Kalau sebelum ni Zam selalu kongsikan gambar gambar Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal bermula dengan Majlis Akad Nikah & Majlis Resepsi, tak lengkap rasanya kalau Zam tak kongsikan juga gambar gambar di Majlis Sambut Menantu pula. Zam terjumpa foto menarik ini di page Facebook Photoline Creative Studio sebentar tadi. Kredit sepenuhnya kepada jurugambar berkenaan untuk kesemua gambar ini ;)
Sunday, September 2, 2012
Cerita MENARIK Di Sebalik Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal
Assalamualaikum & Selamat Pagi Ahad buat semua~ Dalam mood santai & beristirehat, Zam nak kongsikan kisah menarik tentang majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna baru baru ini. Artikel ini dikongsikan di Facebook oleh jurukamera rasmi majlis itu, Nadia Zahari. Apa yang disampaikan, memang ada benarnya & membuka minda kita.. Insya Allah :)
Kisah Perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna
Salam, disini saya ingin share pengalaman saya dan rakan saya Artmosphere Photography berbual dengan Ustaz Don tentang majlis perkahwinannya :)
- Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
- Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
- Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
- Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
- Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
- Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
- Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
- Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.
GAMBAR GAMBAR INI DIAMBIL DARI ARTMOSPHERE PHOTOGRAPHY, NADIA ZAHRI PHOTOGRAPHY & PHOTOLINE CREATIVE STUDIO. KREDIT SEPENUHNYA KEPADA MEREKA UNTUK HASIL FOTOGRAFI YANG CUN2 INI ;)
ENTRI BEST & SEMPOI UNTUK DITERJAH!!
9 Gambar Terbaru: DETIK USTAZ DON DANIYAL MELAFAZKAN AKAD NIKAH
6 GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN USTAZ DON DANIYAL DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS~ ARTMOSPHERE PHOTOGRAPHY
Subscribe to:
Posts (Atom)













