e

Monday, February 10, 2014

Ariana Rose Minggu Ke 7 (Akhir): Episod 25, 26, 27, 28

Assalamualaikum & selamat malam. Minggu ini merupakan minggu terakhir drama Ariana Rose dimainkan di slot Akasia. Bersiaran sebanyak 28 episod, dan minggu ini pasti kemuncaknya dinantikan oleh peminat. Kepada para peminat, Zam kongsikan sepintas lalu sinopsis Ariana Rose Minggu ke 7 Episod 25, 26, 27, 28.


Hari pernikahan Ariana berdebar kerana pada malam ini dia akan menjadi isteri kepada Adam Mukhriz. Siapapun Adam Mukhriz, Ariana redha kerana dia sudah jatuh cinta dengan bakal suaminya itu semasa mereka berbual di telefon lagi.

Ariana Rose Episode 26
Ariana dan tengku Adam menghadiri majlis resepsi yang telah dirancang rapi semenjak 3 bulan lepas.Selepas acara potong kek, tengku Adam dan Ariana turun untuk bersalaman dengan para tetamu. Tetapi ketika mereka sedang bersalaman itu..


Selepas Adam pergi ke pejabat, Ariana teringat yang dia masih ada barang barang di kondonya. Oleh kerana keretanya ada di kondo, Arian minta tolong Pak mat untuk hantarkan dia ke sana.

Ariana Rose Episode 28
Ariana Dan Tengku Adam kini berbulan madu di Bath dan Tengku Adam mahu Ariana mengenalinya dan menerimanya seadanya. Bagaimanapun ketika mereka di London, Samuel telah datang menemui Tengku Adam kerana Samuel ada berita.


12 comments: