e

Monday, March 10, 2014

Alhamdulillah.. Terima Kasih Untuk Doa Kalian

Assalamualaikum & selamat petang semua.

Fuhh... Akhirnya selesai  juga urusan sempena Majlis Persaraan Guru Besar hari ini. Dalam entri Zam sebelum ini, Zam ada bagitahu yang Zam bertukar tugas dari AJK Hadiah kepada jurukamera rasmi sempena majlis tu. Biarpun sekadar jurukamera, penat juga rasanya sekarang ini. Memang terasa letihnya.. Nak buat entri dengan handset pun tak sempat, sebab kamera sentiasa berada di tangan.

Apapun, Zam nak ucapkan terima kasih untuk ucapan yang anda berikan dalam entri ini. Kerana doa kalian, Zam rasa Zam berjaya menggalas tugas hari ini dengan baik kerana setelah melihat gambar-gambar yang dihasilkan, Zam berpuas hati dengannya. 

Bukanlah nak kata gambar Zam seperti hasil seorang profesional, tapi cukuplah Zam puas hati dengannya, sesuai dengan kemahiran yang cukup-cukup yang ada pada Zam.

Insya Allah, nanti Zam akan kongsikan hasilnya. Nak bersiap-siap balik dulu.. Apapun, sebelum tu Zam kongsikan juga gambar AJK Hadiah yang terlibat di sepanjang persediaan & perjalanan Majlis Persaraan Guru Besar tadi.


13 comments: