e

Friday, October 10, 2014

Tergamak Menipu Budak Kecil Ini..

Suatu masa dulu, waktu itu Zam masih kecil, Zam ke pasar malam di Serdang.

Dalam banyak banyak gerai yang ada, ada seorang peniaga yang menjual permainan.

Dalam banyak-banyak permainan tu, terdapat satu kotak kecil dengan gambar robot di bawah ni.

Zam ingat sangat. Ia gambar robot Triceratops dari Transformers (siapa tak kenal kartun Transformer, kan?)

Zam nak beli, sebab Zam rasa dalam kotak tu mesti ada permainan tu.


Peniaga tu kata, dalam kotak tu ada robot Triceratops tu.

Terus, Zam beli..

Masa kecil kan, jadi biasalah naif.. Percaya terus katanya.

Walaupun ragu ragu, tapi dalam hati ni masih tersimpan harapan bahawa kata kata peniaga itu benar..

Balik ke rumah, Zam terus buka..

Alangkah kecewanya.. Orang tu tipu Zam.. Mana ada robot triceratops tu..

Huhu.. Tergamak dia menipu budak kecil ini..


1 comment: