 2006.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa selepas ia disetemkan pada 2 Ogos 2006, defendan gagal, enggan atau cuai untuk menunaikan terma yang dinyatakan.

Plaintif juga mendakwa defendan tahu bahawa pembelian saham itu bertujuan membantu mengukuhkan kedudukan syarikat berkenaan selepas kuasa dan kawalan terhadap penstrukturan diperoleh.

Dakwanya, kegagalan defendan dalam merancang penstrukturan dan mengukuhkan syarikat menyebabkan plaintif berdepan masalah kewangan. Oleh itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan memungkiri perjanjian penjualan saham bertarikh 24 Julai 2006, tuntutan ganti rugi RM3,288,172.80 atau sebahagian atau apa-apa bahagian, selain perintah atau relif yang sesuai dan berpatutan.

Sumber: MyMetro.

(PS: Pendapat aku, mungkin defenden 'cuai' dalam mengikuti syarat & bukan disengajakan. Mungkin juga ada sebab2 tertentu yang kita tak ketahui. Aku sebenarnya rasa simpati pada dedenden, sebab beliau merupakan seorang OKU. Apapun, kita tunggu saja perkembangan kes ini nanti..)

Dua sebab kenapa lelaki lambat balas mesej perempuan



Dua sebab kenapa lelaki lambat balas mesej perempuan

1) sedang bermain Game

2) anda sedang
diGamekan

(sumber:FB)

Tuesday, June 5, 2012

VIDEO: Konsert Kenangan Sudirman- HUJAN (Misha Omar)

Konsert Kenangan Sudirman- HUJAN Nyanyian Misha Omar

BEST betul bila Misha Omar bawakan lagu HUJAN ni Ahad lepas. Mendayu-dayu & klasik je alunan suaranya. Aku sebenarnya terlepas menyaksikan konsert ni, & kakak aku yang bagitahu aku Misha Omar ada membuat persembahan malam tu. Jadi hari ni aku cari di Youtube & terjumpa video ni. Apapun persembahan Misha malam tu memang terbaik. Terubat juga rindu para peminat yang dah lama tak melihat persembahannya ;) Jadi kawan2, jom layan~~
(Selain Misha Omar, artis popular lain yang membuat persembahan ialah Dato Siti Nurhaliza & Hafiz)

PERUMPAMAAN PERBEZAAN DIANTARA LELAKI & WANITA~ BETULKAH BEGINI?

PERUMPAMAAN PERBANDINGAN DIANTARA LELAKI & WANITA~ BETULKAH BEGINI?


Aku terjumpa gambar ni di Facebook semalam. Apa yang korang dapat fahami dari gambar ini? Adakah jiwa wanita itu terlalu kompleks & sukar bagi lelaki memahami mereka?

(Ps: Sebenarnya aku jumpa gambar ni di wall FB Ustaz Azhar Idrus. Caption yang UAI berikan untuk gambar ini ialah- "Kepada bakal suami.." Itu je. Ringkas, tapi mempunyai pengertian yang mendalam.)