e

Thursday, April 3, 2014

Zam Terlupa Nak Makan Bunga Durian Tu

Assalamualaikum & selamat malam

Isnin lepas waktu ke dewan makan sekolah untuk minum pagi, Zam tengok kakak-kakak tukang masak sedang memproses sesuatu di meja makan. Dari jauh, Zam rasa Zam tahu apa 'sesuatu' itu, nampak macam memproses ikan bilis, tapi bukan. Bila didekati, memang sah jangkaan Zam~ Bunga Durian!

kiri, yang belum diproses.. kanan, yang sudah diproses

Dah lama tak makan bunga ni, jadi Zam teringin nak makan. Dulu, Zam pernah ceritakan tentang bunga yang boleh dimakan iaitu Bunga Zukini, jadi hari ni Zam ceritakan pula tentang Bunga Durian ni pula.
sebesen yang telah diproses

Biasanya orang akan membentangkan plastik atau kertas surat khabar di bawah pokok durian, dan membiarkan bunga-bunga itu berguguran diatasnya. Ini memudahkan mereka untuk mengutipnya nanti. Kemudian, bunga durian diproses dan dibersihkan.

Cara memasaknya, mudah sahaja seperti menggoreng kilas sayur-sayuran. Tumis bawang, ikan bilis dan sebagainya, dan jangan dibiarkan berair. Itu saja, dan teksturnya agak rangup.

Memandangkan waktu Zam ke dewan itu mereka masih belum memasaknya, Zam bercadang untuk turun makan bersama mereka tengah hari nanti. Tapi nak dijadikan cerita, sebab Zam bergegas nak balik awal selepas tamat sekolah hari tu, Zam terus terlupa akan bunga durian tu. Otw ke rumah, baru teringat.. Aduh melepass nak makan..

(to be continued つづく)

10 comments:

  1. wahh biasa makan duria je ini bunganya

    ReplyDelete
  2. bunga durian pown boleyh makan jugak..baru yana tahu . . ,,rasa apa agaknya

    ReplyDelete
  3. fes time miza taw ad bunga durian..
    pastu boleh makan..
    cam dap je!

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum..zam,

    mselim3 tak pernah makan bunga durian nie.. boleh makan ker zam? tak pernah cuba lak..

    mselim3

    ReplyDelete
  5. tak pernah dengar pula sebelum ni ada bunga durian. haha.

    ReplyDelete
  6. Cik akak pon tak pernah makan bunga durian nie.
    Nama je org sarawak

    ReplyDelete
  7. xpernah tau pun..hehehe..maklumlah, kami org membesar kat bandar kan, agak jakun sikit

    ReplyDelete
  8. Ooo...kena pastikan kering yer... Patutlahhh.... Ada sekali kami cuba, masukkan air, tapi tak lalu pula nak makan...

    ReplyDelete
  9. Pernah mkn dulu-DULU...GORENG PUN SODAP...

    ReplyDelete