Tomodachi Sama

Wednesday, July 25, 2012

TERKINI: GAMBAR ZED ZAIDI "KEMALANGAN" HANYALAH SEKADAR BABAK LAKONAN~

GAMBAR ZED ZAIDI YANG DIKATAKAN MENJADI MANGSA KEMALANGAN HANYALAH SEKADAR LAKONAN DALAM SATU BABAK PENGAMBARAN~ FUH!



Bila terlihat gambar2 Zed Zaidi yang dikatakan terlibat dalam kemalangan di FB tadi, aku berasa curiga. Bukan apa, selalu sangat dah terjadi penyebaran berita palsu seperti ini kan.. Rupanya itu semua hanyalah satu babak lakonan oleh pelakon itu, yang mana gambarnya telah disalah gunakan oleh orang lain untuk menimbulkan cerita yang tidak tepat.. Ikuti ulasannya di SINI. Kesian juga kat Mamat Sepah, bila ada yang mengaitkan dia dengan penyebaran berita itu. Apapun, lepas ni sama2lah kita berhati2 dalam menyebarkan sesuatu info di laman sosial.. (Peringatan untuk diri sendiri juga nih..)

TERKINI 25 Julai: Lagi Gempa Di Sumatra- Gegaran Turut Dirasai Di Pulau Pinang?

Gempa Di Sumatra: Gegaran Turut Dirasai Di P.Pinang.

Gambaran Suasana Ketika Gempa melanda Sumatra April Lepas. 


Berita terkini yang dipetik dari mStar Online. Kali ini, kejadian gempa berlaku dalam ketenangan bulan Ramadhan.. Dah makin uzur ye dunia kita ni. Semoga dapat dijadikan peringatan buat kita juga yang berada di Malaysia. Kalau dulu kita sentiasa rasa selamat kerana kedudukan lokasi kita yang berada di luar lingkaran api Pasifik, sekarang ni tak mustahil sampai kita pun dapat merasakan gegarannya.. Berikut petikan yang diambil dari sumber. Ingin dapatkan artikel penuh, boleh klik di SINI



Tuesday, July 24, 2012

EVOLUSI BATMAN! DARI 1966 HINGGA 2012~ JOM TENGOK!!

Sempena penayangan filem Batman terbaru pada tahun 2012 ni, Zam nak ajak korang sorot kembali wajah2 Batman pada generasi2 sebelum ini. Sesiapa yang membesar sezaman dengan Zam, pasti tak lupa rupa Batman & Robin versi klasik dulu.. Jom layan ;) 


Tu dia.. Banyak betul perbezaan kan.. Tapi, biasalah kan.. Makin maju & berubah zaman, makin smart & macholah adiwira ini.. Haa.. Gambar kat bawah ni, siapa masih ingat??


Logo BATMAN pun berlaku perubahan yang drastik.. Rupa2nya, tanpa sedar, dah banyak versi logo Batman ni dikeluarkan~




Amacam? Jauh beza kan? Bila kenang balik, macam lucu pun ada.. heh2..


Lagi Artis Kita Nampak Manis Bila Bertudung~ Lufya

LUFYA TAMPAK MANIS BERTUDUNG HASIL SENTUHAN ELFIZZ SCARVES





Zam terjumpa himpunan gambar Lufya ini di blog Beautiful Nara sebentar tadi.. Lufya mengenakan tudung bagi tujuan promosi ELFIZZ SCARVES.. Subhanallah.. Manis je kan..

Pada yang mahukan kelainan pada penampilan di hari lebaran nanti, mungkin pilihan ini amat sesuai untuk korang.. Untuk info lanjut, boleh klik di SINI.

Dah Besar Pun Tak Tahu Ikat Tie Lagi? Jom Tengok 4 Cara Mudah Ikat Tie!!

Jom Tengok 4 Cara Mudah Mengikat Tie Melalui Ilustrasi Ini!

Untuk mereka yang ingin mempelajari cara mengikat tie :) Sekadar perkongsian bersama.. (SUMBER DARI FB)



'Badan Bagaikan Mencair'~ Kes Terbaru Mangsa Renjatan Elektrik Di Bulan Puasa

"Riduan Hashim menggelupur hampir tiga minit ketika badannya terkena renjatan elektrik dan rakan nampak kepala serta tubuhnya berasap"


Tempat kejadian di Kampung Kroh, Tapah


Kesian pula dengan mangsa yang berumur 31 tahun dari Tapah ini. Dalam mencari rezeki di bulan puasa, perkara macam ini pula yang berlaku. Perkara tu berlaku dengan pantas, & kadang2 bukanlah disebabkan kita tak berwaspada, cuma kita tak perasan kewujudan bahaya di sekeliling kita. Dikhabarkan, Riduan (mangsa) mengajak rakan2 nya mengait buah kelapa untuk memenuhi tempahan di bulan puasa. Ketika cuba mengait itulah, kejadian malang menimpanya. Apapun berita baik, mangsa terselamat & dirawat di sebuah hospital. Berikut adalah petikan berita dari My Metro. Sama2 lah kita doakan dia cepat pulih untuk menyambut Ramadhan ini bersama keluarga


Add Image

IPOH: “Dia menggelupur hampir tiga minit ketika badannya terkena renjatan elektrik dan saya nampak kepala serta tubuhnya berasap,” kata Mohd Faizal Abdul Aziz, 23, yang melihat rakannya, Riduan Hashim, 31, terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, batang galah aluminium yang digunakan Riduan ketika mengait buah kelapa terkena kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik. Bagaimanapun, mangsa terselamat daripada maut dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Faizal berkata, insiden berlaku ketika dia dan Riduan mengait kelapa tua untuk dijual selepas mereka mendapat tempahan sempena Ramadan.

“Riduan meminta saya membantunya mengait kelapa tua. Saya serta seorang lagi rakan, Suhaimi bersetuju membantunya dan kami ke rumahnya jam 5.50 petang.

“Kami memulakan kerja mengait kelapa tua beberapa minit kemudian di kawasan kira-kira 100 meter dari rumahnya. Ketika itu galah aluminium Riduan tersentuh kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik,” katanya.

Monday, July 23, 2012

VIDEO: BAYI BERGUSTI DENGAN KUCING! PEMENANGNYA??

INILAH ANTARA KUCING PALING PENYABAR!




Entri santai sambil menunggu waktu berbuka.. Kalau korang dah tengok video ni, dapatlah korang nilai sejauh mana kesabaran kucing tersebut..Teruk gak kucing tu kena lanyak.. Isk3.. Mungkin sebab kenangkan jasa tuannya, kucing tu tak bertindak di luar batasan.. Hehe

Banyak Fakta Yang Salah Pada Cerita Tentang Gambar Perkahwinan Lampau Suami Saya~ IRMA HASMIE

"Irma Hasmie turut memberitahu bahawa banyak fakta mengenai perkahwinan suaminya sebelum ini yang telah ditokok tambah dan dia tidak menganggap perkara itu sebagai isu yang besar pun."




Kisah & pengalaman manis semasa perkahwinan mereka terpalit dengan beberapa isu yang sengaja ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang mencari publisiti. Pendapat Zam sendiri, kisah yang lama tak perlulah diungkit kembali, biarkanlah mereka, & apa yang paling penting: tak ada yang menjadi kesalahan pun pada perkahwinan lampau Redza. Tak manis lah kawan, buat macam tu.. Mujur, ramai yang menyokong Irma & Redza mengenai isu itu. Apapun, jom ikuti ulasan yang dipetik dari SUMBER berikut:


"Baru sahaja mendirikan rumahtangga dan selesai berbulan madu, Irma Hasmie yang telah sah menjadi isteri kepada Redza Syah Azmeer telah dikejutkan dengan gosip mengenai status lampau suaminya di media-media tempatan.

Kecoh apabila beberapa keping gambar suaminya pernah berkahwin sebelum ini tersebar di blog-blog hiburan tempatan. Gambar yang telah dimuat-naik ke dalam sebuah laman web itu adalah gambar perkahwinan Redza yang pertama sekitar awal tahun 2010.

Biasalah jika sudah berkahwin dengan selebriti, pasti akan terkena tempias gosip. Namun itu semua tidak menjadi masalah dan isu kepada Irma Hasmie apabila dia sendiri mengaku yang dia memang sudah mengetahui mengenai perkara itu sebelum berkahwin lagi.

“Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu.”

Irma Hasmie turut memberitahu bahawa banyak fakta mengenai perkahwinan suaminya sebelum ini yang telah ditokok tambah dan dia tidak menganggap perkara itu sebagai isu yang besar pun.

“Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya. Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendiri. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan.” – Irma dipetik dari Utusan."

GAMBAR: THE KLIKER

Cara Paling Lawak & Berkesan Kejutkan Orang Yang Liat Bangun Sahur!



SUMBER

Sunday, July 22, 2012

1 Hari 1 Amalan~ Ramadhan Hari Ke 2!

ARIEL Peterpan Dibebaskan Hari Ini, Tidak Mahu Pembebasan Jadi Tontonan Ramai

"Setelah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan pada 31 Januari tahun lalu, Ariel hanya mengharapkan kehadiran ibu bapa untuk menyambutnya."




Pejam celik, 3 tahun setengah dah berlalu sejak Ariel dipenjarakan.. Cepat je rasa masa berlalu sejak dengar berita dia dipenjarakan dulu.. Tapi tak tahulah bagi Ariel sendiri.. Tak dapat bayangkan, macam mana lah kehidupan seseorang yang pernah bebas selama ni, tiba2 terpaksa meringkuk dalam penjara menghabiskan masa hukuman dalam keadaan yang terkonkong.. Berikut adalah sedutan artikel dari Utusan Malaysia.


"JAKARTA 21 Julai - Vokalis utama kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel, yang akan dibebaskan secara bersyarat dari penjara Kebon Waru, Bandung esok, tidak mahu pembebasannya itu menjadi tontonan ramai.

Ariel hanya mengharapkan kehadiran ibu bapanya, selain meminta untuk terus pulang ke rumah.

Terdapat khabar angin menyebut, ada seorang wanita yang dipercayai kekasih terbarunya akan menjemputnya di penjara.

"Bagaimanapun, Ariel enggan dijemput oleh kekasihnya atau orang lain. Dia hanya mahu dijemput orang tuanya," kata petugas penjara berkenaan, Pipit kepada media tempatan.

Ariel ditahan pada 23 Jun 2010 selepas didapati terlibat dalam kes penyebaran video porno dengan dua artis wanita , Luna Maya dan Cut Tari.

Bagaimanapun, sejak Ariel dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan pada 31 Januari tahun lalu, nama Luna Maya dan Cut Tari senyap."

JAMES HOLMES, Penembak Rambang Di Tayangan Filem Batman Dakwa Dirinya Sebagai JOKER!~ SADIS!!

JAMES HOLMES DILAPORKAN SUDAH MEMPERSIAPKAN DIRI SEJAK DUA BULAN LALU UNTUK MELANCARKAN KEGANASAN.

SADIS. Bagi mereka yang mengikuti siri Batman, pasti mengenali watak seteru nombor 1 hero tersebut~ JOKER. Umum tahu Joker digambarkan sebagai seorang yang sadis, kejam & gila. Bila terbaca berita mengenai kejadian tembakan di sebuah pawagam dekat Colarado semalam ( ketika tayangan filem terbaru BATMAN: The Dark Knight Rises), aku dah mula rasa kejadian itu pasti ada kaitan dengan pengaruh dari filem Batman itu sendiri. Mana tidaknya, orang awam dibunuh secara kejam & semberano.. sama seperti plot plot dalam siri Batman yang selalu dimainkan sebelum ini. Isk.. Mungkin pembunuh seorang yang taksub dengan watak antagonis tersebut.. Ikuti ulasannya dalam artikel berita di bawah:



"DENVER: Pemuda yang melepaskan tembakan rambang terhadap penonton di sebuah pawagam ketika tayangan filem Batman, ‘The Dark Knight Rises’ di sini kelmarin, mendakwa kepada polis bahawa dialah ‘Joker,’ musuh Batman.

James Holmes, 24, memberitahu demikian ketika disoalsiasat.

“Dia berkata ‘Sayalah Joker’ kepada penyiasat,” kata pegawai kanan polis New York, Ray Kelly seperti yang dipetik oleh stesen televisyen ABC.

Holmes bukan setakat mengaku demikian tetapi turut bersolek seperti musuh utama Batman itu.

Rambutnya diwarnakan merah seperti penampilan Joker.

Polis juga mendedahkan Holmes yang dituduh membunuh 12 orang dan mencederakan 58 yang lain, mengikuti kursus sains neuro di Universiti Colarado tetapi berhenti daripada program PhD kira-kira setahun lalu.

Lebih mengejutkan lagi, lelaki yang dikatakan suka menyendiri itu dilapor sudah mempersiapkan diri sejak dua bulan lalu untuk melancarkan keganasan.

Senjata yang dimiliki Holmes ketika melakukan serangan termasuk 3,000 peluru, raifal A-15 bersama-sama dengan 100 magazin peluru yang boleh melepaskan 60 pusingan tembakan seminit.

Dia dilapor membeli senjata berkenaan menerusi Internet tanpa sebarang pemeriksaan untuk memastikan dia tidak berniat jahat.

Rancangan penuh Holmes itu didedahkan oleh Ketua Polis Aurora, Dan Oates, pada sidang akhbar yang menyaksikan dia hampir menangis dan berikrar memastikan Holmes di penjara kerana perbuatannya itu.

Menurut Oates, Holmes mengumpul senjata itu selama 60 hari sebelum melakukan pembunuhan itu.

“Dia membeli empat senjata di sebuah kedai senjata tempatan dan menerusi Internet, dia membeli 6,000 peluru, lebih 3,000 untuk raifal, 3,000 lagi untuk pistol glock, 300 lagi untuk senapang patahnya.

“Apa yang saya difahamkan, semua senjata itu dimilikinya secara sah,” kata Oates
Holmes melakukan keganasan itu di pawagam Century 16, Aurora ketika 'The Dark Knight Rises' baru bermula kira-kira 15 minit.

Dia kini ditahan di Penjara Arapahoe County dan akan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Arapahoe esok.

Seorang pelajar yang menetap di kawasan kediaman Universiti Colarado, berhampiran rumah Holmes berkata: “Tidak ada orang mengenalinya. Tidak ada.”

Dia memasang dengan kuat lagu tehcno dari stereonya beberapa jam sebelum pembunuhan itu dan membiarkan muzik itu berulang-ulang ketika meninggalkan apartmennya untuk melakukan pembunuhan. - Agensi"


SUMBER

Isk3..

Saturday, July 21, 2012

Ura Ura Pemberian Imbuhan Raya Tahun Ini Akan Menjadi Kenyataan? Jom Selongkar!

Kerajaan Akan Semak, Kaji Sebelum Mengeluarkan Keputusan.




Walaupun belum pasti, tapi nampaknya bayang bayang sudah ada. Insya Allah, sama2 lah kita nantikan ya.. Petikan di atas diambil dari MSTAR ONLINE.

MOTIVASI RAMADHAN #1: TETAPKAN MISI! MISI APA? JOM TERJAH!


SAHUR: Saranan, Hadith & Info Menarik Tentangnya!


Salam & Selamat Berpuasa semua :) Dalam entri pertama di bulan Ramadhan ini, Zam nak kongsikan beberapa fakta menarik tentang SAHUR.. Haa.. Ada yang tertinggal sahur tak pagi tadi? Kalau yang tak disengajakan tu, bersabarlah ae.. Zam sendiri pagi tadi, mujur dikejutkan oleh Ma. Kalau tak, memang tak bangun la.. Hehe

Berikut adalah saranan, hadith & info menarik yang Zam petik dari beberapa sumber mengenai SAHUR. Apa yang diharapkan sebenarnya ialah, kita tidak meringankan amalan yang nampak mudah ini, tapi sebenarnya sangat sangat dituntut dalam agama. Insya Allah, mari kita lihat dulu hadith2 Rasullullah SAW & tafsiran Al Quran mengenai sahur ini:

1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.

3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).

Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:

“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).

Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.

Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.

5. Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkan amalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut:

“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.

6. Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan (maksudnya):

“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.

7. Maka berdasar al-Quran dan hadis-hadis di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.

8. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan fadilat berdoa dan beristighfar pada waktu sepertiga malam yang akhir. Maka dengan seseorang bangun pada waktu tersebut memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah pada waktu tersebut.

9. Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Jika seseorang itu berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi seseorang yang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain, termasuklah qiyamullail atau ‘bangun malam beribadah’. Sahur, salah satu program penting yang jika dihayati dengan baik, membentuk jika menjadi insan yang menghampirkan diri kepada Allah.

SUMBER

Friday, July 20, 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H


Lama dah Mr Ben tak buat segmen, jadi dalam kesempatan yang ada (sehingga pukul 11.59mlm ni), Zam joinkan diri dalam bloglist Mr Ben yang unik ni. Uniknya sebab dinamakan bloglist Ramadhan (harap ada keberkatan disitu)..& nampaknya, Ben pun dah tukar header baru.. Cun2.. Pada sesiapa yang berminat, boleh join. Langkah pertama, klik je banner di ats k. Korang akan dibawa terus ke sana~ Selamat Bersegmen ;)

Kisah Teladan: SWEETnya Layanan Rasulullah SAW Terhadap Kucing!

'Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'.
(Al-Anbiya’:107)


Salam & Selamat Pagi Jumaat buat semua. Dalam entri kali ini, Zam nak kongsikan sebuah kisah menarik untuk tatapan bersama. Jom baca~

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat,Nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya.Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan comel kucing itu.

Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah, ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.Bahkan kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al-bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah azab neraka.

Thursday, July 19, 2012

(GAMBAR) Gaya Tidur Kucing Paling Comel..!

GAYA KUCING KUCING NI TIDUR DAH MACAM MANUSIA.. SERIUS COMEL!!


Ada peminat kucing yang terjah entri Zam kali ini? Kalau ya, apa korang akan buat bila tengok kucing kucing korang terbaring comel macam ni? Ikutkan hati, Zam nak je gigit seekor-seekor.. Geram! Ketap gigi je tengok gambar ni. Nak2 lagi kucing kelabu putih sebelah kiri tu.. Zam pernah ada seekor kucing macam tu.. Tapi, bila ingatkan Nabi sendiri tak sampai hati ganggu kucingnya yang tidur atas jubah baginda, Zam dah jarang kacau kucing tidur.. Paling tidak pun, Zam usap batang hidung kucing tu.. Tak dapat tahan rasa geram tengok dia tidur.. Comel!

Ps.. Kucing adalah satu terapi yang berkesan ke atas manusia, nak2 lagi pada pencinta haiwan ini. Pernah tak dalam perasaan yang xstabil, korang ambil kucing & belai mereka? Insya Allah, korang akan rasa tenteram.. Setiap kejadian Tuhan itu ada gunanya :)