e

Sunday, September 22, 2013

Benarkah Ini Khasiat BUDU?

Assalamualaikum & selamat petang. Zam terjumpa satu artikel di FB sebentar tadi, dan menariknya ia adalah mengenai khasiat budu. Budu ni memang menjadi kegemaran orang di sebelah Pantai Timur, dan tak kurang juga orang luar yang meminatinya, seperti juga cencaluk, belacan & tempoyak. 

kredit gambar: Mazlee.Net

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. 

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. 

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. 

Untuk membaca artikel penuh mengenainya, anda boleh hit pada PAUTAN INI. Apapun, sejauh mana kesahihan mengenainya, tidaklah dapat dipastikan-takut juga jika ia sesuatu yang diada-adakan. Baca boleh, tapi untuk nak percaya terus, anda perlu lah mencari sumber asalnya dulu, ya ;)

17 comments:

  1. tak pernah sekali pun makan budu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene cuba tu.. hehe.. cicah ikan bakar.. best!

      Delete
  2. dulu best jer mkn budu tp sekarang elergik tak thu knapa..huhu

    ReplyDelete
  3. hehe. dulu, PG tak tahu apa benda budu ni. then bila da bernikah kawen dengan orang semenjung, baru tahu dan reti makan :D sedap!

    ReplyDelete
  4. wah bagus ni, saya peminat budu tegar :)

    ReplyDelete
  5. budu dengan ikan bakar terlalu sedap

    ReplyDelete
  6. boleh try budu nie, tapi tak pernah jumpa packing macam dlm gambar tu, kat mana boleh dapat yea Zam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkn d sstgh psaraya.. zam mcm pnh jumpa gak sblm ni

      Delete