e

Monday, January 27, 2014

Ariana Rose Minggu Ke 5: Episod 17, 18, 19, 20

Assalamualaikum & selamat malam. Buat peminat slot Akasia Ariana Rose, berikut dikongsikan sinopsis sepintas lalu untuk setiap episod di minggu ke lima ini. Selamat menonton ya~



Selesai majlis, Ariana berkenalan dengan keluarga tunangnya. Dia gembira kerana mereka baik. Bakal ibu mertuanya pula mahu Ariana panggilnya mummy sahaja. 

Tengku Adam cuba pancing maklumat daripada Hidayu dan daripada itu tahulah dia yang Ariana ada 2 number. Bagaimanapun, dari pancingannya itu juga Tengku Adam dapat korek yang Ariana baru sahaja bertunang. 

Ariana ke pejabat untuk serahkan dokumen kepada pihak pengurusan. Ramai rakan terkejut melihat perubahan Ariana dan tetapi Ariana maklumkan yang dia sudha memilih untuk berhijrah dan membuat persediaan untuk berkahwin. 

Thoriq nasihati tengku Adam supaya bertaubat dan beritahu rakannya supaya pergi ke Mekah. Tengku Adam bersetuju dan dia juga tidak mahu buat Ariana bencinya dengan ugutan lagi. Tanpa banyak fikir, tengku Adam bersetuju.


2 comments: