e

Sunday, June 9, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 30 : Enot Tersingkir!



Assalamualaikum dan selamat malam. Akhirnya teka teki antara Enot atau Michael Ang yang akan tersingkir hari ini dalam episod Masterchef Selebriti Malaysia 2 yang ke 30 terjawab sudah. Nampaknya, Enot terpaksa meninggalkan dapur Masterchef kali ini setelah melalui banyak persaingan sengit dalam episod penyingkiran sebelum ini. Apapun, Enot berjaya menyumbangkan sebanyak RM7500 untuk badan kebajikan yang diwakilinya. Tahniah diucapkan kerana berjaya bertahan sehingga peringkat ini, kerana boleh dikatakan peserta yang tinggal hebat hebat belaka.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Hari Terakhir Di Semenanjung



Assalamualaikum & selamat malam. Akhirnya selepas bercuti 2 minggu lebih sempena cuti penggal pertama persekolahan, tiba masanya ubtuk Zam pulang semula ke Kuching malam ini. Memang pantas masa berlalu, macam baru semalam Zam pulang ke Kelantan untuk bercuti. Kalau boleh, tak mahu pulang ke Kuching lagi..