e

Tuesday, November 10, 2015

Gathering Group WhatsApp Jom Bersukan


Assalamualaikum readers.

Bila masing-masing dah nak bercuti, tiba-tiba rasa nak meraikan rakan-rakan dalam group whatsapp Jom Bersukan dalam satu majlis makan malam yang santai-santai. Jadi, Anuar Stimboat di Kuching jadi pilihan kami. Dengan bayaran RM24 untuk seorang, Annuar Stimboat ni menawarkan banyak pilihan menu protein seperti ayam, daging lembu, kambing, ikan, ketam, udang, sotong, hidangan berat seperti Nasi Beriyani, hidangan istimewa Ayam Pansuh, aiskrim dan air kordial.

Maghrib masuk awal di Kuching, jadi seawal 7.30 dah ada yang sampai di Stimboat. Boleh pilih samada mahu kuah sup ataupun tom yam. Sayur-sayuran seperti cendawan, tomato, brokoli turut disediakan jika ada yang ingin memasak tom yam. 

Tujuan datang sini, memang nak happy-happy & enjoy sebab lama lagi nak dapat berkumpul macam ni. Jadi kalau ada yang berminat nak adakan jamuan yang sama, bolehlah datang ke Anuar Stimboat ni ;)


1 comment:

  1. wahh steamboat! selalu sgt dah dlm online, sekali nak jugak bersua..:)

    ReplyDelete