e

Friday, February 1, 2013

ZAMANI 84 & BLOG PAGEVIEW 840,000



Assalamualaikum & Selamat Petang. Sebelum entri ini ditulis, Zam sedang berbaring di atas katil asrama sekolah kerana sakit kepala yang teramat sangat- sambil online menghadap blog. Sebetulnya Zam baru saja nak tutup window blog Zamani84 waktu tu, tapi tiba2 Zam terpandang pageview pada sidebar kiri blog. Macam tak percaya kejap dengan apa yang Zam lihat waktu tu, bila angka yang tertera ialah 840,000! Kalau sebelum ini Zam pernah hasilkan entri tentang pv blog Zam yang mencecah 777,777 & 808808, angka yang terbaru ni memang buatkan Zam tersenyum2. Kenapa? Dah tentu kerana angka itu paling sininom setakat ini dengan nama blog ZAMANI 84 ;) Hehe

Alhamdulillah.. Sempat juga Zam tekan butang printscreen pada netbook ni sebab masa tu trafik blog berlalu dengan agak kencang juga. Mungkin 'tabiat' ini juga merupakan kegemaran blogger lain- printscreen mana2 angka PV di blog yang menjadi kegemaran sendiri & kongsikannya dengan blogger lain di entri.. Kan?

4 comments: