e

Sunday, June 17, 2012

(Gambar) Model Cina Inikah Kekasih NUBHAN?

"Di katakan model ini kini sedang rajin berulang alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk kerja kerja modelling selain kerap bertemu Nubhan."


Ayat di atas aku petik dari blog terkenal ROTIKAYA. Mungkin ianya sekadar satu spekulasi & tak lebih dari itu. Apapun, kesemua gambar yang ditunjukkan disini sebenarnya diambil semasa sesi pembikinan video klip lagu terbaru Nubhan, PICISAN di Kuantan, Pahang. Apa yang menarik, perjalanan cerita di dalam video klip ini diadaptasi dari sejarah silam cinta Nubhan sendiri.

Kalau tak silap, penghasilan video ini dilakukan dengan menggunakan kamera DSLR. Gambar2 yang diambil pun menarik~ dengan mood & gaya yang tersendiri. Kredit sepenuhnya kepada FAKHRUL AMIN & team nya untuk gambar2 superb di bawah~






ANAK LELAKI WOLVERINE TIDAK MENYUKAI BAPANYA!?

Pasti ramai peminat filem X MEN & sequel nya mengenali watak WOLVERINE yang dipegang oleh pelakon dari Autralia- HUGH JACKMAN. Terbaru, dalam satu temubual, anak lelaki kepada pelakon ini dikatakan tidak menyukai bapanya.. KENAPA?? Jom baca artikel di bawah yang dipetik dari MSTAR ONLINE!

"ANAK LELAKI HUGH JACKMAN TIDAK SUKA BAPANYA BERLAKON"



ANAK kepada pelakon popular, Hugh Jackman iaitu Oscar, 12, tidak gemar bapanya menjadi seorang pelakon dan selebriti terkenal.

"Dia tidak suka apabila ada orang datang kepada saya untuk bergambar atau minta tandatangan saya.

Dia tidak mahu orang lain mengenali ayahnya," ujar Jackman dalam satu temubual mengenai anaknya itu.

Bagaimanapun, Jackman berkata, anak perempuannya iaitu Ava yang baru berusia enam tahun berbangga dengan dirinya.

"Saya pernah terdengar perbualan Ava dengan rakannya dan memberitahu; 'Ayah saya adalah Wolverine'," katanya.


Aktor kelahiran Australia ini sememangnya terkenal dengan sifat penyayang terhadap anak-anak dan sering menghabiskan masa bersama mereka.

"Saya begitu seronok menjadi ayah dan menghabiskan masa bersama mereka dan mereka menyambut kepulangan saya dengan pelukan.

"Hal itu mengingatkan betapa pentingnya kehadiran saya dalam hidup mereka," katanya.

SEJARAH HARI BAPA, & KENAPA IA TIDAK MENJADI ISU SEPERTI HARI IBU

SELAMAT HARI BAPA Buat Semua Abah Di Seluruh Malaysia!



Salam semua :) Pasti ramai yang dah tahu keistimewaan hari Ahad kali ini- 17 JUN, & pada yang terlupa atau tidak tahu, hari ini kita meraikan HARI BAPA! Jadi jangan lupa ya menunjukkan tanda ingatan kita pada mereka hari ini~ ikutlah bagaimana cara sekalipun, asalkan mereka tahu kita mengingati tarikh & hari sambutan khas buat mereka ini ;)

Apapun, pasti ramai yang sedar, sambutan HARI BAPA tidak sebegitu hangat diperkatakan, & yang paling UTAMA, ia tidak menjadi ISU PERDEBATAN seperti HARI IBU. Mengapakah terdapat perbezaan dalam kedua2 sambutan ini? Untuk itu, jom luangkan sedikit masa untuk membaca artikel ini:


SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA

"Menyingkap kembali sejarah, sambutan ini bermula di Fairmont, West Virginia, Amerika Syarikat pada Julai 1908. Sambutan mula-mula ini diuruskan oleh Puan Grace Golden Clayton bagi mengingati kematian 210 orang bapa yang merupakan mangsa tragedi letusan lombong di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Tetapi malangnya, sambutan itu kurang mendapat tempat ketika itu kerana terdapat sambutan yang lain di daerah sekitar. Menyebabkan sambutan itu tidak didaftarkan secara rasmi. Dikatakan Clayton mengatur sambutan ini kerana terdapatnya sambutan Hari Ibu.

Sekitar tahun 1909, Cik Sonora Smart Dodd telah sekali lagi mengulangi idea ini, tetapi idea pada Dodd ini bukan timbul dari cedukan idea Clayton, sekadar cetusan pemikirannya melihatka betapa besarnya pengorbanan dan susah payah bapanya dalam membesarkan keluarganya selepas kematian ibunya. Pada mulanya sambutan ini kurang mendapat perhatian awam dan pihak berkenaan, namun usaha yang berterusan darinya menampakkan hasil apabila sambutan Hari Bapa mula disambut di Spokane, Washington pada 19 Jun 1910.

Pada 1916, semasa sambutan Hari Bapa diadakan di Spokane, Presiden Woodrow Wilson mencadangkan agar sambutan ini dijadikan sebagai salah satu sambutan rasmi tahunan, tetapi ditolak oleh Kongres ketika itu. Usaha ini dicuba kembali oleh Senator Margaret Smith dengan mengemukan usul menuduh Kongres "menganaktirikan" sambutan Hari Bapa selama 40 tahun dengan tidak meletakkannya sebagai sambutan rasmi tetapi meletakkan sambutan Hari Ibu sebagai sambutan rasmi.

Pada 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengemukan tuntutan agar Hari Bapa disambut pada Ahad miggu ketiga Jun setiap tahun sebagai Hari Bapa. Akhir sekali pada 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa sambuta Hari Bapa secara rasminya seperti yang dicadangkan pada tahun 1966. Sambutan ini diteruskan sehingga kehari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia denga tarikh yang berbeza mengikut negara."


Ini pula sedikit info tentang sejarah Hari Ibu:

"Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac.

Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.

Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Churchdianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan."

Dah baca? Jadi, Zam berandaian, pembaca dapat membuat kesimpulan dari apa yang dipersoalkan- Kenapa Hari Bapa Tidak Menjadi Isu Seperti Hari Ibu. Pada pendapat Zam, sejarah kedua-dua sambutan ini datang dari latar yang berbeza, & latar belakang Hari Bapa datang dari peristiwa yang tidak bersabit dengan perayaan keagamaan bangsa lain. Wallahualam..


(SUMBER & GAMBAR DARI GOOGLE)