Tomodachi Sama

Friday, June 29, 2012

HIMPUNAN 22 GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA!


DUA ENTRI HIT YANG MEMAPARKAN 18 FOTOGRAFI CUN IRMA & REDZA DARI JURUKAMERA RASMI~ THE KLIKER KINI BOLEH DILIHAT DALAM 2 ENTRI TERBARU BERIKUT! JOM TERJAH!! (DI SEDIAKAN DALAM 2 ENTRI KHAS- EDISI 29 JUN & EDISI 30 JUN !!)


EDISI 29 JUN 2012



--ENTRI SEBELUM INI--

EDISI TAK RETI PENAT: HIMPUNAN 22 GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REZA! NAK TENGOK? KLIK SINI!



LAGI GAMBAR BARU SEMPENA MAJLIS IJAB KABUL IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER~ JOM TERJAH!

7 LAGI GAMBAR TERBARU SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER YANG BERLANGSUNG DI PUTRA JAYA SEBENTAR TADI.








SUMBER: ROTI KAYA



2 ENTRI HITS LAIN TENTANG MAJLIS MEREKA! JOM TERJAH!!

(GAMBAR) ALHAMDULILLAH! IRMA HASMIE & REZA SYAH AZMEER SELAMAT DIIJABKABULKAN! (29 JUN, 3.55 PETANG)

Kedua pasangan selamat diijabkabulkan di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3.55 petang tadi. Persandingan akan berlangsung di MAEPS, Serdang hari ini jam 8 malam. Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan mempelai!



Irma Hasmie Kini Sah Bergelar Isteri Redza Syah
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada pasangannya, Redza Syah Azmeer Dato' Hj Mohd Radzuan pada jam 3.55 petang tadi.

Irma dinikahkan sendiri oleh bapa kandungnya, Hj Ibrahim Othman dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd Redza Azhar, Pegawai Juru Nikah, Cerai dan Rujuk, JAWI, Putrajaya.

Di majlis pernikahan tersebut, pihak lelaki menyerahkan 11 dulang hantaran , mas kahwin menggunakan mata wang Dinar berjumlah tiga Dinar beserta wang hantaran dan dibalas sebanyak 13 dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis yang bertemakan moden ini diadakan di Dewan Persidangan Dewan Sri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan dihadiri hampir 500 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara dan sahabat handai.

Turut kelihatan beberapa orang rakan artis seperti Misha Omar, Diana Amir, Yatt Hamzah dan ramai lagi.

Di majlis itu juga, Irma anggun dengan busana hasil rekaan Hatta Dolmat sementara pengantin lelaki mengenakan baju Melayu hasil sentuhan Ezuwan Ismail.

SUMBER1 SUMBER2


2 ENTRI TERBARU (UPDATE) TENTANG MAJLIS MEREKA! JOM TERJAH!!

IRMA HASMIE AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN HARI INI, 29 JUN 2012

Majlis pernikahan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan akan diadakan pada 29 Jun (hari ini) di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3 petang. Manakala persandingan akan berlangsung di MAEPS, Serdang hari Ahad (1 Julai) pada jam 8 malam.




Aku hampir terlupa yang hari ni, Irma Hasmie akan diakad nikahkan dengan Redza Syah Azmeer di Putra Jaya.Kepada pasangan ini, diharapkan majlis yang akan berlangsung sebentar nanti akan berjalan dengan lancar. Aminnn


3 ENTRI TERBARU (UPDATE) TENTANG MAJLIS MEREKA! JOM TERJAH!!

GAMBAR: IKLAN KEMPEN ANTI BUANG BAYI YANG KEJAM!!

TERGAMAK KE KORANG BUAT MACAM NI??


MESEJ YANG DISAMPAIKAN BUKANLAH UNTUK MENGGALAKKAN PEMBUANGAN BAYI, TAPI APA YANG INGIN DITUNJUKKAN DISINI, SANGGUPKAH ANDA MEMBUANG BAYI YANG TAK BERDOSA & COMEL SEPERTI DALAM GAMBAR DIATAS BEGITU SAHAJA? DI MANA PERIKEMANUSIAAN KITA?

Thursday, June 28, 2012

(GAMBAR) Pertemuan Pelakon Hairie Othman Dengan Dato Nik Aziz (Semalam) Di Shah Alam

HAIRIE OTHMAN DILIHAT MENGUCUP TANGAN TUAN GURU, SELAIN MAKAN BERSAMA SAMBIL BERSILA & BERALAS SURAT KHABAR.




Hairie Othman mengunjungi Tok Guru Nik Aziz Nik Mat di hotel penginapannya di Shah Aam, semalam.

Ramai artis yang melibatkan diri mereka dalam politik sekarang ni, tidak kira mana2 parti. Apapun pendapat & ideologi mereka, kita sebagai rakyat Malaysia yang berpegang kepada nilai demokrasi, janganlah mempersoalkannya, ok. Kita cuba bersikap neutral dalam hal ini. Masing2 berhak berdiri di atas pendapat masing2, kan ? ;)

MUZIK VIDEO (OFFICIAL) TERUKIR DI BINTANG OLEH YUNA~ JOM TONTON!

MUZIK VIDEO [OFFICIAL] YUNA- "TERUKIR DI BINTANG" YANG BARU DI UPLOAD DI YOUTUBE BEBERAPA HARI LALU~ JOM TENGOK!

Sebelum ini pasti ramai yang telah menonton muzik video Yuna- Terukir Di Bintang (unofficial) di Youtube, yang berlatarkan bandar Venice. Kini, Yuna tampil dalam Muzik Video Terukir Di Bintang, tetapi dalam versi terbaru~ dalam mode klasik & santai. Mungkin kerana ingin menyesuaikannya dengan alunan muzik lagu tersebut yang memang klasik. Tapi adakah percubaan itu berjaya dalam muzik video terbaru ini seperti di dalam muzik video unofficial? Jom sama sama tonton!

Wednesday, June 27, 2012

3 FILEM TOP HOLLYWOOD MINGGU INI YANG BOLEH ANDA TONTON DI MALAYSIA SEKARANG~ JOM TERJAH!

TURUT TERSENARAI IALAH SEBUAH FILEM BARU- "ABRAHAM LINCOLN:VAMPIRE HUNTER" YANG MENJADI BUALAN RAMAI & MENERIMA KRITIKAN MEMBERANGSANGKAN!

Aku di ajak seorang kawan minggu lepas untuk menonton filem ABRAHAM LINCON: VAMPIRE HUNTER di Lotus Five Star, Kuching- tapi disebabkan sibuk dengan urusan seharian, aku tangguhkan dulu untuk menontonnya. Jujurnya itulah kali pertama aku mendengar judul filem itu, sebab tak pernah terlihat kempennya sebelum ini di mana mana. Apapun, dengar katanya filem ini mendapat kritikan yang memberangsangkan. Dan sebentar tadi di Box Office Chart, aku dapati filem ini berada di carta ke 3 untuk 22 JUN - 24 JUN lepas! Kiranya khabar yang disampaikan oleh kawan itu ada benarnya! Jom kita ikuti sinopsis untuk 3 FILEM TOP HOLLYWOOD MINGGU INI dalam artikel bawah:


KEDUDUKAN NO. 3:
ABRAHAM LINCOLN:VAMPIRE HUNTER
DURASI: 1 JAM 45 MINIT
GENRE: AKSI


Kisah yang menggunakan watak sebenar Presiden ke 16 Amerika, Abraham Lincoln ini sebenarnya diadaptasi dari sebuah novel pada 2010 yang turut menggunakan judul yang sama. Digambarkan dalam kisah ini, Encik Presiden sebenarnya mempunyai identiti rahsia sebagai seorang pemburu & pembunuh pontianak! Pergh~ nampak je noble gayanya, tapi rupanya ganas juga!


KEDUDUKAN NO. 2:
MADAGASCAR 3: EUROPE'S MOST WANTED
DURASI: 1 JAM 33 MINIT
GENRE: PENGEMBARAAN, KOMEDI


Lawak tahap antarabangsa yang tak boleh blah! Aksi haiwan haiwan haiwan ni memang menggeletek hati! Kesinambungan dari siri yang lalu, Alex (Si Singa), Marty (Kuda Belang), Melman (Zirafah) & Gloria (Badak Air) ingin pulang ke NEW YORK, dan mereka telah meminta bantuan dari penguin penguin yang sedang berada di Monte Carlo ketika itu untuk menerbangkan mereka kembali ke New York. Ketika berada di sana, berlaku kekecohan sesama mereka yang akhirnya menyebabkan mereka diburu oleh agen Monaco Animal Control yang cukup profesional & ganas!


KEDUDUKAN NO. 1:
BRAVE
DURASI: 1 JAM 40 MINIT
GENRE: AKSI


Berlatar belakangkan kawasan tanah tinggi di Scotland pada kurun ke 10, filem animasi terbaru dari PIXAR & DISNEY ini mengisahkan tentang seorang pemanah yang bernama Merida yang juga merupakan puteri kepada seorang Raja. Secara ringkasnya filem ini memaparkan keberanian seorang wanita dalam merubah nasib keluarganya yang disumpah!

Jadi pada yang berpeluang untuk menonton tu, jom serbu panggung di sekitar tempat korang! Sambil2 berhibur, dapatlah hilangkan stress kerja, kan!?

SUKA SUKA HATI JE BUANG BAYI COMEL NI DALAM BUT KERETA ORANG! TAK ADA PERASAAN KE?!

SANGKAKAN BUNYI TANGISAN BAYI DATANG DARI RADIO KERETA, RUPANYA DARI DALAM BUT!

Comelnya bayi ni.. Cukup sifat.. Tapi kenapa masih ada yang tergamak membuangnya awal2 dulu? Lebih teruk lagi, dalam but kereta.. Isk2.. Kalau lah wanita yang menemuinya tu tak temukan awal2, silap2 bayi tu boleh kelemasan dalam kereta.. Astargfirullahalazim.. Kesian kat bayi ni!




Ketika ditemui, bayi diatas yang diberi namaAlias Daniel dipercayai berusia 20 hari.. Kini, dia yang berusia 2 bulan berada dalam keaadaan yang baik di bawah jagaan wanita yang menemuinya. Berikut adalah petikan dari akbar Harian Metro:

"JOHOR BAHRU: Seorang wanita tidak menyangka suara tangisan anak kecil didengarnya ketika memandu, membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki yang diletak dalam but keretanya, dipercayai ketika dia singgah membeli makanan di sebuah restoran.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku jam 3.55 petang pada 27 Mei lalu ketika wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zura, 27, memandu seorang diri menuju ke Kangkar Pulai, di sini.

Menurutnya, ketika ditemui bayi yang sihat dan cukup sifat itu dipercayai baru berusia tidak sampai 20 hari dan kini umurnya mencecah dua bulan.

Manayi berkata, dalam laporannya kepada polis, Zura memaklumkan, pada mulanya dia menyangka bunyi tangisan bayi didengarnya datang daripada radio keretanya.

“Zura kemudian menutup radio keretanya, namun bunyi tangisan bayi berkenaan masih kedengaran. Dia kemudian memberhentikan kereta dan membuka but sebelum terkejut mendapati ada bayi lelaki di situ."

Tuesday, June 26, 2012

SIAPA LELAKI BERNAMA POK MANG DI SISI USTAZ AZHAR IDRUS?

LELAKI INI (POK MANG) SERING DILIHAT MENJADI MODEL FOTOGRAFI USTAZ AZHAR IDRUS.

Bagi mereka yang mengenali Ustaz Azhar Idrus melalui bidang fotografi & yang selalu berkunjung ke DIGITAL MUKMIN.COM, pasti mereka biasa melihat wajah & susuk seorang lelaki tua yang sering menjadi model photoshoot beliau. Aku sendiri pun tertanya tanya sebelum ini, siapakah sebenarnya lelaki yang lebih mesra dipanggil POK MANG ini oleh Ustaz Azhar Idrus. Akhirnya, secara tak sengaja tadi sewaktu mencari maklumat tentang Ustaz Azhari Idrus, aku terjumpa artikel mengenai lelaki 'misteri' ini..


Pok Mang disisi Ustaz

Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang yang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim tengkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini. (SUMBER)


Mungkin kerana wajah Pok Mang mempunyai nilai estetika yang tersendiri bila diabadikan dalam imej fotografi, maka Ustaz Azhar Idrus selalu menjadikan pembantu beliau sendiri sebagai model ;) Di bawah ni aku kongsikan beberapa gambar yang diambil oleh Ustaz Azhar Idrus.








(Selingan) Pada aku, minat Ustaz Azhar Idrus dalam bidang fotografi ni secara tak langsung sebenarnya menarik golongan muda untuk mendekati agama. Golongan muda kini ramai yang meminati bidang fotografi, & pasti ada diantara mereka yang berkongsi minat itu bersama dengan Ustaz Azhar Idrus. Setuju? ('',)

GEMPAR! ANAK MATI DITUSUK MATA & MULUT DENGAN BATANG PENYAPU OLEH BAPANYA! ~ SADIS GILER!

Kes jenayah terbaru yang dilaporkan dalam akhbar hari ini (26 Jun) yang berlaku di Beluran.. Makin hari, makin tenat agaknya jiwa manusia ni. Sampai sanggup membunuh anak sendiri, & lebih teruk dengan cara yang sangat kejam! Ikuti kupasannya dalam artikel di bawah ini:


BELURAN: Berang anak lelakinya sering berkeliaran dalam keadaan bogel, seorang bapa bertindak kejam apabila bukan saja menusuk kedua-dua belah mata anaknya, malah mulutnya turut ditusuk dengan batang penyapu sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Ladang Metro Telupid, dekat sini, malam kelmarin.

Lebih mengerikan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mayat mangsa dikenali sebagai Nasrul Ali, 24, turut ditusuk di beberapa bahagian muka sehingga wajahnya sukar dicam selain beberapa tusukan di belakang badannya dipercayai menggunakan batang penyapu sama.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang mengalami masalah mental dikatakan berkeliaran dalam keadaan berbogel di kawasan rumah kongsi, menyebabkan bapa mangsa yang juga seorang bomoh kampung berang lalu menangkapnya.

Selepas itu, suspek mengheret mangsa masuk ke dalam rumah mereka sebelum bertindak kejam apabila menusuk kedua-dua biji mata anaknya itu dengan batang penyapu dan suspek turut menusuk mulut pemuda itu sehingga mati.

Selepas itu, suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai memandikan mayat anaknya itu menggunakan lapan biji kelapa, selain meletakkan dua biji pisang di tepi mayat anaknya.

Monday, June 25, 2012

SIREH Pengganti PAPER MINT?


"DAUN SIREH PENGGANTI PAPER MINT? BIAR BETUL??"

Mungkin kedengaran pelik pada sesetengah orang, tapi pada aku, aku akui kebenarannya. Oh, jangan salah faham, kata kata ini bukan aku petik dari orang lain, tapi dari pengalaman & kebiasaan aku sendiri. Ada masanya, AKU SUKA MAKAN SIREH, & biasanya sireh kepunyaan kakak tukang masak di sekolah yang aku akan kebas setiap kali aku ternampak sirehnya di dapur.. Heh heh.. Tapi bukan setiap hari.. Bukanlah aku ketagih memakannya, cuma ada masa masa tertentu- bila mulut & tekak aku rasa tak selesa. Berbanding paper mint atau gula gula, aku lebih sukakan rasa pijar & pedas sireh. Percaya atau tidak, rasa itulah yang boleh menyebabkan ketagihan yang kronik!

Orang muda seperti aku makan sireh? Jangan dihairankan.. Membesar di kampung, aku biasa melihat orang orang tua memakan sireh, sampai aku teringin untuk merasanya masa kecil. Memang aku muntahkan pada kali pertama memakannya, tapi yang hairannya aku tak pula serik untuk mencuba lagi selepas itu bila berpeluang. Mungkin aku nak tunjuk hebat pada mereka kot, yang budak kecil macam aku pun pandai makan sireh.. (perangai tak boleh blah.. haha)


Sireh sememangnya mempunyai sentimen tersendiri dalam masyarakat kita, dan tidak dapat dipisahkan dengan adat resam & budaya orang Melayu ( Secanggih mana pun kita, masa kahwin nanti, kita tak kan boleh tinggalkan sireh junjung, kan..? ) Dan kegunaan sireh sebagai penawar dalam rawatan herba tradisonal Melayu sejak berkurun dahulu pun diakui dalam perubatan moden. Berikut adalah petikan artikel yang aku dapatkan dari sirehemas.tripod.com.

"Sirih atau nama saintifiknya Piper betle L. adalah tumbuhan herba tempatan yang mengandungi banyak khasiat. Ia mempunyai sifat unik iaitu stypic (menahan pendarahan), vulnerary (menyembuhkan luka), stomachic (ubat saluran pencernaan), menguatkan gigi dan membersihkan tenggorok.

Hasil penemuan kajian - kajian saintifik oleh pakar - pakar kajian herba produk mengatakan sirih mengandungi komponen - komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan."

Ini baru sedikit. Banyak lagi khasiatnya, & biasanya sireh ini juga dikaitkan dengan rahsia awet muda seseorang (Guru Besar aku yang kata, bukan aku.. Dia pun merupakan 'pembekal' sireh kat sekolah ni.. haha). Kalau nak tahu lagi tentang khasiat sireh, korang boleh cari di internet atau tanya mereka yang selalu mengamalkannya.

Pernah aku terbaca, yang daun sireh ini mempunyai khasiat yang setanding TEH HIJAU orang Jepun! Tapi disebabkan proses menghasilkan serbuk teh menggunakan haba yang dapat memusnahkan khasiat di dalam daun sireh, maka ia tidak dapat dijadikan teh. (kalau ditukarkan menjadi gula gula, mungkin boleh!)

Jemput makan sireh minum teh ..

Itu sahaja buat masa ni. Maaflah, entri terpanjang dari biasa. Apapun, thanks sebab sudi singgah & baca ;)

(SUMBER & GAMBAR: GOOGLE, FLICKR, NATIONAL GEOGRAPHIC)

KAD HARI JADI Dari NUBHAN.. NiCE!

Kad Ucapan HARI JADI Dari NUBHAN.. NiCe



Minggu lepas, masuk je bilik guru bila selesai mengajar, aku perasan ada sepucuk surat diletakkan atas netbook. Tengok je sampul, aku dapat agak apa isi di dalam. Tersenyum jap bila sampul tu dibuka.. Macam tahun tahun sebelum ni, mereka tak lupa untuk hantar kad ucapan hari jadi.. Hehe.. Thanks Nubhan.. Thanks NUBIES.. Ingat lagi korang kat Zam ya.. Lama giler dah tak join aktiviti dengan mereka, kali terakhir masa perlawanan bowling antara Nubhan FC & Tomok FC 2 tahun lepas.. Sekarang ni Zam makin sibuk, & jarak yang membataskan. Insya Allah kalau ada event lagi lepas ni, & kalau berpeluang, Zam akan turun padang.. THANKS Again!

(Hari jadi dah nak dekat.. nampak gaya sambut sorang2 lagi lah kat Kuching tahun ni)


BUAT WANITA: BERHATI-HATI JIKA ANDA JALAN BERSENDIRIAN DI MALAM HARI. KEJADIAN SEPERTI INI BOLEH TERJADI.

BUAT WANITA: BERHATI-HATI JIKA ANDA TERPAKSA JALAN BERSENDIRIAN DI MALAM HARI. MALANG TIDAK BERBAU


TERKINI: Seorang wanita dirompak seorang lelaki yang didakwa penyamar sebagai pengemis sewaktu keluar bersendirian di malam hari pada 19 Jun lalu. Hati- hati lah ya.. Orang yang berniat jahat ni licik mencari peluang dalam waktu kita alpa & tidak bersedia. Semoga perkara seperti ini dijauhkan dari kita.. Petikan ringkas di bawah dipetik dari MyMetro.

"KUALA LUMPUR: Niat murni seorang wanita memberi sedekah 50 sen kepada lelaki bertongkat yang menyamar sebagai peminta sedekah mengundang padah apabila lehernya dijerut dan ditumbuk di muka sehingga pengsan oleh pengemis terbabit sebelum wang tunai dan telefon bimbitnya dicuri.

Mangsa, Nurhayati Kamisan, 28, berkata, akibat kejadian itu dia terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama dua hari kerana mengalami kecederaan teruk di muka selain retak di dahi gara-gara dibelasah lelaki terbabit.

Menceritakan kejadian itu, Nurhayati berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam 19 Jun lalu berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah, di sini.

Menurutnya, ketika itu dia berjalan kaki menuju ke rumah tunangnya di Pangsapuri San Peng dan tiba-tiba disapa seorang lelaki yang meminta sedekah."


Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini.

Sunday, June 24, 2012

LAWAK Kucing COVERLINE: COMEL!!

LAWAK Kucing COVERLINE.. Memang tak boleh blah!


Entri santai untuk pagi ini sebelum memulakan kerja~ Selamat Pagi semua! Harap mood korang baik2 je pagi ni, walaupun di hari Isnin ;)

Apa komen korang tentang penyampaian karikatur di atas yang menggunakan tulisan Jawi? Pada aku, ia satu pendekatan yang boleh dipuji- dalam menarik perhatian mereka di luar sana untuk memahami, membaca & memantapkan penguasaan Jawi mereka sendiri.

Konklusi Minda: PERBEZAAN KETARA Antara Mereka Yang LEMAH, GAGAH & BIJAK

Apa PERBEZAAN KETARA Antara Mereka Yang LEMAH, GAGAH & BIJAK?




LEMAH, GAGAH dan BIJAK yang dimaksudkan bukan dinilai dari segi SAIZ tubuh badan mahupun USIA, tapi dinilai dari keupayaan membawa diri & mencorakkan kehidupan dalam mengharungi cabaran kehidupan sosial yang sangat rumit. Jom nilaikan kata-kata di bawah ini, & mungkin korang juga bersetuju dengan pendapat ini:





"Mereka yang LEMAH akan MEMBALAS DENDAM
Mereka yang GAGAH akan MEMAAFI
Mereka yang BIJAK TIDAK AKAN MENGHIRAUKANNYA"



Bagaimana? Korang mesti pernah mengalami situasi dimana berdepan dengan kerenah manusia yang memeningkan.. Pada keadaan seperti itu, manakah antara SIFAT diatas yang mencerminkan tindakan kita? Sekadar renungan bersama..

Ps: Entri kali ni ringkas saja, sekadar memenuhkan syarat buat masa ni sebab dari pagi tadi tak sempat post sebarang entri dek kesibukan mengikuti kuliah di OUM.. Pada yang singgah melawat ke blog Zam hari ni, terima kasih banyak-banyak ye ~ sokongan korang memang Zam hargai! ;))


Saturday, June 23, 2012

GAMBAR Terbaru Nik Aziz Yang SIMPLE & STEADY! CECAH 23K LIKE Di FACEBOOK Dalam SEHARI!

GAMBAR Terbaru Nik Aziz Yang SIMPLE & STEADY! CECAH 23K 'LIKE' DI FACEBOOK Sejak Di Publish Semalam!

Caption: Membeli air minuman seusai kuliah di medan ilmu...


Speechless. Itu yang mampu Zam katakan. Memetik kata2 seseorang di FB: "Wlaupun biase dimata dunia..tp hebat di mata hati.."

SUMBER

"Only In Malaysia u will see a person who become MB for already 19 years,still humble.."
p/s:no politic,it just i admire 1 INDIVIDUAL who coincidentally a politician

ENTRI HITS Sebelum Ini: KISAH SEBENAR DI SEBALIK GAMBAR NIK AZIZ MAKAN DI WARUNG~ JOM SELONGKAR!

Segmen : Ayu Cari Rakan Blogger



Kali ini SEGMEN dari BLOGGER AYUINSYIRAH pula (sedap nama dia).. AYU ingin menambahkan kenalan & menjadi rakan korang, jadi pada sesiapa yang ingin meramaikan rakan2 di sunia blog ni, korang boleh join segmen dari AYU ini, selain dari segmen2 lain yang Zam tuliskan dalam entri2 di bawah. Selamat bersegmen k! Pada yang berminat, HIT pada banner di atas untuk info lanjut!

Segmen Tambah Follower Blog!


Segmen ke 3 untuk hari ini! Perghh.. Sedang gigih tak ingat! Apa yang penting, support rakan2 blogger kita! Pada yang ingin menambahkan follower, segmen dari CIK PURPLE ini dapat membantu anda~ Insya Allah! Zam dulu pun bermula dengan segmen macam ni lah.. Okey! Pada yang berminat, jangan lupa dapatkan info dengan HIT pada banner diatas!

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan (PART II)



Segmen kedua untuk hari ini! Alor.. Cute nye aiskrim! Comel header blog CIK MISS Z ni.. Pada yang nak tahu segmen ni tentang apa, boleh hit banner di atas k!

ZAM BLOGGER DARI SARAWAK(sebab qurrently kerja di Kuching biarpun berasal dari KELANTAN), dan bilangan follower 2603 ;))

"Segmen : Amira Nak Review Blog Korang"


Lama dah tak join segmen! Jadi hari ni nak join macam2 segmen dari blogger lain~ & semua segmen ni Zam dapat tahu dari blog Mr. E'raz Fadli tadi. Jadi, yang pertama Zam sertai ni segmen BLOG REVIEW dari AMIRA~ Pada sesiapa yang inginkan blognye direview, boleh lah join segmen ni ok. Hit pada banner di atas untuk info lanjut ;)

Ada seorang blogger ni Zam nak tag untuk join segmen ni.. Sebab Zam suka blogger ni (jangan salah faham ae.. SuKa sebab akhlaknya), Zam nak tag Kak Maszull! Hehe..

(Ps.. Adik.. Zam tak dapat tengok lah banner adik.. Last2 Zam print screen je header blog.. Boleh? Heh2)

Blogger PALSU? Siapa TU??

Korang pernah dengar istilah BLOGGER PALSU? Jarang kan? Biasanya, akaun FACEBOOK & TWITTER yang banyak dipalsukan atau FAKE ni, nak2 lagi kalau individu tu orang terkenal. Contohnya, Zam pernah baca kisah LYSAA FAIZUREEN dimana ada seorang budak ni buat akaun satu laman sosial PALSU atas nama beliau! Memang tak boleh blah lah budak tu.. & terbaru, MR. BEN ASHAARI ada dedahkan satu akaun di FB yang gunakan nama/gambar beliau, dan yang tak boleh tahan, cover image untuk timeline tu boleh menimbulkan spekulasi yang tidak sihat kepada Mr. Ben! Fuhhh!!

Bagaimana pula dengan BLOG PALSU? Pernah jumpa tak? Setakat ni, Zam sendiri belum pernah jumpa, tapi aku pernah terbaca ada satu blog ni yang gunakan populariti NAJWA LATIF. Kononnya blog NAJWA LATIF tapi blogger tu orang lain... Haishh.. Macam macam kan?

TAPI DALAM ENTRI KALI INI, ZAM NAK PERKENALKAN SEBUAH BLOG & BLOGGER YANG 100% ORIGINAL.. TIADA KEPALSUAN.. Bukan macam kisah2 yang Zam ceritakan diatas.. Blogger ni memang blogger yang baik punye ;)

SIAPAKAH DIA? Macam yang Zam sebutkan diatas, beliau ialah blogger kepada blog TIADA KEPALSUAN~~ MUHAMMAD YUNUS ;D



Istimewanya blog ini? Zam akui banyak perkongsian bermanfaat untuk kita bersama. Apa yang ditonjolkan dalam blog ini boleh kita jadikan iktibar- adakalanya bagai mengetuk minda separa sedar kita. Ini antara yang Zam cedok dari blog beliau secara haram.. heh2



Nak baca lagi entri2 seumpama ini? Jadi, apa lagi, jom singgah BLOG TIADA KEPALSUAN ni! Memang 100% TIADA KEPALSUAN.. Korang boleh klik mana2 gambar untuk ke sana, orait? Sambil2 blogwalking bolehlah menambahkan kenalan, kan? PEACE ;))

KISAH SEBENAR DI SEBALIK GAMBAR NIK AZIZ MAKAN DI WARUNG~ JOM SELONGKAR

IKLAN JAP!  ENTRI MENARIK HARI INI 16 OKTOBER 2012!  HARAM BERKAHWIN WANITA SATU PEJABAT!!


KISAH SEBENAR DI SEBALIK GAMBAR NIK AZIZ MAKAN DI WARUNG


Only In Malaysia u will see a person who become MB for already 19 years,still humble n eat at warung...
p/s:no politic,it just i admire 1 INDIVIDU who coincidently a politician

copy from source:Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.

Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan.

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan memberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama di meja beliau sambil berborak menanyakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi...

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. .Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.

Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu.

p/s2:POLITICAL COMMENT WILL BE DELETE OR IF U TROLL...BAN STRAIGHTAWAY...keep in mind..we r neutral..million thanx for ur cooperation :)

SUMBER: FB