e

Sunday, February 24, 2013

Page Rank Alexa 888 (Malaysia) Untuk Zamani 84

Pagi Rabu sebelum ini (20 Februari), ketika Zam baru saja online & bersedia untuk mengemaskini blog, mata terpandang pada satu angka di Alexa Toolbar yang memang tersedia pada paparan Window untuk blog Zamani 84. Angka yang ditunjukkan- Page Rank 888 untuk Malaysia pada waktu itu buatkan Zam tersenyum sekejap. Alhamdulillah, page rank menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu & kini di bawah 1000 untuk ranking Malaysia (Untuk Global Rank, blog Zamani 84 berada di kedudukan 184,510). Nak dikatakan kebetulan juga, angka 888 yang diperolehi itu cukup sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina yang masih lagi diraikan pada waktu itu.




Untuk paparan rasmi di ALEXA:



Apapun, bukanlah 'ong' atau tuah yang diharapkan dengan kehadiran angka itu, cuma Zam berharap semoga Zam akan terus maju lagi dalam dunia blog ini. Begitu juga dengan rakan blogger yang lain. Doakan kejayaan kita bersama ya bloggers. Sokongan yang anda berikan, rakan blogger & pembaca amatlah Zam hargai kerana Zam dapat rasakan setiap takah yang Zam daki & lalui kini betul-betul bermakna. Jom sama-sama kita berusaha!

Ranking terkini 24 Februari 2013: 812 di Malaysia.. Alhamdulillah..


Temui AARON AZIZ Hari Ini!



Makluman yang Zam jumpa di akaun Twitter AARON AZIZ pagi tadi, jadi Zam nak kongsikan & hebahkan di sini juga. Buat peminat/AARONATORS FC di Kuching & kawasan sekitarnya, anda boleh bertemu dengan AA di The Spring, Kuching pada pukul 2 petang nanti. Selain AA, Adibah Noor juga memaklumkan beliau akan turut berada di sana untuk promosi satu event disana. Jadi, kepada para peminat, jangan lepaskan peluang ini ya ;)

Dato Siti Nurhaliza Nafi Bertudung Untuk Meneyertai Politik



"Siti Nurhaliza Nafi Bertudung Kerana Mahu Menyertai Politik." Itu yang Zam dengar menerusi rancangan MeleTOP semalam di Astro Ria. Bagaimanakah isu tersebut boleh timbul, itu yang menjadi tanda tanya Dato Siti Nurhaliza. Ujarnya menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Nabil & Neelofa (hos rancangan tersebut), beliau sendiri tidak tahu bagaimana isu tersebut boleh timbul, & hasratnya untuk bertudung sebenarnya datang semenjak berada di Tanah Suci. Dalam pada masa yang sama, beliau memutuskan untuk berhijrah mengenakan tudung sepenuhnya pada hari lahirnya 11 Januari yang lalu, selain bersempena hari Jumaat pada tarikh yang sama. Anda boleh mengikuti kisahnya di SINI.

PS: Mungkin kerana fenomena sesetengah artis berhijrah mengenakan tudung yang kemudiannya menyertai satu-satu parti politik, maka isu ini timbul. Tak kisahlah, apapun bertudung & menutup aurat bagi wanita itu satu tuntutan wajib di dalam agama, & bukanlah kerana trend semata.. Kan? ;)

SEGMEN JOM BLOGWALKING BY ARYSHA


Terjumpa segmen ni di blog ERAZ FADLI, jadi Zam joinkan diri. Rakan-rakan blogger boleh hit pada baner diatas untuk ke blog penganjur~ ARYSHA :)

Segmen : tambah & kenali kaki blog mengikut bulan kelahiran.


Selamat Pagi Ahad~ Awal-awal lagi Zam dah mulakan dengan entri blog. Bukan apa, dah ada masa lapang ni, bolehlah join sebelum sibuk. Pada yang berminat, bolehlah hit banner diatas ya. 

Untuk pengetahuan Yaya & rakan blogger yang lain, hari jadi Zam jatuh pada 26 JUN 1984.. Hari, bulan dan tahun- semuanya angka genap.. Hehe.. Ada blogger lain yang ada tarikh hari jadi yang hampir sama dengan Zam?