INFO UNTUK LELAKI YANG INGIN MENGUBAH PENAMPILAN DENGAN CARA PALING MUDAH + UNTUK WANITA JUGA (ZAM NAK TAHU PENDAPAT ANDA!!)
Apakah takrifan 'kemanisan' seorang lelaki pada seorang wanita? Adakah apa yang Zam akan ceritakan disini suatu teori yang tidak bersandarkan sebarang hujah semata2? Jom tengok!

Baru2 ni Zam ada terjumpa satu quote di Facebook.. Mungkin ada diantara korang yang pernah membacanya..

Haa.. Bagaimana? Pada wanita, lelaki dewasa yang berjanggut itu lebih manis dipandang.. Pendapat individu adalah berbeza, tapi adakah ini pendapat majoriti wanita? Itu yang Zam nak tanyakan & minta pendapat wanita2 di luar sana yang membaca entri Zam kali ini.
Apapun, jom kita kaitkan dengan beberapa hadith Rasulullah S.A.W berkenaan amalan memelihara janggut.. Umum, ramai diantara kita tahu tentang amalan sunnah ini kan, jadi Zam nak kongsikannya dalam entri kali ini
Hadis #1
Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)
Hadis #2
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, " Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)
Hadis #3
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini
Rasulullah saw bersabda. " Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut"
Tertarik dengan quote yang temukan di FB itu berserta hadith2 ini yang mengukuhkannya lagi, jadi Zam tanpa berfikir panjang terus mempraktikkannya.. Hasilnya? Hmm.. Alhamdulillah.. Bukan nak membangga diri, tapi Zam akui teori itu ada juga benarnya.. & Zam sukakan penampilan sekarang.. Pada lelaki di luar sana yang tidak menyimpan janggut, Zam syorkan korang untuk lakukan seperti apa yang disunnahkan dalam Islam.. Tak perlu panjang & tebal, sedikit sahaja sudah memadai.. Cubalah! & lihat hasilnya ;)