Tomodachi Sama

Wednesday, August 1, 2012

EVOLUSI SPIDERMAN! DARI 1977 HINGGA 2012!!

EVOLUSI SPIDERMAN YANG COOL!!

Sebelum ni Zam pernah tulis entri EVOLUSI BATMAN DARI 1966 HINGGA 2012, jadi kali ini Zam nak tampilkan satu lagi hero yang tengah hot sekarang ni~ MR. SPIDEY! Pasti ramai yang masih ingat SPIDERMAN versi lama dulu.. Zam ingat lagi, waktu tu Zam tengok masa kecil.. Tapi yang terbaru pastinya lebih mantap & bergaya kan! Jom tengok EVOLUSI SPIDERMAN DARI 1977 HINGGA 2012!!


Versi 2002 & 2012 mungkin tak banyak beza, tapi bila ditelitikan, suit versi 2012 lebih terperinci. Bagimana pula dengan perkembangan gaya memanjat Mr. Spidey ni? Semestinya lebih smooth kan! 


Tahun 1977, Mr. Spidey cuma pandai beraksi panjat pagar je kot.. Hehe

Entri Menarik & SEMPOI Untuk Diterjah~!!

Kolaborasi Yuna Zarai & Hana Tajima


Semalam, Zam ada sediakan entri tentang Kisah Menarik Di Sebalik Pengislaman Hana Tajima, Wanita Kacukan Jepun/Inggeris. Kali ini, Zam nak kongsikan satu video tentang kolaborasi antara Hana Tajima dengan Yuna Zarai. Kolabarasi yang dimaksudkan adalah semasa satu persembahan fesyen oleh Hana Tajima di Kuala Lumpur, yang menggabungkan persembahan muzik oleh Yuna.. Saksikan gandingan istimewa mereka dalam video di bawah:



Entri Menarik & SEMPOI Untuk Diterjah~!!

Tuesday, July 31, 2012

Dr. Sheikh Muszaphar Bakal Beroleh Anak Ke DUA~ Alhamdulillah


 "In this Holy Month of Ramadhan , we are excited to share you the news ...
It looks like Im going to become a Father for the 2nd time ..
Dr Halina is currently 11 weeks in her pregnancy ...
Do pray for us ....
Love As Always ...."

Tahniah buat pasangan ini~ Alhamdulillah.. Sumber dipetik dari Facebook Dr Sheikh sendiri.. Sama2 kita doakan yang terbaik buat mereka.. Si kecil Sophea Isabella tu mesti gembira nak dapat adik.. :))

Entri Menarik & SEMPOI Untuk Diterjah~!!

Biarpun Makcik Ni Mengemis Di Jalanan, Tapi..

Biarpun Diri Sendiri Belum Tentu Cukup Makan..



Tersentuh tengok gambar ni. Sebak pun ada gak. Sikap yang ditunjukkan oleh wanita ini terlalu mulia.. Biarpun diri sendiri belum tentu cukup makan.. Korang pun mesti pernah dengar saranan Nabi supaya mengasihani haiwan2 begini kan.. Diriwayatkan, seorang hamba Allah masuk neraka kerana menyeksa kucingnya, manakala seorang lagi masuk ke syurga kerana menolong seekor anjing yang kehausan..

Rahmat Allah tu terlalu luas!

Entri Menarik & SEMPOI Untuk Diterjah~!!

Kisah Menarik Di Sebalik Pengislaman Hana Tajima~ Wanita Kacukan Jepun/Inggeris


Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil. 

Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah. 

Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim. 

Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.


Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.

Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.


Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.

Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.

Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya.

Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.

SUMBER: LAMAN KONGSI

Entri Menarik & SEMPOI Untuk Diterjah~!!

TERKINI 7 OGOS 2012:

>>Olimpik 2012: Sandaran Emas Tertumpu Kepada Azizulhasni Awang<<


Kembar Zizan Ditemui! Mat Saleh Pula Tu!

Wajah Seiras Zizan Ditemui! Selebriti Mat Saleh Pula Tu! 


Wajah Barry Manillow-penyanyi, produser muzik dari Amerika semasa muda dikatakan iras2 wajah Zizan. Sekali imbas, mcm sama kan.. tapi tak tahulah nak kata secara tepat bahagian mana yang sama.. Pendapat korang?

Warga Emas Dipukul Anak: Koma Seminggu Sebelum Meninggal Dunia~ SEDIH!


Kejadian yang menimpa sekitar kawasan perumahan aku. Kenapa sampai begitu sekali tergamak pukul ayah sendiri.. Berikut artikel yang dipetik dari My Metro:

KUCHING: Seorang warga emas yang bertarung nyawa lebih seminggu selepas koma dipercayai akibat dipukul anak sendiri, disahkan meninggal dunia di hospital, semalam. Difahamkan, mangsa, 77, dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai dipukul seorang anaknya berusia 40-an yang tinggal bersama lelaki berkenaan di rumahnya di Batu Kawa, di sini. Menurut sumber, sejurus mangsa dimasukkan ke hospital, adik suspek membuat laporan polis mendakwa lelaki itu dipukul abangnya selepas berlaku pertengkaran. Katanya, adik suspek mendakwa bapa ditolak dan dipukul suspek menyebabkan dia patah tulang rusuk. “Sebaik menyedari mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri, suspek membawa mangsa ke HUS bagi mendapatkan rawatan sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga mangsa disahkan meninggal dunia hari ini (semalam).

Monday, July 30, 2012

Inilah Dia Wanita MUSLIM Pertama Yang Mewakili Amerika Dalam Olimpik

Muslim women represent at the Olympics: Ibtihaj Muhammad. First Muslim woman to represent the USA at the Olympics. 


Dalam diskriminasi yang diterima oleh umat Islam di Barat, terutama pada para Muslimahnya (kerana mereka mudah dicam sebagai seorang Muslim kerana bertudung), Ibtihaj Muhammad masih mengenakan tudung, dan tambahan pula, dia merupakan seorang warga Amerika. Ini adalah sesuatu yang sangat jarang kita nampak dalam arena sukan terbesar di dunia~ :))

ENTRI HIT HARI INI 1 OGOS 2012! 

Mangsa Terbaru Mercun Bola Dikhuatari Berisiko Buta.. Ya Allah..

Mangsa Terbaru Mercun Bola Dikhuatari Berisiko Buta.. Ya Allah.. Semoga tak seserius itu ..


Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli cedera selepas terkena serpihan letupan mercun bola menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam. 

Walaupun ramai yang dah sedar akan bahaya yang menunggu di sebalik mercun ini, tapi perkara sebegini memang selalu tidak dapat di elakkan. Mungkin kerana ramai yang beranggapan mereka tidak akan terkena insiden seperti ini. Pada ibu bapa, awasilah anak2 kita.. Bahaya juga mercun bola ni.. Sebelum ni pun pernah terdengar kes mangsa yang buta sebelah mata disebabkan mercun bola yang dilempar oleh orang yang tidak diketahui. . Berikut adalah berita dari UM.

ALOR SETAR 29 Julai - Seorang pekerja kilang lelaki dan anak jirannya adalah mangsa terbaru insiden letupan mercun sempena Hari Raya Aidilfitri apabila kedua-dua mereka cedera parah akibat terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup sekali gus semalam. Kejadian berlaku pukul 7 malam di Kampung Kuala Kangkong ketika pekerja kilang itu, Mohd. Sohibollah Saad, 27, bermain seorang diri mercun bola yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan di depan rumahnya. Sewaktu pemuda itu bermain mercun, anak jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli, 8, datang untuk melihat dan dia turut terkena letupan mercun itu.

Pesawat Ringan Terhempas Di Pontian, Juruterbang Berusia 24 Tahun Terbunuh



Juruterbang Maut Pesawat Ringan Terhempas 

PONTIAN: Seorang juruterbang warga Singapura terbunuh selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas di sebuah kebun sawit di Parit Puasa-Parit Ali, Kampung Dalam, Ayer Baloi di sini pada Ahad. Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, DSP Tan Moh Chuan berkata polis menerima panggilan mengenai kejadian pada 2.10 petang. Mangsa dikenali sebagai Samuel Lim Shi Min, 24, dan mayatnya dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. Pesawat yang terhempas adalah pesawat ringan satu tempat duduk. Tan berkata pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Penerbangan Awam untuk siasatan lanjut. BERNAMA

Sunday, July 29, 2012

(Gambar) Diana Amir~ Tampak Lebih Bersifat KEIBUAN

(GAMBAR) DIANA AMIR~ TAMPAK LEBIH BERSIFAT KEIBUAN KINI 

Bila melihat beberapa keping gambar Diana Amir dari blog Beautiful Nara tadi, Zam dapat katakan wajah Diana Amir tampak lebih keibuan kini.. Sejuk mata memandang.. 



Saturday, July 28, 2012

Ada Cadangan Untuk Tukarkan Logo Hari Kebangsaan Ke 55 Kepada Yang Baru?

Ada Cadangan Untuk Logo Hari Kebangsaan Ke 55 Yang Baru?

Tak dapat dipastikan lagi tentang kesahihannya, cuma gambar ini Zam temui ketika mencari gambar logo logo Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun tahun sudah di Google. Menurut maklumat, ini adalah beberapa cadangan dari golongan belia. Apapun, kita nantikan sahaja jika ada perkembangan terbaru. 



Semoga Shila Amzah Akan terus Kekal Begini :)


Memetik kata2 Abang Nara di blognya~"Nampaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini, selebriti-selebriti tempatan terutamanya wanita mencuba sehabis baik untuk menghormatinya dengan memakai tudung. Salah seorang daripadanya tak lain tak bukan ialah Shila Amzah. Serius kecomelan Shila jelas kelihatan apabila bertudung." 

Semoga Shila Amzah Akan Kekal Bertudung Selepas Ini :)) Kita sama2 doakan ye 

Aduh! Kenapa Kucing Ini Diperlakukan Sedemikian Rupa?

Kenapalah Kucing Ini Diperlakukan Sebegini?



Aduh.. Sekali tengok, mungkin ramai yang ingat ini adalah hasil photo editor.. Macam kepingan roti dah.. Tapi bila diteliti betul2, rupanya bulu kucing ini telah dipotong sebegitu rupa.. Isk3.. Mungkin kelihatan unik, tapi kesian pula tengok kucing ni.. Hmm.. Mungkinkah tuannya seorang pendandan rambut di salon?

Friday, July 27, 2012

Burger Memang Sedap, Tapi..

Burger Memang Sedap, Tapi Kalau Yang Ini Mungkin Anda Akan Berfikir 2, 3 Kali Untuk Memakannya.. 




Kenapa Zam cakap begitu..? Sebabnya, pertama- burger ni besar, mungkin susah sikit nak pegang & memakannya. Kedua, sebab burger ni unik & kreatif, sayang nak makan.. Atau mungkin sebab ketiga- burger ni bentuk kasut, korang tak lalu nak makan!

Artis Pakai Tudung Tidak Perlu Mengeluh Jika Tidak Dapat Tawaran Berlakon

Artis Bertudung Tak Perlu Mengeluh


 sekadar gambaran :)


Seringkali kita mendengar tentang kisah penghijrahan artis2 wanita kita yang telah bertudung akhir2 ini. Antaranya Yatt Hamzah, Siti Fazurina (Pelakon Dunia Anita), Sharifah Sofia, Nuremy Ramly & ramai lagi lah ~mungkin korang boleh senaraikan dengan baik dari Zam lagi :) Apapun Alhamdulillah kan.. Jika ia satu trend sekalipun, ia adalah dari hidayah Allah SWT & merupakan satu usaha yang murni. Bagaimanapun, mereka tidak lari dari isu seperti kurang mendapat tawaran berlakon & kerja selepas berhijrah. Pun begitu, itu semua bersifat sementara & anggaplah ia satu ujian dari Allah SWT. Keadaan ini juga diakui oleh pelakon, penerbit & selebriti masakan~ Sheila Rusly.

Berdasarkan kepada pengalamannya Sheila berkata, kerjaya dan perniagaannya tidak merudum sebaliknya dia menikmati kesan positif terutama sekali selepas pulang daripada menunaikan ibadat Haji pada hujung 2007.

"Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung. 

“Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung."

Aktres berpengalaman Aida Khalida pula berkata, senario tawaran lakonan yang terjejas selepas bertudung hanya bersifat sementara kerana dia juga tidak terlepas daripada pengalaman itu ketika mula bertudung kira-kira empat tahun lalu.

“Bagi saya, isu tawaran terjejas atau merosot adalah ujian Allah kepada artis yang baru berhijrah. Ketika mula-mula bertudung empat tahun lalu, saya pun hadapi perkara yang sama tetapi ia hanya sementara.

“Berkat keyakinan, doa dan usaha Allah pasti bukakan pintu rezeki kepada kita. Tawaran kerja yang konsisten atau terjejas tiada kaitan dengan bertudung kerana ia adalah perkara wajib bagi wanita Muslim,” katanya.


Petikan diatas Zam petik dari artikel di mStar Online. Pendapat Zam, rezeki Allah SWt tu ada di mana2, kan.. Selagi kita berusaha. Sekarang, jom kita tengok ayat Al Quran & Sunnah yang menyokong pendapat ini:

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…” (Al-A’raf: 96)

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Niza’: 100)

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.)

SUMBER

Insya Allah, semoga ia dapat membantu menetapkan hati kita untuk yakin dengan pasti bahawa rezeki Allah ada di mana2 :)

Thursday, July 26, 2012

26 JULAI~ SELAMAT HARI JADI KAK NORA!



Masa darjah 4 dulu (1994), Zam suka dengar lagu Di Persimpangan Delima yang dimainkan sebagai OST dalam sebuah drama di TV1.. Tak ingat dah tajuk drama tu, lama giler dah tinggal.. Bermula sejak tu lah, Zam mula meminati penyanyi yang berasal dari negeri yang sama dengan Zam itu~ Nora, atau nama penuhnya Wan Norafizah Ariffin. Jadi, secara tak langsung, Zam tahu serba sedikit biodata beliau, terutamanya tarikh hari lahirnya yang hanya selang sebulan dari Zam~ 26 Julai. Sebab tu, dari kecil Zam tak lupa tarikh hari ni :)

Masa tu, album2 artis dijual dalam bentuk kaset, & seingat Zam harga bagi album Nora~ Sandiwara & Debaran tu dijual dalam belasan ringgit. Itupun berminggu juga Zam kumpulkan duit belanja harian untuk membelinya. Tapi susah payah tu berbaloi bila dapat membeli & mendengarnya berulang kali.. Zaman sekarang ni tak macam dulu.. Nak dengar lagu je, terus cari di Youtube.. Jadi nilai esklusif & sentimental value tu dah luntur..

Apapun, sedikit info tentang perkembangan Nora yang terbaru, beliau kini giat dalam nyanyian berunsurkan ketuhanan & dakwah, selain menjadi penerbit animasi "UMMI.. Ceritalah Pada Kami" yang sarat dengan masej2 yang berguna untuk kita semua.. :)



Zam doakan, semoga Kak Nora sekeluarga terus sukses dalam bidang dakwah yang diusahakan ini~ AMINNN :)

BONUS SETENGAH BULAN GAJI DENGAN BAYARAN MINIMUM RM500 UNTUK KAKITANGAN & PESARA KERAJAAN~ DATO SERI NAJIB

Peruntukan Sebanyak RM2.2 bilion Untuk Imbuhan Aidilfitri Akan Dibayar Pada Semua Kakitangan & Pesara Kerajaan Pada 9 Ogos Ini. Alhamdulillah




Pasti ramai yang dah mendengar berita baik ini. Alhamdulillah buat kakitangan & pesara kerajaan. Adalah duit tambahan untuk menampung perbelanjaan raya nanti, selain sebagai duit raya untuk tahun ini. Apapun, berbelanjalah dengan berhemah untuk bonus yang diperolehi kali ini. Pasti anda dah terbayang & berkira2 untuk membelanjakannya di mana & untuk apa, kan? ;) Berikut adalah petikan dari akbar UM hari ini: 

" KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion."