e

Sunday, December 16, 2012

Foto Majlis Persandingan Farid Kamil & Diana Danielle Di Jitra, Kedah

SEKITAR 2 SESI MAJLIS PERSANDINGAN MALAM & SIANG:
FARID KAMIL & DIANA DANIELLE

Terima kasih kepada MAMA MASZULL yang berkongsikan info mengenai Majlis Persandingan Farid Kamil & Diana Danielle di Jitra- Kedah di blog beliau sebelum ini. Setelah mencari lebih banyak gambar yang berkaitan di Google, Zam bertemu dengan foto yang berbeza di bawah ini:


Menurut sumber yang diperolehi, Majis Persandingan pasangan ini telah diadakan dalam 2 sesi iaitu di sebelah pagi dimana pasangan ini mengenakan busana tradisional, manakala di sebelah malamnya pula mereka tampil dalam pakaian kasual di hadapan ribuan pengunjung di Tasik Darulaman.

Gambar yang Zam temui di blog MAMA MASZULL di bawah ialah sewaktu sesi persandingan diadakan di sebelah pagi:


Untuk gambar-gambar menarik yang lain, anda boleh menekan PAUTAN INI untuk SESI PERSANDINGAN 1 dan PAUTAN INI untuk SESI PERSANDINGAN 2. Kredit sepenuhnya gambar-gambar ini kepada MIG ONLINE.

JOM JOIN CONTEST: FOTOGRAFI CERIAKAN HIDUPMU!


Assalamualaikum & selamat petang semua. Kali ini Zam nak sertai satu contest dari blog BICARA HATIKU yang mempunyai kaitan dengan fotografi. Dah lama Zam tak sertai contest seperti ini, sebab jarang-jarang blogger menganjurkannya. Kalau ada, peluang seperti ini memang tidak akan dilepaskan sebab fotografi memang menjadi salah satu minat Zam. Terima Kasih kepada Mama Mas Zull yang jemput Zam untuk sertai contest ni. Memang kena & tepat dengan citarasa Zam lah ;)

Untuk itu, gambar dibawah dipertaruhkan oleh Zam untuk contest yang bertemakan CERIA dari blog Bicara Hatiku ini. Gambar diambil sewaktu Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

"Iklan Colgate Hari Raya"

[Photo by Zamani84 for "FOTOGRAFI-CERIAKAN HIDUPMU" Contest Only. 
Any Reproduction Of This Image Is Stricly Probihited]