e

Sunday, March 3, 2013

Kek Lapis Sarawak



Kalau pelancong dari Semenanjung datang ke Sarawak, Kek Lapis Sarawak ini  pasti termasuk dalam senarai utama untuk dibeli sebagai buah tangan. Beberapa hari sebelum berangkat ke sana, pasti ada saja saudara mara yang mengirim & berpesan agar dibelikan juga Kek Lapis Sarawak untuk mereka sekembalinya nanti. Populariti yang diterima telah menjadikannya sebagai salah satu ikon bagi negeri Sarawak secara tidak langsung.

Kenapa Zam tiba-tiba keluarkan kisah Kek Lapis Sarawak ni? Haa.. Sebenarnya Zam baru je pulang ke Semenanjung dari Sarawak Jumaat lepas, & seperti biasa inilah yang menjadi ole-ole untuk keluarga & rakan-rakan. Tentang rasanya, Zam boleh kata memuaskan hati juga, & biasanya Zam akan membelinya dari jiran Zam sendiri di Kuching. Perbezaan yang dapat Zam lihat dari kek yang dibuatnya berbanding kek lain ialah, dari segi saiz & kepadatannya di dalam kotak pembungkus yang digunakan. Memang jiran Zam ni bukan jenis yang kedekut dalam berniaga. Dan biasanya, jika Zam membeli 10 biji kek, dia akan berikan Zam sebiji lagi dengan percuma. Sedekah katanya.. Hehe..

Malam ni, Zam akan berangkat pulang ke Sarawak dengan menaiki pesawat AirAsia. Esok, dah sambung mengajar macam biasa.. Insya Allah, jika tiada aral, Zam akan pulang lagi ke Semenanjung Jumaat depan~ 8 Mac 2013 untuk Majlis Perkahwinan Seorang rakan baik.. Doakan Zam selamat pergi & selamat kembali ya.. :)

19 comments:

  1. aiyooo!! skrng tgh lpr.. nmpk bnda nie lgi kuat lar bnyi drum kt prut nie.. huhuhu~ (-__-)"

    btw, hve a safe journey!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. best tak bunyi drum tu? haha

      Thanks ae Fakh ... appn, jgn lupa sarap ae

      Delete
  2. Zam..akak tingin nak makan kek tu..boleh tolong belikan? Akak bankin duit
    Ni no akak 0199063203

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Kak... lagipun jiran Zam tu ambil tempahan pos sekali..

      Delete
  3. mahal tu....
    akak tak beli.
    member2 akak kalu pegi sana bawa balik kek lapis.
    leh la makan free..
    sedap.
    mana akak sikit?????

    ReplyDelete
  4. wah..kat area mane tu?
    slalu beli kat asma kek house jewp area samarahan..
    bleh tahan la sedap jgk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam di batu kawa.. yg kat samarahan tu, Zam mmg tak pernah g beli lagi kat sne :)

      Delete
  5. wah..nak jugak yg free tu zam hahaha...papew pun smoga selamat p n balik. amin^^

    ReplyDelete
  6. Byk jenis ke kek lpis dia??brapa rm?zkak nak mkn sgt sebelum bersalin lagi tapi skrg tak dapat mkn lagi walaupun dah 5 bulan bersalin :-)





    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, banyak jenis, & satu ti rm10 je... oo kes mengidam lah ni ye

      Delete
  7. bagusnya orang berniaga macam tu kan. Jiran kita pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memudahkan urusan.. tak perlu pergi jauh2 utk cri kek lapis ni :)

      Delete
  8. dah lama tak mkan kek lapis sarawak.....=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg pun, ramai gak peniaga di smnjg yg buat kek ni.. Zam biasa terjumpa di pasar tani..

      Delete
  9. cik akak orang sarawak pun jarang berbeli kek cam nie..hihi...akak lebih suka buat sendiri..hihi...

    cik akak minat tengok kek lapis tapi cik akak tak minat nak makan..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya mmg mcm tu kan.. ramai org Srwk yg buat kek ni sendiri.. kami yg dtg dr smnjg je yg beli.. hehe

      Delete
    2. takpe dik zam...hihi...orang sarawak memang nak promosikan untuk orang sana..hihi...
      nanti cik akak buat...cik akak bagi free je..hahaha

      Delete