e

Sunday, January 12, 2014

Sinopsis Ariana Rose Minggu Ke 3: Episod 9, 10, 11, 12

Assalamualaikum & selamat petang. Meneruskan kesinambungan dari entri Sinopsis Ariana Rose Minggu Ke 2, hari ini Zam tampilkan sinopsis untuk episod-episod di minggu ketiga (episod 9, 10, 11 dan 12).

Untuk menonton online episod minggu kedua sebelum ini- Episod 5, 6, 7, 8, anda boleh hit pada pautan berikut: ARIANA ROSE MINGGU KEDUA. (klik)

 

Adam curi dengar perbualan Ariana dan ibunya dan bila Datin Asra tanyakan kalau2 yang jawab itu adalah boyfriendnya, Ariana nafikan. Malah Ariana jelaskan yang Adam adalah budak cacat akal yang baru mendaftar. Tersentap Adam. 

Ariana terpaksa akur bila Adam bawanya ke Ritz carlton. Ariana lagi rela ke sana dari pergi ke kondo Adam. Tetapi Ariana gabra jugaklah bila melihat makanan yang diorder oleh Adam. 

Adam kagum melihat semangat Ariana yang mahu selamatkan Linda. Sehabis kes di balaipolis, Hilmi dan Dolman diminta untuk lindungi Linda. Ariana rasa terhutang budi. pada masa yang sama,Adam buat perbandingan dengan dirinya yang sangat beruntung. 

Ariana memohon cuti kerana perlu pulang ke kampung pada hari Jumaat nanti. Harith pula mengajaknya untuk menghadirkan diri ke majlis makan malam amal pada hari rabu dan menawarkan diri untuk menjemput Ariana di rumahnya nanti.



TONTON ONLINE
EPISOD 9 (klik)
EPISOD 10 (klik)
EPISOD 11 (klik)
EPISOD 12 (klik)


Entri sebelum ini: Kreatif! Baju Lama Jangan Dibuang!

2 comments: