Pages

Saturday, October 18, 2014

Menu Kampung: Talapia Bakar, Patin Masak Tempoyak Dan Pekasam Ikan Sungai


Assalamualaikum dan selamat malam. Dalam dok fikir nak kongsikan entri apa hari ini, Zam akan belek album gambar~ cari mana-mana gambar yang belum dikongsikan di blog. Itu yang Zam terjumpa gambar-gambar ni, yang Zam ambil bila pulang ke Kelantan cuti sekolah bulan 9 lalu.


Antara yang disediakan masa tu ialah Talapia Bakar, Patin Masak Tempoyak dan Pekasam Ikan Sungai. Yang paling Zam suka dan buat Zam bertambah nasi ialah Pekasam Ikan Sungai tu.. Syiok habis!

4 comments: