Jika semalam Zam kongsikan kepada anda pautan 46 GAMBAR HI RES MAJLIS AKAD NIKAH FARID KAMIL & DIANA DANIELLE dari OH BULAN, malam ini sekali lagi Zam ingin kongsikan PAGE Jurukamera Rasmi Majlis Akad Nikah mereka berdua, iaitu ANNAS EASKAY PHOTOGRAPHY di FACEBOOK. Saksikan sendiri gambar gambar yang menarik dan unik hasil sentuhan mereka, yang nyata berbeza dari kesemua gambar yang pernah anda saksikan sebelum ini. Serius, Zam tertarik dengan mood yang dibawakan dalam setiap gambar. Untuk kesana, anda boleh hit mana mana link yang berkaitan di atas ('',) Gambar, kredit sepenuhnya kepada ANNAS EASKAY PHOTOGRAPHY.
Sunday, November 4, 2012
Kita Meniti Hidup Yang Berbeza
Latar belakang yang berbeza menghasilkan kehidupan yang berbeza..
Nasib setiap manusia tak sama.. Maka jangan dipersoalkan kenapa
hidup mereka tak sesempurna kita..
Mereka Dengan Kisah Suka Duka, & Aku Pula Tiada Perasaan
source from Google
Ada apa dengan tajuk entri kali ni? Luahan perasaan mengenai sesuatu peristiwa yang menimpa diri Zam ke? Hmm.. Sebenarnya, tentang peristiwa yang berlaku dalam hidup beberapa orang rakan Zam- lebih tepat lagi rakan2 guru di Sarawak. Semalam, keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri secara online telah dikeluarkan. Dari blogger Eraz Fadli pagi tadi, Zam dapat tahu salah seorang rakan kami telah berjaya dalam permohonan perpindahannya. Maksudnya, tahun depan dia akan mula mengajar di Semenanjung. Tahniah lah buat dia sebab akhirnya dapat juga peluang tu.
Kemudian, tiba tiba Zam teringat pada sepupu yang mengajar di Miri. Cepat2 Zam ke wall FB nya untuk melihat status terbaru. Hmm.. Rupanya nasib masih tak menyebelahinya kali ini.. Dari statusnya yang berbaur sedih, Zam dapat agak permohonannnya kali ini masih tidak diluluskan.. Zam boleh faham sedikit macam mana perasaan mereka yang tak berjaya dalam permohonan. Bukan apa, semua tu melibatkan perancangan masa depan. Mungkin banyak yang dapat dilakukan bila mereka berpeluang pulang ke Semenanjung. Apapun, semoga terkandung hikmah yang besar di balik semua ini. Insya Allah..
Dalam keghairahan rakan rakan ingin pulang berkhidmat di kampung halaman, bagaimana pula dengan Zam sendiri? Ini sudah tahun ke 7 Zam berada & mengajar di Kuching, & Zam agaikan tak ada perasaan seperti rakan rakan yang lain. Hmm.. Zam sebenarnya ada rancangan sendiri mengenainya.. Kalau dapat, Zam nak genapkan 10 tahun disini dulu.. Harapan Zam, semoga perjalanan hidup ni dapat dilalui dengan lancar.. Aminn
Subscribe to:
Posts (Atom)


