Tomodachi Sama

Saturday, August 4, 2012

Kisah Ally Iskandar, Tak Pernah Ambil Cuti Raya 10 Tahun

Ally Iskandar Ambil Cuti Raya Selepas 10 Tahun 


Tugasnya menuntut dia untuk berkorban masa & tenaga tidak kira walaupun di Hari Raya. Itulah, bukan senang menjadi seorang selebriti. Kalau kita ni, macam mana lah kan.. Zam yang berkerja kat Sarawak ni pun akan balik ke semenanjung setiap kali raya.. Jom baca kisah Ally Iskandar dalam artikel MyStar ini.
 
SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi telah pun mengambil cuti selama seminggu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri selepas 10 tahun tidak berbuat demikian.
Ally, 36, berkata, sebelum berkahwin lagi dia telah menyuarakan hasrat untuk bercuti Hari Raya sekiranya dia berumah tangga bagi meraikannya bersama isteri dan keluarga.

"Selama 10 tahun saya tidak pernah mengambil cuti raya kerana bekerja pada 1 Syawal untuk program Malaysia Hari Ini (MHI). Tahun ini saya mahu peluang untuk menyambut lebaran bersama isteri tersayang," ujarnya kepada mStar Online.

Ally ditemui selepas rakaman program Mentor Raya 6 di Plaza Alam Sentral pada malam Rabu lalu.

Tambah Ally, sebelum ini dia bukan tidak pernah memohon untuk bercuti tetapi komitmen terhadap kerja telah membuatkan dia perlu berkorban untuk bertugas.

Dalam pada itu, Ally berkata, dia sangat terharu dapat menyambut bulan Ramadan pertama sebagai suami kerana Farah Lee yang sedang bercuti selama tiga bulan daripada pengajiannya di Universiti In Ha, Korea Selatan.

Untuk artikel penuh, klik di SINI.


Tempoh Hidup Macaulay Culkin Hanya Tinggal 6 Bulan?

Tempoh Hidup Macaulay Culkin~ Pelakon Home Alone Hanya Tinggal 6 Bulan? Itulah Yang Dikhabarkan




Mungkin anda masih mengingati wajah pelakon cilik yang menjadi hero dalam filem Home Alone & Home Alone 2~ Macauly Culkin ini. Terkini, hayat hidupnya dikatakan hanya tinggal 6 bulan. Mungkin ini hanya satu spekulasi, tapi untuk mengetahui kenapa & bagaimana kisah ini boleh timbul, mari kita baca artikel yang diterbitkan di MStar Online ini. 

 Wajah Terbaru Macauly Culkin!

 
"BEKAS aktor cilik yang pernah menjadi bintang filem Home Alone, Macaulay Culkin, dikatakan hanya mempunyai jangka hayat selama enam bulan lagi. Menurut laporan Inquisitr, bekas kekasih aktres Mila Kunis itu menghabiskan wangnya sebanyak RM18,000 (US$ 6,000) sebulan untuk membeli pelbagai jenis ubat yang dilarang. Malah Macaulay telah berpindah ke Manhattan untuk menyertai pesta dadah. "Macaulay hanya mampu bergantung pada ubat-ubatan dan itu boleh membunuhnya. Dia ketagih dengan dadah jenis heroin, oxycodone, percocet dan vicodin. "Saya lihat sendiri bagaimana dia boleh ambil semua itu dalam satu masa," kata sumber. Februari lalu, paparazzi merakamkan fotonya dengan keadaan kurus kering. Ia dikatakan berpunca daripada masalah tekanan perasaan yang berpanjangan sejak putus cinta dengan Mila tahun lalu."

Friday, August 3, 2012

Wajah Wajah Harry Potter, Dari 2001 Hingga 2011!

Sambil2 layan filem Harry Potter di Tv2, jom tengok perubahan wajah pelakon2 ini sejak 10 tahun yang lalu! 




SUMBER

Sesuatu Sangat Dengan Yusof Taiyob ni.. Haha



Kalau tengok iklan Yusof Taiyob, mesti korang ingat jenamanya disebut dengan suara seakan berbisik.. Memang dijadikan bahan yang sesuai untuk karikatur ni.. Apapun, ramai yang tak nafikan kesedapan kurmanya berbanding jenama lain.. Zam suka yang disalut coklat. Korang pernah makan?

Gambar: Ikan Paus Yang Terdampar Mula Dipindahkan Menggunakan Kren

Gambar: Ikan Paus Yang Terdampar Mula Dipindahkan Menggunakan Kren 



Bangkai ikan paus yang mati terdampar di pantai Kuala Penyu semalam mulai diangkat menggunakan kren. 

SUMBER: NI KALI LAH. GAMBAR:DASNI DAUD 


ENTRI SEBELUM INI:

(Gambar Resolusi Tinggi) Ikan Paus Terdampar Di Pesisir Pantai Malaysia, Sayangnya Gagal Diselamatkan 

(VIDEO) Ikan Paus Terdampar Di Kawasan Perairan Malaysia, Sayangnya Gagal Diselamatkan


(Gambar Resolusi Tinggi) Ikan Paus Terdampar Di Pesisir Pantai Malaysia, Sayangnya Gagal Diselamatkan

2 Gambar Resolusi Tinggi: Ikan Paus Terdampar Di Pesisir Pantai Malaysia, Sayangnya Gagal Diselamatkan 

Sebelum ni, Zam ada tulis entri tentang VIDEO IKAN PAUS TERDAMPAR DI PESISIR PANTAI MALAYSIA, & kali ini Zam nak kongsikan pula  2 gambar resolusi tinggi yang diperolehi dari Facebook. Kawasan kejadian tu merupakan tempat asal salah seorang rakan sekerja Zam, & Zam dapat gambar2 ni dari FB rakan2nya. Kredit sepenuhnya kepada mereka yang memuat naik gambar ini di FB.

Ikan paus sepanjang 17 meter dengan berat mencecah 10 tan ini terdampar di Kuala Penyu, Sabah.





Di bawah ini pula gambar sewaktu operasi menyelamat dilakukan, malangnya ikan paus tersebut gagal diselamatkan.


(VIDEO) Ikan Paus Terdampar Di Kawasan Perairan Malaysia, Sayangnya Gagal Diselamatkan

Ikan Paus Terdampar Di Kawasan Perairan Malaysia.. Sayangnya Gagal Diselamatkan 




Panjang betul ikan paus ni.. Berat dalam 10 tan.. Hmm.. Mungkin pasukan penyelamat menemui jalan buntu untuk menyelamatkannya walaupun dah berusaha.. Dimaklumkan, ikan paus tersebut memasuki kawasan cetek sebelum  terdampar di pesisir pantai Sabah.. Hmm.. Kesian ikan paus tu..

Thursday, August 2, 2012

EVOLUSI PETER PARKER (SPIDERMAN) DARI 1977 HINGGA 2012!

BARISAN PELAKON YANG MEMBINTANGI SPIDERMAN SEBAGAI PETER PARKER DARI 1977 HINGGA 2012!! 


Semalam, Zam keluarkan entri bertajuk EVOLUSI SPIDERMAN DARI 1977 HINGGA 2012.. Kali ini, Zam tampilkan pula pelakon2 yang memegang watak Peter Parker a.k.a Spiderman sejak 1977 hingga 2012.. Jom tengok!



1977- Nicholas Hammond
2002- Tobey Maguire
2012- Andrew Garfield

Perbezaan Ketara Antara Lelaki & Perempuan Bila Putus Cinta??

Inikah Hakikat Perbezaan Antara Lelaki & Wanita Bila Masing2 Putus Cinta? 




Kawan aku pernah bagitahu, kalau lelaki putus cinta, penangan nya memang dahsyat.. Sampai ada yang nak bunuh diri.. Kalau dari akhbar2 sebelum ni, beberapa kali dah rasanya dengar berita lelaki nak ambil tindakan itu sebab ditinggalkan kekasih.. Sejauh mana penyataan ini agaknya ye..

Wednesday, August 1, 2012

EVOLUSI SPIDERMAN! DARI 1977 HINGGA 2012!!

EVOLUSI SPIDERMAN YANG COOL!!

Sebelum ni Zam pernah tulis entri EVOLUSI BATMAN DARI 1966 HINGGA 2012, jadi kali ini Zam nak tampilkan satu lagi hero yang tengah hot sekarang ni~ MR. SPIDEY! Pasti ramai yang masih ingat SPIDERMAN versi lama dulu.. Zam ingat lagi, waktu tu Zam tengok masa kecil.. Tapi yang terbaru pastinya lebih mantap & bergaya kan! Jom tengok EVOLUSI SPIDERMAN DARI 1977 HINGGA 2012!!


Versi 2002 & 2012 mungkin tak banyak beza, tapi bila ditelitikan, suit versi 2012 lebih terperinci. Bagimana pula dengan perkembangan gaya memanjat Mr. Spidey ni? Semestinya lebih smooth kan! 


Tahun 1977, Mr. Spidey cuma pandai beraksi panjat pagar je kot.. Hehe

Entri Menarik & SEMPOI Untuk Diterjah~!!

Kolaborasi Yuna Zarai & Hana Tajima


Semalam, Zam ada sediakan entri tentang Kisah Menarik Di Sebalik Pengislaman Hana Tajima, Wanita Kacukan Jepun/Inggeris. Kali ini, Zam nak kongsikan satu video tentang kolaborasi antara Hana Tajima dengan Yuna Zarai. Kolabarasi yang dimaksudkan adalah semasa satu persembahan fesyen oleh Hana Tajima di Kuala Lumpur, yang menggabungkan persembahan muzik oleh Yuna.. Saksikan gandingan istimewa mereka dalam video di bawah:



Entri Menarik & SEMPOI Untuk Diterjah~!!

Tuesday, July 31, 2012

Dr. Sheikh Muszaphar Bakal Beroleh Anak Ke DUA~ Alhamdulillah


 "In this Holy Month of Ramadhan , we are excited to share you the news ...
It looks like Im going to become a Father for the 2nd time ..
Dr Halina is currently 11 weeks in her pregnancy ...
Do pray for us ....
Love As Always ...."

Tahniah buat pasangan ini~ Alhamdulillah.. Sumber dipetik dari Facebook Dr Sheikh sendiri.. Sama2 kita doakan yang terbaik buat mereka.. Si kecil Sophea Isabella tu mesti gembira nak dapat adik.. :))

Entri Menarik & SEMPOI Untuk Diterjah~!!

Biarpun Makcik Ni Mengemis Di Jalanan, Tapi..

Biarpun Diri Sendiri Belum Tentu Cukup Makan..



Tersentuh tengok gambar ni. Sebak pun ada gak. Sikap yang ditunjukkan oleh wanita ini terlalu mulia.. Biarpun diri sendiri belum tentu cukup makan.. Korang pun mesti pernah dengar saranan Nabi supaya mengasihani haiwan2 begini kan.. Diriwayatkan, seorang hamba Allah masuk neraka kerana menyeksa kucingnya, manakala seorang lagi masuk ke syurga kerana menolong seekor anjing yang kehausan..

Rahmat Allah tu terlalu luas!

Entri Menarik & SEMPOI Untuk Diterjah~!!

Kisah Menarik Di Sebalik Pengislaman Hana Tajima~ Wanita Kacukan Jepun/Inggeris


Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil. 

Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah. 

Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim. 

Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.


Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.

Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.


Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.

Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.

Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya.

Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.

SUMBER: LAMAN KONGSI

Entri Menarik & SEMPOI Untuk Diterjah~!!

TERKINI 7 OGOS 2012:

>>Olimpik 2012: Sandaran Emas Tertumpu Kepada Azizulhasni Awang<<


Kembar Zizan Ditemui! Mat Saleh Pula Tu!

Wajah Seiras Zizan Ditemui! Selebriti Mat Saleh Pula Tu! 


Wajah Barry Manillow-penyanyi, produser muzik dari Amerika semasa muda dikatakan iras2 wajah Zizan. Sekali imbas, mcm sama kan.. tapi tak tahulah nak kata secara tepat bahagian mana yang sama.. Pendapat korang?

Warga Emas Dipukul Anak: Koma Seminggu Sebelum Meninggal Dunia~ SEDIH!


Kejadian yang menimpa sekitar kawasan perumahan aku. Kenapa sampai begitu sekali tergamak pukul ayah sendiri.. Berikut artikel yang dipetik dari My Metro:

KUCHING: Seorang warga emas yang bertarung nyawa lebih seminggu selepas koma dipercayai akibat dipukul anak sendiri, disahkan meninggal dunia di hospital, semalam. Difahamkan, mangsa, 77, dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai dipukul seorang anaknya berusia 40-an yang tinggal bersama lelaki berkenaan di rumahnya di Batu Kawa, di sini. Menurut sumber, sejurus mangsa dimasukkan ke hospital, adik suspek membuat laporan polis mendakwa lelaki itu dipukul abangnya selepas berlaku pertengkaran. Katanya, adik suspek mendakwa bapa ditolak dan dipukul suspek menyebabkan dia patah tulang rusuk. “Sebaik menyedari mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri, suspek membawa mangsa ke HUS bagi mendapatkan rawatan sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga mangsa disahkan meninggal dunia hari ini (semalam).

Monday, July 30, 2012

Inilah Dia Wanita MUSLIM Pertama Yang Mewakili Amerika Dalam Olimpik

Muslim women represent at the Olympics: Ibtihaj Muhammad. First Muslim woman to represent the USA at the Olympics. 


Dalam diskriminasi yang diterima oleh umat Islam di Barat, terutama pada para Muslimahnya (kerana mereka mudah dicam sebagai seorang Muslim kerana bertudung), Ibtihaj Muhammad masih mengenakan tudung, dan tambahan pula, dia merupakan seorang warga Amerika. Ini adalah sesuatu yang sangat jarang kita nampak dalam arena sukan terbesar di dunia~ :))

ENTRI HIT HARI INI 1 OGOS 2012! 

Mangsa Terbaru Mercun Bola Dikhuatari Berisiko Buta.. Ya Allah..

Mangsa Terbaru Mercun Bola Dikhuatari Berisiko Buta.. Ya Allah.. Semoga tak seserius itu ..


Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli cedera selepas terkena serpihan letupan mercun bola menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam. 

Walaupun ramai yang dah sedar akan bahaya yang menunggu di sebalik mercun ini, tapi perkara sebegini memang selalu tidak dapat di elakkan. Mungkin kerana ramai yang beranggapan mereka tidak akan terkena insiden seperti ini. Pada ibu bapa, awasilah anak2 kita.. Bahaya juga mercun bola ni.. Sebelum ni pun pernah terdengar kes mangsa yang buta sebelah mata disebabkan mercun bola yang dilempar oleh orang yang tidak diketahui. . Berikut adalah berita dari UM.

ALOR SETAR 29 Julai - Seorang pekerja kilang lelaki dan anak jirannya adalah mangsa terbaru insiden letupan mercun sempena Hari Raya Aidilfitri apabila kedua-dua mereka cedera parah akibat terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup sekali gus semalam. Kejadian berlaku pukul 7 malam di Kampung Kuala Kangkong ketika pekerja kilang itu, Mohd. Sohibollah Saad, 27, bermain seorang diri mercun bola yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan di depan rumahnya. Sewaktu pemuda itu bermain mercun, anak jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli, 8, datang untuk melihat dan dia turut terkena letupan mercun itu.

Pesawat Ringan Terhempas Di Pontian, Juruterbang Berusia 24 Tahun Terbunuh



Juruterbang Maut Pesawat Ringan Terhempas 

PONTIAN: Seorang juruterbang warga Singapura terbunuh selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas di sebuah kebun sawit di Parit Puasa-Parit Ali, Kampung Dalam, Ayer Baloi di sini pada Ahad. Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, DSP Tan Moh Chuan berkata polis menerima panggilan mengenai kejadian pada 2.10 petang. Mangsa dikenali sebagai Samuel Lim Shi Min, 24, dan mayatnya dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. Pesawat yang terhempas adalah pesawat ringan satu tempat duduk. Tan berkata pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Penerbangan Awam untuk siasatan lanjut. BERNAMA

Sunday, July 29, 2012

(Gambar) Diana Amir~ Tampak Lebih Bersifat KEIBUAN

(GAMBAR) DIANA AMIR~ TAMPAK LEBIH BERSIFAT KEIBUAN KINI 

Bila melihat beberapa keping gambar Diana Amir dari blog Beautiful Nara tadi, Zam dapat katakan wajah Diana Amir tampak lebih keibuan kini.. Sejuk mata memandang..