Tomodachi Sama

Thursday, June 21, 2012

BEN ASHAARI DAN SAYA



Dah lama tak join segmen dari Mr. Ben, bukan sebab aku yang sibuk, tapi sebab Mr. Ben sendiri yang dilanda kesibukan sejak bertambah tanggungjawab sebagai bapa ni. Haa.. segmen kali ni senang je, & pada sesiapa yang nak join, boleh klik banner di atas k ;) Segmen ni tamat pada pukul 11 malam ni, jadi jom cepat2 join!

Mr. Ben ada minta buat ulasan sikit - "Sila bagitau kat rakan rakan anda , blog camanakah yang anda suka baca dan kenapa ? Haa.. senang je kan ?"

"Pada Zam, Zam tak memilih sangat.. Janji ada benda yang nak dibaca, tak kiralah santai atau serius, Zam akan baca. Setiap blog ada gaya penulisan yang tersendiri & menarik, kan? Jadi masing ada kekuatan tersendiri ;)"

JALAN JALAN CARI MAKAN: SIAPA SI HERO MALAYA YANG BAKAL MENJADI HOS MUSIM KE 19? JOM TERJAH!



Diam tak diam, program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sudah pun memasuki musim ke-19! Program kali ini cukup istimewa kerana bukan sahaja menampilkan 4 segmen menarik dalam memperkenalkan tempat dan restoran yang patut dikunjungi, malah para penonton juga akan ditemani dengan seorang pengacara baru yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanahair.



Selepas Shiha (Mentor 5) bergandingan dengan Iqbal Mazlan (Pilih Kasih) sebagai perantara musim lalu menggantikan Qushairi Razali (Qi), nantikan pula kemunculan pelakon muda popular Iqram Dinzly merangkap hos musim baru JJCM yang akan mula bersiaran pada 1 Julai 2012.

Mulai 1 Julai ini, setiap episod mingguan akan membuka tirai dengan segmen pertama yang dikenali sebagai ‘Lain Macam’ yang akan membawa para penonton dan penggemar makanan ke beberapa buah restoran tempatan termasuklah tempat makan menarik yang menyajikan makanan enak dan istimewa di samping mempelajari cara menyediakan serta rahsia keenakan setiap juadah pilihan.

Ikuti penggembaraan Iqram yang akan membawa penonton menjelajah ke destinasi selera bukan sahaja di sekitar kawasan Lembah Klang malah di negeri-negeri seperti Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang cukup sinonim dengan resepi unit serta juadah tempatan yang selalu dijadikan sebagai menu pilihan pencinta makanan.

Musim ini juga lebih menarik kerana setiap lokasi yang dikunjungi mempunyai cerita unik yang tersendiri seperti yang cuba ditampilkan menerusi segmen kedua, ‘Siapa Itu?’ di mana Iqram akan ditemani oleh seorang artis atau selebriti jemputan di dalam setiap episod mingguan. Aiman Hakim Ridza, Wan Sharmila, Izreen Azminda, Adam Shah adalah di antara yang bakal membuat penampilan khas dalam JJCM kali ini.

Saksikan bagaimana gelagat Iqram melayan kerenah para peminat dan penonton bertuah yang telah dipilih untuk tampil dalam segmen ketiga JJCM yang dikenali sebagai ‘Jemput Makan’. Dalam setiap episod yang dipaparkan pihak produksi JJCM akan memilih seorang tetamu jemputan khas menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM atapun para peminat yang sering menghantar emel untuk memberi komen ataupun cadangan kepada program JJCM. Menariknya, mereka yang terpilih juga boleh membawa pasangan masing-masing ataupun ahli keluarga untuk menemani mereka merasai sendiri kelazatan juadah di restoran dan kedai makan yang digemari ataupun baru pertama kali dikunjungi.

Sebelum menutup tirai, jangan lupa menonton segmen terakhir JJCM, ‘Singgah’ yang akan memaparkan kedai makanan yang unik dan lain daripada kebiasaan seperti warung kecil popular ataupun gerai berkonsepkan santai dan ringkas di tepi jalan termasuklah restoran bergerak seperti lori “dapur bergerak” yang terletak di jejambat Pusat Bandar Damansara yang mampu menyajikan makanan untuk 1,000 pelanggan dalam satu-satu masa.

Pastikan anda berada di depan televisyen untuk menyaksikan musim baru program Jalan-Jalan Cari Makan, setiap Ahad, 12.00 tengahari, bermula 1 Julai 2012. Selain itu, para peminat juga boleh melayari laman facebook iaitu Jalan Jalan Cari Makan dan menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my


(SUMBER:OH BULAN)

Untuk MAJLIS PERTUNANGAN Yang Comel.. JOm Terjah!

Untuk pasangan yang menginginkan majlis pertunangan mereka diraikan dalam suasana yang comel & ceria..


Pertama kali tengok pelamin yang cute macam ni. Mungkin sesuai dengan korang yang mahukan kelainan pada majlis pertunangan korang. Zam jumpa gambar ni di wall Facebook Zam, & untuk info lanjut, korang boleh hubungi ERLINA RAHMAT di SINI.Link

ELLA BAKAL BERNIKAH JULAI 2012? KEKASIH DIKATAKAN SEORANG JURUTERBANG~ MR. A!!

Ella & Kekasih Bakal Bernikah Julai 2012? Dikhabarkan juga sebelum ini Ella pernah menghadiri Kursus Kahwin pada 3 & 4 Mac lalu.



Teringat masa kecil2 dulu, Ella pernah digosippkan dengan pemain badminton negara- Rashid Sidek. Siapa yang masih ingat kisah itu? Dan yang paling terkini, ialah dengan Mr. A atau namanya sebenarnya Azhar- seorang juruterbang. Berikut adalah artikel yang dipetik dari blog Roti Kaya. Apapun, ian hanyalah sekadar gossip pbuat masa ini, & apa yang terbaik buat Ella, itulah yang kita harapkan :)

"Awal bulan Mac 2012 yang lalu, media banyak menulis tentang perihal Ella dan kekasih bernama A yang sudah menghadiri kursus perkahwinan di Pusat Bandar Damansara.

Namun tiada sebarang tarikh di’perkatakan tentang bilakah ratu rock Malaysia ini bakal menamatkan zaman bujang’nya. Kami baru sahaja menerima maklumat terkini.

Menurut pengirim e-mail yang rapat dengan keluarga Azhar, juruterbang yang merupakan kekasih Ella, pasangan ini bakal bernikah pada tanggal 7 Julai 2012.

Majlis pernikahan pasangan ini di’khabarkan bakal berlangsung di Klang & persiapan yang sepatutnya sudah pun berjalan. Khabar’nya juga majlis merisik sudah pun selesai.

Tetapi menurut sumber kami ini, majlis resepsi perkahwinan Ella & Azhar hanya akan berlangsung pada bulan Disember 2012 nanti di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Benar atau tidak maklumat yang kami terima ini, hanya Ella dan keluarga sahaja yang mengetahui. Apa yang kita semua tahu, Ella dan pasangan’nya memang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga. Kami di’sini mendoakan yang terbaik."

(TERKINI) WANITA HAMIL TERSEKSA- MENGGELUPUR DITEMBAK PISTOL RENJATAN ELEKTRIK OLEH PEROMPAK!

"Mangsa yang tidak sihat kerana alahan mengandung, ditembak dengan pistol renjatan elektrik oleh perompak semasa berehat di dalam kenderaan."



LAPOR...Yusdi dan Hanee menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja.

Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan.

DYNAS MOKHTAR UMUMKAN NAMA BAYI LELAKINYA

DYNAS MOKHTAR UMUMKAN NAMA ANAK LELAKINYA YANG DILAHIRKAN PADA 15 JUN LEPAS

Sebelum ni Zam ada menulis entri tentang GAMBAR DYNAS MOKHTAR SEBELUM KELAHIRAN ANAK KEDUA, dan kesinambungan dari entri itu, kali ini Zam kongsikan pula entri tentang pengumuman nama anak keduanya itu. Jom baca ;) (kredit kepada Oh Bulan)



"Mungkin sudah ramai yang tertunggu-tunggu mahu melihat gambar bayi lelaki Dynas yang baru lahir kan?

Tidak seperti selebriti-selebriti lain, Dynas mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah bayinya yang baru dilahirkan pada 15 Jun lalu. Menurut Dynas yang dihubungi melalui telefon, dia mengambil langkah ini kerana mengikut pantang-larang yang dipesan oleh ibunya.

Apa pun, setelah hampir seminggu menanti, akhirnya Dynas memberitahu bahawa nama bayi lelakinya ialah Mohamed Haqaish Bin Mohd Hafizy. Sedap telinga OHBULAN! mendengar nama ini. Semoga nanti, anak lelaki Dynas bakal mewarisi bakat dan kebolehan seperti ibunya.

Tidak tahu pula berapa lama yang harus ditunggu, buat para peminat Dynas, kita nantikan saja gambar bayi lelakinya ini tidak lama lagi ya."

Wednesday, June 20, 2012

GAMBAR PERCUTIAN DATO SITI NURHALIZA DI PUNCAK SYDNEY BRIDGE~ 19 JUN 2012

(Terkini) Gambar Dato Siti Nurhaliza di Puncak Sydney Bridge, Sempena Percutian Bersama Para Pemenang Dermagic Stress Free Getaway, semalam (19 Jun 2012).


Rupanya sekarang ni Dato Siti Nurhaliza sedang berada di Sydney, Australia bersama para pemenang Dermagic Stress Free Getaway. (sedikit info, Dermagic merupakan satu siri produk kecantikan dari SimplySiti). Apa yang menariknya, selain di Sydney Bridge, pemenang juga dibawa menaiki yatch untuk makan bersama Dato Siti berlatar belakangkan Sydney Harbour, selain tempat2 best yang lain! Pastinya ia menjadi kenangan istimewa yang sukar dilupakan buat semua pemenang!




KREDIT UNTUK INFO & GAMBAR: AMER AZMAN @ FACEBOOK & SITI NURHALIZA TARUDIN OFFICIAL.

ISU NEELOFA & ANZALNA? Ala.. Diorang Cuma 'Miscommunication' Je Tu..Tak Ada Apa Pun- JOM TERJAH!

Zed Zaidi Akan Panggil Neelofa, Tasha Shilla Dan Anzalna Bersemuka


Macam macam yang dah kita dengar dari isu NEELOFA & ANZALNA dalam seminggu dua ni. Makin lama, makin banyak kisah mereka yang terdedah. Tak salah bila masing-masing berdiri mempertahankan diri masing-masing, itu hak mereka, tapi kalau dah berlarutan & menjadi-jadi, baik dileraikan secepat mungkin & diselesaikan dengan baik. Pada Zam, perkara ni berlaku sebab masalah miscommunication je, tak ada apa pun.. Pendapat korang lak macam mana? Apapun, jom teliti apa pandangan Zed Zaidi dalam isu mereka. (info kredit kepada Beautiful Nara.)

"Kemelut antara Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla tidak perlu berlarutan hingga jadi kes mahkamah. Saya lihat pendekatan seperti nasihat adalah jalan terbaik menyelesaikan isu tiga artis terbabit secara dalaman. Tanpa peguam, tanpa ruang perbicaraan, saya yakin, isu sengketa antara ketiga artis ini akan selesai dengan jalan yang terbaik. Dunia ini kecil saja dan jangan ikut emosi. Pusing sana-sini, mereka akan disatukan juga dalam drama atau filem. Ia juga memberi kesan kepada tawaran berlakon nanti. Sebagai ahli SENIMAN, mereka perlu bersatu. Saya sedang mewujudkan garis panduan yang menetapkan artis lebih beretika ketika mengulas mengenai sesuatu perkara dan tahu mengawal media dengan baik. Bukan apa, takut mereka tersalah cakap dan ada orang yang mahu menangguk di air yang keruh."

SAYA MASIH HIDUP- REMY ISHAK | IKUTI KISAH SEBENAR BAGAIMANA PENYEBARAN DAKWAAN ITU BERMULA! JOM TERJAH!

Pasti ramai yang telah mengetahui tentang dakwaan palsu yang mengatakan Remy Ishak meninggal dunia semalam. Bagaimana penyebaran dakwaan itu boleh berlaku pada awalnya ? Ikuti kupasannya di sini!



KUALA LUMPUR: “Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin hanyalah salah faham,” kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak, 30.

Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.

Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.

“Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi (petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya masih bernyawa, Alhamdulillah,” katanya.

Tuesday, June 19, 2012

(VIDEO) NAKAL & SEDANG INGIN BERCINTA- ZATUL MENTOR 6 feat ZIANA ZAIN

Zatul Mentor 6 feat Ziana Zain Nakal & Sedang Ingin Bercinta - Persembahan mantap dari Ziana Zain & Zatul, selain penampilan istimewa Nabila Huda~ Tak sangka vokal Ziana masih memukau di usia 40 an!



Memang jarang melihat Ziana Zain membuat persembahan, & ini antara persembahan terbaik dari beliau dalam tahun ini bersama Zatul selain dengan Azlan Type Writer dalam ABPBH dulu untuk LAGU UNTUKMU & ANGGAPAN MU.

Kisah & Gambar Dr. Sheikh Muszaphar Ajar Anaknya Berenang Dalam Mingguan Wanita Edisi Khas Sempena HARI BAPA

Sophea Isabella diajar tahan nafas sejak berusia 1 bulan



“Sophea Isabella atau Bella diajar berenang oleh Sheikh Muszaphar . Lahir di dalam air memudahkan Bella mempelajari proses untuk berenang dan apa yang nyata tak semua bayi yang boleh berbuat demikian.Saya dan isteri mula mengajar Bella teknik menahan nafas ketika berada dalam air sejak Bella berusia sebulan dengan meletakkannya di dalam tab mandi di rumah. Malah, setiap kali mandi kami akan menuangkan air ke atas kepalanya secara perlahan untuk membiasakan dia menahan nafas ketika di dalam air.”

“Lama-kelamaan Bella semakin serasi dan selesa dengan keadaan tersebut sehingga berjaya mengawal sendiri nafasnya. Ketika Bella berumur empat bulan, kami mendedahkannya dengan aktiviti air di kolam renang. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama dengan puteri kesayangannya Sophea Isabella, sembilan bulan."

GAMBAR DYNAS MOKHTAR SEBELUM KELAHIRAN ANAK KEDUA

(7 GAMBAR) DYNAS MOKHTAR SEBELUM KELAHIRAN ANAK KEDUA

"Gambar-gambar sebelum Dynas selamat melahirkan anak keduanya pada hari Jumaat (15 Jun) yang lepas."


Sebelum melahirkan anak keduanya, Dynas sempat merakamkan kenangan manisnya ketika mengandungkannya dalam satu sesi photoshoot dengan jurugambar Aizat Aziz. Berikut adalah gambar2 yang dikongsikan dari blog hiburan OH BULAN. Turut menyerikan sesi photoshoot itu ialah anak sulungnya, Khayra Khalyssa.


Tertarik dengan mood yang dibawakan dalam setiap gambar. Setiap gambar yang dihasilkan mempunyai impak yang tersendiri. Suatu hari nanti, teringin nak hasilkan gambar2 macam ni juga :)





TAK BOLEH BLAH! GARA-GARA TUKAR SIARAN EURO, SEORANG LELAKI CEDERA DIPUKUL !

Rasanya ini antara isu yang memang dijangkakan akan terjadi di sepanjang musim perlawanan bola sepak yang besar2 macam EURO ni. Apa kes? Individu yang tukar siaran tu pun tak patut jugak, orang lain tengah syok2 tengok perlawanan tu, kenapalah ditukar ke siaran lain..? Isk3.. Kurang kesedaran SIVIK kah?





CEKUP...anggota polis menahan suspek yang cuba melarikan diri selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, kelmarin.

GEORGETOWN: Akibat menukar saluran televisyen (TV) ketika perlawanan bola sepak Euro 2012 berlangsung, seorang lelaki cedera dipukul pelanggan lain di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, di sini, yang tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit menukar saluran televisyen ketika perlawanan di antara pasukan Russia dan Greece, menyebabkan pengunjung pusat hiburan itu tidak berpuas hati.

Jurucakap polis berkata, berlaku pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan beberapa pengunjung sehingga tercetus pergaduhan yang berlarutan hingga ke luar pusat hiburan terbabit.

Menurutnya, polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan berjaya meleraikan pergaduhan berkenaan.

GOOD LUCK, FRIEND!



Untuk seorang kawan aku yang ambil exam hari ni ;) GOOD LUCK!!

Monday, June 18, 2012

Shah Jaszle Bakal Risik Kekasih Hati 15 Julai Ini?

Shah Jazle & Neelofa dalam Filem Azura (ps: kekasih yang dimaksudkan bukanlah Neelofa ye)

"Sekian lama sepi daripada kontroversi, hari ini menerusi Twitternya, Shah Jaszle telah berkongsi sekeping gambar yang diambil menggunakan Instagram."



Untuk info & artikel penuh dari blog Abang Nara, korang boleh klik BEAUTIFUL NARA.

SETEM ZAMANI 84 DARIPADA AZZAH SAYUR LEMAK!


Tiba2 pagi tadi Zam perasan blogger BEST AZZAH SAID tinggalkan komen kat satu entri lama Zam masa join segmen review dari beliau dulu. Apa yang menariknya, berbanding review beliau ke atas blog2 lain sebelum ini, blog2 yang direview kali ini akan mendapat SETEM ISTIMEWA & CUTE seperti diatas dari CIK AZZAH! Terima kasih sangat sebab jadikan kami antara yang bertuah! Kebetulan pula, Zam memang suka kucing~ kiranya memang kena lah setem ni dengan Zam ;)

Untuk pengetahuan semua juga, CIK AZZAH ni pandai membuat doodle. Kat bawah ni contoh2 doodle dari beliau. Manalah tahu ada yang berminat, boleh request beliau untuk hasilkan doodle yang bersesuaian dengan citarasa korang.




Pada yang berminat untuk di review blog & mendapatkan setem seperti diatas, bolehlah request dari CIK AZZAH sendiri di SINI. Apa lagi? Jom terjah!!

Rita Rudaini Terkejut Aidil Zafuan Tidak Muncul Di Makhamah (18 Jun 2012)

Perkongsian berita dari MStar untuk hari ini untuk mereka yang sering mengikuti kisah mereka ini.



KUALA LUMPUR, 18 JUN 2012: Prosiding bagi mendengar kenyataan balas daripada Rita Rudaini berhubung tuntutan Aidil Zafuan untuk berpindah rumah masih lagi tergantung apabila pemain bola sepak negara itu gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pagi tadi.

Bagaimanapun, dalam prosiding berkenaan, Rita menerusi peguamnya meminta tarikh baru untuk mengemukakan bantahan awal terhadap prosiding tersebut.

Apapun, sebaik tamat prosiding itu, peguam Syarie Rita, Datuk Mohd Zaidi Md Zain memberitahu pihak media bahawa pihak mereka akan memberikan alasan kenapa tuntutan yang dikeluarkan Aidil perlu dibatalkan.

Namun, segalanya akan terjawab pada prosiding yang telah ditetapkan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada 9 Julai 2012.

Kes ini berbangkit sebaik saja Aidil Zafuan mengemukakan tuntutan supaya Rita Rudaini dan anak anak berpindah ke rumah beliau di USJ 1 pada 16 Mei 2012 yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

LOL! INIKAH WAJAH KITA DI PAGI ISNIN?? (4 GAMBAR)

Beginikah Wajah Wajah Kita Di Pagi Isnin? Jom tengok!

PAGI ISNIN. Pasti ramai di kalangan kita yang berada dalam mood yang agak down dari hari2 lain. Maklumlah, selepas 2 hari bercuti, rasa agak keberatan je nak masuk kerja & mengadap tugasan2 yang menimbun semula. Pada yang sentiasa ceria di pagi Isnin, TAHNIAH diucapkan! Anda memang PEKERJA CEMERLANG macam BELIAU ini!

Apapun, jom tengok gambar2 ni~ Adakah begini wajah kita di setiap hari ISNIN??


MUKA TOYE.. Malas nak mandi pagi


MUKA STRESS.. Awal2 pagi dah kene bising dengan bos!


Muka Takut.. Takut bos marah kerje banyak tak siap kot


Ataupun.. Mungkin korang berkesudahan macam ni di pagi Isnin!


Isk isk isk.. ;p

Sunday, June 17, 2012

(Gambar) Model Cina Inikah Kekasih NUBHAN?

"Di katakan model ini kini sedang rajin berulang alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk kerja kerja modelling selain kerap bertemu Nubhan."


Ayat di atas aku petik dari blog terkenal ROTIKAYA. Mungkin ianya sekadar satu spekulasi & tak lebih dari itu. Apapun, kesemua gambar yang ditunjukkan disini sebenarnya diambil semasa sesi pembikinan video klip lagu terbaru Nubhan, PICISAN di Kuantan, Pahang. Apa yang menarik, perjalanan cerita di dalam video klip ini diadaptasi dari sejarah silam cinta Nubhan sendiri.

Kalau tak silap, penghasilan video ini dilakukan dengan menggunakan kamera DSLR. Gambar2 yang diambil pun menarik~ dengan mood & gaya yang tersendiri. Kredit sepenuhnya kepada FAKHRUL AMIN & team nya untuk gambar2 superb di bawah~






ANAK LELAKI WOLVERINE TIDAK MENYUKAI BAPANYA!?

Pasti ramai peminat filem X MEN & sequel nya mengenali watak WOLVERINE yang dipegang oleh pelakon dari Autralia- HUGH JACKMAN. Terbaru, dalam satu temubual, anak lelaki kepada pelakon ini dikatakan tidak menyukai bapanya.. KENAPA?? Jom baca artikel di bawah yang dipetik dari MSTAR ONLINE!

"ANAK LELAKI HUGH JACKMAN TIDAK SUKA BAPANYA BERLAKON"



ANAK kepada pelakon popular, Hugh Jackman iaitu Oscar, 12, tidak gemar bapanya menjadi seorang pelakon dan selebriti terkenal.

"Dia tidak suka apabila ada orang datang kepada saya untuk bergambar atau minta tandatangan saya.

Dia tidak mahu orang lain mengenali ayahnya," ujar Jackman dalam satu temubual mengenai anaknya itu.

Bagaimanapun, Jackman berkata, anak perempuannya iaitu Ava yang baru berusia enam tahun berbangga dengan dirinya.

"Saya pernah terdengar perbualan Ava dengan rakannya dan memberitahu; 'Ayah saya adalah Wolverine'," katanya.


Aktor kelahiran Australia ini sememangnya terkenal dengan sifat penyayang terhadap anak-anak dan sering menghabiskan masa bersama mereka.

"Saya begitu seronok menjadi ayah dan menghabiskan masa bersama mereka dan mereka menyambut kepulangan saya dengan pelukan.

"Hal itu mengingatkan betapa pentingnya kehadiran saya dalam hidup mereka," katanya.

SEJARAH HARI BAPA, & KENAPA IA TIDAK MENJADI ISU SEPERTI HARI IBU

SELAMAT HARI BAPA Buat Semua Abah Di Seluruh Malaysia!



Salam semua :) Pasti ramai yang dah tahu keistimewaan hari Ahad kali ini- 17 JUN, & pada yang terlupa atau tidak tahu, hari ini kita meraikan HARI BAPA! Jadi jangan lupa ya menunjukkan tanda ingatan kita pada mereka hari ini~ ikutlah bagaimana cara sekalipun, asalkan mereka tahu kita mengingati tarikh & hari sambutan khas buat mereka ini ;)

Apapun, pasti ramai yang sedar, sambutan HARI BAPA tidak sebegitu hangat diperkatakan, & yang paling UTAMA, ia tidak menjadi ISU PERDEBATAN seperti HARI IBU. Mengapakah terdapat perbezaan dalam kedua2 sambutan ini? Untuk itu, jom luangkan sedikit masa untuk membaca artikel ini:


SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA

"Menyingkap kembali sejarah, sambutan ini bermula di Fairmont, West Virginia, Amerika Syarikat pada Julai 1908. Sambutan mula-mula ini diuruskan oleh Puan Grace Golden Clayton bagi mengingati kematian 210 orang bapa yang merupakan mangsa tragedi letusan lombong di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Tetapi malangnya, sambutan itu kurang mendapat tempat ketika itu kerana terdapat sambutan yang lain di daerah sekitar. Menyebabkan sambutan itu tidak didaftarkan secara rasmi. Dikatakan Clayton mengatur sambutan ini kerana terdapatnya sambutan Hari Ibu.

Sekitar tahun 1909, Cik Sonora Smart Dodd telah sekali lagi mengulangi idea ini, tetapi idea pada Dodd ini bukan timbul dari cedukan idea Clayton, sekadar cetusan pemikirannya melihatka betapa besarnya pengorbanan dan susah payah bapanya dalam membesarkan keluarganya selepas kematian ibunya. Pada mulanya sambutan ini kurang mendapat perhatian awam dan pihak berkenaan, namun usaha yang berterusan darinya menampakkan hasil apabila sambutan Hari Bapa mula disambut di Spokane, Washington pada 19 Jun 1910.

Pada 1916, semasa sambutan Hari Bapa diadakan di Spokane, Presiden Woodrow Wilson mencadangkan agar sambutan ini dijadikan sebagai salah satu sambutan rasmi tahunan, tetapi ditolak oleh Kongres ketika itu. Usaha ini dicuba kembali oleh Senator Margaret Smith dengan mengemukan usul menuduh Kongres "menganaktirikan" sambutan Hari Bapa selama 40 tahun dengan tidak meletakkannya sebagai sambutan rasmi tetapi meletakkan sambutan Hari Ibu sebagai sambutan rasmi.

Pada 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengemukan tuntutan agar Hari Bapa disambut pada Ahad miggu ketiga Jun setiap tahun sebagai Hari Bapa. Akhir sekali pada 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa sambuta Hari Bapa secara rasminya seperti yang dicadangkan pada tahun 1966. Sambutan ini diteruskan sehingga kehari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia denga tarikh yang berbeza mengikut negara."


Ini pula sedikit info tentang sejarah Hari Ibu:

"Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac.

Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.

Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Churchdianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan."

Dah baca? Jadi, Zam berandaian, pembaca dapat membuat kesimpulan dari apa yang dipersoalkan- Kenapa Hari Bapa Tidak Menjadi Isu Seperti Hari Ibu. Pada pendapat Zam, sejarah kedua-dua sambutan ini datang dari latar yang berbeza, & latar belakang Hari Bapa datang dari peristiwa yang tidak bersabit dengan perayaan keagamaan bangsa lain. Wallahualam..


(SUMBER & GAMBAR DARI GOOGLE)

Saturday, June 16, 2012

(GAMBAR MENGUSIK KENANGAN!) MASIH KAH KAU INGAT?!

Masihkah Korang Ingat Hubungan Pensil & Kaset Ini?


"Serius, gambar ni betul2 mengusik kenangan aku masa kecil2 dulu. Korang yang lahir sezaman dengan aku & sebelum tu pasti faham apa yang aku maksudkan. Dulu2, kalau pita tu terkeluar dari kaset, kita akan ambil pensil untuk gulung & masukkan balik pita dalam kaset (tapi kalau pita tu dah terbelit, tak dapat lah den nak menolong)."

Selain tu, apa lagi kegunaan pensil ni pada kaset ae?? Korang ingat??



Bertengkar, Menyakiti, Menjauhi- BENARKAH Ada HIKMAH Di Sebalik Semua Ini?

Di dalam perhubungan, pasti ada masanya kita di uji saat genting & sulit yang boleh menggugat hubungan itu. Apakah kesudahan yang bakal menimpa diri kita & si dia? Adakah perpisahan yang menanti? Semuanya terserah pada cara kita mengendalikannya. Namun, jika dinilai & ditelusi secara positif, pasti ada hikmah terbesar yang menanti..



"kita bertengkar, kita semakin mengenal..
kita menyakiti, kita semakin menyayangi..
kita menjauhi, kita semakin merindui.."


Kredit pada rakan FB ku untuk perkongsian gambar & kata2 ini ;)


VIDEO: Kucing Cuba Kejutkan Kawannya, Tapi... (VERSI LAWAK!)

(VIDEO) Kucing Cuba Kejutkan Kawannya, Tapi..

Sedih giler! Mungkin ramai yang pernah tengok video menyayat hati seekor kucing cuba kejutkan kawannya yang dilanggar kereta sebelum ni, & apa yang dikongsikan dalam video kali ini adalah satu situasi yang hampir sama~ Jom tengok!



Reaksi Scha Al-Yahya Mengenai Isu ‘Neelofa & Anzalna’

Senior DEWI REMAJA, SCHA AL YAHYA Beri Komen Tentang Perang Dingin Di Antara Neelofa & Anzalna.


Scha Al Yahya, Neelofa & Anzalna- Mereka 3 gadis yang memulakan kerjaya seni dari DEWI REMAJA. Sedikit info, Scha Al Yahya adalah pemenang Dewi Remaja 05/06 manakala Neelofa & Anzalna adalah finalis Dewi Remaja 2010- dengan Neelofa sebagai Pemenang Dewi Remaja bagi tahun itu.

Sehubungan dengan isu perbalahan Neelofa/Anzalna, pihak Media Hiburan Online telah mendapatkan reaksi dari senior mereka, Scha Al-Yahya. Berikut adalah artikel dari MH Online:


"Kontroversi yang melanda dua aktres muda, Neelofa dan Anzalna semakin hangat diperkatakan. Lalu MH Online telah mendapatkan reaksi daripada Scha Al-Yahya yang merupakan bekas pemenang Dewi REMAJA 2005/06.

“Apabila memegang gelaran Dewi REMAJA, orang mahu melibat perkara-perkara yang baik. Orang anggap gelaran Dewi sebagai idola. Ya, memang tidak semua manusia sempurna. Tetapi kalau boleh, minimumkan perkara-perkara yang tidak baik.

"Dalam kes Lofa dan Anzalna, masing-masing datang daripada pertandingan Dewi REMAJA seperti Scha. Jadi bila benda ini terjadi, ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.

“Tambah pula, mereka sama cantik dan sama popular. Sebaiknya, kontroversi ini tidak perlulah diperbesarkan lagi,” nasihat Scha yang turut mengkagumi bakat dua ‘adiknya’ itu dalam dunia lakonan."

Friday, June 15, 2012

(Gambar) Kucing Bermata Bulat Yang Bercelak


Anak kucing baru yang aku temui di sekolah.. Comel! Dengan mata bulat bercelak.. Paling aku suka, corak belang bertampung bulu putih tu~ buat rasa geram nak gigit2 je X3