Tomodachi Sama

Thursday, July 5, 2012

GAMBAR: AKSI TERLARANG YANG TAK SEPATUTNYA DILAKUKAN DI DEPAN UMUM!

AKSI YANG TAK PATUT DILAKUKAN DI DEPAN UMUM!


.
.
.
.
.
.
.
.

tapi kalau spesis ni, tak jadi satu kesalahan.. kan?




Tetiba terjumpa dua ekor pepatung ni dekat wakaf di kawasan sekolah tengah hari tadi.. Walaupun sedar kehadiran aku kat situ, ia tak terbang lari.. Jarang juga jumpa peluang untuk shoot gambar macam ni.. Sayang, aku tak ada macro lens. Kalau ada, lebih sesuai untuk ambil gambar serangga2 ni. Apapun, cepat2 aku ke bilik guru, ambil kamera untuk shoot gambar.. Nasib sempat.. Lepas shoot beberapa kali, serangga tu terus lari. Terganggu dengan aku agaknya..

Bila Ayah Ngah Teringat Kat Amirul..

RINDUNYA KAT ANAK BUAH..



Sejak abang ipar (arwah) tinggalkan kami April lepas, tiap hari ingatan aku makin kuat kat Amirul, anak sulung arwah.. Rindu lak.. Baru baru ni, kebetulan singgah kat shopping mall, ternampak kereta Hotwheels.. Jadi aku belikan 2 buah.. Tanda ingatan kat dia.. Nanti ada masa, aku nak pos kan ke Serdang.. Sibuk sangat minggu ni..

FOTOGRAFI CUN: DIANA AMIR & HELIZA HELMI DARI THE KLIKER!

SELEKSI GAMBAR DIANA AMIR & HELIZA DI MAJLIS IRMA|REDZA DARI THE KLIKER~



Wednesday, July 4, 2012

(GAMBAR) HELIZA HELMI, REBECCA NUR AL ISLAM, VANIDA IMRAN & SUAMI DI MAJLIS RESEPSI IRMA & REDZA

FOTO RAKAN ARTIS YANG MENGHADIRI MAJLIS RESEPSI IRMA & REDZA.. ANTARANYA HELIZA HELMI & REBECCA NUR AL ISLAM.

Lagi gambar sekitar Majlis Resepsi Wedding Of The Year~ Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer.. KREDIT: THE KLIKER.






8 ENTRI HITS SEBELUM INI~ SEMUA TENTANG FOTOGRAFI MAJLIS IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DARI THE KLIKER! + VIDEO ESKLUSIF DARI AWAN STUDIO MALAYSIA!

1. (Gambar) Detik Istimewa Yang Kita Terlepas Pandang Di Majlis Irma & Redza

2. VIDEO ESKLUSIF: MAJLIS PERNIKAHAN IRMA HASMIE IBRAHIM DAN REDZA SYAH AZMEER DARI AWAN STUDIO MALAYSIA

3. (Lagi 10 Foto TERBARU Dari OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, 1 JULAI 2012

4. CAK! SCHAWAL @ MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH (GAMBAR)

5. (7 GAMBAR DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, 1 JULAI 2012

6. (GAMBAR) MISHA OMAR, DIANA AMIR & HELIZA TAMPIL SOPAN & AYU DI MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA

7. (Lagi 9 Foto TERBARU Dari OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA DI PUTRA JAYA

8. (9 GAMBAR DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA DARI THE KLIKER

(Gambar) Detik Istimewa Yang Kita Terlepas Pandang Di Majlis Irma & Reza

(GAMBAR) DETIK ISTIMEWA YANG KITA TERLEPAS PANDANG DI MAJLIS IRMA & REDZA.
ANTARANYA: SAAT IRMA TERHARU DI KETIKA REDZA SAH MELAFAZKAN AKAD.



Sebenarnya himpunan gambar dalam entri kali ini mengumpulkan beberapa gambar & detik istimewa yang aku terlepas pandang di wall photo The Kliker- jurugambar rasmi untuk Majlis Irma & Redza. Sebelum ini, banyak dah entri tentang majlis mereka yang aku letakkan disini. Jadi, rasa tak lengkap pula bila tak letakkan di sini untuk lengkapkan semua gambar..










7 ENTRI HITS SEBELUM INI~ SEMUA TENTANG FOTOGRAFI MAJLIS IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DARI THE KLIKER! + VIDEO ESKLUSIF DARI AWAN STUDIO MALAYSIA!

1. VIDEO ESKLUSIF: MAJLIS PERNIKAHAN IRMA HASMIE IBRAHIM DAN REDZA SYAH AZMEER DARI AWAN STUDIO MALAYSIA

2. (Lagi 10 Foto TERBARU Dari OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, 1 JULAI 2012

3. CAK! SCHAWAL @ MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH (GAMBAR)

4. (7 GAMBAR DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, 1 JULAI 2012

5. (GAMBAR) MISHA OMAR, DIANA AMIR & HELIZA TAMPIL SOPAN & AYU DI MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA

6. (Lagi 9 Foto TERBARU Dari OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA DI PUTRA JAYA

7. (9 GAMBAR DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA DARI THE KLIKER




Tuesday, July 3, 2012

VIDEO ESKLUSIF: MAJLIS PERNIKAHAN IRMA HASMIE IBRAHIM DAN REZA SYAH AZMEER DARI AWAN STUDIO MALAYSIA





TERUSKAN MEMBACA ENTRI BERIKUT..


VIDEO ESKLUSIF DARI AWAN STUDIO MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PERNIKAHAN (29 JUN 2012) IRMA HASMIE IBRAHIM & REDZA SYAH AZMEER.. SAKSIKAN DEBARAN PADA WAJAH IRMA SAAT REDZA DI AKAD NIKAHKAN OLEH AYAHANDA IRMA SENDIRI... SYAHDUNYA



Terjumpa video ni di blog Beautiful Nara tadi.. Pada sesiapa yang dah tengok, pasti korang terasa syahdu.. Terasa suasana macam mana perjalanan majlis tu dari awal hingga ke saat mereka sah diijabkabulkan menjadi suami isteri.. Nak nak lagi saat Irma kelihatan terharu tu.. Pada yang belum tengok, jom tonton.. Manalah tahu, boleh jadi idea konsep perkahwinan korang pulak ;)



JANGAN BERSIKAP TERUS PERCAYA PADA BEBERAPA HADITH YANG DIKONGSIKAN DI LAMAN SOSIAL.. Susulan Penyebaran Hadith Tentang Bulan Sya'ban.. JOM SELONGKAR

ADAKAH HADITH INI HADITH YANG SAHIH? "BARANG SIAPA YANG MENGINGATKAN KEDATANGAN BULAN INI (SYA"BAN), HARAM API NERAKA BAGINYA.."





Salam semua :) Semalam, aku terjumpa perkongsian di atas di laman sosial FACEBOOK. Bagi sesiapa yang pertama kali mendengar/membaca/mengetahui tentangnya, pasti merasakan hadith ini menarik. Sebagai umat Islam, siapa yang tidak mahu beroleh kedudukan yang baik di hari pembalasan kelak, kan? TETAPI.. Aku terfikir.. Adakah sebegitu MUDAH untuk kita beroleh SYURGA di AKHIRAT KELAK?

Aku bukanlah seorang yang alim, arif dalam bab agama & hadith. Cuma sewaktu membaca petikan 'hadith' ini semalam, timbul rasa curiga di hati.. Terdetik dalam diri, tak kan sebegitu mudah untuk beroleh balasan yang baik di akhirat kelak (terhindar dari api neraka.. perghh bukan mudah tu!).. Apa pula pendapat korang? Ini sekadar pendapat aku la.. Aku sedar, rahmat Allah SWT tu luas, kalau Dia inginkan hamba Nya beroleh syurga kerana amalan ringan & mudah sekalipun, itu tak mustahil.. Tapi dalam hal ini, lain.. Bahaya juga kalau menyebarkan hadith yang boleh menimbulkan rasa curiga & keraguan..

Dan pagi ini, aku terjumpa satu lagi perkongsian menarik tentang 'ayat' yang dikatakan sebagai hadith diatas. Ia adalah pertanyaan seorang muslimah, Nurul Farhana Md Yusuf kepada Ustaz Azhar Idrus di Facebook:



"Assalamualaikum ustaz, ana ada dapat msj yg mengatakan: Nabi Muhammad saw bersabda: barang siapa yang meningatkan kedatangan bulan ini (sya'ban) kepada saudara yang lain maka diharamkan api neraka bg nya..
apakah betul perkara tersebut??..
syukran Ustaz..

Dan ini pandangan Ustaz: "wslam.. bukan hadith sahih atau hadith hasan yang boleh dijadikan hujah menurut sesetengah ulamak.."

Kesimpulannya, jika berasa ragu ragu dengan sesuatu hadith itu, baik kita diamkan dulu & jangan disebarkan. Aku faham.. Siapa yang tidak mahu beramal soleh & berbuat baik.. Aku pun nak.. Apapun, kita tanya dulu pada yang pakar sebagai tempat rujuk, k.. Agar tidak timbul salah faham yang lain.. Sekadar perkongsian bersama.. ;)

(Lagi 10 Foto TERBARU Dari OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, 1 JULAI 2012





TERUSKAN DENGAN ENTRI DIBAWAH


FOTO FOTO MENARIK YANG DIABADIKAN OLEH THE KLIKER- KUMPULAN JURUGAMBAR RASMI SEMPENA MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, 1 JULAI 2012. (INFO: THE KLIKER CECAH 9K 'LIKE' DI FACEBOOK SEJAK MEMUAT NAIK FOTO FOTO MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA, JUMAAT LALU)














Monday, July 2, 2012

Aku Menangis Kerana Kehilangan Kasut..

DI SAAT AKU MENANGIS KERANA KEHILANGAN KASUT, AKU TERJUMPA INSAN YANG MENANGIS KERANA KETIADAAN KAKI.. (Edisi Motivasi Sentap)

Beberapa hari lepas, aku terjumpa kata-kata yang seakan di atas di Facebook (aku tak ingat ayat yang sebenarnya, jadi aku tulis balik dan kongsikan di sini berdasarkan ingatan & pemahaman aku.) Mungkin ada diantara korang yang pernah terjumpa kata2 di atas, & pasti ramai yang jelas dengan mesej & maksud disebaliknya yang ingin disampaikan~ iaitu BERSYUKUR!

Bukan nak kata kita ni (termasuk aku) tak pandai nak bersyukur, malah aku pasti ramai yang berada di luar sana telah diajar tentang konsep ini sejak kecil, kan? Secara formal atau tidak.. Tapi sebagai manusia biasa, ada masanya kita merasakan diri kita lah yang paling malang apabila ditimpa sesuatu musibah.. Padahal kita lupa, ada ramai lagi insan yang keadaannya tidak sebaik kita, malah, mungkin ada yang lebih teruk.. Tak percaya? Meh tengok gambar ni..



Pernah tak korang tengok kanak kanak yang mengalami keadaan seperti ini? Perghh.. Kalau korang nak tahu, kali pertama aku tengok dia ni depan mata aku, aku menangis! Huhu.. Siapa dia ni? Haa.. Ni lah anak murid aku.. Darjah 4.. Buat masa ni, kami tak pasti lagi rawatan terbaik untuk ubati dia. Cuba bayangkan ek, macam manalah perasaan kita kalau berada kat tempat dia.. Tak pun, kalau kita berada kat tempat mak dia..


Yang gambar kat atas tu pulak, seorang lagi murid aku yang buta- tengah berlatih menyanyi untuk persembahan hari guru. Yang bercekak tu, kawan baik aku (sila abaikan dia k). Ini lagi satu contoh.. Macam mana lah ek rasanya tak dapat melihat sejak kecil?? Besar tu cabarannya..

Gambar-gambar yang seterusnya ni pun, anak murid aku. Selain buta, ada di kalangan mereka ni yang mengalami rabun.. Tapi bukan sebarang rabun yang boleh diperbaiki dengan memakai cermin mata.. Maksudnya, pakai cermin mata pun, masih tak dapat membantu apa apa.. Bukan senang nak membaca dalam keadaan macam tu..


Memperkenalkan tulisan braille kepada seorang pengungjung karnival


Menunjukkan cara membaca braille pada wartawan di Hari Tongkat Putih Sedunia, 2010


Tunjuk cara penggunaan talking calculator..

Jadi, macam mana? Pendapat korang, berbanding dengan mereka ni, besar tak dugaan dan masalah kita?

Apapun, sebesar manapun cabaran hidup mereka, mereka masih jalani kehidupan macam biasa.. Tak ada apa pun yang menghalang mereka untuk hidup macam insan normal lain..

Kita minum dulu.. :)

CAK! SCHAWAL @ MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH (GAMBAR)

ANTARA TETAMU ISTIMEWA YANG HADIR DI MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH~ AWAL ASHAARI & SCHA AL YAHYA... SWEET ;)

TERKINI 2 JULAI: TUTUP KES! SELESAI SUDAH ISU PERBALAHAN NEELOFA & ANZALNA!

ANZALNA MOHON MAAF, AKUI TIADA BUKTI KUKUH - "Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya"


Sebelum ni Zam pernah tulis entri ISU NEELOFA & ANZALNA? Ala.. Diorang Cuma 'Miscommunication' Je Tu..Tak Ada Apa Pun.. Alhamdulillah, akhirnya mereka berdua dah pun berdamai dengan baik setelah adanya campur tangan dari pihak SENIMAN. Diharapkan, isu ini tidak akan dipanjangkan lagi selepas ini. Difahamkan, mereka ditemukan dalam satu sidang akhbar yang berlangsung sebentar tadi di Hotel Royale Bintang, Damansara. Memetik kata kata dari Beautiful Nara- "Neelofa berkata yang hari ini telah membuktikan dirinya berada di pihak yang benar. Semoga selepas ini mereka berdua dapat berbaik semula seperti dahulu dan terus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada karier masing-masing"

Di bawah ialah petikan dari Oh Bulan.




"Sebentar tadi bertempat di Hotel Royale Bintang, Damansara berlangsungnya sidang akhbar antara dua selebriti jelita, Anzalna Nasir dan Neelofa. Kedua-dua bekas peserta Dewi Remaja ini telah mengalami sedikit masalah apabila kenyataan Anzalna di Berita Harian bertarikh 10 Jun 2012 dikatakan telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya tanpa bukti yang kukuh.

Disebabkan ini, Neelofa telah mengambil keputusan dengan mengupah peguam untuk menyelesaikan isu kenyataan yang dibuat Anzalna. Atas keprihatinan Persatuan Seniman, Anzalna telah diberikan seorang peguam khas yang juga salah seorang dari ahli Persatuan Seniman. Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi, beliau telah mengambil keputusan ini demi menjaga imej artis-artis tempatan.

“Bagi saya, benda ini tak perlu dipanjangkan lagi dan tak perlu ada cerita. Persatuan boleh membantu menjadi medium antara kedua selebriti ini.

“Melalui persatuan, imej artis boleh dijaga dan bagus untuk semua artis tempatan yang lain. Pihak Seniman juga tidaklah ‘bias’ walaupun Anzalna sendiri menggunakan peguam Persatuan Seniman. Ini hanyalah sekadar membantu ahli persatuan saja,” ujar Zed Zaidi.

Kedua-dua selebriti, Anzalna & Neelofa telah pun selesai berdamai dan surat kedua-dua belah pihak telahpun bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu yang berlaku.
"



(7 GAMBAR DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, 1 JULAI 2012

HIMPUNAN GAMBAR SEMPENA MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, SERDANG YANG DIABADIKAN OLEH JURUKAMERA RASMI- THE KLIKER. TURUT MENYERIKAN MAJLIS, KEHADIRAN ISTIMEWA USTAZ DON UNTUK BACAAN DOA (GAMBAR)









KREDIT GAMBAR SEPENUHNYA KEPADA TEAM THE KLIKER @ FACEBOOK


(GAMBAR) BAYI 3 BULAN DIDERA PENGASUH- PATAH TANGAN & KAKI

TERKINI 2 JULAI 2012: SATU GAMBARAN YANG TAK PERNAH KITA LIHAT.. PERTAMA KALI TENGOK BAYI TERLANTAR DI HOSPITAL MACAM NI.. DENGAN KAKI TERGANTUNG.. ISK3..




Bila kerap terjadi kes sebegini, pasti ia akan mengundang rasa bimbang & tidak percaya ibu bapa kepada pengasuh. Disebabkan ibubapa harus berkerja, tiada pilihan lain untuk mereka selain menghantar anak2 untuk dijaga pengasuh. Nak dihantar kepada orang tua mereka, rasa tak patut pula. Apapun dalam kes macam ni, pengasuh lain pun akan terkena tempias juga. Sulit juga situasi ini.. Apapun, jalan penyelesaian untuk kes sebegini pasti ada.. Di bawah disertakan sedikit petikan berita dari MyMetro. Jom baca..


"PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam."

(untuk berita penuh, kena beli paper la bro.. huhu)

Sunday, July 1, 2012

(GAMBAR) BUSANA & PELAMIN SEMPENA MAJLIS PERSANDINGAN IRMA HASMIE & REDZA SYAH MALAM INI

GAMBAR TERBARU DAN TERKINI YANG DIMUAT NAIK DI FACEBOOK THE KLIKER 22 MINIT YANG LALU.. JOM TERJAH!



INFO: Gambar pertama (persandingan di atas pelamin) adalah gambar yang baru saja dimuat naik di PAGE THE KLIKER 22 minit yang lalu, manakala gambar kedua menunjukkan sesi temuramah sebelum majlis berlangsung.


TERBARU!
GAMBAR YANG DIMUAT NAIK 10 MINIT LALU!