e

Tuesday, October 29, 2013

2 Minggu Terakhir Love You Mr Arrogant: Episod 20

2 Minggu Terakhir Love You Mr Arrogant: Episod 20 (29 Oktober)- Assalamualaikum & selamat malam. Pertama kali Zam hasilkan entri tentang drama terhangat di Slot Akasia sekarang ini~ Love You Mr Arrogant selepas kejayaan entri Cinta Jannah sebelum ini. Dan tentunya makin menghampiri episod terakhir- Episod 26 pada minggu depan, makin ramai yang teruja untuk mengetahui kesudahan setiap episod drama ini. Apapun sebelum Zam kongsikan sinopsis Love You Mr Arrogant Episod 20 - ada baiknya Zam sertakan bersama sinopsis keseluruhan perjalanan kisah ini:




Zaara Amirah mempunyai impian yang sama seperti impian gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman.

Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Pelakon utama Love You Mr Arrogant ialah Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham Zara Zya sebagai Zaara Amirah (SUMBER)


SINOPSIS EPISOD 19 - 22

Love You Mr. Arrogant Episode 19 
Zaara beransur pulih. Namun dia dipagut sayu apabila Irham terpaksa keluar dengan Sherry atas arahan Pn Seri untuk membeli barangan persiapan pernikahan. Hadry telah datang berkunjung tatkala Irham tiada dirumah. Irham salah faham apabila pulang dan melihat mereka berdua. Zaara sekali lagi meluahkan perasaannya pada Irham. 

Love You Mr. Arrogant Episode 20
Zaara terasa hati bila mendapat tahu yg Sherry ada bersama suaminya di pejabat Irham. Hadry ternampak Zaara kesedihan. Oleh kerana tidak sanggup melihat Zaara dalam keadaan demikian, Hadry telah bersemuka dengan Irham. Satu pergelutan berlaku antara Irham dan Hadry. Kejadian ini telah menyedarkan Irham. "Aku benci lelaki yang buat perempuan menangis" ~~ Hadry 

Love You Mr. Arrogant Episode 21
Hari pernikahan Irham dan Sherry tiba namun Irham seperti tidak mahu meneruskannya. Begitu berat hatinya. 
Irham : Apasal kau senyum ? 
Zaara : sebab saya tak nak nangis.. 
Irham : Kalau ikutkan, aku tak nak semua ini...aku nak bawa kau lari jauh2 
Papa Irham telah mendedahkan perkara yang sebenarnya mengenai rancangan Pn Seri mamanya. Irham 'lari' daripada majlisnya itu membawa Zaara isterinya bersama. (pak mentua punya idea..sungguh sayang dia kat menantunya tu..) 

Love You Mr. Arrogant Episode 22
Zaara seperti tidak percaya akan tindakan suaminya itu (meninggalkan majlis akad nikah begitu sahaja). Irham memandu sampai ke Pulau Pinang. Zaara dan Irham bagai sepasang kekasih menghabiskan masa mereka bersama. Tetapi ada sesuatu yang berlaku di sana yang membuatkan Irham teringat akan masa silamnya....

MAKLUMAN:
Untuk episod 20 hari ini, belum ada yang upload video nya lagi.. Mungkin lewat malam sikit, atau esok. Apapun untuk menonton episod semalam- Episod 19, anda boleh layarinya di pautan di bawah:

http://bit.ly/1hpMz4Y(klik)

6 comments:

  1. Amboi...peminat tegar....seterotype....mesti happy ending pada akhirnya.

    ReplyDelete
  2. makin lama makin best cerita nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat org terus tonton smpi habis kan ;)

      Delete
  3. dah tak sabar nak tengok endingnya......

    ReplyDelete