Tomodachi Sama

Wednesday, July 11, 2012

EDISI LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS: APA PATUT KORANG BUAT KALAU JUMPA HANTU!?

EDISI LAWAK DARI USTAZ AZHAR IDRUS~ SERIUS BEST!!




Terjumpa gambar ni kat Facebook tadi. Sebab aku rasa menarik untuk dikongsikan bersama, jadi aku letak sini. Plus, aku memang salah seorang peminat Ustaz Azhar Idrus ni. Sebab tu dalam blog ni, aku himpunkan entri2 tentang UIA, antaranya:


Selain entri ilmiah diatas, Zam juga suka kongsikan beberapa hasil fotografi menarik dari beliau. Jangan tak tahu, Ustaz Azhar Idrus ni fotographer terkenal juga! Tak percaya? Jom terjah entri di bawah ni ;)


Harap korang dapat temukan informasi berguna kat blog Zam ni ;) Pada yang selalu berkunjung ke sebelum ni, Zam minta maaf kalau Zam tak aktif mengupdate sehari dua ni.. Semalam sibuk dengan pogram 1 Murid 1 Sukan di sekolah, & hari ni terlibat dengan taklimat di PPD Kuching.. Serius penat!

Tuesday, July 10, 2012

(GAMBAR) NATASHA HUDSON, TASHA SHILA, DATO SITI NURHALIZA & FAUZIAH LATIF DALAM 5 STARS RAYA SHOW II

FOTOGRAFI NATASHA HUDSON, DATO SITI NURHALIZA, TASHA SHILA & FAUZIAH LATIF DI MALAM PERTUNJUKKAN FESYEN~ 5 STARS RAYA SHOW~ DARI THE KLIKER




Monday, July 9, 2012

DETIK TERHENTI.. SAAT SAHNYA LAFAZ AKAD DI MAJLIS ELLA & AZHAR




kredit: Mukhriz Latif & Udey Ismail

GAMBAR: JULIANA EVANS DI MAJLIS PERNIKAHAN ELLA & AZHAR

FOTO ESKLUSIF DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS SEMPENA MAJLIS RESEPSI KEDUA IRMA HASMIE & REZA SYAH

12 FOTOGRAFI ESKLUSIF SEMPENA PERSANDINGAN KEDUA DI MAJLIS RESEPSE PIHAK PENGANTIN LELAKI, DARI THE MOMENT~













GAMBAR ESKLUSIF SEMPENA MAJLIS PERNIKAHAN ELLA & AZHAR GHAZALI, DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS!

DETIK MANIS YANG DIRAKAMKAN SEPANJANG MAJLIS PERNIKAHAN ELLA & AZHAR GHAZALI, DARI JURUGAMBAR RASMI, MINISTRY OF MOMENT~ MENARIK!! (6 GAMBAR)






GAMBAR: NEELOFA MENUNAIKAN UMRAH, BERTUDUNG LITUP SEBELUM KE SANA

GAMBAR TERBARU NEELOFA SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI & SEWAKTU MENGERJAKAN UMRAH



Menurut sumber, Neelofa mengambil kesempatan dalam menjalani sesi penggambaran Drama Bersiri Kau Yang Terindah di Kota Suci untuk menunaikan umrah. Siri 26 episod itu merupakan arahan terbaru Erma Fatima. Berikut adalah beberapa gambar yang dikongsikan oleh beliau di Twitter. Apapun, selamat menjalankan ibadat umrah di sana~




Sunday, July 8, 2012

GAMBAR ESKLUSIF DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHER~ SEMPENA MAJLIS PERNIKAHAN ELLA & AZHAR GHAZALI (7 JULAI 2012)

HIMPUNAN SELEKSI GAMBAR SEMASA MAJLIS PERNIKAHAN ELLA & AZHAR GHAZALI DI TELOK GADONG, 7 JULAI 2012 OLEH JURUKAMERA RASMI~ MINISTRY OF MOMENT

Jom saksikan detik detik istimewa yang diabadikan oleh jurukamera profesional sempena Majlis Pernikahan Ella & Azhar Ghazali, semalam! (KREDIT SEPENUHNYA KEPADA MINISTRY OF MOMENT)







HIMPUNAN GAMBAR: SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN ELLA & AZHAR GHAZALI DI TELUK GADONG, 7 JULAI 2012

ANTARA DETIK MANIS YANG DIRAKAMKAN SEMPENA MAJLIS PERNIKAHAN ELLA & AZHAR GHAZALI DI TELUK GADONG, 7 JULAI 2012






SUMBER DARI ROTI KAYA:
Alhamdulillah. Dengan hanya sekali lafaz, Ella sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali nilai dengan mas kahwin RM50,300. Tahniah buat kedua dua mereka!

(GAMBAR) Mangsa Terbaru Serangan Buaya DITEMUI Dalam Keadaan MENYAYAT HATI

7 JULAI 2012- BUAYA TINGGALKAN SEPARUH MAYAT, NAMUN AHLI KELUARGA MANGSA TETAP BERSYUKUR ATAS PENEMUANNYA..


Entri sebelum memulakan kelas di OUM pagi ini. Terbaru, lagi kes terkini mangsa serangan buaya di Sarawak. Apapun seperti yang diharapkan oleh ahli keluarga mangsa, mereka bersyukur kerana mayatnya telah ditemui sejak dikabarkan hilang Khamis lalu. Takziah dari Zam untuk mereka. Berikut adalah petikan dari My Metro.


BELADIN: “Kami sekeluarga anggap kejadian ini sebagai ujian Allah dan tidak menyimpan dendam mahupun memburu buaya yang membaham suami saya,” kata Latifah Nen, 53, isteri kepada Drahman Chali, 55, mangsa serangan buaya di tebing Sungai Medang, Khamis lalu.

Pendirian Latifah turut disokong keenam-enam anaknya, Nor Hasiah Derahman, 24; Norafidah, 22; Mohd Asrul 20; D Ramlee, 19; Mohd Qusyairi Arifin, 7, dan Jamalludin, 1.

Bersyukur kerana akhirnya sebahagian jasad arwah suaminya ditemui jam 7 pagi semalam, Latifah berkata, tiada gunanya mereka berdendam pada buaya kerana itu takdir Allah.

“Sampai bila manusia dan buaya mahu saling berdendam, sebaik-baiknya kita sama-sama berdoa supaya tiada lagi manusia menjadi mangsa serangan buaya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Latifah menafikan laporan mengatakan dia mahu mendapatkan khidmat bomoh seperti disiarkan beberapa akhbar, semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga juga tidak pernah terfikir mahu mengupah bomoh buaya seperti didakwa akhbar terbabit.

Katanya, sebagai umat Islam, beliau percaya kepada qada dan qadar Allah serta apa yang menimpa keluarganya ditakdirkan.

“Biarpun mayatnya tidak sempurna dan separuh badan hilang dibaham buaya, saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada kuburnya untuk kami sekeluarga ziarah selepas ini,” katanya.

Mayat Drahman yang diserang Bujang Saribas, Khamis lalu, ditemui jam 7 pagi semalam oleh dua nelayan di tebing Sungai Medang, Saribas, enam kilometer dari lokasi kejadian di Tanjung Lilin, Pusa, jam 8 pagi Khamis lalu.

Mayatnya hanya tinggal bahagian kepala dan kiri badan, manakala bahagian kanan dari paras bahu ke bawah termasuk tangan kanan dan kaki kanan, hilang.