e

Saturday, October 25, 2014

Siapa Pengarah Drama Mr Istikharah?


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pada waktu ini, tentu ramai yang masih tersenyum selepas menonton drama Mr. Isthikarah sebentar tadi. Zam sebenarnya menonton drama Mr Istikharah ni tanpa sengaja, kebetulan terbuka TV3. Plot pertama dah terasa best, jadi Zam terlayan plot plot seterusnya sebab makin lama makin menarik dan seronok ditonton. Mungkin kerana kekuatan jalan ceritanya dan lakonan yang ditunjukkan oleh kedua-dua watak utamanya Aisyah dan Mastura.

Mengakhiri drama tersebut, Zam rasa puas hati. Sebab, selain dapat berhibur, pengajaran yang disampaikan dari drama ini betul-betul terkesan di hati. Tentu ramai penonton di luar sana yang setuju juga, kan?

Jadi Zam tertanya-tanya, siapakah gerangan pengarah drama ini. Dari maklumat yang Zam baca di blog INVISIBLE NOTE, pengarahnya ialah Saudara Shahrul Ezad.


Sekilas pandang dari sumber yang Zam baca, Shahrul Ezad ni telah banyak kali menerima anugerah sebelum ini. Memang diiktiraf sebagai pengarah muda yang berbakat.

7 comments:

  1. td buka dh nak hbs.husband tgk bola.so xthu jln cete cmne huhu

    ReplyDelete
  2. IM pulak suka produksi cerita ni. :)

    ReplyDelete
  3. sempat tgk jdt vs felda jeee.. hihu

    ReplyDelete
  4. Sama, akk tgk lepas game jdt... frust le coz biasanya kan omg pkl 9... ccerekarama pkl 10, tv3 ni macam bersaing dgn piala malaysia je... geram btul

    ReplyDelete
  5. best kan??tambah2 tengok semua pelakon menutup aurat.sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  6. cita dia mmg best..asik gelak dr mula smpai akhir..lakonn yg best!

    ReplyDelete
  7. Jalan cerita yabg unik skali. Langsung tak macam cerita cinta muda mudi zaman sekarang. Selain itu cerita ni sarat dgn input agama. Ni lah yang wajar dijadikan contoh pengarah masa kini. Selain berkarya, dapat juga berdakwah. Dua dalam satu. Cayalah.

    ReplyDelete