e

Saturday, January 12, 2013

Tonton Sayangku Damia Di Slot Cerekarama TV3

Sejak terlihat iklannya di TV3, Zam tiba2 rasa tak nak ketinggalan menyaksikan cerekarama malam ini pada pukul 10 nanti. Kalau sebelum2 ni, jarang ada cerita yang dapat menarik minat Zam untuk menontonnya.. Hehe.. Apapun, berikut adalah sinopsis untuk drama Sayangku Damia. 


SAYANGKU DAMIA | SLOT CEREKARAMA DI TV3 12 JANUARI, 10 MALAM



Mengisahkan tentang Damia, 20, seorang gadis kurang cerdik tinggal bersama bapanya, Pak Akup, 50, yang sering dikatakan gila. Orang kampung selalu menjauhkan diri dari mereka dua beranak. Pak Akup dikatakan gila kerana telah ditinggalkan isterinya yang melarikan diri ke bandar. Menurut cerita orang kampung, isteri Pak Akup meninggalkannya kerana tidak tahan dengan Pak Akup yang sering memukul. Damia pula sering menghabiskan masanya bersendirian di sawah melihat dan memberi makan kepada burung-burung. Rupanya ada rahsia disebalik perangai pelik Damia dan Pak Akup. Dalam perjalanan menyusuri kampung tersebut, Halim pelajar bidang psikologi terlihat kelibat Damia yang nyaris dilanggar oleh Halim. Tingkah laku Damia yang pelik menimbulkan tanda tanya kepada Halim. Apa kesudahannya saksikan mlam ni. 

Lakonan Hanez Suraya, Kamal Adli, Roy Azman dan Maizura Hamzah.

(KREDIT UNTUK SUMBER DARI KEPALA BERGETAR)

7 comments:

  1. Sedih cta nie...memang kejam betol bapak dia..

    ReplyDelete
  2. Terlepas cerita nie tadi, kenapa ayah dia kejam Nao Mei atau Zam?

    ReplyDelete
  3. best sgt cite nie.. dah lama xde cite melayu yg boleh menarik minat untuk menonton...pandai pengarahnye twist...

    ReplyDelete
  4. menarik cter dia.. tema penderaan dari kecik.. kalau kita tgok awal2 msti agak cter ni agak cliche dgn drama melayu yg lain, tapi sbnrnya tak.. tak duga pun sbnrnya mak dia mati kena bunuh..

    ReplyDelete
  5. tgk iklan dia dah rasa tertarik nak menonton... hurm... tapi dapat tgk separuh jer... tu pon dah nak abis... huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Naomei.. Kan.. Sedih2

    Fifie, sb ayah dia rogol dia & bunuh isteri sndri..

    Kasih, Permata Biru, samalah, Zam pun tiba2 rasa nak tgk

    Badrul, lain dr lain! kan?

    ReplyDelete
  7. tergamaknya ayah sendiri buat mcm tu pada anak kandung..haiya selalunya ayah tiri yg rogol anak tiri perempuan,ni mmg ada gak berlaku bila ayahnya hilang pertimbangan x tau beza mana anak dan bukan anak! pegi la cari pompuan lain,kahwin ke..ni x rogol anak sendiri..apa2pon roy azman berjaya bawa watak buat penonton semua benci,caya lah

    ReplyDelete