e

Sunday, November 11, 2012

Mitos dan Fakta Tentang Kesihatan Lelaki

Beberapa hari lepas blogger Adie Zaff ada sediakan satu entri untuk Zam, & apa yang menariknya entri tersebut ada kaitan dengan tanggapan sesetengah lelaki yang suka melakukan workout untuk mendapatkan susuk tubuh yang tegap. Apakah itu? Jom baca~

NO PAIN NO GAIN?!



"No pain, no gain. Sekiranya anda tidak berasa sakit 
 ketika workout, ia adalah tidak efektif."

 
"Tidak benarAnda tidak akan mencapai tahap optimum semasa workout sekiranya anda berasa sakit. Sekiranya, anda mula merasa sakit yang berkaitan dengan sendi-sendi ia mungkin akan memberi kecederaan sekiranya anda terus melakukannya. No pain no gain sepatutnya adalah anda melakukan sesuatu workout sehingga anda tidak mampu melakukannya, bukannya sehingga anda berasa sakit."

Perkongsian Asal: Longoi.Com

Mood Pagi Ini.. Teringin Nak Ke Sana!

CERAH, HANGAT & MENENANGKAN..



Tiba tiba pagi ni terasa nak pergi ke tempat yang cerah, terang & hangat.. Bestnya kalau dapat alami mood tu sekarang ni.. Dan tiba tiba juga lepas tu Zam teringat pada gambar diatas yang diupload oleh rakan FB Zam tahun lepas.. Tenang je rasa kalau dapat lalui semua suasana tu..Boleh teka tak gambar ni diambil di mana?

Meniti Maal Hijrah- 1434H

SALAM MAAL HIJRAH 1434/ 15 NOVEMBER 2012



Assalamualaikum & Selamat Pagi buat pembaca semua ('',). Insya Allah, lebih kurang 4 hari lagi kita akan melangkah masuk ke tahun baru Hijri 1434, iaitu pada 15 November ini. Dalam meniti hari hari terakhir dalam tahun ini, Zam teringat pada beberapa kisah perjalanan hidup yang amat 'melelahkan'.. Zam akui, 2012/1433 adalah tahun yang sukar bagi Zam berbanding tahun tahun sebelum ini. Jadi, besar lah harapan Zam untuk tahun baru nanti, kehidupan Zam akan jadi lebih baik.. lebih sempurna.. lebih bermakna.. Amin, amin, amin Ya Rabb... Hidup memang tak boleh dipisahkan dengan dugaan, namun Zam harap dapat mengatasinya dengan lebih baik.. Inysa Allah.. Doakan yang terbaik buat kita semua ya rakan rakan ('',)

(ENTRI MENITI MAAL HIJRAH INI DITULIS BERSEMPENA SEGMEN MAAL HIJRAH 1434H DARI BLOGGER HASRUL HASSAN)-jemput sertai, semua ('',)